expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Ahad, 2 Ogos 2015

Selepas Degree: Master atau Bekerja?


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

ASSALAMUALAIKUM wbt

Alhamdulillah, dengan izin yang maha Esa masih lagi kita semua, dapat bernafas dan meneruskan kehidupan seperti biasa di atas bumi yang sementara ini. InsyaAllah di dalam entry kali ini, mirul akan berkongsi sedikit pengalaman dan juga perkongsian buat tatapan sahabat semua.


Mirul percaya bahawa di dalam kalangan pembaca blog ini, pasti merangkumi dari pelbagai peringkat umur. Dan untuk entry kali ini, golongan sasaran mirul ialah golongan pelajar yang baru sahaja menamatkan ijazah sarjana muda. Golongan anak anak muda seperti ini, pasti sedikit sebanyak memerlukan perkongsian pendapat dan juga pandangan agar mereka bisa mengatur langkah seterusnya di dalam kehidupan mereka.

Pengalaman peribadi

Saban tahun, jumlah pelajar yang menamatkan pengajian mereka di peringkat ijazah sarjana muda semakin meningkat. Tidak terkecuali diri mirul sendiri yang baru sahaja menamatkan 'degree' mirul di dalam bidang perniagaan antarabangsa setahun yang lalu. Selepas menamatkan pengajian di UniMAP, mirul agak terpinga pinga untuk mengatur langkah seterusnya. 


Jika dilihat melalui sahabat sahabat mirul, ada yang terus bekerja selepas tamat tempoh pangajian dan ada juga yang memilih untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana. Tidak kurang ada juga sahabat sahabat yang terpaksa mengangur selama beberapa bulan sebelum menerima tawaran bekerja di syarikat syarikat yang ada. Desakan oleh keluarga sendiri, menambahkan lagi kerunsingan dalam membuat keputusan untuk menyambung pengajian di perigkat sarjana atau terus bekerja sahaja.

Jika bekerja yang menjadi pilihan, apa jenis pekerjaan yang akan mirul pohon? Di mana syarikat itu terletak? Berapa jumlah gaji yang akan mirul terima? Tekanan kerja pula bagaimana?

Dan jika menyambung pengajian yang menjadi pilihan, Universiti mana yang ingin disambung? Kos apa yang mahu diambil? Yuran pengajian siapa yang tanggung? PTPTN bila nak bayar?

Bermacam macam soalan bermain di fikiran. Segala kelebihan dan kekurangan bagi setiap pilihan telah mirul pertimbangkan. Dan akhirnya setelah petunjuk mirul dapatkan, maka keputusan pun telah mirul lakukan.

Antara master atau terus bekerja?

Buat sahabat atau adik adik yang juga mengalami masalah yang sama yang mirul hadapi, mohon bertenang dan perbanyakkan berdoa pada Allah. Memang menjadi satu dilemma untuk memilih antara menyambung pengajian atau terus bekerja selepas tamat pengajian. Dan kedua duanya akan membawa kepada dua jalan yang berbeza.

Sejujurnya pada pemerhatian mirul sendiri, kebanyakkan pelajar yang sudah 'tidak sanggup untuk belajar' akan memilih untuk bekerja selepas tamat tempoh pengajian. Manakala bagi mereka mereka yang masih 'berminat' untuk menyambung pengajian akan memilih untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat sarjana. 

Dan mirul sendiri sebenarnya telah memilih untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana kerana mirul telah menanamkan niat untuk menjadi seorang pensyarah selepas menamatkan pengajian di peringkat sarjana ini. Dan jika diizinkan oleh Allah, mirul akan meneruskan pengajian di peringkat seterusnya. InsyaAllah.

Master vs Bekerja

Tidak dinafikan, pelbagai pandangan dar sahabat telah mirul terima terutamanya daripada mereka mereka yang sudah bekerja. Ada yang mengatakan bahawa zaman sekrang ini mereka yang mempunyai sarjana juga ramai yang tidak bekerja. Malah ada juga yang mengatakan bahawa pelajar lepasan sarjana lebih sukar mendapatkan pekerjaan berbanding pelajar lepasan ijazah.


Bila berhadapan dengan golongan 'kolot' seperti ini, satu sahaja yang mirul katakan kepada mereka. Rezeki itu Allah yang tentukan. Penentu rezeki seseorang bukan lah pada taraf pendidikannya, tetapi pada qada' dan qadar yang telah tertulis oleh Allah sejak kita di luh mahfuz nya lagi. 

Mereka yang bekerja mungkin lebihnya pada pengalaman yang telah mereka timba. Malah gaji yang diterima  setiap bulan menjadikan kami, golongan pelajar sedikit cemburu kerana kebanyakkan pelajar tidak lah menerima bantuan pengajian yang tinggi nilainya jika dibandingkan dengan mereka yang bekerja.

Dan kelebihan bagi mereka yang menyambung pengajian tentulah pada taraf pendidikan. Dan sekiranya selepas tamat pengajian, pasti gred pangkat sudah berbeza. Dan jika ada rezekinya, sudah pasti jumlah gaji yang diterima akan berbeza dengan mereka mereka yang berkelayakan ijazah atau yang lebih rendah darinya.

Kesimpulannya

Kesimpulannya, bekerja atau menyambung pengajian merupakan pilihan masing masing. Sekiranya sudah tidak berminat untuk membaca buku, membuat tugasan harian, dan hadir ke kelas, maka jalan yang terbaik adalah dengan terus bekerja. Setidak tidaknya bolehlah mula mengumpul sedikit wang untuk kegunaan sendiri seperti membeli rumah dan kenderaan ataupun mendirikan perkahwinan.


Bagi yang masih berminat dan ingin memasuki bidang pendidikan, maka menyambung pengajian di peringkat seterusnya merupakan pilihan yang bijak. Namun harus di ingati bahawa taraf sarjana dan ijazah adalah berbeza. Jangan masuk sekiranya dipaksa ataupun masuk tanpa rasa rela. Itu hanya akan menyusahkan diri sediri di masa hadapan.

Dan sedikit pesanan. Lakukan lah apa jua sekalipun ye sahabat, asalkan ianya tidak melanggar hukum Allah. Lakukanlah pekerjaan dengan niat kerana Allah, malah niatkan lah menimba ilmu itu kerana Allah. Setidak tidaknya akan ada manfaatnya buat bekalan kita semua di akhirat sana. Lillahi taala. Jom bekerja dan belajar dengan redha Allah :)


Yang benar,
Muhamad Amirul Bin Suari


2 ulasan:

Ija Rased berkata...

keduanya bagus dan memberi impak yang baik, tapi sy memilih untuk bekerja beberapa tahun dan alhamdulilah sekrg sedang menyambung master. walaupun ujian dan cabaran terlalu banyak, tapi halangan itulah yang mendesak kita untuk terus melangkah. :). hanya pandangan berdasarkan pengalaman.

Aremieroul Akim berkata...

betul tu kak @ija rased. Kedua duanya pasti ada kelebihan masing2. Ramai juga sahabat2 saya yang bekerja kemudian menyambung pelajaran seperti akak. Cuma yang risau nya bila sudah berumah tangga kelak. Komitment pada keluarga lagi. Tapi yang macam akak cakap lah, cabaran tu yang buat kita mahu melangkah lebih jauh kan? heeee.