expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 26 Mei 2012

PoSmorTeM aKHirAt..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^  okey..!
dalam entry kali ni mirul nak berkonsi dengan anda semua sedikit mengenai postmortem.. mungkin bagi mereka yang selalu menghadiri kem-kem ataupun khursus-khursus pasti tahu apa itu postmortem.. mungkin ada juga dalam kalangan kita yang kalau je sebut postmortem mesti ingat tentang mayat.. biasanya kalau dalam drama kan selalu mereka cakap macam tu kan..  ^^
postmortem tu biasanya dilakukan dalam mana-mana kem ataupun khursus.. ia bertujuan untuk kita sama-sama duduk berbincang mengenai permasaalahan yang terjadi sepanjang program berlangsung.. tak kira lah masalah kecil atau besar tapi dalam sesi postmortem ni, semua perkara perlu diusulkan.. termasuk juga perkara-perkara yang baik.. ini bagi memudahkan pihak pengurusan untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada dalam program tesebut..

kenapa perlu ada postmortem..?

soalan yang baik..  ^^ dalam setiap apa yang kita lakukan mesti akan ada perkara yang x diingini berlaku kan.. x kira lah masalah atau pun sebaliknya.. sebab itu lah semasa sesi postmortem sedang dijalankan, setiap ahli kumpulan perlulah menyatakan segala perkara yang berlaku supaya untuk program seterusnya, langkah berjaga-jaga boleh diambil.. nanti x adalah masalah yang sama akan berulang..
sesi postmortem ni juga dilakukan supaya semua ahli kumpulan peka dan mengambil tahu perkara ataupun perkembangan program.. tak adalah istilah x tahu atau x ambil tah bila mereka ditanya nanti.. sekurang-kurangnya sesi postmortem ni membantu ahli kumpulan untuk mendapatkan input ataupun pengalaman dari ahli lain.. sebab setiap orang ada cerita tersendiri kan.. jadi x salah berkongsi sedikit cerita tu..  ^^

postmortem diri..

okey..! sebenarnya ini lah tujuan utama entry ni.. ^^ mirul nak kongsi sedikit dengan anda semua mengenai postmortem diri sendiri.. setiap dari kita dari pagi hingga malam pasti ada melakukan kebaikan dan kesilapan kan.. x payah nak tipu lah sebab saya sendiri pun sering melakukan kesilapan.. dan menjadi satu lumrah buat kita untuk melakukan kesilapan tu.. tapi ia bukan bererti kita boleh mengulangi kesilapan yang sama dengan  alasan "manusia x lari dari membuat kesilapan.." dan kesilapan dalam hidup memang sesuatu yang menyakitkan.. lagi-lagi bila ia melibatkan kegagalan.. tapi bukan bermakna kita boleh mengalah begitu sahaja.. selagi mampu cuba yang terbaik.. serahkan yang selebihnya kepada ALLAH.. ^^
dan untuk memperbaiki segala kesilapan itu, kita perlulah sedar akan kesilapan tu.. cara yang terbaik ialah sebelum tidur, ambik masa beberapa minit untuk kita imbas kmbali segala perkara yang telah kita lakukan sepanjang hari itu.. kalau boleh senaraikan stiap perkara buruk yan telah kita lakukan.. teruatamanya perkara-perkara DOSA yang mengundang kemurkaan ALLAH.. 

dengan adanya senarai ni mirul percaya kita akan lebih berhati-hati kelak.. mungkin anda lupa anda pernah melakukan kesilapan itu tapi sebaik-baiknya jangan ulangi kesilapan yang sama.. senarai kesalahan anda tu perlulah dibawa ke mana-mana supaya anda sentiasa beringat tentang kesialapan lalu.. dan yang paling penting sekali, apa pun yang kita lakukan letakkan niat kita yang paling utama kepada ALLAH.. dengan cara ini insyaALLAH segala perkara akan berjalan lancar..

muhasabah diri..

akhir kata setiap dari kita pasti pernah melakukan kesilapan.. bertaubatlah.. sesungguhnya ALLAH itu maha pengampun lagi maha menyayangi.. jika kita tahu kita ada melakukan kesilapan, cepat-cepat bertaubat, meminta ampun dari ALLAH.. jangan biarkan dosa itu terus berlalu tanpa ada penyesalan di hati.. jika perkara itu berlarutan, percayalah lambat laun hati kita akan menjadi hitam.. kerana setiap kali kita membuat dosa tanpa bertaubat, setitik dakwat hitam akan menutup hati kita.. lama kelamaan ia akan menutup segenap hati kita.. jadi jangan biarkan perkara ini berlaku.. 
mirul juga sering melakukan kesilapan.. mirul akui erkara itu.. jadi sama-sama lah kita saling ingat-mengingati.. tak kira siapa kita, kita wajib menyampaikan sesuatu perkara kepada mereka yang tidak mengetahui.. mirul juga tidak lah mempunyai ilmu setinggi orang lain, tetapi atas dasar menyayangi saudara sesama islam, mirul lakukan juga.,. semoga entry ni bermakna buat anda semua juga buat diri mirul sendiri.. :) sama-sama lah kita berubah demi ALLAHdemi kebaikan bersama ye..  insyaALLAH.. amin..~





Read more...

Isnin, 21 Mei 2012

KeM aWITh SIfeR sMk SYeD SAfFI 2012..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. okey..! rasanya dah lama sangat-sangat mirul tak update blog ni.. maklumlah, sem ni sibuk dengan pelbagai aktiviti.. lagipun kekangan masa dan kekangan talian internet menyukarkan lagi keadaan.. tapi alhamdulillah, ALLAH masih lagi memberi mirul peluangan untuk berkongsi sedikit pengalaman hidup melalui blog mirul ni.. ^^

sepanjang mirul dekat UniMAP ni, banyak pengalaman yang telah mirul lalui.. tetapi pengalaman minggu lepas memang benar-benar satu pengalaman yang cukup indah buat mirul.. walaupun mirul dah banyak kali pergi ke kem sana sini, tapi pengalaman kali ini memang benar-benar lain.. mungkin kelainan yang paling ketara ialah mirul merupakan pengarah projek kem ni.. almaklumlah kan, tugas pengarah projek bukan nya mudah.. terlalu banyak cabaran dan dugaan.. dan alhamdulillah, segala halangan itu dapat sama-sama mirul dan rakan-rakan harungi..
sejujurnya ini merupakan kali pertama mirul menguruskan kem sebegini rupa.. sejujurnya memang banyak sangat kekurangan pada kem ni.. tapi kami jadikan ia sebagai satu pengajaran dan satu rujukan supaya kem lain di masa hadapan akan lebih baik.. amin.. 

pelajar bermasalah SMK Syed Saffi..

kem ni melibatkan semua pelajar asrama SMK Syed Saffi, Perlis.. tapi malangnya hanya 70 orang pelajar je yang menghadirkan diri semasa pendaftaran.. tapi x apa, kami sahut cabaran tu.. kami sebagai pengajur x pernah memaksa mana-mana pelajar untuk datang kem ni.. sebab kami tahu, kalau paksa macam mana pun mereka pasti  akan ikhlas menghadirinya..  

pihak sekolah memang dari awal lagi dah pesan dekat mirul.. mereka pesan pelajar asrama ni bukan macam pelajar lain.. kebanyakkan mereka ada masalah.. lagipun sekolah ni merupakan sekolah harian biasa di negeri perlis.. tambahan pula beberapa kes telah terjadi dekat sekolah ni sehingga menjadikan sekolah ni antara sekolah yang dilabelkan sebagai sekolah yang memiliki pelajar nakal..
sebagai pengarah projek saya pandang semua itu sebagai satu cabaran buat saya.. mungkin saya x tahu situasi sebenar mereka di sini tapi berdasarkan daripada kata-kata guru-guru serta pengetua sekolah, saya yakin kem ini bukan kem biasa.. kami sedang berhadapan dengan pelajar-pelajar yang berisiko.. 

kem jati diri A with SIFER..

bak kata pepetah, tak kenal maka tak cinta.. tu lah perumpamaan yang paling sesuai sekali mirul gambarkan untuk pelajar asrama Smk Syed Saffi ni.. silap mirul sebab terlalu percaya dengan label yang diberikan oleh pihak sekolah terhadap pelajar asrama ni.. sebab ternyata mereka ni semua sebenarnya baik, mendengar kata dan memerlukan seseorang untuk dijadikan tempat untuk meluahkan masalah di hati..

segala pandangan mirul terhadap pelajar ni memang benar-benar berubah sejurus program ni bermula.. dari satu program ke satu program yang lain, mereka semakin yakin dengan diri mereka sendiri.. hubungan antara fesi dengan adik-adik juga memang erat sehingga ada yang x benarkan kami balik masa hari terakhir tu..

kebanyakkan pelajar mempunyai masalah dengan keluarga mereka.. ada sesetengah tu lebih selesa tinggal di asrama berbanding rumah mereka.. dan disebabkan itulah bila masa cuti panjang, ada antara mereka yang x mahu balik.. perkara ni memang menyentuh hati mirul.. mereka baru je berumur belasan tahun tapi ALLAH dah uji mereka dengan ujian sebegitu rupa.. dan bila mereka ada masalah, x ada siapa pun yang mahu mendengarnya.. kalau ada pun, akhirnya mereka yang disalahkan..mungkin inilah punca kenapa mereka memberontak dalam hidup mereka sendiri..

responds positif pelajar & guru..

antara respond yang menyentuh hati mirul ialah apabila ada pelajar cakap mereka rasa bersyukur sangat-sangat sebab ada juga orang luar yang sanggup buat program dekat asrama mereka tu.. mereka ingat x ada orang pun yang sudi datang asrama mereka.. ada juga pelajar yang cakap sebenarnya mereka berasa sunyi tinggal dekat asrama ni.. tapi bila kami fesi-fesi ni datang mereka rasa gembira sangat-sangat.. rasa sunyi tu hilang..
dan sebagai ketua program mirul berasa sangat-sangat terharu apabila ramai adik-adik yang memberikan komen yang sangat positif mengenai program ni.. tak kurang juga guru HEM ada cakap yang setiap kali ada program yang melibatkan pelajar sekolah, dia akan rasa sangat berdebar-debar sebab takut pelajar x memberikan kerjasama.. tapi bila dia datang program ni, dia langsung x rasa berdebar-debar atau takut.. sebab dia rasa kami semua dah berjaya.. :')

apa-apa pun kalau mirul nak cerita pengalamana yang sangat berharga ni memang x cukup satu hari.. tapi satu perkara yang mirul nak kongsi dekat sini ialah mirul rasa sangat bertuah sebab ALLAH bagi peluang untuk buat program ni dekat sekolah SMK Syed Safii ni.. perasaan terharu sangat-sangat bila mereka yang dilabel nakal ni sebenarnya merupakan mereka yang memerlukan seseorang dalam hidup mereka.. segala tangisan dan air mata mirul selama 3 hari ni terbalas bila mereka bersemangat untuk berubah dan menjadi insan yang berguna..
mirul doakan mereka semua, adik-adik yang mirul sayang sangat-sangat ni agar dipermudahkan segala urusan.. kepada mereka yang benar-benar ingat berubah, semoga ALLAH permudahkan urusan itu.. abang sayang adik-adik semua.. doakan kami fesi-fesi juga ye..  :)
salam sayang. abang mirul comel.. 






Read more...