expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 26 Disember 2011

SaHaBAt DuNiA dAn aKHiRaT..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
sahabat.. selama aku berjalan di laluan ini..
tak pernah sekali pun DIA hadirkan seseorang sepertimu..
seseorang yang mampu meluluhkan air mataku..
seseorang yang bisa melembutkan kerasnya batu hatiku..
dan seseorang yang mambuatku jatuh cinta pada dia yang satu..


sahabat.. saat kau hadir, 
aku sudahpun separuh perjalanan menuju nya..
dan selama aku berjalan, aku sering alpa dan lalai dengan dugaan nya..
banyak persinggahan yang aku lalui..
banyak tempat yang aku singgahi..
tetapi tidak ada sesiapa pun yang mengingati ku tentang mati..
tetapi dengan kehadiranmu, kau mengingatkan aku..
kau memimpin aku bersamamu..
bersama menuju dia yang satu..

wahai sahabat dunia akhirat ku..
mungkin kau bukan seperti aku..
yang melihat sahabat umpama diriku..
dan mungkin kau pelik dengan sikapku terhadapmu..
kerana menyintaimu melebihi aku menyintai diriku..
tetapi aku mahu kau tahu, itu lah aku..
menyintai sahabatku melebihi aku menyintai diriku..
dan aku akan selalu begitu..


sahabat.. selama perjalan kita bersama ini..
aku banyak terluka dengan sikapmu..
aku banyak menangis karena dirimu..
kau sering melupakan aku..
kau sering mencari sinar tanpa aku disisimu..
dan aku sering mengadu pada TUHANKU..
mengadu akan segala rintihan di kalbu ku..
dan semakin aku mengadu, semakin aku tahu..
DIA mengujiku melaluimu..
demi untuk melihatku kembali kepada DIA yang satu..

sahabat.. mungkin selama aku mengenalimu..
aku tidak pernah mengucapkan aku sayang padamu..
mungkin selama kita mengikat perjanjian silaturrahim ini, aku sering menyakitimu..
maafkan aku sahabat.. aku juga hambanya..
mungkin melakukan kesalahan itu perkara biasa..
tetapi ia hanyalah sementara..
kerana aku akan cuba untuk berubah..
cuba untuk menjadi sahabat terbaik untukmu..
sahabat dunia akhirat buatmu..
kerana aku sangat menyintaimu demi TUHANKU..

sahabat..satu lagi yang perlu kau tahu sahabat..
aku cemburu pada dirimu..
aku cemburu melihat cinta mu pada TUHAN yang satu..
kenapa aku tidak begitu ya sahabat..
aku cemburu..!
aku benar-benar cemburu..
tetapi aku tahu, aku mampu jadi sepertimu..
malah lebih baik dari itu..
insyaALLAH..
sahabat.. dengan kehadiran kau disisi..
aku lebih kuat..
aku menjadi lebih gagah..
aku kini melihat segala yang dicipta, 
dengan rasa syukur tak terhingga..
aku berjuang atas nama cinta kepada-NYA..
dan dalam perjalanan ini.. kau genggam erat tanganku..
kau bisik kata semangat ke telingaku..
dan kau sentiasa tersenyum kepadaku..
itulah yang aku mahu..
selama kau ada disisiku..

sahabat.. jika aku pergi dulu sebelum mu..
jangan lah kau bersedih hati..
mungkin ini ujian buat kamu dan aku..
kerana ALLAH sudah berjanji, dia tidak akan menguji kecuali kau mampu lalui..
sahabat.. kalau aku pergi dulu..
jangan tangisi aku..
malah aku merayu padamu..
kuatkan lah semangatmu..
dan doakan lah kebahagian aku disana kelak..
insyaALLAH..

tetapi sahabat..
jika kau yang pergi dulu.. maafkan aku..
aku tidak rasa aku mampu melaluinya..
tidak ku mampu berjalan di jalan yang penuh pancaroba ini tanpamu..
tetapi aku akan berjanji.. 
aku akan mendalami hati ini.. 
akan ku robek jantung ini..
supaya menerima suratan takdir ILAHI..
dan aku berjanji sahabat, doaku akan sentiasa mengiringi pemergianmu..
supaya kau sentiasa tersenyum di sisi-NYA..
insyaALLAH..~~
P/S : khas buat semua sahabat yang mengenali diri ini.. ^^
dan saat ini mirul benar-benar merindui sahabat mirul yang sudah pergi menghadap ILAHI..
saudara hafiz.. semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat..
dan bersama-sama dengan mereka yang bertaqwa..
AL-FATIHAH






Read more...

Jumaat, 23 Disember 2011

AkU mAlu PaDaMu Ya ALLAH..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

YA ALLAH.. aku malu padamu..
aku malu sekali ingin memohon kemaafan darimu YA ALLAH..
terasa dosa yang aku pikul selama ini besarnya x terkira..
terasa seperti tidak layak untuk aku memohon kemaafan darimu..
kerana..
selama aku merasa nikmat dunia ini, jarang sekali aku terfikir akan dirimu..
namun saat kau datangkan dugaan dan cubaan, aku meratap kesedihan..
saat itu baru aku terfikir akan dirimu YA ALLAH..


YA ALLAH.. aku sering tertanya..
sering tertanya kenapa kau menguji aku sebegini..
sungguh berat ujian mu YA ALLAH..
kadang-kala hatiku membentak, 
"kau tidak adil YA ALLAH.."
kau sungguh tidak adil terhadapku..
mereka yang lain juga hambamu.. meraka juga seperti aku..
mereka juga melakukan dosa dan maksiat..
tetapi kenapa aku yang engkau pilih untuk terima semua ini..
kenapa..!!

tetapi kini..

YA ALLAH.. terima kasih atas segalanya..
terima kasih kerana kau memberikan dugaan dan ujian ini pada aku..
terima kasih kerana masih mengingati hambamu ini..
mungkin dulu aku menangis kerana mendapat ujian darimu..
tetapi hari ini aku turut menangis apabila mendapat ujianmu..
namun tangisan aku berbeza..
aku menangis gembira.. aku menangis bersyukur..
kerana dengan ujian dan dugaan mu itu, aku akan lebih kuat..
aku akan lebig tabah menuju redahmu..

YA ALLAH.. berikan aku kekuatan..
berikan aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan mu..
semoga aku tabah menghadapi segala apa yang akan aku tempuhi..
dan kau redhakan lah aku dengan segala ketentuanmu YA ALLAH..
kerana mungkin aku tidak kuat..
mungkin hatiku masih lemah dan tidak berdaya..
untuk menghadapi ujian dan dugaan mu sekali lagi..

YA ALLAH.. aku ingin kau tahu..
aku cemburu pada mereka..
aku cemburu pada mereka yang mendapat hidayahmu..
kenapa tidak aku yang engkau pilih untuk menerima hidayahmu YA ALLAH..
malah engkau biarkan aku terus sesat dalam keindahan dunia..
kau biarkan aku hanyut bersama mereka yang engkau benci..
kenapa YA ALLAH.. kenapa..


YA ALLAH.. yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
aku memohon kepada mu YA ALLAH.. 
aku memohon kepadamu untuk merasai hidayahmu..
biarpun hanya sesaat kau memberi, namun indahnya menerima hidayahmu..
melihat mereka yang mendahuluiku dalam larian ini, aku cemburu..
mereka begitu mencintaimu dengan penuh rasa cinta yang abadi..
sedangkan aku masih lagi tercari-cari akan sinarmu..
dan aku sedar, mencari hidayahmu bukan lah mudah..
mendapat hidayahmu bukanlah mainan..
aku pasrah.. :)
aku akan tetap berusaha mencari hidayahmu, 
agar aku akan lebih dekat kepadamu..
agar hidup ini akan lebih bermakna dengan rahmatmu..
amin..amin..ya robbalalamin..~




Read more...

Jumaat, 16 Disember 2011

HAtI-HatI deNGan hAtI..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  :)
okey..! hari ni mirul nak kongsi dengan korang semua tentang satu lagi masalah hati.. kalau sebelum ni mirul banyak cerita tentang hati dan cinta, hari ni mirul nak kongsi tentang HATI-HATI DENGAN HATI.. 
sebenarnya mirul kongsi ni sebab ada seorang kawna mirul ni baru je putus cinta.. tapi disebabkan rasa cinta yang amat mendalam terhadap kekasih dia, kawan mirul ni jadi x tentu arah.. dia cakap hidup dia dah x ada maknanya lagi.. huk3.. subhanALLAH.. inilah yang mirul cakap penyakit hati..  ^^
sayang dia lebih dari kita sayang diri sendiri..

okay..! dah menjadi satu lumrah kan untuk kita menyintai dan menyayangi seseorang tu.. x kira lah dekat sesiapa pun kita serahkan cinta dan sayang kita ni tapi HATI-HATI lah dalam memberikan cinta dan sayang anda..! kenapa mirul cakap macam ni.. sebab seseorang yang amat kita cintai x semestinya akan menjadi milik kita kan..  :)  kadang-kadang tu baru je kapel setahun dua, dah putus.. tapi dalam masa dua tahun tu kita dah serahkan jiwa dan raga kita kepada dia.. sebab tu lah bila kita putus, seolah-olah jiwa kita ni kosong.. hidup terasa dah x bermakna lagi dah.. hu3..

ala, mirul pun macam tu juga.. kalau mirul dah sayang dekat seseorang tu, memang mirul akan sayang dia sepenuhnya.. sanggup je buat apa untuk orang yang kita sayang.. itu mirul.. tapi sejak sering kali perasaan ni di tipu, mirul sering melatih hati untuk tidak menyintai seseorang tu terlalu dalam.. cukuplah sekadar menyintai dia kerana ALLAH.. :)  macam kawan mirul yang seorang ni, dia dah anggap BF dia tu seperti jodoh dia.. maklumlah, BF dia tu baik, memang sesuai buat calon suami.. hu3.. tapi tau-tau je BF dia mintak putus.. katanya nak ambil masa dulu.. nak fikir masak-masak.. kawa mirul ni apa lagi, memang x dapat terima lah.. hu3..

pembahagian cintaku dan sayangku..
dan sebab tu lah mirul pesan satu perkara dekat dia.. mirul cakap kalau kita sukakan seseorang tu jangan bagi 100% cinta kita tu pada dia.. mirul cerita dekat dia, apa yang mrirul buat.. mirul cakap dalam hidup ni, mirul sayang ramai orang.. tapi setiap dari mereka ada peratusan sayang mirul yang berlainan.. mirul cakap satu persatu dekat dia.. mirul bahagikan cinta dan sayang mirul macam dekat bawah ni :

50% untuk sang pencipta.. ALLAH s.w.t..
30% untuk mak mirul.. sayang mak sangat2..  :)
15% untuk keluarga, kawan-kawan dan orang2 disekeliling mirul..
dan 5% untuk JODOH mirul..  :)
mungkin ada yang tertanya kenapa mirul bahagikan macam ni, itu terpulang lah pada individu tersebut untuk bahagikan macam mana dan banyak mana.. yang penting cinta kita yang paling besar biarlah untuk yang ESA..  :)  dan kawan mirul tu ada tanya kenapa untuk JODOH mirul tu hanya 5%.. mirul cakap, setidak-tidaknya dia x berkongsi kasih dengan kawan2 dan keluarga mirul.. besar tu 5%.. he3...

terima kenyataan..!
dan sekarang ni pun mirul sedang cuba untuk melupakan seseorang yang sangat-sangat mirul sayang.. mungkin salah mirul kot sebab dah terberi cinta mirul pada dia melebihi yang sepatutnya.. hu3.. jadi dekat sini mirul nak cakap yang kalau lah korang di kecewakan atau putus dengan BF/GF korang, jangan rasa sedih sangat.. mungkin untuk menerima kenyataan bahawa kita dah x bersama tu pahit tapi bukan mustahil untuk terima kan.. ambil masa dan jangan sesekali mengalah..orang dah x nak dengan kita, buat apa nak menagih simpati lagi dengan dia kan.. fikir lah baik-baik k...  :)
dan mirul percaya kalau kita meletakkan cinta kita yang paling utama kepada ALLAH, maka rasa sedih tu akan pudar dengan sendirinya kerana kita tahu bahawa walaupun kita dah kehilangan seseorang yang kita sayang tapi kita masih lagi ada ALLAH untuk menerima cinta kita ni.. jadi sama-sama lah kita serahkan cinta kita ni pada ALLAH agar bila kita dikecewakan, kita x akan begitu sedih untuk menerima kenyataan tersebut.. 

jangan lupa pada DIA.. ^^
dan jangan lupa untuk selalu mengadi masalah kita ni pada DIA okey..! sesungguhnya DIA lah sebaik-baik pendengar.. tetapi jangan pula ingat hanya bila masa kita susah je.. masa kita senang tu pun selalu lah ucap kata syukur dan selalulah berterima kasih pada DIA.. semoga apa yang dia berikan pada kita ni akan berkekalan dan berpanjangan.. insyaALLAH..  :) 


kalau rasa entry ni best, jangan lupa KONGSI kan ye.. tekan button LIKE bawah ni pun dah cukup dah..  :) terima kasih.. wasalam..  ^^


Read more...

Khamis, 15 Disember 2011

MaK AnGkAt MiruL..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^
okey..! setelah seminggu lebih mirul menyepikan diri akhirnya hati hari ni tergerak jugak  untuk update blog.. walaupun orang cakap hati ni masih lagi berat tapi nak jugak update..! RINDU KOT..!!  ha3..
soal hati ni biarlah dulu.. nanti-nanti bila mirul dah bersedia, mirul cerita ye..  :D
okey..! hujung minggu lepas. mirul ada sertai program Bakti Siswa UniMAP.. nak senang cakap program anak angkat lah.. hu3.. memang best sangat-sangat program ni.. sebab kita dapat kenal ramai orang sambil-sambil dapat keluarga angkat yang baru.. hu3.. dan alhamdulillah, mirul dapat keluarga yang bahagia n mereka menerima mirul seadanya.. walaupun mereka bukan lah dalam kalangan orang yang senang tapi mirul gembira dapat duduk serumah selama 3 hari..

kalau nak dinilai dari luaran memang lah rumahnya mungkin hanya cukup-cukup untuk mereka sekeluarga, tapi tu lah orang cakap, kuasa ALLAH ni tak siapa yang tahu kan.. mirul rasa mak angkat mirul tu selesa duduk sana dengan anak dan menantu dia.. sebab tu lah pentingnya bersyukur dalam hidup ni.. kalau rumah besar mana pun tapi kalau x reti nak bersyukur memang x lama lah kesenangan tu wujud.. seyes..!


ini lah dia mak angkat mirul.. nama dia puan rokiah saad.. umur mak angkat mirul ni 64 tahun, tapi jangan pandang pada usia tau, dia kuat lagi,.. he3.. masa mula-mula dapat dengan mak mirul ni, mirul dah rasa lain macam dah.. takut je, sebab muka dia kan agak garang kan.. he3.. [sorry mak..  ^^] tapi kan orang dah cakap, tak kenal maka tak cinta.. dia seorang mak angkat yang baik sangat-sangat.. dia buat semua nya nampak selesa dalam rumah dia tu.. sebab dia takut lah mana tahu kitowang anak angkat ni tak selesa pulak kan.. he3..


yang ni pula kawan mirul merangkap abang angkat dalam keluarga ni.. sebab dia cakap dia lahir dulu, jadi dia abang.. =="  x adil betul.. hu3.. satu keluarga akan dapat dua orang anak angkat, jadi bagi kelaurga mak angkat mirul ni, dia dapat mirul dan ali ni.. mula-mula ramai jugak yang terkejut sebab almaklumlah kan, masing-masing badan macam bapak orang, duduk serumah pula tu, memang buat habis beras je lah.. ha3.. tapi jangan ingat orang badan besar makan kuat okey..  :) kami baik.. makan pun sikit.. he3..


hah..! ni yang paling menarik sekali..  :D nampak tak cik adik manis tepi sekali tu.. yang pakai baju merah jambu tu.. he3.. dia tu cucu mak angkat mirul.. dia tinggal dekat KL tapi orang cakap kalau dah jodoh memang x kemana ..  :DD kebetulan dia balik kampung pulak.. he3.. saje je nk mengurat mirul... ha3.. mula-mula ingatkan umur dia 21 atau 22.. rupa-rupanya kami sebaya..  :D he3.. memang orang cakap tak lari gunung di kejar lah jawabnya.. ha3.. x de lah.. main-main je.. ntah2 dia dah ada balak.. huk3..  T__T

apa-apa pun program ni memang dah berjaya menyatukan satu lagi silaturrahim dalam hidup mirul ni.. dan bertuahnya bukan setakat dapat mak angkat, dengan cucu-cucu sekali pun ada.. ha3.. [gurau je ok..  :)] bak kata man mirul, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat sebab dengan bersyukur tu, akan bertambah lah nikmat ALLAH buat kita kelak.. dan insyaALLAH mirul akan cuba jadikan mak angkat mirul  ni macam mak mirul sendiri.. tapi tetap mak mirul yang origanal yang TERBAIK..  :DD..

k lah.. nanti mirul update lagi ye.. btw, kalau korang nak tolong mirul kongsi kan pengalaman ni, sila lah tekan button LIKE dekat bawah tu.. sebab sekarang ni mirul tengah deactivate FB.. so kalau rajin tolong lah ye sebar-sebar kan pengalaman manis ni.. terima kasih..  :D  wasalam..

Read more...

Ahad, 4 Disember 2011

UnTUkMu SaHaBaT..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  :)
okey..! kalau korang perasan, sejak akhir-akhir ni, mirul selalu buat entry berkaitan dengan CINTA kan.. mungkin ramai yang pelik sebab selama ni x ada lah entry pasal cinta je.. tiba tiba je kan.. hu3..
okey..! disebabkan mirul rasa ramai yang dah tersalah faham, jadi mirul nak jelaskan semua ni okey.. :)
sebenarnya, blog memanglah tempat untuk mirul kongsi dengan korang semua tentang apa yang mirul rasa dan apa yang mirul alami.. tapi x semestinya semua yang mirul tulis tu adalah cerita tentang mirul semata-mata.. ada juga merupakan ilham dari insan-insan sekeliling mirul dan ada juga daripada luahan hati mirul sendiri.. jadi x ada istilah " Mirul Sedang Angau Bercinta" ye.. 

saya sayang kawan saya sangat-sangat..
okey..! dekat sini juga, mirul nak luahkan sesuatu untuk korang semua tahu.. sesungguhnya mirul sangat menyayangi kawan mirul melebihi mirul sayang diri sendiri.. sumpah..! bagi mirul kawan tu sangta penting dalam hidup ni.. tapi mungkin ada yang anggap kawan tu hanyalah insan biasa dalam hidup dowang, tapi mirul tak..! kawan ialah seseorang yang bermakna dalam hidup ni.. selain keluarga, kawan-kawan mirul lah yang banyak memeriahkan dan mewarnai hidup ni.. tanpa mereka mirul ni x ada apa-apa..
dan dalam berkawan, mirul banyak belajar benda-benda baru.. seyes..! mirul kenal ramai orang dan dari situ setiap apa yang dowang rasa dowang akan kongsi dan mirul akan jadikan benda tu sebagai satu pengajaran buat mirul.. sebab dalam dunia ni, tak semua orang bernasib baik kan.. sebab tu lah mirul suka dengar cerita orang supaya dapat jadikan ia satu pengajaran dalam hidup ni..  :)

demi kawan, apa sahaja..
bukan mirul nak caka apa lah, tapi mirul ni pelik sikit.. he3.. sebab mirul sanggup buat apa je demi kawan mirul.. selagi benda tu akan buat dia gembira, mirul sanggup.. seyes..! kadang-kadang tu kalau mirul terguris dalam hati sebab kawan-kawan mirul, mirul akan cuba cakap baik-baik dengan dia.. tak pun kalau susuah, mirul simpan dalam hati je dan cuba fikir positif..  :)  sebab benda tu akan membantu mirul untuk sentiasa menjaga hubungan dengan dowang.. 
kawan..sahabat.. bagi mirul sama je.. selagi dia sentiasa ada bersama kita baik semasa kita susah ataupun senang itulah kawan dan sahabat dunia akhirat kita..  :)  kalau pun dia hanya ada bila mirul sedih, mirul x kisah pun.. sebab suatu hari nanti bila dia sedih, dia akan sedar dia dah kehilangan seseorang yang sentiasa ada bersama dia dahulu.. :)  tapi alhamdulillah.. sepanjang mirul berkawan dengan semua orang, jarang yang bersikap macam tu.. sebab tu pentingnya memilih dalam berkawan.. tapi jangan terlalu memilih pula ye..  :)

saya sering terluka sebab kawan..
okey..! biasalah kan.. adat berkawan.. sedangkan lidah lagikan tergigit ni lagikan berkawan..  :) hurmm.. mirul ni jenis yang cepat terasa.. kalau korang kenal mirul memang itu cara mirul.. dan kalau mirul terasa hati, mirul bukan seseorang yang senang menipu.. kadang-kadang tu dah cuba untuk tak menunjuk sangat, tapi x boleh.. kadang-kadang tu kalau memang terasa sangat-sangat, memang buruk be be nor muka ni.. ha3..
tapi satu je mirul cakap dekat ramai kawan mirul.. sekali mirul terasa, mirul akan ingat selama-lamanya..  :) hu3.. bukan kejam atau bukan dendam, tapi itu lah prinsip mirul.. tapi kita kena sentiasa belajar untuk menerima kesalahan orang lain kan.. sebab kadang-kadang, bila kita buat salah, orang boleh terima salah kita, kenapa kita tak boleh pula kan..? hu3..

apa-apa pun ingatlah.. kawan tu kadang-kadang satu pinjaman ALLAH kepada kita bagi membantu kita menyelesaikan sesuatu masalah atau sesuatu ujian ALLAH.. dan kita kena ingat bahawa setiap yang dipinjamkan oleh ALLAH kepada kita itu boleh ditarik bila-bila masa sahaja kan..  :)  jadi hargailah sahabat anda itu seadanya.. mungkin dia sentiasa hargai anda tetapi anda hanya melihat dia sebagai insan biasa.. jadi kalau suatu hari nanti bila dia pergi jangan pernah menyesal pula ye..  :)  okey..! fikir-fikir kan.. 
wasalam..

Read more...

Jumaat, 2 Disember 2011

HaTi Oh hAti..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^
okey..! dalam hidup kita ni, kita dikelilingi oleh pelbagai jenis manusia yang kadang kala ada yang kita suka dan ada yang kita tak suka.. biasalah kan, manusia ni sifatnya x sempurna.. pasti ada kekurangan.. x kira lah dia tu baik ke jahat ke, yang pasti kekurangan diri tu pasti ada.. cuma ia bukan lah satu alasan untuk kita melakukan kesilapan dengan sengaja kan.. hurmm..
dalam hidup ni juga, kadang-kadang kita selalu nak jadi yang terbaik untuk seseorang yang kita sayang.. x kisah lah keluarga ke, kawan ke, kekasih ke, sesiapa je lah.. sebab kita nak sentiasa menjadi yang terbaik untuk dia.. hurm..tapi kadang kala tu pula, seseorang yang kita sayang tu x semestinya akan buat yang terbaik untuk kita.. sebab mungkin dia hanya anggap kita ni biasa-biasa je bagi dia. sedangkan kita macam separuh mati sayang dekat dia.. huk3.. 

teman tapi mesra..
okey..! ni satu lagi masalah bila kita suka kawan kita dalam diam.. mula-mula memanglah kawan je, tapi lama-lama perasaan tu mula lah timbul perlahan-lahan.. ada orang boleh pendam dalam hati je, tapi bagi sesetengah tu pula kalau dah suka memang boleh nampak lah dari luar.. bila ditanya, x nak mengaku suka.. cakap " x apa lah, kawan je.." hu3.. tu kira ok lagi.. ada tu pula, mengaku "Teman Tapi Mesra je.. x lebih dari tu.." huk3..

tapi dalam kes teman tapi mesra ni, biasanya dowang ni saling suka sama suka tapi ada sesuatu yang menghalang untuk dowang bersama.. mungkin sebab masing-masing dah ada pasangan atau pun masing-masing malu nak luahkan apa yang terbuku di hati tu.. hu3.. tapi biasanya istilah teman tapi mesra ni x akan kekal lama sebab percaya lah, satu hari nanti istilah tu akan bertukar jadi teman yang mesra.. ha3.. untunglah..~~


cinta dalam diam..
"cintaku bertepuk sebelah tangan.." ni lah ungkapan yang senang untuk seseorang yang mencintai seseorang lain dalam diam.. dia nak bersama dengan orang yang dia sayang tu, tapi kadang-kadang ada je sebab kenapa dowang x dapat nak bersama.. x kisah lah apa sebab nya tapi biasanya orang yang bercinta dalam diam ni dia sanggup buat apa je untuk orang yang dia sayang tu secara senyap-senyap.. seyes..! kadang-kadang, benda tu dah jadi rutin pula bagi dia.. hu3..
orang macam ni selalunya dia lebih suka memerhati seseorang yang dia sayang tu dari jauh.. sebab mungkin dia x berani nak berhadapan dengan orang tu kot.. tak pun sebab dia takut kalau dia luahkan perasaan, dia akan kecewa.. jadi dia ambil keputusan untuk berdiam diri dan memendam perasaan tu dalam hati.. selama mana dia mampu bertahan tu x dapat nak dijangka lah sebab manusia ni kan "rambut sama hitam, hati lain-lain.." ada yang sanggup tunggu bertahun-tahun, dan ada jugak yang mengalah di pertengahan jalan.. mungkin dah x dapat nak menahan sabar kot.. 

penyakit hati..
tapi tahu tak yang memendam perasaan dekat seseorang tu sakit..! lagi-lagi kalau kita sayang dia, tapi dia buat tak tahu je.. mana tak nya, dia anggap kita ni kawan je, kita pula anggap dia lebih dari tu.. hu3.. dapat pula orang yang pemalu nak luahkan perasaan, memang pendam dalam hati je lah jawabnya kan.. hu3.. dalam diam kita suka dia.. dalam diam pula kita buat semunya untuk dia.. dia x tahu apa-apa memang lah x akan rasa apa-apa.. kita yang memendam ni lah yang tanggung derita.. hu3..
jadi kalau lah kita ada perasaan dekat seseorang tu, jangan lah disimpan dalam hati je.. luahkan lah supaya lega hati tu.. tapi kalau lah kita luahkan perasaan tu dekat dia tapi akan menyebabkan korang renggang, baik korang cari alternatif lain.. hu3.. kalau rasa kurang yakin dengan diri, cuba kumpul keyakinan tu dan kluahkan pada dia.. x kisah lah dia nak terima ke tak, tapi at least kita yakin dengan diri sendiri.. at least kita tak seksa siri sendiri.. kan2..? hu3.. jangan jadi macam mirul ni yang selalu pendam perasaan sebab x yakin dengan diri sendiri.. sebab tu selalu terseksa hati ni..hurmm..ok lah.. good luck ye..wasalam..  :D


Read more...

Ahad, 27 November 2011

KaSihMu mEmbaWa Ke syUrgA..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawa dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^
okey..! semalam masa mirul tengah blogwalking dekat BLOG SERIUS tiba-tiba mirul terbaca satu entry dia yang bertajuk Serius Sadis : video sayangilah ibu anda.. 
okey..! apa-apa hal pun, jom tengok video yang menyayat hati ni dulu..

hurmm.. semalam masa mirul tengok video ni, mirul menangis.. entah lah.. mungkin terbayangkan kalau mirul berada di tempat dia.. apa agaknya yang harus mirul lakukan.. hurmm.. dah lah mirul tengah rindu dengan mak sebab dah nak sebulan kot x jumpa, lepas tu dapat pula video ni, memang sesuai lah kan.. hu3..

dalam video ni dia cakap dulu dia seorang anak yang x pernah nak hargai mak dia.. x pernah sekalipun dia ucap kata sayang dekat mak dia.. x pernah dia kucup pun dahi mak dia.. sedangkan dia tahu bahawa mak dia lah yang terbaik di dunia ni.. hu3..

macam tu lah kita semua.. kita sayang mak kita tapi kadang-kadang malu nak tunjuk kan kasih sayang tu.. kadang-kadang rasa diri ni dah cukup besar untuk memeluk dan mengucup dahi dan pipi mak kita.. malu tu satu hal, ditambah pula depan kawan-kawan.. hurm.. apa lah salahnya kalau kita sebagai seorng anak mengucup dan membisikkan bahawa "Kita Sayang Mak tau.." mirul rasa lah, kalau mak korang dengar tu pun dah cukup untuk buat dia bangga..

tapi kasih ibu ni memang tiada tandingannya.. kalau korang sedang bersedih dan x ada sesiapa yang nak dengar cerita tu, mirul rasa mak lah yang terbaik untuk dijadikan tempat mengadu.. seorang mak ni x akan pernah nak menolak permintaan anak dia.. sekuat mana pun dia akan cuba gagahkan juga untuk penuhkan impian anak dia tu.. percaya lah..  sebab tu orang cakap kasih ibu itu membawa ke syurga..  :)

jadi bagi sesiapa yang masih mempunyai mak tu, hargailah dia selagi dia masih lagi ada untuk korang.. jangan sampai suatu hari nanti korang akan menangis sebab kehilangan dia.. saat itu korng akan tahu lah dunia ni sunyi atau tak tanpa dia.. hu3.. sebagai ibu, bukan harta yang dowang nak kan sebagai balasan.. cukuplah sekadar kasih sayang dan kebahagian korang berikan untuk dia..

jadi, jom hargai mak kita sekarang..! kucup dahi dia dan cakap,
"MAK, KITA SAYANG MAK SANGAT2..!!"
wasalam..~~

p/s : jangan lupa ayah korang pula ye..  :)
sebab dalam ni khas untuk ibu, ayah akan dibuat kelak.. insyaALLAH..


Read more...

Sabtu, 26 November 2011

KaWaN Vs cInTa..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^
okey..! sebenarnya sebelum-sebelum ni pernah juga mirul buat entry pasal CINTA kan.. [ contohnya dekat SINI ].. tapi kali ni sekali lagi mirul nak kongsi dengan korang semua entry tentang CINTA.. hurmm..
mirul bukan lah doktor cinta mahupun pakar dalam hal-hal seperti ni tapi semua orang pernah merasa cinta kan.. jadi x salah rasanya kalau kita berkongsi pendapat tentang apa yang kita rasakan..  :)

okey..! menjadi satu lumrah dalam hidup manusia ni untuk menCINTAi seseorang kan.. macam pelik pula kalau kita x pernah rasa sayang ataupun cinta.. paling kurang pun perasaan cinta tu mesti ada antara kita dengan DIA yang satu.. hu3.. tapi cinta ni racun umpama racun.. sekali dah terkena jangan harap dengan senang-senang kita mampu ubatinya.. hurm.. perasaan pula bukan boleh dipaksa.. hati ni lain.. kadang-kadang tu mulut je cakap benci, tapi dalam hati sayang.. sebab tu lah perasaan ni x boleh dipaksa.. sebab terpaksa mana kita sayang dekat seseorang tu tapi kalau hati kata tak, memang x akan menjadi lah kan..hu3

okey..! mirul nak tanya satu soalan lah.. mungkin soalan ni selalu kita dengar dan mungkin ramai yang boleh fikirkan sendiri jawapan nya.. hu3.. macam mana kalau korang mencintai seseorang yang juga merupakan orang yang sama di cintai oleh kawan baik korang..? adakah korang akan mengalah ataupun korang teruskan perasaan tu..? mungkin ada yang akan cakap lebih baik untuk kita undur diri sebab kawan tu jauh lagi penting.. tapi mungkin juga akan ada yang bangkang.. sebab ada juga yang akan cakap, kita pun ada hak untuk bercinta.. asyik nak jaga hai orang je, hati kita siapa nak jaga.. kawan kan memahami.. hu3..masing-masing ada pendirian yang tersendiri kan dan masing-masing ada sebab kenapa mereka memilih jalan tu.. hurm..

KAWAN vs CINTA

ada pepatah cakap kawan biar beribu, kasih biar satu.. sebab kawan ni senang nak dicari.. pergi je mana-mana mesti kita akan dapat kawan.. tapi kasih yang satu ni memang susah.. lagi-lagi nak cari mereka yang benar-benar ikhlas mencintai diri kita ni.. bagai kan mencari sebutir mutiara di persisiran pantai.. semua nampak sama tapi akan ada satu yang berbeza.. itulah dia CNTA..  :)
tapi kadang-kadang tu dalam bercinta mesti akan ada ujian nya.. jangan katakan dah bercinta, belum bercinta pun dah macam-macam ujian datang, ni lagikan masa tengah bercinta.. kan2..? hu3.. antara masalah yang sering kita dengar ialah cinta terhalang gara-gara kawan kita.. hurm.. bagi sesetengah orang, mereka menganggap kawan dowang tu sebagai seseorang yang jauh lagi penting dari cinta.. sebab tu lah ada je orang yang sanggup mengalah demi nak melihat kawan dia bahagia.. hurm..

tapi sebenarnya benda tu salah..! betul..! cuba korang bayangkan lah ea.. kalau lah korang mengalah demi nak melihat kawan korang tu bahagia dengan someone yang korang sayang, lepas tu dia asyik berkepit je depan mata korang, korang rasa gembira ke..? korang mesti akan cakap "x apa lah.. asalkan dia bahagia.." x pun korang cakap macam ni "aku bahagia kot kalau tengok dia bahagia.." hu3..

wei..! mirul pun pernah sayang dan cinta dekat orang.. dan mirul pun pernah cinta dalam diam.. seyes hati ni terasa sakit sangat-sangat.. bukan senang tau kita nak melepaskan seseorang yang kita sayang.. perasaan ni bukan barang mainan.. hari ni suka guna, esok lusa kalau x suka letak tepi.. TAK..! perasaan sayang ni sesuatu yang memeritkan.. lagi-lagi kalau bab-bab melepaskan seseorang.. hurm..

dan meredhai seseorang tu pergi mungkin bisa terjadi tapi bukan dalam sehari.. melihat dia bahagia memang bisa membuatkan kita bahagia tapi bukan untuk selama-lamanya.. hari ini kita katakan kita redah dia pergi.. tapi saat kita sendiri hati ini akan menyoalkan kembali apa yang kita rasai.. hati oh hati.. hurmm.. tapi kalau benar hati ni boleh meredhai pemergian dia, dan bila kita melepaskan dia, dia akan lebih bahagia lebih baik lepaskan.. mungkin dia bukan jodoh kita.. percaya pada DIA okey..  :)

apa-apa pun selalu lah berdoa ye supaya hati ni sentiasa tenang dalam hidup ni.. belajar untuk meredhai sesuatu perkara dan selalu lah dekat kan diri kita dengan DIA.. soal jodoh biar DIA yang tentukan, tapi x salah kalau kita berusaha untuk mencari nya.. sebab doa tanpa usaha itu tidak akan membuahkan hasil kan..  :)  dan percaya lah.. kalau benar dia jodoh kita, kemana pun kita pergi.. sejauh mana pun kita berlari kalau benar dia memang milik kita dia akan tetap menjadi milik kita.. dan begitu juga sebaliknya.. jangan terlalu berharap sebab kadang-kadang harapan boleh tinggal kenangan okey..  :)  semoga ada isi yang berguna yang boleh kita ambil dari entry ni.. salam..  ~



Read more...

Rabu, 23 November 2011

JoM PoNTeNG kelAS..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^
okey..! rasanya kebanyakan dari kita ni semua merupakan seorang pelajar ataupun bekas pelajar..
tak kira  lah korang ni sedang belajar dekat mana sekalipun tapi sebagai seorang pelajar perkara yang harus kita tahu ialah menghormati guru atau pensyarah atau profesor atau sesiapa sahaja yang telah beri kita sesuatu ilmu yang berguna.. itu adalah benda yang paling asas dalam nak menuntut ilmu ni.. ^^ 
dalam kita menuntut ilmu ni pula, kadang-kadang ada je sesuatu yang tak kena.. dalam entry ni mirul nak tekan kan lebih kepada masalah antara kita dengan guru kita.. okey..! manusia dan masalah memang tak dapat nak dipisahkan.. tanpa ujian atau masalah, hidup x akan sempurna.. percayalah..! jadi kadang-kadang tu kita sebagai seorang pelajar pun akan menghadapi masalah dengan guru kita.. betul tak..? tak kira lah besar ke kecik ke ,masalah tu kita tetap akan rasa tidak puas hati dengan guru kita tu.. hurmm..

bila tak puas hati mula lah kita dendam dengan dia kan.. ada sampai tu sanggup buat sesuatu terhadap guru tersebut.. selagi hati tak puas, selagi tu lah kita tak akan berhenti nak akiaya guru tersebut.. hurmmm.. fikir balik.. betul ke apa yang kita buat tu.. dengan sepenuh tenaga cikgu tu memberi kita sesuatu ilmu yang berguna tetapi disebabkan keegoan kita untuk menerima kesalahan diri menyebabkan keberkatan ilmu antara kita dan guru itu tiada.. sia-sa je lah kita belajar selama ni kalau tak ada keberkatan.. hu3..
tapi ni semua biasanya trend-trend pelajar sekolah.. kalau dekat U cara nya dah lain.. maklumlah kan, semua dah besar.. nak buat apa pun boleh.. hu3.. kalau dekat U ni biasanya kalau dowang dah benci dekat pensyarah tu biasanya ponteng je lah jawabnya.. sama ada benci atau rasa diri tu dah pandai sangat lah tu.. hu3.. tapi ponteng dekat U ni dengan cara yang pandai.. caranya ialah suruh kawan tandatangan kan kehadiran.. hu3.. dapat pula kawan yang memang ikut je apa yang disuruh, mana tak makin menjadi-jadi kan.. mula-mula sekali, tapi nanti lama-lama bila dah biasa makin lemak lah jawabnya.. hu3..

entah lah, dowang ni agaknya tak pernah fikirkan perasaan pensyarah atau guru tu ek.. main buat ikut suka hati je.. cuba korang letak diri korang dekat tempat pensyarah tu.. apa yang korang akan rasa..? bagaimana perasaan korang bila dapat tahu ada pelajar korang yang tipu kehadiran..? mesti akan rasa geram kan.. tipu lah tak.. hu3.. kalau lah dowang menip tu sebab ada hal yang perlu diuruskan tak apa lah juga.. ni sebab malas tak pun sebab bosan dengar pensyarah tu "membebel".. hu3.. tak masuk akal betul..

 inilah cara hidup U.. semua nya bergantung pada diri kita sendiri.. kalau kuat azam kita nak belajar, insyaALLAH semua nya akan berjalan dengan lancar.. tapi kalau sejak mula dah goyah memang habislah.. hu3.. kalau dulu masa zaman persekolahan rasa macam nak je cepat habis, tapi bila dah masuk U ni, macam nak kembali ke zaman persekolahan pun ada. ha3.. tapi itu mustahil kan.. hargai apa yang ada hari ini sebab takut esok ia akan pergi.. hu3..

okey lah.. buat sesipa yang terasa tu mirul minta maaf lah ye.. bukan mirul nak membenci tapi ni cara mirul nak tegur korang.. berubah lah.. masih ada peluang.. [wah2.. ayat dram melayu.. he3.. ] sebab dalam hidup ni peluang hanya datang sekali.. hormati guru untuk kesejahteraan hidup kita.. sebab dengan ada nya keberkatan dari guru, maka ilmu yang kita dapat tu pun akan penuh dengan kleberkatan.. kalau ilmu tu berkat, insyaALLAH semua nya akan berjalan dengan lancar.. wasalam..~

Read more...

Khamis, 10 November 2011

SuRaT UnTuK KaMu..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  :)
okey..! dalam hidup ni memang kita tak boleh nak paksa diri ni untuk cinta atau sayang dekat seseorang kan.. sebab perasaan seperti ni bukan boleh di buat main-main.. hurm.. kadang-kadang tu, macam mana sayang kita dekat seseorang tu pun, tapi kalau dia x sayang dekat kita sampai bila-bila pun dia x akan jadi milik kita.. betul tak..? 

Surat Untuk Kamu...

awak..! mirul sebenarnya bukan tak sayang dekat kamu.. sayang..! tipu kalau x sayang.. tapi sayang sebagai seorang kawan je.. puas mirul paksa diri ni untuk sayang kamu sebagaimana kamu sayang dekat mirul.. tapi x boleh.. macam mana mirul paksa pun perasaan tu x akan muncul..hurmm.. dan ni bukan sebab mirul ada seseorang yang lebih istimewa, tak..! mirul ada kamu je.. 
kamu tahu tak.. setiap kali kamu cakap kamu sayang dekat mirul, mirul cuba nak cakap mirul sayang dekat kamu juga.. tapi x boleh.. kadang-kadang tu mirul paksa diri ni.. hurmm.. jahat kan mirul ni..  :')  kamu pula baik sangat-sangat.. mirul kadang-kadang tu x sampai hati nak buat kamu sedih.. kalau kamu mesej bukan mirul tak nak layan, cuma kadang-kadang x nak buat kamu terus sayang dekat mirul.. jadi mirul cuba jauhkan diri..

ingat x dulu masa kita pernah break...? masa tu mirul kena maki dengan ramai orang.. termasuk kawan baik mirul sekali.. dowang cakap mirul ni bodoh lah sebab tinggalkan kamu..hurmm.. dowang tak faham apa yang mirul rasa.. x siapa paham.. lepas tu lama-lama dowang senyap.. mirul cuba nak jelaskan, ada yang faham dan ada juga yang masih x percaya.. terpulanglah.. memang mirul x nak tipu diri sendiri.. seminggu lepas tu mirul dapat tahu kamu demam.. demam sebab rindu kan saya.. kamu ni..! suka buat saya serba salah tau.. huk3.. akhirnya saya mesej kamu balik.. kamu pun nampak gembira.. lega saya..
tapi, sampai bila mirul boleh tipu kamu dan diri sendiri..? mirul x sanggup nak tipu lagi.. mirl rasa lagi lama mirul pendam, lagi susah kamu nak terima kenyataan ni kan.. kamu kena faham, mirul bukan x sayang sebab apa.. mak mirul janda.. mirul anak sulung.. tanggungjawab mirul pada adik-adik besar sangat-sngat.. mak selalu cakap yang mirul ni contoh buat adik-adik mirul yang lain.. hu3.. mirl nak berjaya dan nak tolong keluarga mirul.. x nak biarkan orang hina kami lagi.. x nak tengok air mata mak mirul jatuh bertitisan lagi.. kamu pun tahu kan macam mana mirul sayang keluarga mirul.. hurm..

kamu pula selalu cakap dekat mirul tentang masa depan kita.. mirul dengar sambil menangis kamu tahu tak.. punyalah jauh kamu fikir sedangkan mirul masih lagi nak lari dari kamu.. hurm.. dalam islam, tanggungjawab seorang suami bukannya mudah.. mcam-macam kena tanggung tau.. kamu rasa mirul mampu ke..? entah lah, mirul rasa x.. adik-adik mirul tu kecik lagi.. kamu sanggup tunggu ke..? mirul tak nak kamu terus terseksa.. ramai lagi lelaki yang jauh lebih baik dari mirul.. mirul ni jahat kamu tahu tak.. mungkin bukan jahat dari mata kamu, tapi bua kamu menangis ni pun dah cukup jahat buat mrul..hurm..

seminggu mirul x angkat kamu telephone.. seminggu juga mirul x balas satu pun mesej kamu.. jahat kan.. dalam seminggu tu jugak lah kamu sabar tunggu saya.. semalam kamu mesej cakap kalau kamu ada buat salah kamu minta maaf..kamu cakap juga yang kamu sayang mirul.. kamu ni baik sangat lah.. kamu x pernah buat salah pun.. mirul je yang jahat.. :'(

apa-apa pun, semalam mirul ada mesej kan.. yang panjang tu.. sampai 10 page..hu3.. tapi sampai sekarang kamu x balas.. kamu marah kan..? xpew.. mirul paham.. kalau kamu nak maki mirul pun x apa.. mirul paham.. kamu ada hak.. mirul tak nak terus tipu kamu.. mirul x nak kamu terus berharap sesuatu yang x pasti lagi.. maaf lah kalau buat kamu terseksa dengan cinta mirul.. mirul x sengaja.. hurm.. kan mirul selalu pesan, kalau kita ada jodoh insyaALLAH x akan ke mana ye.. cuma sekarang ni bukan masanya untuk mirul fikirkan hal-hal ni.. mirul ada cita-cita.. mirul harap kamu pun macam tu.. kita sama-sama berjaya dan kelak siapa tahu kan.. hurm.. mirul selalu doakan kamu bahagia..  :)  akan jumpa dengan seorang lelaki yang jauh jauh jauh jauh lebih baik dari mirul.. jangan risau ye.. ALLAH ciptakan hawa itu dari tulang rusuk adam.. berdoalah supaya jodoh itu merupakan jodoh terbaik buat kamu kelak.. 

salam sayang dari seorang sahabat..  :)

Read more...

Selasa, 8 November 2011

HaNtU dAlAm MuSiC vIdEo MaLaYSiAn BoYs..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  :)
okey..! semalam masa mirul tengah buka laman sesawang Youtube, tiba-tiba ada kawan mirul cadangkan mirul supaya tengok satu video ni.. [bukan video x baik okey.. :P  ha3..] mirul pun buka lah link tersebut sebab katanya dalam video tu ada hantu.. hurm..
mungkin ramai yang percaya dengan kewujudan hantu.. dan mungkin ramai juga yang x percaya.. terserlahlah.. namun dalam Al-Quran sendiri ada dinyatakan bahawa kita hidup di dunia ni bukan sahaja wujudnya manusia tetapi ada nya juga makhluk-makhluk ALLAH yang lain.. contohnya jin, syaitan, iblis dan juga makhluk ghaib yang lain.. mungkin kita x dapat melihat mereka dengan mata kasar namun dengan wujudnya dalil-dalil dalam Al-Quran maka benar lah kewujudannya..

berbalik kepada link apa yang kawan mirul bagi, mirul pun bukak.. rupanya video tu ialah music video bagi satu lagu yang sedang hangat diperkatakan.. lagu Malaysian Boys.. kalau korang x percaya jom tengok video ni.. 

nampak tak baju warna putih tu..? entah lah, x tau nak cakap macam mana..
kadang-kadang kita x perasan benda tu hantu ke manusia sebab bukan nampak enuh pun kan..
hu3.. tapi ada lagi satu video ni yang agak jelas lah..
jom tengok..


:DD
okey lah.. korang dah tengok kan..
nampak x..? he3.. 
apa-apa pun, jangan biarkan diri ni terlalu taksub sangat dengan benda-benda macam ni..
takut kalau salah percaya boleh terpesong pula akidah..hu3..
kita ni hamba ALLAH, "mereka" pun hamba ALLAH juga.. jadi x perlu nak takut k..  :)
takut hanya kepada DIA yang satu k..  :)
salam..~

Read more...