expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Selasa, 2 Julai 2013

Tips Untuk Pelajar Praktikal..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama #ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala, InsyaALLAH.. amin.. ^_^
alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaanya dapat kita sama-sama bernafas hingga ke hari ini.. diberi tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang waras, terima kasih ya #ALLAH atas segala nikmat ini.. semoga dengan nikmat-nikmat ini akan menjadikan kita semua hamba-Nya yang sejati..

alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke dua mirul berpraktikal di Al-Ikhsan batu bahat.. baru dua hari, tapi rasa macam dah berbulan-bulan lamanya.. hahaha.. nak kata tak ada kerja tu ada kerja, cuma mungkin mood nak belajar tu masih ada tu yang lemau sikit ni.. hehehe..
almaklumlah, masuk ni mirul dah dua kali praktikal.. tahun lepas dekat Risda, tahun ni kononnya nak cuba alih arah lah tu yang cuba dekat Al-Ikhsan tu.. dan sepanjang mirul pernah praktikal, ditambah lagi dengan pengalaman kawan-kawan ada beberapa perkara yang perlu korang ambil serious semasa sedang berpraktikal..

tips menjadi pelajar praktikal..

yang pertama, 
jangan add mana-mana FB staf dekat tempat praktikal tu.. hahahaha.. ini penting bagi mereka yang selalu lepaskan perasaan mereka dekat FB.. lagi-lagi jenis yang kuat mengutuk.. hahaha.. bukan nya apa, kalau korang add pekerja dekat pejabat tu, kemudian katakanlah tiba-tiba korang terkutuk dowang, tak mengaiaya namanya..? hahaha.. kalau berkias sekalipun tak kan lah dowang x terasa kan.. jadi untuk keselamatan diri dan keluarga, jangan add dowang.. 

sebab mirul pernah terdengar ada orang sampai diberhentikan praktikal nya gara-gara mengutuk cara pengurus dekat tempat dia praktikal tu menguruskan tempat tu.. mirul tak tahu lah sejauh mana kutukan dia tu, tapi kalau dah sampai kena buang memang teruk lah kan.. jadi nak buat sesuatu tu kena beringat.. teruk macam mana pun, kucar kacir ke tempat tu jangan lah nak sibuk2 post dekat sana sini.. nanti kalau dah terkena, baru tau.. dah kena extend study.. lalala..~

yang kedua,
sabar itu sebahagian dari iman.. kalau boleh, tulis dalam A4 besar-besar kemudian tampal dekat board depan meja praktikal tu (tu pun kalau dapat meja lah ye..) hehehe.. kadang-kadang kita ni nama je pelajar praktikal, tapi semua benda kena buat.. kadang-kadang yang tak masuk akal pun ada.. ada kawan mirul tu siap kena cuci tandas setiap hari kot, mana tak kena tahan sabar.. sebab tu dengan adanya A4 tadi mungkin kita akan lebih sabar dalam menghadapi ujian ni.. hahaha..

kalau kena marah, semyum macam ni.. :D
kalau supervisor dah suruh buat sesuatu tu buat lah dengan hati yang seikhlas mungkin.. walaupun kadang-kadang kita x tahu apa kaitan semua tu tapi buat je lah, kita kan pelajar praktikal.. hahaha.. kita kena selalu ingat yang kita ni pelajar praktikal je, dowang tu memang pekerja tetap.. kalau memang x boleh nak ikhlas kan pun, niat kita tolong permudahkan urusan mereka je lah.. insyaALLAH ada ganjarannya tu... weee..~

yang ketiga,
bagi korang yang ada buku Log tu jangan lupa nak isi setiap hari.. ini pengalaman mirul sendiri masa praktikal  dulu, bila awal-awal je semangat nak isi tapi bila lama-lama dah malas.. lepas 3/4 minggu dah biar kosong.. mula-mula memang lah rasa lega je, tapi tunggu lah bila korang nak hantar nanti.. perghhh memang sakit lah nak tulis balik benda yang dah 3/4 minggu berlalu.. benda yang semalam terjadi pun kadang-kadang kita lupa, ni lagikan dalam tempoh masa yang lama tu.. huhuhu..

tips mudah dia ialah tulis je dengan pensil dulu apa yang kita buat hari tu.. orang kata macam rangka karangan lah.. sekurang-kurangnya nanti x ada lah kita lupa apa yang kita buat hari tu.. dan kalau memang dah x ada kerja langsung hari tu, pandai-pandai lah korang buat karangan sendiri.. kalau nak senang tulis balik aktiviti-aktiviti korang masa minggu awal-awal tu ke.. hahaha.. pensyarah tu pun  x ada masa lah nak baca korang punya report tu satu-satu.. ada beratus lagi buku Log yang dia nak kena baca.. :D
apa-apa pun buat kawan-kawan, pembaca sekalian yang akan berpraktikal atau sedang berpratikal semoga dipermudahkan segalanya.. yang paling penting jaga nama diri, jaga nak keluarga dan jaga nama Universiti masing-masing.. kalau kita buat hal dekat tempat praktikal tu, bukan setakat U kita je dapat nama buruk, nama kita, nama mak ayah kita pun sama.. jadi nak buat sesuatu tu fikir baik-baik, kita pun dah cukup besar kan nak fikir yang mana baik yang mana buruk..

akhir kata selamat berpraktikal.. jadi cleaner pun senyum je, mana tau bos suka nanti lepas grad boleh kerja dekat situ.. muahahaha... wasalam..~
:p

Read more...

Ahad, 9 Disember 2012

Tips Menjelang Peperiksaan..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^_^ 
bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaanya masih lagi kita diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini.. bukan sebarang tanggungjawab yang harus kita pikul, besar tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ni.. jadi jangan sesekali kita terpedaya dengan tipu daya syaitan yang hanya menjanjikan kebahagiaan di dunia tetapi merana di akhirat kelak.. nauzubillah..


bila menyentuh soal dunia dan akhirat ni suka mirul nak mengingatkan dekat sahabat semua bahawa kita hidup ni biarlah seimbang.. ada pepatah arab yang menyatakan bahawa 'apabila kita mengejar dunia, maka kita akan mendapat dunia.. tetapi apabila kita mengejar akhirat, kita akan memperoleh dunia dan akhirat..' insyaALLAH.. jadi mari kita kumpul sebanyak yang boleh amalan kebaikan di dunia ni supaya kita senang di akhirat kelak.. amin.. ^_^

okey..! dalam entry mirul kali ni mirul nak berkongsi sedikit informasi dan nasihat lah dekat sahabat semua mengenai beberapa perkara menjelang peperiksaan akhir yang bakal menjelma x lama lagi ni.. mungkin dah ramai yang tahu tapi x salahkan kalau kita nak ingatkan balik sebab dalam Al-Quran sendiri dah terbukti bahawa manusia ni mudah lupa dan kita sebagai khalifah yang lain haruslah saling ingat-mengingati.. huhuhu.. 

dalam hidup, peperiksaan merupakan salah satu cara untuk menunjukkan kemampuan diri kita dalam sesuatu perkara.. tanpa peperiksaan kita x akan tahu di mana sebenarnya tahap kemampuan kita kan.. dan disebabkan peperiksaan tu pentinglah kita kena betul-betul bersedia.. pastikan sebelum peperiksaan tu kita dah buat persiapan awal, bukan esok nak periksa, malam ni baru nak baca lah, baru nak kemas arang-barang.. x mou, x mou..!


kalau sahabat semua jenis yang suka main game ke, main dota ke, suka online sampai pagi kalau boleh masa nak dekat-dekat periksa ni kurangkan lah sikit ye, x pun tinggalkan je kejap.. ala, bukan lama pun paling kurang 2 minggu je kan.. huhuhu.. yang nak berjaya pun kita bukan orang lain, jadi sila lah berkorban sikit demi kejayaan kita kelak.. 

apa-apa pun persiapan bukan dari segi luaran je, dalaman kita pun kena bersedia jugak..  belajar tu memang lah belajar tapi solat jangan tinggal.. macam mana pun solat tetap wajib, jadi jangan tinggal.. kalau nak study dalam kumpulan tu jaga adab antara lelaki dengan perempuan.. jangan jadikan nak belajar sebagai alasan untuk kita duduk rapat-rapat, tersentuh sikit antaara lelaki dengan perempuan, dosa tetap dosa ingat tu..!
akhir kata dari insan yang x sempurna ni, kalau betul kita nak berjaya di dunia dan akhirat hidup kena lah berkat.. macam mana nak peroleh keberkatan tu..? tepuk dada tanya selera.. amar makruf nahi mungkar.. ingat, Islam itu mudah, dan ALLAH itu maha pemurah.. jadi macam mana pun kalau kita nak kan sesuatu tu mintak lah dekat ALLAH dengan penuh keihklasan.. insyaALLAH kalau itu yang terbaik buat kita ALLAH akan makbulkan.. wasalam..~


Read more...