expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 27 Januari 2012

pErPuStAkAaN UniMAP..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^ 
hurmm.. okey..! mirul tengok, kita sering bangga dengan benda-benda atau pun bangunan rekaan omputeh.. x kisahlah apa pun mesti kita akan rasa kagum kan.. hu3.. memang tak dapat nak dinafikan yang mereka akan mencipta sesuatu benda itu dengan penuh kretif dan inovatif.. tapi dalam hanya melihat ke arah negara barat, apa salahnya kalau kita memandang di bumi sendiri.. tempat di mana kita berpijak.. sebab kalau kita sendiri yang tak nak berbangga dengan hasil buatan negara kita, jangan haraplah orang luar juga akan memandangnya.. kan2..? jadi berbangga lah menjadi rakyat Malaysia okey..  :D

disebabkan itu, hari ni mirul nak kongsi dengan korang semua tentang gambaran perpustakaan UniMAP yang telah siap dibina.. bukan lah nak riak atau apa, cuma nak buat korang rasa cemburu je sebab kitorang ada perpustakaan baru.. perpustakaan yang sangat elegan dan sejujurnya memang sangat-sangat osem..  :D  walaupun ianya belum boleh dilawati, tetapi berdasarkan gambar-gambar yang diupload di Facebook, memang perpustakaan ni sangat cantik.. kalau x percaya tengok gambar-gambar ni.. :)

comel kan warna nya.. menyala-nyala.. gerenti mata tak mengantuk.. he3..

yang ni rasanya kalau nak cari buku.. sebab bila terlalu banyak buku nak cari oun susah..
jadi kena lah guna kecanggihan teknologi..  :)

alolo.. comel kan.. ha3.. ada yang komen cakap dah macam dekat taska..
ada tu cakap rasa macam dekat wonderland pun ada.. ha3..
apa-apa entah.. yang penting cute..! he3..

perpustakaan korang ada macam ni..?
 dah macam shopping mall kan..? he3.. cantik sangat2..  :D

nice2.. jangan berdua-duan sudah.. he3..

tempat study yang nampak tenang.. warna hijau membuatkan otak bergerak..
jadi susah nak mengantuk bila belajap..  :)

yang ni rasanya tempat menonton televisyen.. 
kalau betul lah, memang tidur terus lah dekat sini.. he3..

kerusi urut ogawa..! ha3.. mana ada, ni pun tempat study kot..
x pun tempat nak relek2 kejap lepas penat belajar.. :)

yang ini bukan cafe ok..! ha3.. ni pun tempat belajar juga.. walaupun nampak macam meja makan, tapi kalau nak berbincang memang sesuai.. he3.. (dating pun boleh..! hwa3.. :D )

ni bukan bilik mesyuarat pensyarah okey..!
ini adalah ruang diskusi pelajar.. boleh buat perbincangan juga dekat sini..
elegan kan..? memang nampak macam bilik mesyuarat.. seyes cool..!

sebab tu lah mirul cakap, orang Malaysia pun boleh apa.. :) menghasilkan sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan.. walaupun tidak sehebat di negara omputeh, tapi kita ada identiti sendiri.. kita tak perlu untuk menjadi seperti orang lain kan sebab kita adalah kita.. macam juga manusia. buat apa nak jadi seperti orang lain sedangkan tuhan dah jadikan kita dengan sempurna.. kita ada kelebihan tersendiri.. jadi bersyukurkah :)

dan diharapkan apabila perpustakaan ni siap untuk digunakan, para pelajar akan dapat memanfaatkan sepenuhnya segala kemudahan yang disediakan.. jangan pula nak mengambil kesempatan sebab kalau lihat banyak je tempat-tempat yang sesuai untuk mereka ber"dating".. kita tahu siapa diri kita dan kita tahu apa yang kita lakukan.. tak perlu lah nak tunggu kena marah sebab kita tahu ALLAH itu sentiasa memerhatikan kita.. tak kira di mana kita berada.. jadi manfaat apa yang ada sebiknya..

komen pelajar..
bermacam-macam raksi dan respon yang diterima apabila gambar-gambar ni didedahkan di facebook milik perpustakaan UniMAP.. ada yang sangat teruja dan tak kurang ada juga yang mencari kesalahan nya.. biasalah.. lumrah manusia.. apa-apa pun mungkin kekurangan tu boleh diperbetulkan.. dan sebab tu mirul cakap, sebagai pelajar kita tahu apa tujuan kita nak ke perpustakaan tu.. kalau rasa nak buat
 maksiat baik x payah datang.. hu3.. dan pihak perpustakaan pun dah berjanji untuk memastikan pengawasan aakn dilakukan dari masa ke semasa suaya semua perkara yang tak diingini tidak berlaku.. insyaALLAH..

kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai perpustakaan UniMAP ni, boleh lah klik link bawah ni ye.. ni ialah page perpustakaan UniMAP di facebook.. :) dekat sini ada lebih banyak gambar-gambar yang menarik.. tak rugi pun kalau nak tengok.. asalkan jangan jealous je.. ha3..  :P


okey lah.. rasa cukup lah sampai sini mirul membebel.. nanti takut jadi riak pula.. ha3.. kalau rasa nak share entry ni sila lah LIKE ye.. bukannya susah pun kan.. he3.. okey..! assalamualaikum..  :)

20 ulasan:

Soul Lee Hin berkata...

untung la. lepas ni senang la nk dean list every sem. :)

kindergartenlibrary berkata...

wah .. comel je warna
:)

sora berkata...

siyes cantik design.
klu perpustakaan kat tempat saya camni sure tiap2 hari rse nk singgah.

Diari Anak Perantau berkata...

soul lee hin : he3.. insyaALLAH.. kalau pelajar tahu manfaat kannya memang dean lah setiap sem.. he3.. :D

Diari Anak Perantau berkata...

nelly the strange : he3.. tau x pew.. :D

Diari Anak Perantau berkata...

darknour : he3.. tau x pew.. bersemangat kan.. :D

ezy azira berkata...

jauhnya nk g library...tp mesti pegi jgak sebelum hbs belajar ni...

Diari Anak Perantau berkata...

ezzyra : he3.. betul3.. at least sekali pun x apa lah kan.. :)

Ignorance berkata...

Wa.. canggih lah, erm, harap2 suatu hari nanti Laurie dpt masuk situ.. whaha.. teringin nak tengok dengan mata sendri. hehe.

Diari Anak Perantau berkata...

laurie gina : insyaALLAH kalau ALLAH izinkan.. rasanya x lama lagi dah boleh masuk.. :DD sama2 lah menanti pembukaannya k.. :)

Anim Farahin Irwan berkata...

subhanallah! cantik nye perpustakaan korang ;)

Diari Anak Perantau berkata...

anim farahin irwan : alhamdulillah.. pihak u nak berikan yang terbaik untuk para pelajarnya.. :)

Diari Anak Perantau berkata...

incik hijau : yup.. tau x pew.. :D

Firdaus® berkata...

ehh ni perpustakaan kat kawasan kampus unimap yang baru buat tu ke? wahh hebatnya...apa2 pun salam perkenalan dari budak uitm arau..hahaha..

do follow my blog~

sYafIk-wAy berkata...

perghhh tatau nak kate ape , mmg ak kaki library . skrg lagilah , semua ada , kaki , tgn , kple . ish2 .

Yup mcm taska pun ade jugak , tapi yang penting ceria , tak kira lah ianya macam bebudak ke ape ke , i like . oh hensem sgguh libbry ku . hahaha .

BTW , ak ase pnah nmpk ko .

Diari Anak Perantau berkata...

firdaus : yup.. dekat kampus utama.. salam perkenalan juga.. :) ok, i'll follow u..

Diari Anak Perantau berkata...

syafiq way : he3.. tau x pew.. memang terbaik lah library kita ni.. walaupun macam taska, janji kita hepy study.. he3.. pernah nampak..? mungkin lah.. he3.. kangar bukan besar mana pun.. lalala..~~

Arai Lekir berkata...

aku nak tidur kat kampus pauh la lepas ni..kalo library best camnie

aswaleyla berkata...

ala . tiap tiap hari pergi . da tak de tempat lain nak tuju time takdax kelas . anywy . memang best . lagi lagi kat zon bising . hahaha .

sesees berkata...

o3m26z8l76 q1l48k8z05 e2s89q1b99 g5y90t6w11 z3x46f6v32 v4h68l8n50