expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 5 September 2012

UniMAP bukan UniMAD..! please take note..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa, jawab dapat pahala.. insyaALLAH..
sebenarnya dah hampir sebulan mirul x update, bukan sebab x ada idea atau bahan tapi rasa nak update blog dah semakin berkurang.. mungkin dah tua kot.. hahaha.. xD

tapi hari ni nafsu untuk update blog memuncak-muncak.. rasa gatal je tangan ni nak tekan-tekan huruf dekat keyboard ni.. ini semua gara-gara entry yang ditulis oleh seorang blogger lah ni.. aku rasa kalau dia x buat entry tu, entah bila baru akan update blog.. hew hew hew.. xD

sebelum layar saya labuhkan, sebelum sampan saya turunkan elok kiranya di sini mirul memperjelaskan dekat kalian semua bahawa entry ni mirul buat bukan untuk memaki, bukan untuk menjatuhkan mahupun untuk membengangkan blogger tersebut.. mirul nak dia faham situasi sebenar supaya lepas ni dia faham apa erti sebenar HORMAT, SABAR dan SYUKUR..


tajuk yang atas ini merupakan tajuk entry blogger tersebut sebelum dia menukarkan kepada yang bawah ni


the worst registration ever..? maksudnya UniMAP punya sesi pendaftaran ni paling teruk antara yang paling teruk..? bak kata kawan mirul, dia tu macam dah pergi dekat semua U je, sampai dia tahu U mana paling paling teruk.. menyakitkan hati betul kan.. hurmm..

dia ingat dia sorang je ke yang datang dari jauh.. kalau mirul x silap, dia ni datang dari KL je pun.. masih ada ibu bapa yang datang lagi jauh dari dia.. adat lah kalau daftar sampai berjam-jam, bukan adik dia sorang je yang nak daftar.. ada lagi beribu-ribu orang yang nak daftar.. sabar lah sikit.. lagi satu, soal taklimat tu, ingat pihak U suka-suka ke nak buat taklimat tu kalau x penting..? ingat pihak U ni x ada kerja lain nak buat daripada duk ceramah depa IbuBapa yang entah berapa kerat je yang dengar..? fikir-fikir ka lah ye..

ni lagi satu masalah yang mirul rasa bengan nak jawab.. bukan nya U x ada sediakan asrama pun kan untuk adik dia, yang dia nak kecoh-kecoh tu kenapa..? untuk makluman pihak "CIK AKAK" sekalian, kampus utama yang dekat pauh tu pun belum siap sepenuhnya.. kami pelajar tahun kedua ni pun x merasa lagi belajar dekat sana, x kan lah baru-baru masuk dah demand nak dekat kampus utama.. kalau nak jugak asrama dekat kampus utama tu pergi lah dekat tapak pembinaan tu, buat khemah sendiri ke.. puas hati..!

ni lagi satu masalah yang mirul rasa macam nak tembak-tembak je "CIK AKAK" ni.. dia mengharapkan rumah yang adik dia duduk tu macam rumah mak bapak dia ke..? bersih, x berhabuk, x kotor, lengkap sofa, meja makan, aircond tu semua..? wei, sedar lah, adik hang tu nak masuk U dah, dah besar.. x ka lah nak kemas rumah sendiri pun x reti.. ke nak upah pembantu rumah dekat sana, jaga kebersihan rumah tu 24 jam..? hurmm.. 

dulu masa mirul dengan kawan-kawan daftar pun sama jugak.. tapi bagi mirul x de lah seperti yang digambarkan oleh "CIK AKAK" ni.. normal lah rumah kena tinggal 3 bulan berhabuk kan..? faham-faham sendiri lah nak kemas.. ni lah susahnya kalau orang yang duduk rumah goyang kaki je.. semua tukang gaji buatkan.. baru kotor sikit dah complain bagai.. x bersyukur.. kalau betul berhabuk kenapa x snap je gambar..? ke x da bukti "CIK AKAK" oi..? grrrr...!

dan ini lagi satu blogger yang mirul pun x faham apa motif dia tulis macam ni.. masalahnya dia ni dah melampau.. sampai tulis UniMAD bagai.. huhuhu.. ini melibatkan Universiti mirul, x kan nak suruh mirul duduk diam je kan.. hurmm.. secara logik jika dia membandingkan sesi pendaftaran U dengan sesi pendaftaran tadika, adil atau tak..? mirul malas nak maki-maki sebab mirul masih boleh sabar lagi..

mirul x nak lah sentuh soal anak dia tu bekas pelajar MRSM ke, bekas pelajar Matrikulasi ke sebab mirul pun bekas pelajar tempat-tempat tersebut.. ni mesti kes mak ayah yang bangga sangat dengan anak tapi sebenarnya habuk pun x ada..kalau betul anak kau bagus, anak kau pandai, anak kau bekas pelajar MRSM kenapa masuk UniMAP..? kenapa x pergi luar negara ke, pergi U yang terbaek ke..? sedar lah wei, seburuk-buruk UniMAP, U ni jugak lah yang terima anak kau tu.. entah berapa pointer nak kecoh.. grrr..

apa-apa pun bagi mirul masalah-masalah ni berpunca daripada beberapa perkara.. 

1. masalah dokumen yang x lengkap.. dulu masa mirul daftar pun mirul ambil masa yang sangat lama gara-gara terlupa nak buat salinan slip MUET.. mak disebabkan tu lah mirul terpaksa beratur lama sehingga berjam-jam untuk membuat satu salinan je.. jadi mungkin ni antara masalah utama, kenapa pelajar ambil masa yang lama untuk mendaftar.. kalau lengkap mirul rasa x ada masalah.. kan2..?

2. ramai Ibu Bapa merungut sebab jalan raya yang sangat sesak.. bagi mirul masalah ni x akan timbul kalau semua pelajar gunakan bas untuk ke kolej kediaman tu.. kan dah disediakan bas supaya x de lah semua kereta menuju ke sana.. lagi satu masalah ialah bila yang daftar nya seorang je, tapi yang datang satu keluarga besar.. x salah nak bawak keluarga, tapi kalau dalam keadaan sesak tu x payah lah pergi.. lepas semua pelajar dah daftar masuk nak pergi tu pergi lah.. hu3..

jalan dekat Wang Ulu tu bukan nya besar, tu jalan kampung je pun.. memang akan sesak lah kan kalau semua kereta nak parking dekat sana.. beribu kereta nak amsuk dekat tempat yang kecik, dekat mana pun akan sesak, bukan dekat UniMAP je.. huk3..

apa-apa pun mirul memang geram gila lah dekat orang-orang yang perangai nya macam ni.. semua orang yang daftar pun rasa benda yang sama, jadi x payahlah nak kutuk-kutuk U kami ni macam tu sekali.. sejujurnya mirul sayang UniMAP sebab dekat sini lah tempat mirul dan kawan-kawan belajar.. dekat sini lah mirul ketawa, menangis dan berkongsi pengalaman semua.. jadi jagalah adab nak menegur tu.. kan ada banyak saluran yang baik dan betul untuk korang buat aduan, jangan lah x uas hati sikit nak tulis dekat Blog..

dan buat pengetahuan kalian-kalian semua, UniMAP ni x ada lah seburuk yang mereka-mereka ni sangka.. bagi mirul setiap U mesti ada kelemahan sendiri, begitu juga UniMAP.. tapi kami semua sedang memperbaiki semua tu.. x kan lah siap-siap terus nak sempurna kan.. fikir logik lah ye.. dan soal kampus tu jauh dari kolej kediaman tu bukan satu masalah besar sebab mirul ni dah setahun belajar, x ada masalah pun nak ke tempat belajar.. kan ada bas disediakan.. x payah risau,, bukan kena jalan kaki pun nak ke dewan kuliah..!

akhir kata dari diri yang banyak kelemahan ni, mirul nak mintak maaf lah ye kalau ada pihak yang terasa.. mirul tulis bukan nak memalukan, tapi nak menjelaskan agar nama UniMAP tak tercalar.. mirul rasa pun kalau korang berada dekat tempat mirul ni korang akan buat benda yang sama.. siapa suka kan rumah kita sendiri kena conteng dengana arang.. hu3.. apa-apa pun sedarlah yang seburuk-buruk UniMAP ni, inilah tempat adik/anak korang menuntut ilmu.. seburuk-buruk UniMAP ni lah yang nak terima adik/anak korang.. jadi SILA BERSYUKUR.. kalau rasa diri tu bersalah, mintak maaf lah secara terbuka.. ingat, adik korang dekat UniMAP, kami ni pun pelajar UniMAP, jaga-jaga.. hahaha (gelak jahat).. xD

dekat sini mirul nak tunjukkan lah sedikit view kolej kediaman UniMAP tempat mirul tinggal.. xD
enjoy ya..!





best x..? he3.. ni lah view UniMAP.. sangat cantik..  <3 UniMAP..
wasalam..~

Read more...