expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 29 Jun 2012

BilA bERkopIaH dAn BerTUdUnG..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^ okey..! hari ni mirul ingin berkongsi pendapat dengan sahabat semua mengenai tanggapan kita terhadap mereka yang berjubah dan berserban..  :)  rambut je sama hitam, tapi hati lain-lain.. macam tu jugak lah dalam soal macam ni. mungkin ada yang memandang mereka dengan pandangan yang positif, dan tak kurang juga ada yang berfikiran sebaliknya.. siapa pun kita, apa pun pendapat kita itu hak masing-masing.. sebab x semestinya perkara yang ramai orang sokong ni betul kan..  :)
manusia ni telah ALLAH ciptakan dengan sebaik-baik kejadian.. tapi bukan bermakna manusia ni x pernah buat salah.. sebaik-baik kejadian bermaksud, telah ALLAH ciptakan manusia ni daripada tanah.. subur lah tanah itu jika ia dijaga, disemai dengan baja dan diberi khasiat yang secukupnya.. jika sebaliknya yang terjadi maka tak hairanlah kalau tanah itu menjadi tanah yang kering kontang dan ketandusan.. hu3.. jika dibandingkan dengan manusia iblis dan syaitan ini telah ALLAH ciptakan mereka daripada api.. panasnya membara dan bahangnya terasa.. nauzubillah..

kopiah dan tudung..
macam dah jadi satu perkara biasa pula bila ada orang yang pakai tudung, x pun orang yang pakai serban buat salah dikutuk padahal orang lain buat juga salah tu.. yang paling ketara bila kesalahan tu kecil je, tapi dia punya cerita macam orang tu bunuh orang.. mereka yang memakai tudung tu manusia juga bukannya malaikat.. sebab tu lah kita kena tahu bezakan antara tuntutan agama dengan akhlak manusia.. ia perkara yang berbeza, tapi saling berkaitan.. percayalah..  :)
menutup aurat tu satu kewajipan buat semua umat Islam, tak kira lelaki atau pun perempuan, besar atau kecil, tua atau muda.. semua umat Islam wajib.. berakhlak mulia juga merupakan satu tuntutan dalam Islam.. namun sebagai manusia kadang-kadang kita ni alpa.. kadang-kadang kita telah melakukan sesuatu yang menimbulkan tanda tanya pada orang lain.. ditambah pula bila bertudung, orang akan selalu cakap "harap je pakai tudung, tapi perangai macam @$%$.. baik x payah pakai tudung je.." hurmm..

dia pun manusia.. mana mungkin dia tidak melakukan kesilapan kan.. kita ni pula suka mngadili seseorang tu tanpa memikirkan sebab musebab kenapa dia melakukan perkara itu.. main nak salahkan orang je.. cuba kita berada dekat situasi itu.. apa yang kita rasa kalau apa yang kita buat tu disalah tafsirkan malah dikecam oleh orang lain.. sebab tu kalau kita nak adili sesuatu jangan fikir bahagian kita je.. kan masih ada orang lain.. fikir-fikrkan lah..  :)

tuntutan + akhlak
siapa cakap tuntutan agama tu x ada kena mengena dengan akhlak seseorang..? mestilah ada kena mengena.. kalau x buat apa Islam menuntut kita untuk berkelakuan baik dan sentiasa berakhlak mulia kan.. hurmm.. sebagai contoh, dalam konteks menutup aurat.. sahabat semua perasan tak perbezaan antara dengan wanita yang menutup aurat dengan wanita yang tak menutup aurat..? mesti kalau diletakkan sebelah menyebelah, kita akan dapat bezakan perangai mereka dan cara mereka kan.. dan mirul percaya yang menutup aurat tu lagi elok adab dia berbanding yang lagi satu tu..
tapi mesti akan ada yang cakap, pakai tudung pun x menjamin kebaikan diri dia.. betul.. mirul setuju... sebab bagi wanita Islam mereka bukan diwajibkan bertudung, tetapi diwajibkan menutup aurat dimana mereka perlu menutup seluruh anggota tubuh badan kecuali tapak tangan nya.. dan disebabkan itu mereka yang bertudung dan mereka yang menutup aurat dengan sempurna itu berbeza.. 

macam yang x pakai tudung, mereka yang pakai tudung tapi x sempurna sama je perangai dia dengan yang x pakai tudung tu.. cuma lebihnya, sekurang-kurangnya dia ada juga niat nak menutup aurat.. alhamdulillah.. sebab tu lah kita jarang ada masalah dengan mereka yang menutup aurat dengan sempurna ni.. kalau ada pun kita kena ingat, mereka juga manusia biasa..  wallahualambisawaff..   :)

p/s : muhasabah diri.. jangan nampak kesalahan orang lain je.. kita juga manusia.. 

Read more...

Selasa, 26 Jun 2012

PrAktIkAL Oh PraKTiKaL..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^  okey..! hari ni 26 jun, mirul dengan rasminya telah memulakan praktikal di pejabat RISDA batu pahat selama 2 bulan.. alhamdulillah, setakat ni sehari berkerja di sana umpama setahun ku rasa. huaaaa...  T__T kauuu hadewww? ha3.. sejujurnya bukan tak seronok berkerja dekat sana, cuma bayangkan lah hari pertama berkerja tak ada kerja langsung diberi.. datang-datang je supervisor bawa round satu pejabat sebab nak perkenalkan dekat semua pekerja kemudian dia suruh duduk dekat satu meja kosong ni.. mungkin tuan empunya meja tu dah pindah kot, sebab tu lah dia suruh mirul duduk situ.. huk3..
sampai lah ke petang, memang x ada kerja pun yang dia beri.. mirul ni sampai dah tertidur-tidur tunggu.. sebenarnya mirul praktikal dekat sini dengan kawan mirul,, dia yang cakap mirul tertidur, sedangkan mirul rasa mirul sedang khusyuk membaca buku yang supervisor tu bagi.. hwa3.. bukan salah mirul kan, siapa suruh dia bagi mirul buku sejarah pembukaan RISDA, memang seronok lah kan baca buku sejarah ni.. (sambail letak tangan di bahu, mata ke atas.. hwa3.. ) 

swasta vs kerajaan
semalam ada seorang hamba ALLAH ni komen dekat status kawan mirul.. dia kritik lah kitowang sebab buat praktikal dekat sektor kerajaan ni sebab dia cakap dia lebih suka sektor swasta.. mirul yang baca komen dia tu pun rasa macam sakit hatije, ni lagikan kawan mirul mirul yang tulis status tu.. mana taknya, kalau dah x suka tu x payah lah nak sindir-sindir orang lain.. x kan semua orang nak ikut cara yang sama kan.. asalkan benda tu x salah, buat je lah kan.. buat apa nak takut.. ^^ berani kan kerana benar.. hu3..
dalam komen tu dia ada lah cakap banyak perbezaan antara kerajaan dengan  swasta ni.. yup..! semua orang tahu benda tu, x payah kot rasanya nak buat statement2 macam tu.. hu3.. dia persoalkan elaun, pengalaman kerja dan beberapa lagi lah yang bagi mirul semua tu x ada lah penting sangat pun.. contohnya elaun.. dia cakap kalau dekat swasta dapat elaun, dengan kerajaan x dapat.. tapi dia tak tahu yang sebenarnya kitowang yang kerja dekat RISDA ni dapat elaun.. huk3.. sebab tu mirul tak komen dekat status tu sebab boleh timbulkan publisiti murahan je nanti.. x pasal-pasal nanti masuk melodi.. x nak mirul.. ha3..  ^^

apa-apa pun bagi mirul dekat mana pun kita buat praktikal, kalau kita dapat gunakan ia sebaik mungkin ia akan memberikan kita manfaat yang sama.. kalau kita praktikal dekat swasta sekalipun tapi kita x gunakan ia untuk dapatkan pengalaman yang berharga sama je.. baik praktikal dekat kerajaan yang katanya x berapa bagus tu.. huk3.. bagi mirul, selagi kita dapat manfaatkan apa yang kita ada depan mata kita akan dapat apa yang kita nakkan.. ditambah pula dengan niat yang ikhlas dan perasaan ingin menambahnilmu kerana ALLAH, insyaALLAH segala-galanya akan dipermudahkan.. ^^ manjadda wajadda, wamanzaro'a hasada.. wasalam..~  


p/s : hidup memang banyak ranjaunya.. bukan senang tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ni.. apa-apa pun percaya bahawa ALLAH itu maha adil.. yang baik akan dibalas baik, yang jahat.. lu pikir lah sendiri...  :)



Read more...

Ahad, 24 Jun 2012

kiSaH sEpaSaNG KAin SutEra..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^ okey..! hari ni dalam entry kali ini mirul nak berkongsi dengan sahabat semua mengenai sebuah cerita yang mirul kira agak menarik untuk sama-sama kita renung dan kalau ada perkara yang baik semoga ia bisa dijadikan pedoman.. dan jika ada perkara yang buruk mohon untuk dijauhkan dan dijadikan sebagai satu pengajaran dalam hidup ini.. :)

kisah sepasang kain sutera..
di sebuah kedai kain di pinggir desa, terdapat pelbagai jenis kain yang dijual dengan harga yang berbeza-beza.. ada yang murah dan ada yang sangat mahal.. di dalam kedai itu juga terdapat sebuah peti kaca yang menempatkan sehelai kain  sutera yang sangat mahal harganya.. diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan nah, hasilnya sutera ini menjadi sutera yang termahal di dalam kedai kain ini..

suatu hari datang seorang pekerja kedai membawa sehelai kain buruk untuk digunakan sebagai kain pengelap untuk mengelap cermin yang melindungi kain sutera itu.. sedang kain buruk itu mengelap, ia terpegun dengan kecantikan corak yang telah dilukis di atas kain itu.. lalu dengan perasaan yang sungguh teruja kain buruk bertanya kepada kain sutera itu bagaimana ia bisa menjadi secantik dan seindah rupa sebegitu.. 

kain buruk : sungguh cantik sekali rupamu wahai sutera.. terpegung aku melihatnya..
kain sutera : terima kasih wahai kain buruk.. kamu juga sehelai kain yang cantik sebenarnya..
kain buruk : memang dahulunya aku merupakan kain putih yang bersih dan cantik.. namun kerana sedikit kesalahan dan kecacatan yang telah dicorakkan di badanku, aku kini menjadi cacat dan hanya digunakan sebagai kain untuk membersihkan kotoran di peti kacamu wahai kain sutera..
kain sutera : jangan engkau bersedih wahai kain buruk.. setiap kejadian pasti ada hikmahnya.. tidak bermakna corak yang terlukis di badanmu itu salah, engkau harus mengalah dan terus bersedih..
kain buruk : aku tahu itu wahai kain sutera.. tetapi aku cemburu akan kecantikan mu itu..
kain sutera : aku juga hanyalah sehelai kain biasa asalnya.. apa yang membezakan aku dan kain-kain yang lain hanyalah corak di badanku ini..corak ini telah dilukis oleh sepasang suami isteri dengan penuh kasih sayang.. seharusnya engkau patut memuji mereka kerana mereka lah yang menjadikan aku cantik hingga ke hari ini..
kain buruk : oh.. begitu rupanya.. namun corak ini masih terlukis di badanmu, kau patut berbangga dengan apa yang kau miliki sekarang..
kain sutera : bukan aku tidak berbangga, namun aku zahirkan kebanggaan itu melalui kata syukur yang tak terhingga kepada mereka yang telah mencorakkan aku..
kain buruk : bertuah sungguh kau wahai kain sutera.. sudahlah cantik, disimpan di dalam peti kaca, malahan engkau telah menjadi perhatian dari ramai orang.. semua mahu memiliki mu..
kain sutera : itu lah gunanya corak di badanku ini.. bukan senang untuk menghasilkan corak sebegini.. ia memerlukan sepenuh perhatian dan tumpuan dalam melukisnya.. sedikit sahaja kesilapan akan mengundang padah.. melukis corak juga memerlukan ilmu yang cukup.. mana tidaknya, kalau pelukis sendiri tidak mempunyai ilmu mana kan bisa dia menghasilkan sebuah corak yang cantik..
kain buruk : begitu indah penciptaanmu seindah corak di badanmu wahai kain sutera.. memang layak kiranya engkau duduk di dalam peti besi itu.. jika dibandingkan kau dan aku jauh bezanya.. semoga aku bisa jadi sepertimu wahai sutera..
kain sutera : engkau bisa menjadi seperti aku asalkan engkau sanggup membasuh segala kekotoran di badanmu.. dengan itu kau akan menjadi sehelai kain yang bersih dari sebarang kekotoran.. mungkin selepas ini kau akan bisa menjadi sehelai kain yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain..  :)

natijahnya..
kita ni sebagai anak dilahirkan ibarat sehelai kain putih.. mak ayah kita lah yang akan membentuk dan mencorak diri kita ni.. salah didikan dan salah ajaran mak ayah, maka anak-anak lah yang akan menjadi mangsa.. mangsa kepada kejahilan ibu dan ayah itu.. namun sebagai anak perkara itu bukanlah satu alasan untuk mereka menjadi jahil atas alasan ibu bapa mendidik mereka dengan cara yang sebegitu.. sebagai anak, doakan ibu bapa kita supaya  mereka berubah dan menjadi ibu bapa yang terbaek..
sekiranya pula ibu bapa telah mendidik anak-anak dengan sepenuh kasih sayang, namun anak-anak tidak mencerminkan kebaikan itu maka berusahalah untuk berubah.. tanggungjawab sebagai seorang anak bukanlah suatu perkara yang mudah dan tidak juga susah.. mereka dan membesarkan kita, menjadikan kita seorang yang berguna takkan lah kita nak membalasnya dengan perkara-perkara yang mengecewakan mereka.. tepuk dada tanya selera.. kita je yang tahu siapa kita kan.. wallaualam..~






Read more...

Sabtu, 23 Jun 2012

SaYaNg aDiK aBaNG..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSLAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^ okey..! hari ni mirul nak mintak tolong sikit dengan kawan-kawan semua untuk mendoakan adik mirul yang kedua Mohd Amizi Bin Suari supaya kembali sembuh seperti sedia kala.. masuk hari ini, dia telah dimasukkan ke wad di hospital batu pahat kerana disyaki dijangkiti virus leptospirosis atau pun lebih dikenali sebagai virus kencing tikus..

seperti yang semua tahu, virus kencing tikus ni amat berbahaya.. almaklumlah, penyakit ni merupakan antara penyakit yang silentkiller yang merbahaya.. adik mirul ni pun selamat mak paksa pergi hospital, kalau x memang x nak pergi periksa lah jawabnya.. dia dah demam nak dekat 5 hari.. tak boleh nak makan sebab tak ada selera, tak boleh nak bangun sebab badan di sakit-sakit.. 5 hari dia terlantar je dekat bilik.. ni  pun doktor cakap buah pinggang dia dah mula ada masalah.. selamat dapat kesan awal, kalau tak mirul tak tahu lah apa yang akan terjadi nanti.. hurmm..

angah vs along
mirul dengan dia macam anjing dengan kucing.. bak kata mak mirul, kami ni tak boleh nak berjumpa.. asyik gaduh je.. almaklumlah kan, nama pun adik-beradik, lelaki pula tu.. memang bergaduh je lah kerjanya.. hu3.. dari kecik lagi mirul dengan dia selalu bertekak.. kalau dia buat salah memang kenalah. ha3.. kalau x kena pulas telinga memang kena cubit lah.. hu3..

ni gambar adik mirul dengan mak mirul..
dalam ni dia nampak kurus, tapi dia gemok sebenarnya.. hwa3..  :P

makin kami besar, makin kami ni x boleh nak jumpa.. ada je yang tak kena.. ha3.. kalau mirul tengah cakap dengan mak, dia x boleh ada dekat situ sebab nanti mirul akan halau dia.. ha3.. kalau dia tengah cakap dengan mak mirul, mirul akan halau dia jugak.. kalau dia x nak pergi jugak memang kitowang selalu buat muka lah kalau mirul ke dia mengadu dekat mak.. 

dan selalunya mirul dengan dia kalau dekat rumah memang susah nak cakap.. tapi ikut situasi lah, kalau mirul tak gaduh dengan dia, ok je.. tapi kalau gaduh, memang masing-masing tarik muka.. ha3.. dan mak miul akan jadi orang yang sangat pelik kalau mirul dengan dia tak gaduh.. he3.. tapi kalau kitowang dekat luar rumah, contohnya pergi rumah sedara ke, pergi shopping ke, pergi kerja kahwin ke kitowang okey je.. boleh duduk sama-sama, ketawa sama-sama.. he3.. pelik kan..  :)

sayang adik abang
biasalah sedangkan lidah lagi tergigit ka, ni lagi kan adik dengan abang.. nakala macam mana pun dia, dia ni tetap adik mirul kan.. walaupun mirul selalu marah-marah dia, mirul selalu x tegur dengan dia tapi sebenarnya mirul sayang dekat dia.. hubungan kami ni nampak je macam tegang tapi sebenarnya masing-masing sayang antara satu sama lain.. dia selalu mengadu dekat mak mirul, cakap yang mirul selalu lupa dekat dia.. almaklumlah, kalau mirul buat video keluarga mesti gambar dia kurang.. ha3.. kadang-kadang mirul ketawa dekat dia sambil cakap "siapa suruh x suka ambil gambar.. ha3.."

ni gambar ahli keluarga kesayangan mirul..  <3

semalam masa dia masuk wad, mirul duduk sebelah dia.. mirul urut kaki dia sambil baca selawat.. dalam hati mirul niat supaya ALLAH jangan lah ambil nyawa dia lagi.. banyak lagi yang belum kami lalui.. tanggungjawab pun banyak lagi.. hu3.. dan mirul pun selalu doakan dia supaya menjadi anak yang soleh.. nakal dia tu nakal budak lelaki.. faham-faham je lah.. mirul nak nasihat x boleh sebab nanti kami akan bergaduh.. sebab tu kalau bab nasihat adik, mirul serahkan pada mak.. sebab adik mirul ni sayang mak, anak mana tak sayang mak kan...  :) mirul cuma bagi info dan maklumat je.. ha3..
apa-apa pun doakan dia cepat sembuh ye sahabat-sahabat sekalian.. walauun orang tak nampak kasih sayang mirul dengan dia tapi kami tahu kasih sayang kami sesama sendiri.. mungkin x ada orang yang nampak cara kami berkasih sayang tapi kami tahu dan dapat rasa sayang antara satu sama lain tu.. doakan juga supaya dia berbah dan menjadi anak yang soleh untuk kami sekeluarga.. amin..~

Read more...

Jumaat, 22 Jun 2012

YoU cAMe TO Me..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^ okey..! hari ni mirul nak berkongsi dengan sahabat semua sebuah lagu baru yang di nyanyikan oleh dua orang penyanyi yang tak perlu disangkal lagi akan kredibiliti mereka dalam bidang nyanyian ini iaitu Sami Yusuf dan Dato' Siti Nurhaliza bertajuk You Came To Me.. dah lama Sami Yusuf ni hilang, akhirnya ada jugak lagu baru dia.. mesti terubat rindu peminat-peminat dia dekat Malaysia ni kan.. ^^


video musik untuk lagu ini telah dilancarkan semalam, 21 Jun 2012 dekat Youtube.. dan setakat ini sambutan dilihat menggalakkan dan lagu ini menerima tempat di hati peminat.. namun biasalah, nama pun manusia kan.. bila ada orang buat salah sikit ada je yang nak kutuk.. hu3.. dalam music video ni, masih ada peminat yang mempersoalkan tudung yang dikenakan oleh Dato' Siti.. almaklumlah, pakai tudung tapi nampak rambut.. hurmm..

Sami_Siti_Nurhaliza

dalam soal ni mirul x de lah nak komen apa-apa sebab bagi mirul kita sebagai saudara sesama Islam doakan je lah dia untuk menjadi yang lebih baik.. mirul nak komen lebih-lebih pun semua orang akan cakap benda yang sama.. doakan je lah lepas ni Dato' Siti akan terbuka pintu hati dia untuk menutup penuh aurat dia.. menjadi seorang muslimah sejati.. insyaALLAH.. amin..  lagipun kalau kita dok kutuk-kutuk dia pun, kita juga yang dapat dosa kan.. :) fikir-fikir kan lah..


apa-apa pun lagu Sami Yusuf ni memang menyentuh jiwa.. lirik yang mendalam dengan aturan musik yang amat menenangkan.. ditambah pula kombinasi suara Sami Yusuf sendiri dengan Dato' Siti memang menghasilkan satu lagu yang tenang didengar.. kalau sahabat semua nak tahu, dalam lagu ni Sami Yusuf ada menyanyi dalam bahasa Ingeris, turki, farsi dan Arab.. manakala Dato' Siti menyanyikan lagu ni dalam bahasa Malaysia dan Ingeris.. menarik kan.. :)

jom kita tengok musik video lagu ni jom..






Read more...

Khamis, 21 Jun 2012

KaU, aKU dAn mEraKa..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSLAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^ okey..! tanggal 21 Jun 2012 bersamaan 1 shaaban ni, mirul dengan rasminya telah berjaya menjejakkan kaki ke tanah tumpahnya darahku, JOHOR..!! ^^ almaklumlah, cuti semester lah katakan.. he3.. dan mirul rasa pun kebanyakkan mahasiswa-mahasisiwa yang sedang mengambil ijazah sarjana muda akan mula pulang ke kampung halaman masing-masing sebab cuti sem telah bermula.. buat yang x cuti tu jangan sedih-sedih na.. belajar rajin-rajin.. hwa3..  :D

selamat tinggal senior..
namun dalam meniti kegembiraan, pasti ada sedikit duka yang terselit di balik memori indah ini.. berakhir semester 2 ni bermaksud banyak benda yang akan berubah semester 3 nanti.. ada perubahan yang menggembirakan, ada juga yang meningalkan seribu satu kenangan .. mulai sem 3 nanti dah x adalah akak-akak senior tahun 3 yang selalu mirul kacau.. yang selalu tegur mirul kalau mirul salah.. huk3.. terutamanya akak Fiza San a.k.a akak sayang.. he3.. :') 

p/s : akak fiza sayang yang tengah-tengah tu..  :D
belakang ada abang wahab, abang alip..
depan ada akak razz, akak claudine, akak izati..

banyak benda yang mirul belajar dari dia.. walaupun kami kenal x ada lah lama sangat, cuma setahun tapi kenangan dengan akak fiza memang best.. akak fiza saya ni berpurdah tapi dia sangat sporting..  ^^ di sangat comel.. (ni saya tipu.. hwa3..) terima kasih ea akak fiza atas segala makanan, ilmu, buku-buku, Secret Resepi dan macam -macam lagi lah.. halalkan semua nya ye.. ^^ saya doakan akak dipermudahkan segala urusan.. semoga juga ALLAH memberkati ukhwah kita ni ye akak.. doakan adik akak ni tau..  ^^

dan untuk semua senior-senior tahun 3, semoga berjaya ye di luar sana.. ini bukan satu pengakhiran tetapi merupakan satu permulaan untuk anda semua.. diharapkan segala ilmu yang telah abang-abang dan akak-akak pelajari dimanfaatkan semasa bekerja kelak.. saya doakan semoga ALLAH permudahkan urusan anda semua.. nanti kalau dapat kerja jangan lupa saya pulak ye..  ^^

roomate oh housemate..
ni lagi satu benda yang agak menyedihkan.. mulai sem depan kami dah x tinggal satu rumah dah.. sebab setiap kali 2 sem, pelajar akan dirombak balik dan mereka akan dapat roomate dan housemate yang baru.. almaklumlah, nak rapatkan ukhwah katanya.. hu3.. setahun bersama, masing-masing punya perangai pun dah hafal.. dan kami semua dah macam satu keluarga dah.. bergelak ketawa, bergaduh.. ha3.. kenangan yang indah..  ^^
yang atas tu Hisham, Jong, Ustad
tengah tu roomate mirul, Helmy dan hairi..
bawah khalid, Iskandar, mat po dengan mamat..

lepas ni x ada lah orang yang nak panggil mirul ni "Mama".. mirul pun lepas ni x de lah nak marah-marah setiap kali maghrib sebab suruh "anak-anak Mama" ni solat.. x de lah lagi nak stress pagi-pagi sebab nak suruh dowang bangun subuh.. huk3.. dan paling penting x ada lah mirul nak penat-penat kemas rumah, basuh bilik air dengan dowang ni semua.. hu3.. tapi penat macam mana pun mirul rotan dowang setiap hari, marah dowang, jerit-jerit macam mak-mak tiap kali maghrib, basuh bilik air semua tu mitul rasa hepy..  ^^ sebab dah jadi macam tanggungjawab pula untuk buat semua tu.. almaklumlah, kan dowang semua panggil mirul ni "Mama.. huk3.. -..-

apa-apa pun korang memang terbaek.. cuti 3 bulan ni jangan buat perkara yang bukan-bukan pulak ye.. kalau ada rezeki sem depan kita duduk satu rumah lagi ye.. x pun kalau x dapat satu rumah, kita pindah secara haram je.. hwa3.. macam x biasa pula..  :P

kawan-kawan..
buat semua kawan-kawan mirul yang rasanya kebanyakkan dah balik kampung, buat yang terbaek ye untuk praktikal 26 Jun ni.. buat yang x ada prktikal tu jangan duduk rumah goyang kaki je, buat lah apa-apa kerja ke, x pun tolong mak dekat rumah sebab x lama lagi Ramadhan dah nak datang.. lepas tu Syawal pun akan menjelma.. hargai setiap detik sebab masa itu emas.. nanti insyaALLAH lepas 3 bulan kita jumpa lagi ye..  ^^ nanti tahu tahu je dah 3 bulan, percaya lah.. dan yang paling penting sem 3 mirul senior.. hwa3..  :D

okey lah.. nak tidur.. engantuk pulak mata ni.. maklumlah, balik-balik je terus on9 sampai lebam mata.. hwa3..  :D assalamualaikum..

p/s : lepas ni memang selalu lah blog ni akan di update..  :D





Read more...