expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label sabar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sabar. Papar semua catatan

Selasa, 2 Julai 2013

Tips Untuk Pelajar Praktikal..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama #ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala, InsyaALLAH.. amin.. ^_^
alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaanya dapat kita sama-sama bernafas hingga ke hari ini.. diberi tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang waras, terima kasih ya #ALLAH atas segala nikmat ini.. semoga dengan nikmat-nikmat ini akan menjadikan kita semua hamba-Nya yang sejati..

alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke dua mirul berpraktikal di Al-Ikhsan batu bahat.. baru dua hari, tapi rasa macam dah berbulan-bulan lamanya.. hahaha.. nak kata tak ada kerja tu ada kerja, cuma mungkin mood nak belajar tu masih ada tu yang lemau sikit ni.. hehehe..
almaklumlah, masuk ni mirul dah dua kali praktikal.. tahun lepas dekat Risda, tahun ni kononnya nak cuba alih arah lah tu yang cuba dekat Al-Ikhsan tu.. dan sepanjang mirul pernah praktikal, ditambah lagi dengan pengalaman kawan-kawan ada beberapa perkara yang perlu korang ambil serious semasa sedang berpraktikal..

tips menjadi pelajar praktikal..

yang pertama, 
jangan add mana-mana FB staf dekat tempat praktikal tu.. hahahaha.. ini penting bagi mereka yang selalu lepaskan perasaan mereka dekat FB.. lagi-lagi jenis yang kuat mengutuk.. hahaha.. bukan nya apa, kalau korang add pekerja dekat pejabat tu, kemudian katakanlah tiba-tiba korang terkutuk dowang, tak mengaiaya namanya..? hahaha.. kalau berkias sekalipun tak kan lah dowang x terasa kan.. jadi untuk keselamatan diri dan keluarga, jangan add dowang.. 

sebab mirul pernah terdengar ada orang sampai diberhentikan praktikal nya gara-gara mengutuk cara pengurus dekat tempat dia praktikal tu menguruskan tempat tu.. mirul tak tahu lah sejauh mana kutukan dia tu, tapi kalau dah sampai kena buang memang teruk lah kan.. jadi nak buat sesuatu tu kena beringat.. teruk macam mana pun, kucar kacir ke tempat tu jangan lah nak sibuk2 post dekat sana sini.. nanti kalau dah terkena, baru tau.. dah kena extend study.. lalala..~

yang kedua,
sabar itu sebahagian dari iman.. kalau boleh, tulis dalam A4 besar-besar kemudian tampal dekat board depan meja praktikal tu (tu pun kalau dapat meja lah ye..) hehehe.. kadang-kadang kita ni nama je pelajar praktikal, tapi semua benda kena buat.. kadang-kadang yang tak masuk akal pun ada.. ada kawan mirul tu siap kena cuci tandas setiap hari kot, mana tak kena tahan sabar.. sebab tu dengan adanya A4 tadi mungkin kita akan lebih sabar dalam menghadapi ujian ni.. hahaha..

kalau kena marah, semyum macam ni.. :D
kalau supervisor dah suruh buat sesuatu tu buat lah dengan hati yang seikhlas mungkin.. walaupun kadang-kadang kita x tahu apa kaitan semua tu tapi buat je lah, kita kan pelajar praktikal.. hahaha.. kita kena selalu ingat yang kita ni pelajar praktikal je, dowang tu memang pekerja tetap.. kalau memang x boleh nak ikhlas kan pun, niat kita tolong permudahkan urusan mereka je lah.. insyaALLAH ada ganjarannya tu... weee..~

yang ketiga,
bagi korang yang ada buku Log tu jangan lupa nak isi setiap hari.. ini pengalaman mirul sendiri masa praktikal  dulu, bila awal-awal je semangat nak isi tapi bila lama-lama dah malas.. lepas 3/4 minggu dah biar kosong.. mula-mula memang lah rasa lega je, tapi tunggu lah bila korang nak hantar nanti.. perghhh memang sakit lah nak tulis balik benda yang dah 3/4 minggu berlalu.. benda yang semalam terjadi pun kadang-kadang kita lupa, ni lagikan dalam tempoh masa yang lama tu.. huhuhu..

tips mudah dia ialah tulis je dengan pensil dulu apa yang kita buat hari tu.. orang kata macam rangka karangan lah.. sekurang-kurangnya nanti x ada lah kita lupa apa yang kita buat hari tu.. dan kalau memang dah x ada kerja langsung hari tu, pandai-pandai lah korang buat karangan sendiri.. kalau nak senang tulis balik aktiviti-aktiviti korang masa minggu awal-awal tu ke.. hahaha.. pensyarah tu pun  x ada masa lah nak baca korang punya report tu satu-satu.. ada beratus lagi buku Log yang dia nak kena baca.. :D
apa-apa pun buat kawan-kawan, pembaca sekalian yang akan berpraktikal atau sedang berpratikal semoga dipermudahkan segalanya.. yang paling penting jaga nama diri, jaga nak keluarga dan jaga nama Universiti masing-masing.. kalau kita buat hal dekat tempat praktikal tu, bukan setakat U kita je dapat nama buruk, nama kita, nama mak ayah kita pun sama.. jadi nak buat sesuatu tu fikir baik-baik, kita pun dah cukup besar kan nak fikir yang mana baik yang mana buruk..

akhir kata selamat berpraktikal.. jadi cleaner pun senyum je, mana tau bos suka nanti lepas grad boleh kerja dekat situ.. muahahaha... wasalam..~
:p

Read more...

Selasa, 6 November 2012

Gangguan Oleh Entiti Paranormal..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. kalau jawab owsome.. ^_^
hehehe.. alhamdulillah.. kita patut bersyukur sebab masih diberi peluang oleh ALLAH untuk terus bernafas di muka bumi milik ALLAH ni.. jangan sesekali pun kita lupa bersyukur sebab ALLAH x pernah lupa nak bagi nikmat dekat kita kan.. jadi bersyukurlah.. ^_^

okey..! berbalik kepada tajuk entry mirul kali ini, mirul nak berkongsi dengan sahabat semua tentang satu cerita yang mana mirul rasa semua orang pernah dengar dekat tempat masing-masing.. namun mungkin kita dengar dalam versi yang lain-lain lah.. tapi masih menggunakan pelakon utama yang sama.. hahaha..
korang semua pernah dengar pasal "Mak Cik Karipap" x..? ada sesetengah cerita orang gelar "Mak Cik Nasi Lemak".. hahaha.. macam-macam versi betul kan..tapi semua tu x penting kot sebab sebenarnya mirul nak cakap pasal pengalaman kawan mirul sendiri apabila dia dikacau oleh makhluk tuhan ni..

kisah dia ni bermula bila pada suatu hari tu dia belajar seorang diri dalam bilik dia.. dia belajar sampai lewat pagi sebab keesokan harinya dia ada ujian.. dan macam biasalah, bila belajar sampai lewat-lewat malam ni suasana memang sunyi.. kebetulan pulak kawan sebilik dia x ada, balik rumah sebab ada kecemasan.. kawan dia yang lagi sorang tu pulak dah tidur.. maka dia memberanikan diri dia untuk belajar seorang diri malam tu..

sedang dia khusyuk belajar tiba-tiba dia dengar satu bunyi yang sangat dia kenal.. dia tahu yang roomate dia x ada, jadi dia buat x tahu je.. huhuhu.. makin lama bunyi tu makin kuat.. dia tahan.. bila bunyi je dia tahan lagi.. buat-buat macam x ada dengar apa-apa pun.. rasanya lama jugak lah dia buat tak tahu.. huhuhu.. bunyi tu pulak kadang-kadang macam dari dalam bilik, kadang-kadang dari luar.. memang seram lah kan kalau tingkap tu bunyi-bunyi dari luar.. grrrrr.. dalam keadaan yang sunyi sepi tu tba-iba dia teringat cerita kawan dia pasal mak cik karipap.. memang terus berderau darah dia.. rasa nak menjerit mintak tolong pun ada..
tapi bila bunyi tu makin kuat, dia memang dah x sanggup lagi dah.. memang dia rasa macam nak keluar je dari bilik tu.. tapi disebabkan dia ingat yang esok ada ujian yang penting dia tahan je.. dalam hati memang selawat banyak-banyak lah.. tuhan je lah yang tahu apa yang dia rasa saat tu.. orang kata boleh terkeluar jantung.. huhuhu..

dan tiba-tiba dalam x semena-mena dia ada terbau satu aroma yang sangat wangi.. wangi dia tu lain macam.. dah lah tadi dengar bunyi macam-macam, ni bau wangi pulak, memang siapa berani kan kalau duduk seorang diri.. kawan mirul tu apa lagi lah, dia terus bangun dari kerusi terus je bukak lampu..! 

bukak-bukak je dia terkejut sangat-sangat sebab dia ternampak roomate dia tengah buncuh air "Old Town White Coffe".. hahaha.. dan baru lah dia sedar yang sebeanrnya bunyi yang dia dengar tu adalah bunyi perut dia yang sedang berkerocong, lapar lah tu.. hahaha.. hilang serammmm.~ hahaha..

kesimpulannya dekat sini, mirul nak cakap dengan korang semua yang sebenarnya dalam dunia ni x ada hantu pun.. kalau ada pun tu semua syaitan je.. paling kurang pun jin.. tapi kita kena ingat yang mereka tu semua pun makhluk ALLAH jugak.. buat apa kita nak takut dengan mereka kan sedangkan kita sepatutnya lebih takut dengan ALLAH.. kadang-kadang bila kita takut, bunyi cicak pun kita dengar macam bunyi hantu mengilai.. jadi jaga pemikiran kita ni.. jangan asyik fikir hantu, hantu, hantu.. lama-lama hantu tu sendiri yang dekat kita sebab kita asyik pikir pasal da je..
kalau kita digangu ke, terasa x sedap hati ke banyakkan baca ayat pendinding, selawat banyak2.. dan lagi satu kalau dah tahu diri tu penakut x payah lah nak berangan tidur sorang-sorang.. ajak lah kawan teman, at least kalau ada apa-apa korang berdua kan.. huhuhu.. kita ni hidup pun kelilingnya penuh dengan syaitan, iblis, jin, bunian jadi x payah lah nak belagak sangat.. "dowang" ni x suka dengan orang yang berlagak, nanti kalau dah terkena dengan "mereka" jangan tanya kenapa lah kan.. hahaha.. semoga korang tidur dalam keadaan yang tenang.. jangan lupa baca doa dulu.. ^_^ wasalam...~




Read more...

Rabu, 5 September 2012

UniMAP bukan UniMAD..! please take note..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa, jawab dapat pahala.. insyaALLAH..
sebenarnya dah hampir sebulan mirul x update, bukan sebab x ada idea atau bahan tapi rasa nak update blog dah semakin berkurang.. mungkin dah tua kot.. hahaha.. xD

tapi hari ni nafsu untuk update blog memuncak-muncak.. rasa gatal je tangan ni nak tekan-tekan huruf dekat keyboard ni.. ini semua gara-gara entry yang ditulis oleh seorang blogger lah ni.. aku rasa kalau dia x buat entry tu, entah bila baru akan update blog.. hew hew hew.. xD

sebelum layar saya labuhkan, sebelum sampan saya turunkan elok kiranya di sini mirul memperjelaskan dekat kalian semua bahawa entry ni mirul buat bukan untuk memaki, bukan untuk menjatuhkan mahupun untuk membengangkan blogger tersebut.. mirul nak dia faham situasi sebenar supaya lepas ni dia faham apa erti sebenar HORMAT, SABAR dan SYUKUR..


tajuk yang atas ini merupakan tajuk entry blogger tersebut sebelum dia menukarkan kepada yang bawah ni


the worst registration ever..? maksudnya UniMAP punya sesi pendaftaran ni paling teruk antara yang paling teruk..? bak kata kawan mirul, dia tu macam dah pergi dekat semua U je, sampai dia tahu U mana paling paling teruk.. menyakitkan hati betul kan.. hurmm..

dia ingat dia sorang je ke yang datang dari jauh.. kalau mirul x silap, dia ni datang dari KL je pun.. masih ada ibu bapa yang datang lagi jauh dari dia.. adat lah kalau daftar sampai berjam-jam, bukan adik dia sorang je yang nak daftar.. ada lagi beribu-ribu orang yang nak daftar.. sabar lah sikit.. lagi satu, soal taklimat tu, ingat pihak U suka-suka ke nak buat taklimat tu kalau x penting..? ingat pihak U ni x ada kerja lain nak buat daripada duk ceramah depa IbuBapa yang entah berapa kerat je yang dengar..? fikir-fikir ka lah ye..

ni lagi satu masalah yang mirul rasa bengan nak jawab.. bukan nya U x ada sediakan asrama pun kan untuk adik dia, yang dia nak kecoh-kecoh tu kenapa..? untuk makluman pihak "CIK AKAK" sekalian, kampus utama yang dekat pauh tu pun belum siap sepenuhnya.. kami pelajar tahun kedua ni pun x merasa lagi belajar dekat sana, x kan lah baru-baru masuk dah demand nak dekat kampus utama.. kalau nak jugak asrama dekat kampus utama tu pergi lah dekat tapak pembinaan tu, buat khemah sendiri ke.. puas hati..!

ni lagi satu masalah yang mirul rasa macam nak tembak-tembak je "CIK AKAK" ni.. dia mengharapkan rumah yang adik dia duduk tu macam rumah mak bapak dia ke..? bersih, x berhabuk, x kotor, lengkap sofa, meja makan, aircond tu semua..? wei, sedar lah, adik hang tu nak masuk U dah, dah besar.. x ka lah nak kemas rumah sendiri pun x reti.. ke nak upah pembantu rumah dekat sana, jaga kebersihan rumah tu 24 jam..? hurmm.. 

dulu masa mirul dengan kawan-kawan daftar pun sama jugak.. tapi bagi mirul x de lah seperti yang digambarkan oleh "CIK AKAK" ni.. normal lah rumah kena tinggal 3 bulan berhabuk kan..? faham-faham sendiri lah nak kemas.. ni lah susahnya kalau orang yang duduk rumah goyang kaki je.. semua tukang gaji buatkan.. baru kotor sikit dah complain bagai.. x bersyukur.. kalau betul berhabuk kenapa x snap je gambar..? ke x da bukti "CIK AKAK" oi..? grrrr...!

dan ini lagi satu blogger yang mirul pun x faham apa motif dia tulis macam ni.. masalahnya dia ni dah melampau.. sampai tulis UniMAD bagai.. huhuhu.. ini melibatkan Universiti mirul, x kan nak suruh mirul duduk diam je kan.. hurmm.. secara logik jika dia membandingkan sesi pendaftaran U dengan sesi pendaftaran tadika, adil atau tak..? mirul malas nak maki-maki sebab mirul masih boleh sabar lagi..

mirul x nak lah sentuh soal anak dia tu bekas pelajar MRSM ke, bekas pelajar Matrikulasi ke sebab mirul pun bekas pelajar tempat-tempat tersebut.. ni mesti kes mak ayah yang bangga sangat dengan anak tapi sebenarnya habuk pun x ada..kalau betul anak kau bagus, anak kau pandai, anak kau bekas pelajar MRSM kenapa masuk UniMAP..? kenapa x pergi luar negara ke, pergi U yang terbaek ke..? sedar lah wei, seburuk-buruk UniMAP, U ni jugak lah yang terima anak kau tu.. entah berapa pointer nak kecoh.. grrr..

apa-apa pun bagi mirul masalah-masalah ni berpunca daripada beberapa perkara.. 

1. masalah dokumen yang x lengkap.. dulu masa mirul daftar pun mirul ambil masa yang sangat lama gara-gara terlupa nak buat salinan slip MUET.. mak disebabkan tu lah mirul terpaksa beratur lama sehingga berjam-jam untuk membuat satu salinan je.. jadi mungkin ni antara masalah utama, kenapa pelajar ambil masa yang lama untuk mendaftar.. kalau lengkap mirul rasa x ada masalah.. kan2..?

2. ramai Ibu Bapa merungut sebab jalan raya yang sangat sesak.. bagi mirul masalah ni x akan timbul kalau semua pelajar gunakan bas untuk ke kolej kediaman tu.. kan dah disediakan bas supaya x de lah semua kereta menuju ke sana.. lagi satu masalah ialah bila yang daftar nya seorang je, tapi yang datang satu keluarga besar.. x salah nak bawak keluarga, tapi kalau dalam keadaan sesak tu x payah lah pergi.. lepas semua pelajar dah daftar masuk nak pergi tu pergi lah.. hu3..

jalan dekat Wang Ulu tu bukan nya besar, tu jalan kampung je pun.. memang akan sesak lah kan kalau semua kereta nak parking dekat sana.. beribu kereta nak amsuk dekat tempat yang kecik, dekat mana pun akan sesak, bukan dekat UniMAP je.. huk3..

apa-apa pun mirul memang geram gila lah dekat orang-orang yang perangai nya macam ni.. semua orang yang daftar pun rasa benda yang sama, jadi x payahlah nak kutuk-kutuk U kami ni macam tu sekali.. sejujurnya mirul sayang UniMAP sebab dekat sini lah tempat mirul dan kawan-kawan belajar.. dekat sini lah mirul ketawa, menangis dan berkongsi pengalaman semua.. jadi jagalah adab nak menegur tu.. kan ada banyak saluran yang baik dan betul untuk korang buat aduan, jangan lah x uas hati sikit nak tulis dekat Blog..

dan buat pengetahuan kalian-kalian semua, UniMAP ni x ada lah seburuk yang mereka-mereka ni sangka.. bagi mirul setiap U mesti ada kelemahan sendiri, begitu juga UniMAP.. tapi kami semua sedang memperbaiki semua tu.. x kan lah siap-siap terus nak sempurna kan.. fikir logik lah ye.. dan soal kampus tu jauh dari kolej kediaman tu bukan satu masalah besar sebab mirul ni dah setahun belajar, x ada masalah pun nak ke tempat belajar.. kan ada bas disediakan.. x payah risau,, bukan kena jalan kaki pun nak ke dewan kuliah..!

akhir kata dari diri yang banyak kelemahan ni, mirul nak mintak maaf lah ye kalau ada pihak yang terasa.. mirul tulis bukan nak memalukan, tapi nak menjelaskan agar nama UniMAP tak tercalar.. mirul rasa pun kalau korang berada dekat tempat mirul ni korang akan buat benda yang sama.. siapa suka kan rumah kita sendiri kena conteng dengana arang.. hu3.. apa-apa pun sedarlah yang seburuk-buruk UniMAP ni, inilah tempat adik/anak korang menuntut ilmu.. seburuk-buruk UniMAP ni lah yang nak terima adik/anak korang.. jadi SILA BERSYUKUR.. kalau rasa diri tu bersalah, mintak maaf lah secara terbuka.. ingat, adik korang dekat UniMAP, kami ni pun pelajar UniMAP, jaga-jaga.. hahaha (gelak jahat).. xD

dekat sini mirul nak tunjukkan lah sedikit view kolej kediaman UniMAP tempat mirul tinggal.. xD
enjoy ya..!





best x..? he3.. ni lah view UniMAP.. sangat cantik..  <3 UniMAP..
wasalam..~

Read more...

Khamis, 26 Januari 2012

TeGuRaN BeRhikMAh..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^
okey..! hari ni mirul nak kongsi dengan korang semua tentang satu perkara yang biasa kita dengar tapi jarang kita ambil iktibar darinya.. hu3.. dan macam biaslah, semoga apa yang mirul tulis ni sedikit sebanyak akan membantu kita semua untuk menjadi hamba ALLAH yang diredhai.. amin..~
okey..! dalam dunia ni, x ada satu manusia pun yang sempurna.. x kisah lah siapa pun dia, pasti ada kekurangannya.. seberapa sempurna pun dia pasti ada kekurangan.. sebab ALLAH tu kan adil.. ^^ mungkin dia lebih dekat bahagian ni, tapi dekat bahagian lain ada kurangnya.. itulah lumrah manusia.. 

terima teguran..
salah satu kelemahan kita sebagai manusia ialah susah sangat nak menerima teguran orang.. x kira lah siapa pun yang menegurnya mesti dalam hati tu akan ada sedikit rasa x puas hati.. rasa geram... paling tak pun dalam hati mesti akan cakap "dia tu macam bagus sangat je nak tegur-tegur orang.." hu3.. lumrah manusia.. ditambah lagi dengan hasutan syaitan, makin membara lah perasaan tak puas dalam hati tu.. hu3..
kadang-kadang kita pun macam tu juga.. bayangkan lah ea, kalau kita tengah syok-syok buat sesuatu tiba-tiba ada orang datang kemudian cakap apa yang kita buat tu salah.. kalau kita ni jenis yang ok x apa, tapi kalau dapat yang jenis hati batu, yang panas baran mau kena penampar sekali.. he3.. yang tu boleh tahan lagi, kalau dapat yang jenis mulut leaser, amik kau..! 

sebab tu kalau kita nak menegur orang ni kena fikir dulu apa yang kita nak cakapkan.. bukan main sembur je.. sebab kita tak tahu lagi apa reaksi dia bila kena tegur.. walaupun kita tahu kita betul sebab dia melakukan kesalahan tersebut, kita tetap kena bersedia.. sebab manusia ni rambut je sama hitam, tapi hati lain-lain.. ingat senang-senang ke orang boleh terima teguran kita.. kalau tak kena pada masa dan caranya memang susahlah.. tapi kalau kita buat dengan cara yang mereka senangi insyaALLAH mereka akan terima dengan hati yang terbuka.. :)

husnuzon..
bila kita kena tegur, senyum dan terima teguran tu dengan hati yang terbuka.. tak kisah lah yang tegur kita tu kawan kita ke, ahli keluarga kita ke, jiran ke, cikgu@pensyarah ke, sesiapa je lah.. tak salah kan terima teguran tu.. mungkin kita memang salah.. sebab manusia ni, mana ada yang sempurna.. hu3.. kadang-kadang tu kita rasa kita ni macam betul sebab apa yang kita buat bukannya salah.. tapi masih kena tegur.. jadi, bersangka baik je.. mungkin memang kita salah, siapa tahu kan.. hu3..

jadi bila kita kena tegur dengan seseorang tu, terima dan fikir-fikirkan apa yang ditegur.. kalau memang kita yang salah maka cuba perbetulkan.. x salah kan..? sama-sama dapat faedahnya.. dia dapat pahala dan kita pun dapat juga.. tapi kita lah yang dapat lebih, sebab kita dapat berhijrah dari sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik.. insyaALLAH..  :) 

dia juga manusia..
hurmm.. dalam dunia ni ada macam-macam jenis manusia.. dalam soal tegur menegur ni lagi lah banyak kerenah dan perangai.. ada yang pantang kena tegur.. bila kena tegur, mula lah kutuk orang tu.. cakap macam-macam.. "konon berangan nak tegur orang, tapi diri sendiri pun x betul juga.." hu3.. tu baru sikit, ada tu yang sanggup memaki hamun depan-depan lagi.. memang menakutkan.. hu3..

apa-apa pun, kita kena sedar, orang yang menegur kita tu juga manusia.. mereka juga x lari dari membuat kesalahan.. menegur kesalahan orang lain(berdakwah) dah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat islam.. nak tak nak kalau kita tahu ada orang lain membuat kesalahan dan kita boleh menegurnya, kita kena tegur juga.. dia nak terima atau tidak itu tanggungjawab dia.. kita dah tunaikan apa yang perlu kita lakukan.. 
soal siapa dia atau apa pangkat dia tu bukan soal utama.. sebab ilmu yang disampaikan tu lagi penting.. walaupun budak kecil yang menegur kita, kita kena terima teguran tu.. memang lah kalau dibandingkan usia kita dengan dia, tapi mungkin dia tahu sesuatu yang kita sendiri tak pasti tentang itu.. ilmu ALLAH ni luas, jadi mungkin ada satu dua perkara yang kita terlepas pandang kan.. hu3..

sabar..
bila kita tegur, dan kemudian orang tersebut marah balik.. itu pun lumrah.. jadi apa yang boleh kita buat ialah, sabarr..  :) memang lah berkata itu mudah, cuba kita kena depan-depan mata baru tau senang ke susah bersabat tu, tapi cuba latih diri bersabar.. x luak pun kalau kita bersabar, malah sabar tu akan lebih bermakna buat kita.. percayalah..!
bila kena marah sekali, jangan mengalah dan takut pula untuk menegur di lain masa.. biasalah, orang kalau nak berdakwah ni memang banyak dugaan nya.. bukannya senang.. syaitan tak suka.. sebab tu seboleh-bolehnya syaitan akan menghasut manusia untuk melawan perkara-perkara yang sebegini.. ditiupnya ke telinga manusia sifat bongkak dan sombong supaya apabila ditegur orang lain, dia akan merasakan yang dirinya cukup baik untuk ditegur.. itulah kerja syaitan..

sebab itulah apabila ditegur, fikir kan balik apa yang diperkatakan itu.. walaupun kita rasa betul kadang-kala kita juga melakukan kesilapan kan.. orang lain tak akan menegur kita kalau kita buat benda yang betul.. melainkan benda tu salah baru kita akan ditegur.. jadi fikir-fikirkan lah dan selamat beramal..

okey lah.. semoga korang dapat sesuatu dari entry ni.. walaupun sikit tapi percayalah, ada juga isinya.. semoga kita semua ambil dan amalkan apa yang kita tahu ni.. kalau rasa nak dapat pahal, jom kongsi entry ni.. insyaALLAH bermanfaat.. :) semoga kita sama-sama mendapat redha dan rahmat dari ALLAH s.w.t.. amin..~~



Read more...