expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 2 Disember 2011

HaTi Oh hAti..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^
okey..! dalam hidup kita ni, kita dikelilingi oleh pelbagai jenis manusia yang kadang kala ada yang kita suka dan ada yang kita tak suka.. biasalah kan, manusia ni sifatnya x sempurna.. pasti ada kekurangan.. x kira lah dia tu baik ke jahat ke, yang pasti kekurangan diri tu pasti ada.. cuma ia bukan lah satu alasan untuk kita melakukan kesilapan dengan sengaja kan.. hurmm..
dalam hidup ni juga, kadang-kadang kita selalu nak jadi yang terbaik untuk seseorang yang kita sayang.. x kisah lah keluarga ke, kawan ke, kekasih ke, sesiapa je lah.. sebab kita nak sentiasa menjadi yang terbaik untuk dia.. hurm..tapi kadang kala tu pula, seseorang yang kita sayang tu x semestinya akan buat yang terbaik untuk kita.. sebab mungkin dia hanya anggap kita ni biasa-biasa je bagi dia. sedangkan kita macam separuh mati sayang dekat dia.. huk3.. 

teman tapi mesra..
okey..! ni satu lagi masalah bila kita suka kawan kita dalam diam.. mula-mula memanglah kawan je, tapi lama-lama perasaan tu mula lah timbul perlahan-lahan.. ada orang boleh pendam dalam hati je, tapi bagi sesetengah tu pula kalau dah suka memang boleh nampak lah dari luar.. bila ditanya, x nak mengaku suka.. cakap " x apa lah, kawan je.." hu3.. tu kira ok lagi.. ada tu pula, mengaku "Teman Tapi Mesra je.. x lebih dari tu.." huk3..

tapi dalam kes teman tapi mesra ni, biasanya dowang ni saling suka sama suka tapi ada sesuatu yang menghalang untuk dowang bersama.. mungkin sebab masing-masing dah ada pasangan atau pun masing-masing malu nak luahkan apa yang terbuku di hati tu.. hu3.. tapi biasanya istilah teman tapi mesra ni x akan kekal lama sebab percaya lah, satu hari nanti istilah tu akan bertukar jadi teman yang mesra.. ha3.. untunglah..~~


cinta dalam diam..
"cintaku bertepuk sebelah tangan.." ni lah ungkapan yang senang untuk seseorang yang mencintai seseorang lain dalam diam.. dia nak bersama dengan orang yang dia sayang tu, tapi kadang-kadang ada je sebab kenapa dowang x dapat nak bersama.. x kisah lah apa sebab nya tapi biasanya orang yang bercinta dalam diam ni dia sanggup buat apa je untuk orang yang dia sayang tu secara senyap-senyap.. seyes..! kadang-kadang, benda tu dah jadi rutin pula bagi dia.. hu3..
orang macam ni selalunya dia lebih suka memerhati seseorang yang dia sayang tu dari jauh.. sebab mungkin dia x berani nak berhadapan dengan orang tu kot.. tak pun sebab dia takut kalau dia luahkan perasaan, dia akan kecewa.. jadi dia ambil keputusan untuk berdiam diri dan memendam perasaan tu dalam hati.. selama mana dia mampu bertahan tu x dapat nak dijangka lah sebab manusia ni kan "rambut sama hitam, hati lain-lain.." ada yang sanggup tunggu bertahun-tahun, dan ada jugak yang mengalah di pertengahan jalan.. mungkin dah x dapat nak menahan sabar kot.. 

penyakit hati..
tapi tahu tak yang memendam perasaan dekat seseorang tu sakit..! lagi-lagi kalau kita sayang dia, tapi dia buat tak tahu je.. mana tak nya, dia anggap kita ni kawan je, kita pula anggap dia lebih dari tu.. hu3.. dapat pula orang yang pemalu nak luahkan perasaan, memang pendam dalam hati je lah jawabnya kan.. hu3.. dalam diam kita suka dia.. dalam diam pula kita buat semunya untuk dia.. dia x tahu apa-apa memang lah x akan rasa apa-apa.. kita yang memendam ni lah yang tanggung derita.. hu3..
jadi kalau lah kita ada perasaan dekat seseorang tu, jangan lah disimpan dalam hati je.. luahkan lah supaya lega hati tu.. tapi kalau lah kita luahkan perasaan tu dekat dia tapi akan menyebabkan korang renggang, baik korang cari alternatif lain.. hu3.. kalau rasa kurang yakin dengan diri, cuba kumpul keyakinan tu dan kluahkan pada dia.. x kisah lah dia nak terima ke tak, tapi at least kita yakin dengan diri sendiri.. at least kita tak seksa siri sendiri.. kan2..? hu3.. jangan jadi macam mirul ni yang selalu pendam perasaan sebab x yakin dengan diri sendiri.. sebab tu selalu terseksa hati ni..hurmm..ok lah.. good luck ye..wasalam..  :D

3 ulasan:

akuamir berkata...

Terase aku,, pendam,,haha

Diari Anak Perantau berkata...

akuamir : he3.. sabar ye.. :')

apple fun berkata...

cmna nak luahkan,,takut la,,t kna reject plak,,hehehe~~