expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 5 Mac 2013

Riak dalam dakwah..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. 
ASSALAMUALAIKUM w.b.t

jawab ye salam mirul ni. tak jawab dosa, jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^_^ amin..
alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaanya masih lagi dapat sama-sama kita bernafas di muka bumi ini dengan percuma.. jadi oleh itu jangan pernah sekali-kali pun kita lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang diberi ini.. #Alhamdulillah dalam entry kali ni, mirul nak berkongsi sedikit dengan kalian semua mengenai sebuah perasaan yang dipanggil 'Riak'.. apa itu riak..? 
riak itu melakukan sesuatu kebaikan atau amalan yang baik semata-mata ingin mendapat tempat di hati manusia.. riak ni wujud dalam setiap diri kita, cuma cara kita mengawal perasaan itu yang menjadikan kita seorang yang riak atau pun tidak.. kadang-kadang tu akan datang sewaktu kita semua x sedar, dalam diam kita akan merasa riak dek kerana pujian atau pandangan orang lain terhadap kita..

ada orang riak bila dia merasa dia lebih baik dari orang lain.. ada orang riak bila dia berubah dan selalu anggap orang lain tu lebih teruk dari dia.. sedangkan siapa tahu takat mana amalan seseorang tu kan.. jadi sekalipun kita ni selalu solat dekat masjid/surau, selalu beribadah kepada ALLAH, tutup aurat dengan sempurna, x pernah tinggal solat, jangan ada sifat riak dalam diri sebab sifat itu hanya akan membinasakan diri kita sendiri je kelak..
kita semua tahu bahawa riak ni x mendatangkan apa-apa manfaat pun kepada kita, malah mendatangkan keburukan terhadap diri dan imej keluarga.. malah, ada segelintir pihak itu dikecam kerana riak dalam diri itu melampaui batas seorang manusia.. nauzubillah, semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan seperti itu..

dalam zaman yang serba moden ni, riak boleh datang dalam pelbagai bentuk.. x kira lah dari segi percakapan ke, perbuatan ke, penulisan ke malah dari segi pakaian pun ada.. antara riak yang ketara yang dapat dilihat pada zaman sekarang ni ialah dengan menampakkan keletihan kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.. sebab tu riak ni bahaya sebab ALLAH sendiri telah berfirman dalam surah Al-Ma'un ayat 4-6 yang bermaksud :

"Maka celakalah bagi orang-orang yang solat. (Iaitu) orang-orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."

 kalau kita lihat sekarang ni, semua orang nak memperlihatkan apa yang mereka miliki dengan bangga dan dengan riak sekali.. ada pula yang tidak mempamerkan secara zahir tetapi dengan sengajanya telah memperkatakan apa yang dimiliki itu kepada orang lain dengan perasaan riak.. golongan seperti inilah yang akan mendapat azab ALLAH di akhirat kelak..
jadi bersama-sama lah kita muhasabah diri, fikir balik setiap perbuatan, percakapan malah penulisan kita sama ada di blog, mahupun di facebook atau twitter sama ada kita riak atau tidak.. almaklumlah, kadang-kala kita x sedar yang kita riak dalam penulisan tu, kita kan manusia biasa.. :) jadi lepas ni, kalau nak buat sesuatu fikir baik-baik tentang apa yang akan kita luahkan, jangan sampai kita riak sebab ALLAH murka kepada hambanya yang riak.. semoga entry ni bermanfaat.. wasalam..~

Read more...