بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^ okey..!
dalam entry kali ni mirul nak berkonsi dengan anda semua sedikit mengenai postmortem.. mungkin bagi mereka yang selalu menghadiri kem-kem ataupun khursus-khursus pasti tahu apa itu postmortem.. mungkin ada juga dalam kalangan kita yang kalau je sebut postmortem mesti ingat tentang mayat.. biasanya kalau dalam drama kan selalu mereka cakap macam tu kan.. ^^
postmortem tu biasanya dilakukan dalam mana-mana kem ataupun khursus.. ia bertujuan untuk kita sama-sama duduk berbincang mengenai permasaalahan yang terjadi sepanjang program berlangsung.. tak kira lah masalah kecil atau besar tapi dalam sesi postmortem ni, semua perkara perlu diusulkan.. termasuk juga perkara-perkara yang baik.. ini bagi memudahkan pihak pengurusan untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada dalam program tesebut..
kenapa perlu ada postmortem..?
soalan yang baik.. ^^ dalam setiap apa yang kita lakukan mesti akan ada perkara yang x diingini berlaku kan.. x kira lah masalah atau pun sebaliknya.. sebab itu lah semasa sesi postmortem sedang dijalankan, setiap ahli kumpulan perlulah menyatakan segala perkara yang berlaku supaya untuk program seterusnya, langkah berjaga-jaga boleh diambil.. nanti x adalah masalah yang sama akan berulang..
sesi postmortem ni juga dilakukan supaya semua ahli kumpulan peka dan mengambil tahu perkara ataupun perkembangan program.. tak adalah istilah x tahu atau x ambil tah bila mereka ditanya nanti.. sekurang-kurangnya sesi postmortem ni membantu ahli kumpulan untuk mendapatkan input ataupun pengalaman dari ahli lain.. sebab setiap orang ada cerita tersendiri kan.. jadi x salah berkongsi sedikit cerita tu.. ^^
postmortem diri..
okey..! sebenarnya ini lah tujuan utama entry ni.. ^^ mirul nak kongsi sedikit dengan anda semua mengenai postmortem diri sendiri.. setiap dari kita dari pagi hingga malam pasti ada melakukan kebaikan dan kesilapan kan.. x payah nak tipu lah sebab saya sendiri pun sering melakukan kesilapan.. dan menjadi satu lumrah buat kita untuk melakukan kesilapan tu.. tapi ia bukan bererti kita boleh mengulangi kesilapan yang sama dengan alasan "manusia x lari dari membuat kesilapan.." dan kesilapan dalam hidup memang sesuatu yang menyakitkan.. lagi-lagi bila ia melibatkan kegagalan.. tapi bukan bermakna kita boleh mengalah begitu sahaja.. selagi mampu cuba yang terbaik.. serahkan yang selebihnya kepada ALLAH.. ^^
dan untuk memperbaiki segala kesilapan itu, kita perlulah sedar akan kesilapan tu.. cara yang terbaik ialah sebelum tidur, ambik masa beberapa minit untuk kita imbas kmbali segala perkara yang telah kita lakukan sepanjang hari itu.. kalau boleh senaraikan stiap perkara buruk yan telah kita lakukan.. teruatamanya perkara-perkara DOSA yang mengundang kemurkaan ALLAH..
dengan adanya senarai ni mirul percaya kita akan lebih berhati-hati kelak.. mungkin anda lupa anda pernah melakukan kesilapan itu tapi sebaik-baiknya jangan ulangi kesilapan yang sama.. senarai kesalahan anda tu perlulah dibawa ke mana-mana supaya anda sentiasa beringat tentang kesialapan lalu.. dan yang paling penting sekali, apa pun yang kita lakukan letakkan niat kita yang paling utama kepada ALLAH.. dengan cara ini insyaALLAH segala perkara akan berjalan lancar..
muhasabah diri..
akhir kata setiap dari kita pasti pernah melakukan kesilapan.. bertaubatlah.. sesungguhnya ALLAH itu maha pengampun lagi maha menyayangi.. jika kita tahu kita ada melakukan kesilapan, cepat-cepat bertaubat, meminta ampun dari ALLAH.. jangan biarkan dosa itu terus berlalu tanpa ada penyesalan di hati.. jika perkara itu berlarutan, percayalah lambat laun hati kita akan menjadi hitam.. kerana setiap kali kita membuat dosa tanpa bertaubat, setitik dakwat hitam akan menutup hati kita.. lama kelamaan ia akan menutup segenap hati kita.. jadi jangan biarkan perkara ini berlaku..
mirul juga sering melakukan kesilapan.. mirul akui erkara itu.. jadi sama-sama lah kita saling ingat-mengingati.. tak kira siapa kita, kita wajib menyampaikan sesuatu perkara kepada mereka yang tidak mengetahui.. mirul juga tidak lah mempunyai ilmu setinggi orang lain, tetapi atas dasar menyayangi saudara sesama islam, mirul lakukan juga.,. semoga entry ni bermakna buat anda semua juga buat diri mirul sendiri.. :) sama-sama lah kita berubah demi ALLAHdemi kebaikan bersama ye.. insyaALLAH.. amin..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan