اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^
okey..! rasanya kebanyakan dari kita ni semua merupakan seorang pelajar ataupun bekas pelajar..
tak kira lah korang ni sedang belajar dekat mana sekalipun tapi sebagai seorang pelajar perkara yang harus kita tahu ialah menghormati guru atau pensyarah atau profesor atau sesiapa sahaja yang telah beri kita sesuatu ilmu yang berguna.. itu adalah benda yang paling asas dalam nak menuntut ilmu ni.. ^^
dalam kita menuntut ilmu ni pula, kadang-kadang ada je sesuatu yang tak kena.. dalam entry ni mirul nak tekan kan lebih kepada masalah antara kita dengan guru kita.. okey..! manusia dan masalah memang tak dapat nak dipisahkan.. tanpa ujian atau masalah, hidup x akan sempurna.. percayalah..! jadi kadang-kadang tu kita sebagai seorang pelajar pun akan menghadapi masalah dengan guru kita.. betul tak..? tak kira lah besar ke kecik ke ,masalah tu kita tetap akan rasa tidak puas hati dengan guru kita tu.. hurmm..
bila tak puas hati mula lah kita dendam dengan dia kan.. ada sampai tu sanggup buat sesuatu terhadap guru tersebut.. selagi hati tak puas, selagi tu lah kita tak akan berhenti nak akiaya guru tersebut.. hurmmm.. fikir balik.. betul ke apa yang kita buat tu.. dengan sepenuh tenaga cikgu tu memberi kita sesuatu ilmu yang berguna tetapi disebabkan keegoan kita untuk menerima kesalahan diri menyebabkan keberkatan ilmu antara kita dan guru itu tiada.. sia-sa je lah kita belajar selama ni kalau tak ada keberkatan.. hu3..
tapi ni semua biasanya trend-trend pelajar sekolah.. kalau dekat U cara nya dah lain.. maklumlah kan, semua dah besar.. nak buat apa pun boleh.. hu3.. kalau dekat U ni biasanya kalau dowang dah benci dekat pensyarah tu biasanya ponteng je lah jawabnya.. sama ada benci atau rasa diri tu dah pandai sangat lah tu.. hu3.. tapi ponteng dekat U ni dengan cara yang pandai.. caranya ialah suruh kawan tandatangan kan kehadiran.. hu3.. dapat pula kawan yang memang ikut je apa yang disuruh, mana tak makin menjadi-jadi kan.. mula-mula sekali, tapi nanti lama-lama bila dah biasa makin lemak lah jawabnya.. hu3..
entah lah, dowang ni agaknya tak pernah fikirkan perasaan pensyarah atau guru tu ek.. main buat ikut suka hati je.. cuba korang letak diri korang dekat tempat pensyarah tu.. apa yang korang akan rasa..? bagaimana perasaan korang bila dapat tahu ada pelajar korang yang tipu kehadiran..? mesti akan rasa geram kan.. tipu lah tak.. hu3.. kalau lah dowang menip tu sebab ada hal yang perlu diuruskan tak apa lah juga.. ni sebab malas tak pun sebab bosan dengar pensyarah tu "membebel".. hu3.. tak masuk akal betul..
inilah cara hidup U.. semua nya bergantung pada diri kita sendiri.. kalau kuat azam kita nak belajar, insyaALLAH semua nya akan berjalan dengan lancar.. tapi kalau sejak mula dah goyah memang habislah.. hu3.. kalau dulu masa zaman persekolahan rasa macam nak je cepat habis, tapi bila dah masuk U ni, macam nak kembali ke zaman persekolahan pun ada. ha3.. tapi itu mustahil kan.. hargai apa yang ada hari ini sebab takut esok ia akan pergi.. hu3..
okey lah.. buat sesipa yang terasa tu mirul minta maaf lah ye.. bukan mirul nak membenci tapi ni cara mirul nak tegur korang.. berubah lah.. masih ada peluang.. [wah2.. ayat dram melayu.. he3.. ] sebab dalam hidup ni peluang hanya datang sekali.. hormati guru untuk kesejahteraan hidup kita.. sebab dengan ada nya keberkatan dari guru, maka ilmu yang kita dapat tu pun akan penuh dengan kleberkatan.. kalau ilmu tu berkat, insyaALLAH semua nya akan berjalan dengan lancar.. wasalam..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan