اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye semua..tak jawab anda juga yang berdosa..^^ he3..jawab makna nya sayang aku..! ha3..okey..! semua tahu kan bahawa ahad ni merupakan hari bapa sedunia..[malaysia ikut ahad minggu ketiga bulan jun..^^] hari bapa..hurm..mungkin ada orang yang beranggapan bahawa hari-hari seperti hari bapa, hari ibu adalah tidak penting sebab setiap hari kita bersama dengan mereka..namun, adakah setiap hari itu, kita buat mereka gembira,,adakah setiap hari itu, kita memberikan mereka kasih sayang yang mereka dambakan sebagai orang tua..hurm..jadi, tidak salah sekiranya kita menyambut hari-hari seperti ini selagi tidak melanggar hukum syarak yang dah ditetapkan di dalam Al-Quran..!
okey..aku seorang anak yang tidak mempunyai bapa..ibuku ibu tunggal..meraka bercerai 3 tahun lepas..semasa aku betul-betul nak ambil SPM..hurm..[dugaan ALLAH x siapa tahu bila,,hu3..] memang serius aku cakap yang aku memang agak terganggu masa tu..tuhan sahaja yang tahu..hurm...tapi, bila ibubapa aku bercerai semasa hari terakhir aku mengambil peperiksaan SPM, aku rasa bersyukur sangat-sangat..gembira rasanya bila ibubapa aku bercerai..terasa bersyukur sangat bila aku tidak akan bersama dengan ayah aku lagi.
aku memang kejam..ingat lagi bila aku membiarkan pakaian ayah aku dekat luar rumah..tanpa berasa bersalah aku meletakkan baju dia di anjung rumah..hurm..tapi saat itu, tahap kesabaran aku memang sudah berada di kemuncaknya..siapa sanggup lihat mak sendiri setiap hari menangis..? aku rela dipukul dan dicaci asalkan mak aku tidak menangis..hu3..aku mengaku..memang aku benci ayah aku..! aku paling benci dia dalam dunia ni..! segala apa yang aku miliki macam tiada gunanya selagi dia ada bersama aku sekeluarga..
duit, emas, majalah, buka...semua habis dijual..hurmm..hanya tuhan sahaja yang tahu semuanya..bayangkan lah kalau buku adik aku pun dijual sedangkan buku tersebut nak digunakan untuk pepriksaan pada hari berikutnya..saat tu aku rasa aku lah orang yang paling teruji imannya..terasa nak mengamuk je..tapi , pujukan layu mak aku buat aku syahdu..terasa hati aku akan derita dia selama ni..hurm..memang layak lah ayah aku bercerai dengan mak aku tu..hurm...
selepas dia bercerai dan pergi meninggalkan kitorang sekeluarga, mak aku seperti hilang arah..maklumlah selama lebih 15 tahun mereka hidup bersama..siapa yang tak merasa sedih..aku..! aku tah sedih kehilangan ayah aku..! aku kan anak yang kejam...! hurm..lama-kelamaan mak aku semakin mendapat semangat nya..aku menjadi tulang belakang dia sekarang..dan terbukti kami hidup bahagia..aku, adik-beradik aku, mak alu..semua gembira..malahan rezeki kami semakin bertambah..alhamdulillah..^^
TETAPI...!! selama aku hidup, tak pernah aku diajar oleh mak aku untuk membenci ayah aku itu..dan selama kami hidup terseksa, mak aku sering mengingatkan aku supaya terus bersabar dan redha dengan semua ni..aku turutinya..kebencian aku terhadap ayah aku cuma secara zahir, bila hati marah..namun jauh di dalam sudut hati aku, aku nak merasa kasih seorang ayah..secara jujurnya aku cakap bahawa aku memang sedih bila tengok ada kawan-kawan aku yang rapat dengan ayah mereka..dan aku, cuma lah seorang anak yang tidak pernah bercakap dengan ayahnya selama 8 tahun..satu tempoh yang terlalu aku rindui..
tahun lepas, setelah 8 tahun mendiamkan diri, akhirnya aku bercakap denga ayah aku tu..walaupun hanya dalam talian, tetapi segala-galanya aku luahkan..kesayuan di hati ni dah tak ada tandingannhya..ingat lagi, masa itu merupakan dalam bulan ramadhan..dalam kehusyukan aku solat terawih, tiba-tiba ingatan aku terarah kepada ayah aku..air mata terus mengalir..dan atas nasihat mak aku, aku kuatkan semangat menelifon ayah aku ti..dan alhamdulillah, dia memaafkan aku dan meredhai segala-galanya..tenang rasanya..~
dan selama itulah aku cuba memaafkan dia..aku sebagai anak tiada hak untuk melawan ayah aku itu..air maninya yang najis itulah yang telah melahirkan aku di dunia ni..tanpa dia siapalah aku ni..sebab itu lah mak aku selalu cakap yang sejahat mana pun ayah tu, dia tetap ayah aku..aku sematkan dalam hati kata-kata mak aku tu..aku akan ingat sentiasa bahawa dia tetap ayah aku..dan bila aku dah berjaya kelak, aku akan bawa dia tinggal di tempat yang selesa..aku ini anaknya..! dia adalah tanggungjawab aku bila dewasa kelak..!
dan untuk tahun ni..aki nak ucap selamat hari ayah untuk bapa aku itu..abah..walaupun kita memang jarang sekali bercakap bersama tetapi along merindui saat-saat itu..tidak mengapalah..along pun dah biasa..lambat laun along akan mengerti perasaan itu..^^ abah..along rindu abah..walaupun abah tak pernah sayang dekat along, tapi along sayang abah..along nak peluk abah masa hari ayah ni..tapi tu lah,,ALLAH ada perancangan nya sendiri,..kita hanya mengikutnya..walaupun abah entah di mana, doa along untuk abah tak pernah susut..^^ along sayang abah tau..doakan kejayaan along dan adik-adik..^^ sayang abah..selamat hari ayah, abah..^^ semoga abah diberi hidayah oleh ALLAH untuk kembali kejalan nya..amin..~
ok..sa;am..~
p/s : aku menulis kisah hidup ini untuk dijadikan pengajaran bersama..bukan bernaksud aku nak menghina ahli keluarga aku atau sesiapa..tetapi jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran okey..dan aku nak korang semua hargai ayah yang korang ada sekarang ni..! jangan jadi macam aku k..^^ apa-apa pun aku hanya insan biasa..bukan bermakna bila aku bercerita begini, aku akan selamanya begini..kita semua manusia..dan terima kasih kepada siapa yang sudi membaca..^^ rahsia kita ye..
18 ulasan:
hmmm..nk mnitis jgk air mta sy lps bca..
ayah dan ibulah mesti di hormati... ;)
@syafiq : begitu juga saya selama niew..hurm..
@emeera : btol3..
tak tau nak kata apa
mgkn lbey baek kte x bke aib famili kte x kre ape pn la alasn nyer...tp aku puji sikap ko yg brani n tabah tuu...
ermmm...xtau nk kata ape..ko mmg anak yg tabah :)
moga makin tabah dan jaga mak baik2 tau..kalau ada kesempatan jaga abah juga..
hurm terharu efa bce blog a.mirul
abg sgt tabah klu efa jd cam abg x taula efa nk buat ap,,papepown smoga abg bahagia ngn famili abg yg tersayang k...
@ahmad haziq : hurm..
@tanpa nama : hu3..thnks..mybe ada betulnya..
@mR.nAzFaZ : hurm..thnks..
@shida : insyaALLAH..
@afifah : thnks adeq..amin..~
dugaan allah , tempuhnya dengan hati yang tabah :)
dah tertumpah setitis..hihii..
along ea.. msti berat kan time tuh..ape-ape pon ayah itu tetap ayah kita..
@alia natasha : insyaALLAH..^^
@wanda : hu3..just berkongsi cerita.. :)
@noor : hu3..mmg berat..btul3, dia ttp ayah kita..^^
sabar ye.. ni smue takdir kan.. =)
kuat kuat
@tyka : btol3..thnks k..^^
tengs kongsi cerita...moga tabah yer mieroul....
@ajes : welcome..hu3..
Catat Ulasan