expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 22 Jun 2012

YoU cAMe TO Me..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^ okey..! hari ni mirul nak berkongsi dengan sahabat semua sebuah lagu baru yang di nyanyikan oleh dua orang penyanyi yang tak perlu disangkal lagi akan kredibiliti mereka dalam bidang nyanyian ini iaitu Sami Yusuf dan Dato' Siti Nurhaliza bertajuk You Came To Me.. dah lama Sami Yusuf ni hilang, akhirnya ada jugak lagu baru dia.. mesti terubat rindu peminat-peminat dia dekat Malaysia ni kan.. ^^


video musik untuk lagu ini telah dilancarkan semalam, 21 Jun 2012 dekat Youtube.. dan setakat ini sambutan dilihat menggalakkan dan lagu ini menerima tempat di hati peminat.. namun biasalah, nama pun manusia kan.. bila ada orang buat salah sikit ada je yang nak kutuk.. hu3.. dalam music video ni, masih ada peminat yang mempersoalkan tudung yang dikenakan oleh Dato' Siti.. almaklumlah, pakai tudung tapi nampak rambut.. hurmm..

Sami_Siti_Nurhaliza

dalam soal ni mirul x de lah nak komen apa-apa sebab bagi mirul kita sebagai saudara sesama Islam doakan je lah dia untuk menjadi yang lebih baik.. mirul nak komen lebih-lebih pun semua orang akan cakap benda yang sama.. doakan je lah lepas ni Dato' Siti akan terbuka pintu hati dia untuk menutup penuh aurat dia.. menjadi seorang muslimah sejati.. insyaALLAH.. amin..  lagipun kalau kita dok kutuk-kutuk dia pun, kita juga yang dapat dosa kan.. :) fikir-fikir kan lah..


apa-apa pun lagu Sami Yusuf ni memang menyentuh jiwa.. lirik yang mendalam dengan aturan musik yang amat menenangkan.. ditambah pula kombinasi suara Sami Yusuf sendiri dengan Dato' Siti memang menghasilkan satu lagu yang tenang didengar.. kalau sahabat semua nak tahu, dalam lagu ni Sami Yusuf ada menyanyi dalam bahasa Ingeris, turki, farsi dan Arab.. manakala Dato' Siti menyanyikan lagu ni dalam bahasa Malaysia dan Ingeris.. menarik kan.. :)

jom kita tengok musik video lagu ni jom..





6 ulasan:

Makbed berkata...

Doakan yg baik-baik. Papepun, bangga dengan Siti...

bukankosong berkata...

aminnnn

Aremieroul Akim berkata...

@makbed : insyaALLAH.. ^^

Aremieroul Akim berkata...

@bukan kosong : amin.. :)

Opieneon berkata...

insha Allah, ramai2 la kita doakan

Aremieroul Akim berkata...

@opieneon : insyaALLAH.. amin.. :)