اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
sahabat.. selama aku berjalan di laluan ini..
tak pernah sekali pun DIA hadirkan seseorang sepertimu..
seseorang yang mampu meluluhkan air mataku..
seseorang yang bisa melembutkan kerasnya batu hatiku..
dan seseorang yang mambuatku jatuh cinta pada dia yang satu..
sahabat.. saat kau hadir,
aku sudahpun separuh perjalanan menuju nya..
dan selama aku berjalan, aku sering alpa dan lalai dengan dugaan nya..
banyak persinggahan yang aku lalui..
banyak tempat yang aku singgahi..
tetapi tidak ada sesiapa pun yang mengingati ku tentang mati..
tetapi dengan kehadiranmu, kau mengingatkan aku..
kau memimpin aku bersamamu..
bersama menuju dia yang satu..
wahai sahabat dunia akhirat ku..
mungkin kau bukan seperti aku..
yang melihat sahabat umpama diriku..
dan mungkin kau pelik dengan sikapku terhadapmu..
kerana menyintaimu melebihi aku menyintai diriku..
tetapi aku mahu kau tahu, itu lah aku..
menyintai sahabatku melebihi aku menyintai diriku..
dan aku akan selalu begitu..
sahabat.. selama perjalan kita bersama ini..
aku banyak terluka dengan sikapmu..
aku banyak menangis karena dirimu..
kau sering melupakan aku..
kau sering mencari sinar tanpa aku disisimu..
dan aku sering mengadu pada TUHANKU..
mengadu akan segala rintihan di kalbu ku..
dan semakin aku mengadu, semakin aku tahu..
DIA mengujiku melaluimu..
demi untuk melihatku kembali kepada DIA yang satu..
sahabat.. mungkin selama aku mengenalimu..
aku tidak pernah mengucapkan aku sayang padamu..
mungkin selama kita mengikat perjanjian silaturrahim ini, aku sering menyakitimu..
maafkan aku sahabat.. aku juga hambanya..
mungkin melakukan kesalahan itu perkara biasa..
tetapi ia hanyalah sementara..
kerana aku akan cuba untuk berubah..
cuba untuk menjadi sahabat terbaik untukmu..
sahabat dunia akhirat buatmu..
kerana aku sangat menyintaimu demi TUHANKU..
sahabat..satu lagi yang perlu kau tahu sahabat..
aku cemburu pada dirimu..
aku cemburu melihat cinta mu pada TUHAN yang satu..
kenapa aku tidak begitu ya sahabat..
aku cemburu..!
aku benar-benar cemburu..
tetapi aku tahu, aku mampu jadi sepertimu..
malah lebih baik dari itu..
insyaALLAH..
sahabat.. dengan kehadiran kau disisi..
aku lebih kuat..
aku menjadi lebih gagah..
aku kini melihat segala yang dicipta,
dengan rasa syukur tak terhingga..
aku berjuang atas nama cinta kepada-NYA..
dan dalam perjalanan ini.. kau genggam erat tanganku..
kau bisik kata semangat ke telingaku..
dan kau sentiasa tersenyum kepadaku..
itulah yang aku mahu..
selama kau ada disisiku..
sahabat.. jika aku pergi dulu sebelum mu..
jangan lah kau bersedih hati..
mungkin ini ujian buat kamu dan aku..
kerana ALLAH sudah berjanji, dia tidak akan menguji kecuali kau mampu lalui..
sahabat.. kalau aku pergi dulu..
jangan tangisi aku..
malah aku merayu padamu..
kuatkan lah semangatmu..
dan doakan lah kebahagian aku disana kelak..
insyaALLAH..
tetapi sahabat..
jika kau yang pergi dulu.. maafkan aku..
aku tidak rasa aku mampu melaluinya..
tidak ku mampu berjalan di jalan yang penuh pancaroba ini tanpamu..
tetapi aku akan berjanji..
aku akan mendalami hati ini..
akan ku robek jantung ini..
supaya menerima suratan takdir ILAHI..
dan aku berjanji sahabat, doaku akan sentiasa mengiringi pemergianmu..
supaya kau sentiasa tersenyum di sisi-NYA..
insyaALLAH..~~
P/S : khas buat semua sahabat yang mengenali diri ini.. ^^
dan saat ini mirul benar-benar merindui sahabat mirul yang sudah pergi menghadap ILAHI..
saudara hafiz.. semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat..
dan bersama-sama dengan mereka yang bertaqwa..
AL-FATIHAH
7 ulasan:
;)))))
Fuuuuh sedihnyaa :( Al-Fatihah :(
kata-kata indah....
begitu indahnya persahabatan...
Al-fatihah...banyakn sedekah Al-Fatihah utk arwah...moga rohnya dicucuri rahmat.
mirul,erm..ina tak tahu nak kata apa bila baca entri ni.kita semua rindu dia kan?Al-Fatihah untuk dia.semoga dia tenang di alam sana.='(
Holla ! Anda di tag :) http://antarablogdanaku.blogspot.com/2012/01/tagging.html
tersgt rindu arwah :( al fatihah....
useful referenceview publisher site have a peek at these guysadditional hints see it hereview
Catat Ulasan