expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 14 Januari 2012

HaTiMu-hATIKu : saHaBaT..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.  :)
okey..! dah lama x menaip, banyak cerita ingin dikongsi.. ada suka dan ada juga duka.. namun biarlah ia tenang dahulu agar segala-galanya pulih seperti biasa.. insyaALLAH..  :)
okey..! berbalik kepada tajuk entry kali ni "Hatimu-Hatiku : Sahabat", mirul nak kongsi dengan korang semua tentang cara-cara nak menghargai sahabat kita.. mirul ni bukanlah orang yang pakar dalam menjaga hati sahabat ataupun pakar motivasi, tetapi tak salah rasanya kalau ilmu yang kita ada ni kita kongsi-kongsikan agar sama-sama dapat manfaatnya..  :)

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

kenali sahabat kita..
dalam hidup ni, ALLAH akan hadirkan pelbagai jenis manusia dalam hidup kita.. kadang-kadang tu ada yang menyakitkan hati, ada yang buat kita tersenyum-senyum dan ada jugak yang selalu buat kita terfikir, kenapa ALLAH hadirkan dia dalam hidup ni..  :) dan percayalah bahawa siapa pun dia, pasti ALLAH dah aturkan sesuatu untuk kita dan dia.. hu3.. tapi sebenarnya siapa dia sahabat kita..?
sahabat ialah seseorang yang sentiasa bersama dengan kita di waktu senang mahupun susah.. seseorang yang kita rapat selepas keluarga kita.. seorang sahabat mampu buat kita tersenyum dan selesa untuk bercerita segala masalah.. dan seorang sahabat juga sentiasa ada bila kita perlukan seseorang untuk dijadiakan tempat bercerita..  :) jadi sebagai seorang sahabat, kita juga perlulah memastikan bahawa setiap apa yang kita lakukan, yang kita cakapkan menjaga perasaan sahabat kita supaya sama-sama gembira dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang  penuh cabaran ni..

hargai sahabat anda..
 bisalah kan, dalam hidup ni kita kadang-kadang x sedar yang kita dah sakitkan hati orang.. dan yang paling takut, kita dah saktikan hati sahabat kita sendiri..  :(   sedangkan lidah lagikan tergigit, ini lagilah dengan orang lain.. tapi percayalah yang seorang sahabat yang baik pasti akan memahami setiap apa yang kita lakuakan, x kira lah benda tu sakitkan hati dia ke tak sebab sahabat yang baik sentiasa memahami hati sahabatnya yang lain.. insyaALLAH.. :)

dan dalam persahabat, ada beberapa perkara yang perlu kita titik beratkan.. antaranya :

kepercayaan..
tak ada satu perkara pun yang boleh buat kawan kita gembira selain daripada kita memberikan sepenuh kepercayaan kita kepada dia.. percaya bererti kita sentiasa jujur dalam setiap hal.. memanglah kadang-kadang tu perlu ada rahsia antara sahabat tetapi dalam beberapa hal juga, kita perlulah bersikap jujur.. sahabat yang baik sentiasa ada bila kita memerlukan dia.. dan sahabat yang baik juga akan sentiasa menyimpan segala rahsia yang kita kongsi bersama..

percakapan..
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.. macam tu juga lah dalam persahabatan.. kadang-kadang apa yang kita katakan tu sedikit sebanyak akan buat sahabat kita tu terasa.. mula-mula memanglah tak apa tapi kalau dah selalu sangat siapa yang boleh tahan kan.. sebab tu lah dengan siapa pun kita nak bercakap, fikir dahulu apa yang hendak diperkatakan.. jangan terlalu ikutkan perasaan sehingga ada yang terluka..

mohon maaf..
manusia tidak akan dapat lari daripada membuat kesalahan, oleh itu selalulah memohon maaf kepada sahabat kita kerana kadang-kala kita x sedar yang kita telah menyakitkan hati dia.. memohon maaf bukanlah susah tetapi percayalah, ramai di antara kita yang susah sangat-sangat nak minta maaf apabila melakukan kesalahan.. maka mohon lah maaf, supaya setiap kali kita melakukan kesalahan sahabat kita akan memaafkan kesalahan itu..

husnuzon..
bersangka baik.. :) dalam persahabat, akan ada banyak perkara yang akan menggugat dan mengancam persahabat kita.. syaitan tu x akan pernah duduk diam melihat kita dan sahabat kita gembira bersama.. pasti akan ada bisikan-bisikan yang membuatkan hati kita ni kadang-kala terasa dan mula berfikiran negatif tentang percakapan dan perbuatan sahabat kita tu.. husnuzon.. husnuzon.. :)

menegur..
sahabat yang baik sering menegur kesalahan yang dilakukan oleh sahabatnya itu.. menegur ada caranya, tapi jangan sampai kesalahan sahabat kita itu memakan diri dia.. menegur dengan niat baik, insyaALLAH seorang sahabat yang baik juga akan sering bersedia menerima teguran sahabat nya.. :)

sebenarnya banyak perkara lagi yang perlu kita titik beratkan dalam persahabatan.. kalau nak cerita pun sampai esok entry ni tak ter-publish.. he3.. apa-apa pun pilihlah kawan yang boleh membawa kita ke jalan ALLAH.. yang sentiasa mengingatkan kita tentang perkara-perkara berfaedah.. 

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: 
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


sebab tu lah bukan perkara yang mudah untuk kita memilih sahabat sebab mencari sahabat sejati 
bukan lah perkara mudah.. semoga kita semua mendapat sahabat yang benar-benar sejati dan menjadi teman sehingga ke jannah-NYA.. insyaALLAH..amin..  :)



3 ulasan:

Lelaki Michi berkata...

wow..wow..woo..lalalalala

eZmALiZa berkata...

tidak dinafikan..sahabat adalah org paling dekat dgn kita yg harus kita hargai sebaiknya :) tapi sahabat yang baik adalah sahabat yg sentiasa di samping kita walau sdg gembira atau pun kesedihan :)

Emmet berkata...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D