expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 5 Ogos 2015

Kos Lelong: Antara Mitos dan Realiti

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

ASSALAMUALAIKUM wbt

Alhamdulillah, dengan izin yang maha Esa masih lagi kita semua diberi kesempatan oleh Dia untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan kita sebagai hambanya di atas muka bumi ini. Ingat sahabat, kita harus bersyukur setiap masa atas segala nikmat yang dikurnia kerana kita tak tahu sampai bila nikmat itu akan kita punya.

InsyaAllah dalam entry kali ni, mirul nak kongsi sedikit dengan kalian semua tentang 'kos lelong'. Almaklumlah, keputusan UPU pun dah nak keluar kan dalam masa yang terdekat ni. Jadi buat adik adik yang bakal memasuki alam Universiti, dah tahu belum nak amik kos apa nanti? Ke masa isi UPU hari tu, main letak je kos apa yang nampak best? hehehe.

Pengalaman Masa Sekolah

Berdasarkan pengalaman mirul sendiri lah ye. Masa zaman sekolah dulu, mirul sendiri sebenarnya tak pasti nak sambung kos apa bila masuk U nanti. Kos kos seperti medic, engineering, business tu memang lah dah selalu sangat dengar, tapi tak sangka pulak pecahan bagi setiap kos tu sangat lah banyak. Jadi bila masa nak isi UPU tu, terpinga pinga lah seketika nak memilih kos apa yang sesuai dengan kehendak mirul ni. Banyak kos yang mirul tak pernah dengar, malah tak tahu pun kelayakan apa yang diperlukan untuk membolehkan mirul sambung kos tu di Universiti kelak.

Maka disebabkan tu, akan ada lah beberapa pilihan yang mirul buat yang tak sesuai dengan keputusan yang mirul ada. Tapi alhamdulillah, mirul sebenarnya bernasib baik sebab mirul dapat kos yang mirul mintak. Dan ada juga lah beberapa orang kawan mirul yang tak bernasib baik bila mereka dapat kos yang mereka sendiri tak pilih. Kebiasaannya, kos macam ni kami panggil 'kos lelong'. Kos yang tak diminta, tapi ditawarkan pada kita.

Kos Lelong: Baik atau Sebaliknya?

Dulu, masa zaman sekolah, masa zaman matrikulasi, kami kami ini ditakut takutkan dengan kos lelong. Mana tidaknya, kita akan belajar perkara perkara yang kita sendiri tak tahu apa malah paling teruk kita kena ambil subjek yang susah. Dan ramai yang kata bahawa kos lelong ni adalah kos yang orang tak nak amik. Kos yang pelik pelik dan mungkin tak ada masa depan. Tak takut ke korang kalau diberitahu macam tu? Err
Dan bila kini, bila mirul sendiri dah lepasi zaman nak pilih memilih kos ni, baru mirul sedar yang sebenarnya kefahaman mirul selama ni tentang kos lelong adalah salah. Ye, mungkin dulu tak banyak kos yang ditawarkan di Universiti tempatan ni. Malah jumlah mahasiswa di setiap Universiti pun tak sebanyak jumlah yang ada di masa kini. Jadi pendedahan terhadap sesuatu kos yang baru tu kurang sehingga menyebabkan dilemma dalam kalangan bakal pelajar untuk memohon kos tersebut.

Tak kenal, maka tak cinta. Itu jugak lah yang berlaku selagi mana kita belum lagi daftarkan diri sebagai pelajar bagi jurusan yang kita ambil tu. Walaupun dikatakan sebagai kos lelong, tapi mirul tengok kawan kawan mirul semuanya gembira je bila dah mula belajar. Mungkin mula mula agak sedikit susah, tapi insyaAllah kalau niat kita betul nak timba ilmu, akan Allah permudahkan segala urusan kita. Bi iznillah.

Macam mana nak elak kos lelong?

Ada pula yang tanya, macam mana nak elakkan diri dari dapat kos lelong ni? Jawapan nya senang sahaja. Belajar pandai pandai dan pastikan kita dapat keputusan yag cemerlang. Kalau keputusan kita bagus, pasti kita akan dapat kos yang kita mahukan. Kos lelong ini biasanya terjadi bila kita mohon kos yang memerlukan keputusan yang baik, sedangkan keputusan kita itu hanyalah sekadar paras paras hidung. 


Malah, kita juga boleh pastikan bahawa kita memohon kos yang sesuai dengan keupayaan kita. Kalau kita dah tahu yang kita akan bagus dekat subjek matematik contohnya, kita boleh lah mohon kos yang berkaitan dengan matematik di Universiti nanti. Begitu juga dengan sebaliknya. Ingat, kita ni kenalah ukur baju di badan sendiri. Kalau dah tahu kita tak layak, jangan mengada ngada mohon. Nanti diri sendiri yang kecewa bila kita tak dapat kos yang kita mahukan tu.

Kesimpulannya

Jadi secara kesimpulannya, ambil lah apa apa pun kos di mana mana Universiti. Kemudian bila dah ditawarkan masuk tu, belajar dengan bersungguh sungguh. Niatkan untuk menuntut ilmu kerana Allah. Percayalah bahawa sumber rezeki itu datangnya dari Allah. Kalau kita ambil kos bagus sekalipun, tapi kalau kita tak belajar bersungguh sungguh akhirnya kita sendiri yang akan susah. Tapi kalau sungguhpun kos yang kita dapat tu kos lelong, jika kita belajar bersungguh sungguh, pasti Allah akan tolong kita permudahkan segalanya. InsyaAllah.

Kos tu cuma asbab untuk kita mencari rezeki, yang menentukan rezeki kita itu tetap Allah. Ingat! Semoga bermanfaat ye sahabat.

Yang benar,
Muhamad Amirul Bin Suari



Tiada ulasan: