expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label allah. Papar semua catatan

Selasa, 28 Julai 2015

Baik Untuk Siapa? Antara Allah dan Manusia

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

ASSALAMUALAIKUM wbt

Jawab ye salam mirul ni sahabat, kalau jawab dapat pahala, kalau tak jawab dapat dosa. Heeee. Alhamdulillah, hari ini dengan izin yang maha Esa, masih lagi dapat kita semua bernafas seperti biasa. Malah masih sahaja dikuniakan segala nikmat walaupun mungkin kita ini terlupa untuk mensyukurinya.


Untuk entry kali ni, mirul nak berkongsi sedikit tentang sifat baik. Baik itu sifatnya subjektif, sama seperti cantik. Ada sesetengah orang, baik pada dia bermaksud seseorang itu mestilah berbudi bahasa dan menghormati orang tua. Bagi sesetengah yang lain pula, definisi baik juga berbeza. Tapi walau bagaimanapun, setiap perbuatan yang baik itu akan dijadikan sebagai kayu ukur dalam menilai tahap kebaikan seseorang.

Satu soalan. Bagaimana pula baik di sisi Allah?

Seorang hamba itu dianggap baik di sisi Allah apabila dia mengikuti segala apa yang telah diperintahkan kepada dia untuk dilaksanakan. Dan meninggalkan segala perkara yang dilarang. Maka sekiranya seorang hamba itu terus beramal dan meninggalkan kemungkaran, maka dia akan dianggap baik di sisi Allah. InsyaAllah. Hamba yang baik di sisi Allah ini akan menerima kebaikan di dunia, malah akan berbahagia di akhirat sana. Mana tidaknya, menjaga hubungan dengan yang maha Esa, pasti kelak akan berbahagia sentiasa. 

Jadi apa kaitan antara keduanya?

Sejujurnya, nak jadi baik di mata manusia tu memang mudah. Namun nak jadi hamba yang baik kepada Allah itu yang payah. Dengan manusia ni kita boleh menipu, kita boleh berlakon jadi baik malah boleh berpura pura dalam melakukan kebaikan. Namun di hadapan Allah walau berpura pura macam mana sekalipun, Allah itu akan tetap mengetahuinya. Warak lah macam mana pun, beribadah lah sebanyak mana pun, tapi kalau semua itu tidak ikhlas dikerjai, maka semua itu hanya lah sia sia di sisi Ilahi. 

Jadi ingat sahabat, hublum minallah, hublum minannas. Kita kena jadi baik di sisi Allah dan juga jadi baik di sisi manusia. Tak ada gunanya jika di sisi manusia kita baik segalanya, namun di sisi Allah yang buruk belaka. Malah tak bermanfaat juga sekiranya kita baik hanya di sisi Allah, namun sesama manusia kita melakukan dosa. Nak masuk syurga, jadi kenalah baik di dunia untuk bekalan di akhirat sana. Kejar rahmat dan redha yang Esa, supaya kelak aman bahagia kita di akhirat sana.InsyaAllah.


Moga bermanfaat buat kita semua. 

Salam ukhwah,
Muhamad Amirul Bin Suari




Read more...

Sabtu, 4 Mei 2013

Melayu pemalas..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

dengan nama #ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH amin.. ^_^V bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaannya masih lagi kita bernafas di muka bumi ini.. jika semalam kita terlupa untuk bersyukur, maka hari ini mirul nak mengajak kawan-kawan semua supaya sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberi.. moga-moga nikmat ini akan berkekalan dan terus menjadikan kita seorang muslim yang sejati.. amin..
dalam entry kali ni, mirul nak berkongsi dengan sahabat semua mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan pendidikan.. tapi mohon jangan kaitkan entry ni dengan mana-mana bidang politik ye.. kalau ada jugak yang kaitkan dengan politik, mirul sumbat kepala dia dalam baldi warna pink.. hahaha.. *gurau

kuota..

korang pernah perasan tak masa dekat matrik dulu x ramai pelajar cina dan india dalam tu.. korang ada perasan x dekat UiTM, x ada pelajar selain dari pelajar bumiputera belajar dekat situ.. dan korang ada perasan x kebanyakkan institusi pengajian tinggi dekat Malaysia ni ramai pelajar bumiputera berbanding pelajar bukan bumiputera..? korang ada perasan x..?

dalam korang semua perasan perkara tu, pernah x korang fikir kenapa kerajaan buat macam tu..? kenapa mesti ada kuota untuk pelajar bumiputera nak masuk matrik.. kenapa mesti ada kuota untuk pelajar bukan bumiputera nak masuk Uni.. korang perasan x..? ke korang main masuk je, main belasah je.. dapat ye alhamdulillah, x dapat ye kerja dekat mana-mana.. x kerja pun x apa, mak ayah boleh tampung.. tu ke mentaliti korang..?

dulu masa dekat sekolah, mirul selalu perhatikan kawan-kawan.. dulu mirul sekolah menengah kebangsaan, jadi kawan ada melayu, cina, india.. orang asli pun ada.. dalam pemerhatian mirul, budak cina ni kalau bab belajar memang tip top.. tapi x semua lah.. ada jugak yang nampak je macam fokus, tapi bila tanya sama je blur dia.. huhuhu.. tapi kalau budak melayu pulak jenis yang malas.. dalam kelas main, luar kelas main.. akhirnya jatuh.. tapi macam budak cina, ada juga budak melayu yang rajin.. yang jadi contoh dalam kelas.. dia lain, kenapa lain..? sebab dia melayu yang rajin.. huhuhu..

melayu pemalas..?

ada kawan mirul cakap melayu ni pemalas.. bukan mirul cakap, tapi kawan mirul yang cakap.. dia melayu, mirul pun melayu, tapi dia cakap macam tu.. huhuhu.. tapi betul ke melayu ni pemalas..? hurmm.. bagi mirul sebenarnya melayu bukan pemalas, tapi melayu terlalu selesa dengan apa yang mereka ada hari ini.. ada je melayu yang rajin, bukan setakat ada tapi mirul yakin ramai.. cuma yang malas tu lagi ramai je lah.. huhuhu..

melayu kalau dapat keputusan biasa-biasa je pun dah boleh masuk U.. tapi kalau pelajar bukan melayu nak masuk U kena usaha keras.. kena dapat keputusan yang baik, 6A 7A baru boleh masuk U.. sebab apa..? sebab mereka kena bersaing dengan budak melayu yang senang cerita dah pegang tiket percuma nak masuk U dah.. kalau keputusan teruk sikit memang x ada harapan lah buat mereka, sebab apa? sebab melayu dah pegang tiket tu.. 

sebab tu melayu selalu fikir, 'ala keputusan biasa-biasa pun boleh masuk lah, jangan risau..' pemikiran macam ni lah yang kita kena elak.. sebab sampai bila kita nak maju kalau asyik dok ada dalam zon selesa ni.. dan kita selalu fikir yang orang cina ni pandai.. dowang hebat matematik, dowang hebat sains.. kita nak kira pun lemah, tu belum masuk matematik tambahan lagi, semua gagal..!

sebenarnya pemikiran kita tu salah..! mereka x pandai pun, tapi mereka rajin.. kita ni asyik cakap susah susah susah.. bila cakap susah, tangan malas jalan, otak terus berhenti.. tapi dowang x, yang susah tu lah mereka akan cuba senangkan.. yang payah tu lah mereka akan cuba mudahkan.. mereka x pandai pun, tapi sebab apa mereka berjaya? sebab mereka rajin.. kita pun boleh..!

keluar dari zon selesa..

kalau hari ini kawan-kawan kita pemalas, nasihatkan mereka, tegur mereka.. bimbing mereka ke arah yang lebih baik.. yang paling penting sedarkan mereka yang mereka x akan berjaya dengan usaha mereka sendiri.. #ALLAH dah pun berfirman dalam surah Ar-Rad yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".

hari ini mungkin masih ada kuota yang akan melindungi kaum melayu.. tapi esok lusa siapa tahu.. kalau hari ini kita mula berusaha untuk berjaya dalam hidup, kita x akan pernah rugi dengan perkara itu.. jangan kita fikir bahawa kita orang melayu, kita ada kuota, jadi kita x perlu berusaha.. jangan..! dunia semakin ke hadapan, percayalah siapa yang hebat dialah yang akan dikenang.. 

mirul cakap ni bukan apa, mirul x nak nanti anak bangsa kita diperlekehkan.. mirul x nak anak bangsa kita ni diperbodohkan.. mirul x nak semua ni terjadi..! mirul jugak bukan menghasut supaya kita membenci kaum lain, tidak..! mirul nak kita sama-sama bangkit, bangunkan #Malaysia dan capai hasrat yang dipendam selama ini.. mirul x nak anak bangsa mirul leka dengan kesenangan hingga lupa apa yang telah diamanatkan buat kita semua.. lupa nak tunaikan apa yang dah dijanjikan kepada nenek moyang kita dulu.. mirul x nak semua tu..

berjaya atau gagal itu mirul percaya semuanya  #ALLAH.. kalau kita dah berusaha bagai nak rak, tapi masih gagal mungkin telah #ALLAH takdirkan jalan yang lain, yang lebih baik buat kita.. tapi macam mirul cakap, x salah kalau kita mencuba kan.. usaha dahulu, berdoa dan serahkan selebihnya kepada #ALLAH.. biar dia yang tentukan apa yang terbaik buat kita semua.. akhir kata, anak melayu jangan leka.. dapat masuk U pun guna kabel ni masih berlagak x nak belajar.. gunakan masa yang ada untuk terus berusaha..! jangan mudah mengalah..! jia you..! fighting..! ^_^V wasalam..~

p/s : mohon semua terasa..!

Read more...

Ahad, 9 Disember 2012

Tips Menjelang Peperiksaan..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^_^ 
bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaanya masih lagi kita diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini.. bukan sebarang tanggungjawab yang harus kita pikul, besar tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ni.. jadi jangan sesekali kita terpedaya dengan tipu daya syaitan yang hanya menjanjikan kebahagiaan di dunia tetapi merana di akhirat kelak.. nauzubillah..


bila menyentuh soal dunia dan akhirat ni suka mirul nak mengingatkan dekat sahabat semua bahawa kita hidup ni biarlah seimbang.. ada pepatah arab yang menyatakan bahawa 'apabila kita mengejar dunia, maka kita akan mendapat dunia.. tetapi apabila kita mengejar akhirat, kita akan memperoleh dunia dan akhirat..' insyaALLAH.. jadi mari kita kumpul sebanyak yang boleh amalan kebaikan di dunia ni supaya kita senang di akhirat kelak.. amin.. ^_^

okey..! dalam entry mirul kali ni mirul nak berkongsi sedikit informasi dan nasihat lah dekat sahabat semua mengenai beberapa perkara menjelang peperiksaan akhir yang bakal menjelma x lama lagi ni.. mungkin dah ramai yang tahu tapi x salahkan kalau kita nak ingatkan balik sebab dalam Al-Quran sendiri dah terbukti bahawa manusia ni mudah lupa dan kita sebagai khalifah yang lain haruslah saling ingat-mengingati.. huhuhu.. 

dalam hidup, peperiksaan merupakan salah satu cara untuk menunjukkan kemampuan diri kita dalam sesuatu perkara.. tanpa peperiksaan kita x akan tahu di mana sebenarnya tahap kemampuan kita kan.. dan disebabkan peperiksaan tu pentinglah kita kena betul-betul bersedia.. pastikan sebelum peperiksaan tu kita dah buat persiapan awal, bukan esok nak periksa, malam ni baru nak baca lah, baru nak kemas arang-barang.. x mou, x mou..!


kalau sahabat semua jenis yang suka main game ke, main dota ke, suka online sampai pagi kalau boleh masa nak dekat-dekat periksa ni kurangkan lah sikit ye, x pun tinggalkan je kejap.. ala, bukan lama pun paling kurang 2 minggu je kan.. huhuhu.. yang nak berjaya pun kita bukan orang lain, jadi sila lah berkorban sikit demi kejayaan kita kelak.. 

apa-apa pun persiapan bukan dari segi luaran je, dalaman kita pun kena bersedia jugak..  belajar tu memang lah belajar tapi solat jangan tinggal.. macam mana pun solat tetap wajib, jadi jangan tinggal.. kalau nak study dalam kumpulan tu jaga adab antara lelaki dengan perempuan.. jangan jadikan nak belajar sebagai alasan untuk kita duduk rapat-rapat, tersentuh sikit antaara lelaki dengan perempuan, dosa tetap dosa ingat tu..!
akhir kata dari insan yang x sempurna ni, kalau betul kita nak berjaya di dunia dan akhirat hidup kena lah berkat.. macam mana nak peroleh keberkatan tu..? tepuk dada tanya selera.. amar makruf nahi mungkar.. ingat, Islam itu mudah, dan ALLAH itu maha pemurah.. jadi macam mana pun kalau kita nak kan sesuatu tu mintak lah dekat ALLAH dengan penuh keihklasan.. insyaALLAH kalau itu yang terbaik buat kita ALLAH akan makbulkan.. wasalam..~


Read more...

Khamis, 15 November 2012

Barang Wajib Ada Pelajar Uni..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa... kalau jawab korang memang owsome.. ^_^
alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan nikmat yang ada pada kita, dapat lagi kita semua menghirup udara di muka bumi ini dengan percuma.. maka jangan lah berat sangat nak bersyukur tu ye sahabat semua.. ^_^ bukan susah, cuma sebut Alhamdulillah..

dalam entry kali ni mirul nak berkongsi pendapat dengan sahabat semua tentang barang-barang yang wajib ada bagi seorang pelajar.. orang kata kalau x ada benda-benda ni macam x lengkap je kehidupan sebagai seorang pelajar.. hahaha.. antara barang-barang tersebut ialah : 

1. Telefon Bimbit
okey..! sedangkan budak 6 tahun pun dah ada handphone ini lagikan kita yang dah besar ni kan.. x kisah lah handphone tu murah ke mahal ke, nokia 3310 ke, black berry ke janji ada kan.. bukan apa, senang sikit kalau orang nak contact kita, nak bagi tahu maklumat penting ke kan.. huhuhu.. tapi budak-budak zaman sekrang ni telephone tu dah x da maknanya dah nak sampaikan maklumat2 penting ni. yang ada maklumat2 cintan contun adalah.. huhuhu..

2. Earphone
ni lagi satu benda yang wajib ada pada pelajar zaman sekarang ni.. diusung kesana kemari, kalau bosan je terus sumbat telinga dengan earphone ni.. hahaha.. dan ada sesetengah tu dalam kelas pun pakai earphone, x tahu lah dia fokus ke x sebenarnya tu.. huhuhu.. dan bila sebut pasal earphone ni yang selalu bertuah ialah palajar-pelajar perempuan lah sebab kalau pakai earphone pun x nampak, almaklumlah pakai tudung kan.. sebab tu kalau panggil macam apa pun x dengar, rupanya tengak sibuk dok engar lagu.. hahaha..

3. laptop
siapa x ada laptop nampak pelik sikit lah. lagi-lagi dekat Uni.. macam mirul pun bukan lah orang senang mana pun, tapi ada jugak laptop.. senang sikit nak buat kerja kan, x payah pinjam-pinjam orang punya.. huhuhu.. tapi kalau fikir balik sebenarnya, laptop untuk buat kerja tu x sampai 10% pun.. yang lebih tu main game (Dota) ke, tengok movie ke (Korea), online ke(FB, twitter) dan seumpamanya.. dan kalau x ada laptop ni, masa cuti tu sangat bosan kan.. hahaha..

4. MP3
ni lagi satu barang wajib pelajar, MP3.. tapi bagi sesetengah tu kalau dah ada phone pun dah cukup, x perlu ada MP3 pun.. sebab MP3 ni kalau bosan memang akan on je selalu.. lagi-lagi kalau dalam bus, kalau tengah tunggu kelas mula, kalau tak nak dengar pensyarah membebel.. hahaha.. 

apa-apa pun ni sekadar apa yang mirul rasa je.. x tau la betul ke x.. tapi dari pemerhatian mirul memang kebanyakkan benda-benda ni lah yang wajib ada pada seorang pelajar.. gadget-gadget ni lah yang selalu pelajar gunakan x kira lah dekat mana pun.. 

islam x pernah nak halang hambanya untuk mencari hiburan tapi jangan lah sampai melalaikan kita.. x kisah lah nak dengar lagu ke, asalkan lirik dia tu x menyesatkan..x kisahlah nak tengok cerita korea tu sampai mata bengkak, asalkan solat tu x tinggal.. nak main game sampai pagi..? boleh je, janji subuh n zuhur tu solat.. okey..? ^_^
apa-apa pun yang baik datangnya dari ALLAH.. yang buruk semuanya datang dari mirul.. kalau ada salah silap tu, kalau ada yang membenci tu mirul mintak maaf ye.. mirul menulis untuk berkongsi apa yang mirul rasa.. kalau sudi komen lah ye.. syukran.. terima kasih.. wasalam... :)

Read more...

Ahad, 11 November 2012

Forever Alone..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. kalau jawab korang owsome.. ^_^
alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi mirul menulis dan dapat jugak sahabat sekalian membaca.. terima kasih yang x terhingga ye sebab sudi baca hasil tulisan mirul yang x seberapa ni, tapi insyaALLAH berguna buat kita semua.. 


okey..! berbalik kepada tajuk entry mirul kali ini iaitu Forever Alone..~ 
sebenarnya mirul tertarik nak berkongsi pendapat dengan sahabat semua tentang forever alone ni sebab hari ni mirul forever alone.. almaklumlah, awek dah lari.. hahaha.. tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan forever alone ni..? sebab kalau sahabat semua perasan, ramai remaja sekarang ni suka guna perkataan forever alone terutamanya bila seseorang tu bersendiri..
seseorang yang forever alone ni dikatakan tiada "life'.. dia dianggap x ada kawan dan kalau kemana-mana je orang mesti akan cakap pasal dia.. huhuhu.. bagi mirul orang yang forever alone ni dia mesti ada sebab kenapa dia lebih suka bersendiri.. dan apa pun sebab dia menjadi forever alone x payah lah korang semua sibuk.. janji dia x kacau sesiapa kan.. ^_^

dan bagi mirul ada kebaikan nya tau menjadi forever alone ni terutamanya bagi orang yang banyak cakap macam mirul ni.. hahaha.. antara sebabnya ialah : 

1. kurang dosa..
semua sedia maklum yang makin banyak kita berkata-kata, makin banyak dosa yang kita buat.. jadi, menjadi seorang yang forever alone ni adalah satu kelebihan buat dia sebab dia x akan ada kawan nak berbual.. x ada kawan nak mengumpat.. x ada kawan nak mengutuk orang. nanti kalau bercakap seorang diri orang cakap gila pulak kan, jadi diam itu lebih baik.. hehehe..

2. tahap fokus yang tinggi
bienda ni lagi berkesan kalau kita tengah belajar ataupun tengah buat sesuatu pekerjaan.. bila kita berseorangan, tanpa ada kawan untuk berbual ataupun kawan yang mengacau, tahap tumpuan kita akan lebih tinggi berbanding jika kita bersama kawan kan.. jadi kalau nak fokus masa belajar, jadi lah forever alone ye.. hehehe..
3. lebih menghargai seseorang
banyangkan lah ea jika tiba-tiba kita keseorangan, mesti kita akan rasa sedih.. jadi x salah nak jadi forever alone ni untuk sehari sebab mungkin keesokan harinya kita akan lebh menghargai kawan kita tu.. almaklumlah, kalau forever alone ni x ada kawan nak bergurau, x ada sesiapa nak usik kita, jadi kita akan terasa kehilangan bila bersendirian.. 

4. hati x sakit
adat dalam berkawan, kadang-kadang mesti ada yang terasa.. jadi kalau kita forever alone ni jarang lah kita sakitkan hati orang dan jarang jugak orang sakitkan hati kita.. hahaha.. kita buat hal kita, orang lain buat hal masing-masing.. kalau ada yang terasa jugak x tahu nak cakap apa.. hahaha..

5. menjadikan kita lebih berani
memang betul..! forever alone ni akan menjadikan seseorang tu lebih berani sikit.. contohnya kalau dia nak beli sesuatu ke, dia x ada sesiapa yang boleh diharapkan kecuali diri sendiri.. jadi nak tak nak dia kena beli jugak.. dan benda tu akan melatih dia menjadi berani.. x kisah lah lambat, tapi berani jugak kan.. hahaha..

tapi korang jangan ambil benda ni sebagai satu yang serius ye.. ini cuma pendapat mirul je.. kita kena tahu yang sebenarnya dalam kehidupan kita ni x ada istilah forever alone ni semua sebab ALLAH kan sentiasa dengan kita.. mak ayah kita, ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita, mereka semua ada dengan kita.. kita kena ingat tu.. ^_^
dan dalam dunia ni mustahil kalau x ada orang yang x nak kawan dengan kita.. kalau memang x ada, cuba kita muhasabah diri kita, mungkin ada sifat yang semua orang x suka yang ada pada diri kita.. cuba atasi sifat tu, cuba jadikan ianya satu sifat yang positif, insyaALLAH orang akan nak berkawan dengan kita.. sebab dalam islam sendiri hubungan silaturrahim sesama kita tu penting..! jangan putuskan silaturrahim, berdosa okey..!

walaubagaimana pun kita kena ingat yang akhir nanti kita tetap akan bersendirian.. forever alone dalam kubur sana.. masa tu kalau nak cakap forever alone mirul sokong, sebab memang x ada orang lain dalam kubur tu melainkan kita seorang diri.. bersediakan kita..? jom sama-sama muhasabah diri dan terus berusaha untuk mengumpul seberapa banyak pahala jom.. :D wasalam..



Read more...

Selasa, 6 November 2012

Popular Dunia VS Popular Akhirat..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^_^
macam biasalah, sebelum baca entry mirul jangan lupa ucap alhamdulillah dengan setiap nikmat yang telah ALLAH beri dekat kita.. mirul cuma mengingatkan sebab mirul pun kadang-kadang nak kena orang ingatkan baru tersedar.. jadi setiap hari kalau boleh jangan sombong untuk berterima kasih dekat ALLAH sebab ALLAH x pernah sombong pun dengan kita.. ^_^
okey..! dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dengan sahabat semua tentang POPULAR.. sebenarnya apa itu popular..? huhuhu.. popular tu boleh jugak di ertikan sebagai femes x pun retis.. kalau nak lagi best, HOT.. hahaha.. dalam dunia ni ramai orang yang nak jadi popular.. ramai yang sanggup buat apa sahaja asalkan orang lain tahu yang dia wujud dalam dunia ni.. kan-kan..?

blogger popular..
menjadi seorang blogger yang popular dan diketahui ramai memang menjadi impian setiap blogger.. siapa je kan yang x nak popular..? paling kurang pun mesti dia nak blog dia tu ramai pengikut, kalau lagi banyak lagi popular katanya.. huhuhu.. sampai kan ada yang sanggup buat apa je asalkan blog dia tu difollow oleh orang lain sebab bagi dia, makin ramai makin popular..

berbeza dengan pandangan mirul yang mana bagi mirul, kuantiti itu hanyalah satu nombor sedangkan kualiti itu lah yang harus kita utamakan.. sebagai contoh lah ye, kalau dia ada follower yang berpuluh ribu sekalipun namun kalau setiap entry yang dia buat tu x memberi manfaat pun kepada sesiapa rasanya x guna kot.. sekurang-kurangnya bila dia menulis entry yang bagus, dia juga secara x langsung telah membantu follower dia.. jadi x ada lah sampai rasa macam sia-sia je follow kan.. huhuhu..
macam blog mirul ni pun x ada lah popular dan bermanfaat sangat kepada semua orang, tapi mirul akan pastikan yang setiap entry yang mirul buat tu sedikit sebanyak pun ada ilmu nya.. paling cikai pun orang akan rasa yang dia x membuang masa.. sebab bagi mirul sekarang ni ramai sangat blogger yang menggunakan blog sebagai satu medium yang salah.. nak popular, nak mencarut, nak tulis diari bukan dekat sini.. nak buat boleh tapi kena ingat, tulis yang bermanfaat.. baru ramai yang suka blog kita tu.. ^_^

hamba popular
hidup dekat dunia ni kita kena selalu ingat dalam hati kita yang kita ni sekadar hamba ALLAH yang menjadi khalifah di muka bumi ni.. kita ni bukan sesiapa kalau nak dibanggakan dan dimegahkan jika berbanding dengan para anbia' dan hamba-hamba nya yang jauh lebih soleh dari kita.. kita tahu amalan kita, kita tahu setiap niat dalam perbuatan kita jadi usahlah kita berbangga dengan amalan yang x seberapa tu..

menjadi hamba yang popular bagi mirul ada dua maksudnya.. yang pertama popular di sisi ALLAH dengan amalan-amalan kebaikan yang dia lakukan.. yang kedua popular di sisi ALLAH dengan kejahatan-kejahatan yang dia lakukan.. dua-dua popular tapi popular dalam keadaan yang berbeza.. mana yang kita pilih..? yang pertama atau pun yang kedua..pilihan di tangan kita, kita yang buat kita yang tanggung.. :)
sebab tu mirul cakap, menjadi popular ini x salah asalkan kita melakukan perkara yang betul dan bermanfaat..  bukan lah mirul cakap jadi baik dan popular tu kita kena tunjuk kebaikan yang kita buat, kena cakap dekat orang yang kita ni baik.. tapi menjadi baik dan popular tu ialah baik di mata manusia, popular di sisi ALLAH dengan kebaikan kita tu.. :)

apa-apa pun popular ni cuma satu panggilan sahaja, dekat sisi ALLAH x ada istilah popular atau pun tidak.. kita ni semua akan dipandang pada satu taraf yang sama.. yang membezakan kita ialah setiap amalan kita di dunia ni.. maka jika mahu popular di sisi ALLAH, jangan lupa ikhlas dalam melakukan kebaikan.. banyakkan berbuat baik sesama manusia dan melakukan setiap perintah ALLAH.. senang cerita amar makruf nahi mungkar.. semoga kita semua menjadi popular di sisi ALLAH kelak.. insyaALLAH.. amin.. ^_^ wasalam.. ~

Read more...

Selasa, 10 April 2012

WaHaI AdIk-aDiK AbaNg..!





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
assalamualaikum w.b.t semua..

semoga hari ini membawa seribu satu rahmat buat kita semua dan semoga juga kasih sayang ALLAH pada kita akan sentiasa mengalir tanpa henti umpama mengalirnya air sungai yang tiada penghujungnya.. insyaALLAH.. ^^ dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dengan anda semua mengenai kisah remaja zaman sekarang.. seperti kalian semua, mirul juga pernah melalui zaman remaja.. hu3.. dan mirul percaya, setiap dari kita punya cerita tersendiri kan.. setiap apa yang ALLAH aturkan itu pasti menarik, tetapi mungkin ada yang boleh dikongsi, dan mungkin tidak.. mungkin juga ada yang boleh dikongsi sesama manusia, dan mungkin ada juga yang hanya boleh dirintih dan diperdengarkan dihadapan ALLAH yang satu..  :)
warkah buat adik-adik abang..
wahai adik-adik abang..
kenapa jadi begini..? tidakkah adik-adik merasa kasihan melihat ibubapa adik-adik semua bertungkus lumus bekerja demi memberikan adik-adik semua keselesaan dalam hidup ni.. tidakkah adik kasihan melihat yang dulunya halus tangan mereka, kini sekasar kayu kerana bekerja.. tapi apa yang mereka peroleh dari adik-adik? kegagalan..? surat gantung sekolah..? saman..? itu ke yang mampu adik-adik berikan..? tak rasa malu ke dengan diri sendiri.. cuba adik bayangkan lah kalau adik-adik semua yang berada dekat tempat mak ayah adik tu semua.. apa perasaan adik..? mungkin kalau adik faham, adik akan berubah.. tapi kalau adik x faham ataupun pura-pura x faham x apa lah.. ALLAH tu kan adil.. tunggu jelah nanti bila adik-adik semua ada anak.. tahulah perasaan mak ayah adik sekarang ni..

wahai adik-adik abang..
dulu abang pun bersekolah.. dulu kawan-kawan abang pun pergi sekolah.. kami semua tahu perasaan berada di sekolah itu.. tapi kenapa kami boleh bertahan selama bertahun-tahun dekat sekolah..?  tidakkah kau terfikir wahai adik-adik ku..? kami tahu kau mahukan kebebasan.. kerana di sekolah segala gerak geri akan diperhatikan.. tapi kami juga faham bahawa tanpa pemerhatian dari guru dan pengawas, adik-adik akan melakukan perkara yang sia-sia.. melanggar peraturan dan akhirnya bila adik semua dah biasa di luar sekolah juga adik akan melakukan perkara yang sama.. adik nak ke jadi buruan pihak polis, hidup dalam ketakutan..? 
wahai adik-adik abang sekalian..
dulu abang pun x suka belajar.. dulu kawan-kawan abang pun x suka belajar.. tapi kenapa kami semua boleh berjaya.. memang abang x dapat nafikan bahawa belajar itu satu perkara yang memenatkan.. tapi bak kata pepetah "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.." .. semalas-malas abang dan kawan-kawan belajar, sekurang-kurangnya kami akan memberikan perhatian semasa cikgu-cikgu sedang mengajar.. walaupun kami malas belajar, tapi abang akan pastikan setiap apa tugasan yang cikgu berikan akan disiapkan.. bukan seperti malas kalian, yang langsung x nak berusaha walau sedikit pun..

wahai adik-adik abang..
kalau dulu masa abang belajar, abang sangat baik dengan cikgu-cikgu abang.. sampai sekarang di U pun abang baik dengan semua orang.. tapi abang lihat adik-adik sekarang dah suka melawan cikgu.. kesian cikgu.. penat dia beri ilmu pada adik-adik, tapi kenapa adik-adik x pernah hormat sedikit pun pada dia.. bagi abang, macam mana pun adik berusaha untuk berjaya tapi kalau keberkatan dari mereka yang memberi ilmu itu x ada, memang susah.. jadi abang nak adik-adik abang semua hormat guru.. bukan abang suruh adik-adik membodek guru, cukuplah sekadar dia tahu yang kita menghormati dia.. cukup itu je abang minta dekat adik-adik semua..
wahai adik-adik abang yang abang sayangi..
adik ni semua orang yang kaya ke..? adik rasa harta mak ayah adik tu semua akan bertambah ke kalau adik asyik gunakan je tanpa nak tambahkannya..? abang ni datangnya dari keluarga yang sederhana je.. tak kaya dan tak juga papa.. sebab tu abang kena berusaha keras untuk berjaya.. macam kawan-kawan abang, ada juga yang kaya raya.. tapi bila dia selesa dengan kekayaan yang dia miliki sekarang tu dia jauh ketinggalan dari kami semua yang x kaya mana ni.. mungkin dia boleh jadi yang terbaik dari kami semua kalau dia gunakan kekayaan keluarga dia tu untuk pergi ke kelas tambahan yang baik..tapi sayangnya dia tak buat semua tu.. jadi abang harap adik-adik semua sedar diri.. kalau adik-adik bukan dari keluarga yang senang, belajar lah betul-betul.. buktikan kejayaan adik-adik tu pada semua orang ye..

wahai adik-adik abang..
adik tak takut ALLAH ke..? abang percaya yang ramai takut kan, tapi kenapa masih berani buat dosa.. mungkin ada adik-adik abang yang akan cakap kubur kita lain-lain, tapi adik kan adik abang.. abang ada tanggungjawab terhadap adik-adik semua tau.. hu3.. abang bukan nya nak larang adik-adik semua bercinta, tapi adik  kan muda lagi.. sekolah pun belum habis kan.. dan abang paling x suka kalau adik keluar berdua-duaan.. abang bukan nak fitnah, tapi abang selalu nampak adik-adik keluar berpegang tangan dengan bukan mahram.. berdosa dik..  berdosa besar tau tak.. abang ni kesian dekat mak ayah adik sebab mereka yang akan tanggung dosa adik-adik tu.. kata sayang mak ayah kan, jadi jangan kapel-kapel boleh..? sebab kapel tu hanya akan mendekatkan adik-adik semua dengan zina.. nauzubillah.. baik adik semua belajar pandai-pandai, lepas dah kerja baru cari calon.. dan abang percaya, calon lepas adik bekerja tu jauh lebih baik daripada calon semasa adik m,asih bersekolah lagi.. percayalah.. abang kan pernah bersekolah dulu.. :)
wahai adik-adik abang..
abang nak pesan beberapa perkara ni.. mungkin adik selalu dengar tapi abang nak ingatkan lagi.. boleh kan adik-adik abang yang abang sayang..? hu3.. pertama sekali, abang nak pesan, jangan sesekali tinggal solat.. dekat mana pun adik berada, ingat ALLAH.. hanya ALLAH lah yang mampu tolong kita semua ni adik.. jadi kalau nak ALLAH ingat dekat kita, kita kena lah selalu ingat dekat dia.. caranya ialah dengan bersolat.. insyaALLAH bila kita susah, ALLAH akan bantu kita.. yang kedua abang nak pesan ialah jangan melawan cakap ibu ayah adik semua.. kenapa..? sebab keredhaan ALLAH itu terletak pada keredhaan ibu bapa kita.. jadi sia-sia je lah kalau adik ingat ALLAH tapi x pernah ingat dekat ibu dan ayah.. minta restu mereka kalau nak buat sesuatu tu, baru lah orang kata ada berkat.. :) hu3.. dan ingat, dekat mana pun adik berada sebenarnya adik-adik bawa nama keluarga sekali.. jadi kalau x nak maruah keluarga tercalar, jaga diri baik-baik..
wahai adik-adik abang..
akhir kata dari abang.. warkah ini bukan untuk adik kandung abang sahaja.. warkah ini untuk semua adik-adik yang masih lagi menuntut di sekolah mahupun di mana-mana institusi pembelajaran.. abang di sini juga bukan lah abang kandung anda semua, tapi anggaplah abang ni sebagai seorang yang lebih tua dari adik semua.. warkah ini abang buat khas untuk adik-adik, supaya adik-adik semua berjaya.. zaman sekarang ni adik, bukan seperti zaman dulu lagi.. sekali adik tertinggal di belakang selamanya adik akan ditinggalkan.. dan kalau adik sendiri x nak tolong diri sendiri, memang adik x akan pernah berjaya.. teringat abang akan satu pepatah arab "man jadda wajadda, wa manzaroa hasadda.." jadi, kalau betul nak berjaya, kalau betul nak tolong ibu bapa berubah lah.. ingat, ALLAH x akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mahu mengubahnya.. semoga bermanfaat warkah abang kali ini.. salam sayang.. <3

Read more...

Jumaat, 17 Februari 2012

KaU yAng BeRNaMA saHAbat..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. 
sebelum mirul pergi lebih jauh, mirul nak ingatkan yang ini entry tentang kisah hidup mirul dan sahabat mirul.. maaf lah kalau membosankan tetapi mengharapkan anda membacanya dengan perasaan seorang sahabat.. sebab mirul teramat sedih sekarang ni.. hanya di sini lah mirul mampu meluahkan segala-galanya.. :(


okey..! malam ni merupakan antara malam yang amat menyedihkan bagi mirul.. bukan sebab nak balik U atau bukan sebab apa.. mirul sedih bila dapat tahu sahabat dunia akhirat mirul dekat UniMAP nak pindah ke tempat lain.. mirul tahu benda ni pun dari orang lain.. hu3.. mula-mula memang x percaya langsung, tapi lepas mirul sendiri yang mesej dia, memang dia cakap dia nak pindah.. apa lagi, air mata pun mula berderai laju.. :(  tadi mirul nak call alif tapi alif x bagi.. katanya x nak dengar suara, makin buat kita sedih.. mirul tahu alif pun sedih.. mirul lagi sedih..tapi ni semua takdir ALLAH kan.. hurmmm..  :(

ALIF ABHAR BIN MOHAMMAD.. 
ingat lagi x masa pertama kali kita berjumpa..? masa tu alif dengan mirul je pelajar lelaki yang pergi program UniMAP.. kelakar kan.. masa tu alif pendiam je.. tegur pun macam takut-takut je. ha3.. mirul nampak garang ke..? :') dekat tapak karnival tu kemana alif pergi mirul ikut.. ke mana mirul pergi alif ikut.. sebab masing-masing x ada kawan kan.. kemudian kita pergi solat.. panas kot surau tu.. maklumlah, surau khemah.. lepas solat, mirul belanja alif minum air gas.. ingat lagi, air strawberry, air kegemaran mirul..  :D ingat x alif..? he3.. 

mula dari situ lah kita rapat.. mirul mula mintak no telefon alif sebab alif lah antara kawan yang mula-mula mirul kenal dekat sana.. :) lepas tu kita terserempak lagi dekat surau.. kuasa ALLAH kan.. he3.. memang mirul dah pasang niat sejak awal lagi yang kalau mirul nak cari sahabat, mirul akan cari yang mirul jumpa dekat surau.. hu3.. dan kalau alif nak tahu, mirul masih simpan mesej 1st sekali alif bagi... ha3.. kelakar bila baca.. boleh tergelak sorang-sorang.. ha3.. lepas tu bila nak makan je mirul mesej alif.. kalau x pun alif yang akan mesej mirul kan.. kononnya nak makan sama-sama... he3.. lepas lama-lama sikit kawan kita mula bertambah.. mirul panggil geng surau.. :D  he3..

ALIF ABHAR BIN MOHAMMAD.. 
dari dulu lagi mirul memang sakit hati dengan alif.. mana tak nya, susah sangat nak kejut bangun pagi.. ha3.. walaupun kadang-kadang alif silent ataupun tengah mandi ke, tapi masih lagi susuh nak angkat telefon tu.. ingat x rekod miss call mirul paling tinggi berapa..? 99 kali tau x..! he3.. tapi boleh pula alif cakap "99 kali je..? sikit je lagi nak 100..ha3.." memang nak kena dia ni.. grrrrr..! tu yang paling tinggi, yang lain-lain tu..? hu3.. tapi mirul x kisah pun sebenarnya.. mirul cuma takut alif terlambat pergi kelas je..  :)

kalau mirul ingat balik rasanya kelakar lah.. mana tak nya, kita setiap hari kot mesej.. ni kalau orang yang x kenal kita ingat kita kapel agaknya.. ha3.. masuk kelas mesej, dalam kelas mesej, keluar kelas mesej, tengah gab mesej.. ha3.. lepas tu mirul selalu merajuk.. saje je nak test alif.. maklumlah kan, alif ni kan macam x ada perasaan.. ha3.. tapi sejujurnya mesej-mesej tu lah yang buat kan persahabatan kita ni makin akrab.. dulu mula-mula aku kau.. lepas tu entah macam mana boleh tukar alif amirul.. kadang-kadang tu i u i u kan..? ha3.. kelakar lah alif ni.. he3..

ALIF ABHAR BIN MOHAMMAD.. 
setiap jumaat kita mesti pergi pasar sama-sama kan.. jalan kaki sambil peluk-peluk.. (sebenarnya mirul kena urut alif.. =,=" )  ha3.. dengan pakai serban dan jubahnya kita pusing satu pasar tu cari makanan.. dah penuh tangan, dah lenguh baru balik.. he3.. ingat lagi si syafiq a.k.a ustaz pernah cakap "aku x nak pergi pasar dengan hang berdua.. hang berdua ni kalau pergi pasa jalan berdua lepas tu tinggalkan aku sorang-sorang.." ha3.. kelakar lah si ustaz ni.. he3.. tapi memang betul kot.. kita mana ingat orang kalau jalan sama-sama..  :D

masa study week persahabatan kita makin utuh kan alif.. ingat lagi, mirul akan pastikan alif belajar walau ,macam mana cara sekalipun..he3.. kita belajar sama-sama dekat dewan, x pun dekat surau.. ingat x..? he3..masa mirul ajar, mengantuk je kan.. bila ada je budak perempuan nak ajar, bukan main semangat.. ha3..alif, alif.. dalam pukul 2 lebih lepas belajar, mula lah start cerita.. dari situ lah segala rahsia terbongkar kan.. he3.. macam-macam cara kita guna untuk korek rahsia masing-masing.. ha3..

ALIF ABHAR BIN MOHAMMAD..

x cukup dengan tu, tangga surau pun tempat feberet untuk kita "dating" kan.. ha3.. berjam-jam duduk dekat situ bercerita masalah.. biasanya mirul lan yang ada masalah sebab alif punya masalah kan best-best je.. ha3... :D setiap kali nadhil lalu je mesti dia dengki.. ha3.. kalau ustaz yang lalu dia selalu cakap "hang berdua ni asyik dating je.." he3.. ustaz-ustaz.. tapi kalau dudi dengan akmal, dowang senyum-senyum je.. ha3.. dekat tangga tu lah bnyak cerita mirul kongsi.. gembira, sedih semuanya lah.. :)

TAPI...
tapi.. semua nya kini tinggal kengan ke kan alif..? ye lah, awak kan dah nak pindah UMS.. hu3.. tahu x mirul sedih sangat-sangat saat ni..? air mata x berhenti-henti dari tadi.. tulis entry ni pun dalam keadaan yang x betul.. otak serabut je.. memang susah sangat-sangat nak terima semua ni.. sebab masa berlalu cepat sangat.. rasa satu sem yang berlalu ni macam sehari je.. belum sempat lagi kita nak kongsi cerita yang lain-lain.. hu3.. dalam hati sebenarnya dari tadi doa yang sebenarnya semua ni mimpi je.. bukan betul-betul.. tapi sepak-sepak pipi, sakit.. maknanya mirul x bermimpi.. :(

SAYA SAYANG ANDA SANGAT-SANGAT SAHABAT.. mungkin dulu mirul selalu cakap I HATE YOU kan.. x sangka gurauan itu akan menjadi kenangan kita.. :'(  dekat mana pun alif berada mirul tetap doakan yang terbaik untuk alif.. walaupun hati ni berat sangat-sangat nak lepaskan, tapi ni keputusan yang alif sendiri buat.. mirul x ada hak nak halang kan.. :')  mirul faham dan mirul hormati keputusan itu.. tapi mirul cuma nak cakap satu je, hidup mirul pasti lain bila alif x ada nanti dekat UniMAP.. simpang 4 kehilangan seseorang yang sangat berharga.. x apa lah, perancangan ALLAH kan..

walaupun susah.. mirul akan cuba bertahan tanpa alif.. makan sorang2 lepas solat asar, solat berjemaah dekat surau n banyak lagi lah.. mirul kena cuba juga sebab kenyataannya alif dah x ada dekat UniMAP dah.. dekat sana jaga diri.. cari sahabat yang lebih baik dari mirul tau.. mirul ni jahat.. :(  jaga diri elok2.. teruskan dakwah tu.. mirul tahu alif boleh..! dekat sini jangan risau, geng-geng surau kita kan ada.. :) mereka boleh..! insyaALLAH..  :)

kalau mirul ada buat salah, maaf ye.. mirul ni insan biasa.. kalau mirul selalu buat alif rimas sebab selalu mesej, maaf sangat-sangat.. kalau mirul selalu menyibuk tu mungkin mirul risaukan alif je.. halalkan makan minum ye.. kalau ada apa-apa yang mirul salah cakaplah, mana tahu mirul boleh baikinya.. :( mirul akan ingat segala pesan alif.. tapi lepas ni kalau mirul sedih, mirul nak kongsi dengan siapa..? hurmm.. lain lah alif x ada.. :( lain sangat2..

entah lah alif, rasanya macam x nak berhenti menulis pun.. banyak mirul nak kongsi dengan pembaca tentang persahabatn kita ni.. dan x sangka mirul akan tulis entry ni seawal ni..  :(   perancangan ALLAH ni sungguh indah buat mirul.. walaupun pahit sangat-sangat tapi mirul percaya ada sebab nya kan.. :') ALLAH tu kan adil.. harap alif x lupa lah dekat mirul dan kawan-kawan dekat sini.. segala cerita kita tu simpan dalam memori yang kekal ye.. semoga ukhwah yang terjalin ni akan mendapat keredhaan dan rahmat ALLAH.. ingat.. 

KITA BERTEMU, BERSAMA DAN BERPISAH KERANA ALLAH.. wasalam..




Read more...

Isnin, 23 Januari 2012

pAnDangAn ALLAH Vs pAnDaNGaN MaNUsIa..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^
okey..! kali ni mirul nak kongsi sedikit perkara yang sebenarnya dah lama mirul nak kongsi dengan anda semua.. tapi disebabkan kekangan masa, terpaksa lah tangguh dulu perkara ini.. jadi memandangkan sekarang ni memang mirul tengah ada banyak masa(sebab cuti sem), x salah rasanya mirul kongsi kan.. he3..
okay..! sebenarnya benda ini mudah.. tapi ingat..! jangan memandang sesuatu perkara yang mudah itu sebagai satu benda yang remeh, sebab kadang kala benda yang mudah itu lah yang akan buat kita susah kelak.. macam  dalam pelajaran, dimana pada permulaan subjek kita rasakan yang tentu awal-awal nya senang.. jadi kita malas nak belajar, kita main dan berseronok.. kelak bila mana kita nak menghadapi peperiksaan mula lah nak gelabah membaca semua benda sedangkan kita boleh mengurangkan beban dengan memahami perkara-perkara yang mudah  itu terlebih dahulu.. hah..! kan dah susah.. sebab tu lah jangan sesekali memandang sesuatu perkara itu dengan perkara yang mudah..

pandangan ALLAH vs pandangan manusia.. 

biasalah kan, dalam dunia ni kita selalu nak nampak cantik depan orang lain.. kadang-kadang tu sanggup berhabis duit semata-mata nak dapatkan pujian dan jelingan orang.. pantang nampak orang lain lebih, mesti cemburu.. dia pun nak lebih juga.. hu3.. x salah kalau nak bergaya, tapi kena tahu batasnya.. jangan sampai nak nampak cantik depan manusia, tapi depan ALLAH dihina.. hu3.. itu ke yang kita nak kan..? gembira ke kita bila hidup ni tak diberkati ALLAH.. cuba fikir-fikirkan..
manusia oh manusia.. apa salahnya kalau tutup aurat.. sekarang ni pun mirul tengok ada je pakaian muslimah yang cantik-cantik dan yang paling penting labuh dan menutup aurat.. x jarang dan x menampakkan tubuh korang.. cantik je dorang pakai.. sejuk je mata ni.. :) dan bukan setakat mirul je suka, ALLAH lagi suka bila hamba-Nya menutup aurat.. menjaga batasan.. kan elok di sisi ALLAH.. :) 

lelaki pun sama.. jangan asyik nak kutuk-kutuk kaum hawa je sedangkan korang pun sama je.. kadang-kadang tu mirul tengok masa main bola, x pun masa main futsal ramai je yang tak pakai seluar panjang.. menampakkan betis korang yang x berapa nak lawa tu.. he3.. apa salahnya kalau pakai seluar panjang kan..? memang nampak pelik tapi nak nampak pelik depan manusia ke nak kena hina depan ALLAH..? kita yang pilih.. dan kita jugak lah yang akan menghadapinya.. jadi berani buat maka berani lah tanggung..  :)

masa untuk berubah..!

dulu mirul juga seorang yang sangat jahil dengan diri sendiri.. ingat lagi masa sekolah asrama dulu, mirul solat sebab takut kena rotan dengan warden.. bila masa dekat rumah solat sebab takut dengan mak.. hurmm.. mungkin sebab tu x pernah rasa indahnya beribadah sebab selalu buat bukan kerana ALLAH.. lama-lama mirul sedar.. sampai bila kita nak buat kerana orang lain, bukan kerana ALLAH.. dan akhirnya setelah lama mencari, mirul jumpa juga sesuatu yang mirul hilang.. hidayah ALLAH.. :)
hidayah ALLAH itu hendaklah dicari bukan dinanti.. x salah kan dengan sedikit usaha kita mencari, mana tahu hidayah itu lagi cepat diperolehi.. :) dan berubahlah kerana ALLAH.. jangan berubah kerana orang lain.. sebab bila kita berubah kerana ALLAH, perubahan itu akan menjadi selama-lamanya.. tetapi bila kita berubah kerana ALLAH, dengan niat yang benar-benar ikhlas insyaALLAH ALLAH akan membantu kita.. 

dan mulalah dari dalam.. mula dari sesuatu yang dipanggil hati.. lakukan dengan istiqomah, biarpun sedikit tapi insyaALLAH lama-lama akan menjadi bukit.. kalau dulu kita tak solat, mula lah belajar solat.. kalau dulu solat kerana orang lain, solatlah kerana ALLAH.. dan kalau dulu kita seorang yang jahil, berubahlah demi mencari rahmat ALLAH.. kerana itulah kemanisan dalam bertaubat.. :)

kutukan manusia..

hurmm.. ALLAH akan sentiasa menguji kita.. walhal bila kita betul-betul nak berubah pun ALLAH akan uji kita.. jangan bersedih.. ALLAH menguji kita sebab ALLAH nak lihat betapa ikhlas nya kita berubah.. betul ke kita nak berubah ataupun sekadar kata-kata dusta.. sebab tu lah macam-macam ALLAH datangkan kepada kita sebagai ujian.. jangan berhenti dan mengalah sebab ujian tu sebenarnya tanda ALLAH sayang dekat kita.. :)
dan satu perkara lagi.. jangan hiraukan pandangan orang lain bila kita nak berubah.. sebab pandangan ALLAH lagi penting.. jangan takut pandangan orang bila kita nak berubah sebab bila kita berubah ke arah kebaikan pasti ramai yang akan menerimanya.. walaupun akan ada yang kutuk dan menghina, biarkan.. lama-lama mereka juga akan sedar yang mereka juga perlu berubah.. hu3..

jangan tangguh lagi..!

hidup ini sementara.. sampai bila kita nak hidup dalam kesesatan... berubahlah.. perlahan-lahan, mana tahu lama-lama kita juga akan menjadi hamba-Nya yang dikasihi.. :) dan berubah bukan lah bermaksud kita kena tinggalkan semua kehidupan yang kita ada sekarang.. tak..! berubah untuk menjadi yang lebih baik.. amar makruf, nahi mungkar.. berbuat kebaikan dan meninggalkan keburukan... kalau rasa benda yang kita buat tu salah, maka jauhi lah ia... kalau betul dan bermanfaat, teruskan.. insyaALLAH anda boleh..!
hu3.. semoga apa yang mirul tulis ni sedikit sebanyak membantu korang.. mirul ni bukanlah orang yang alim, pakai serban dan berjubah.. tapi x salah kalau memperingatkan.. sebab manusia ni sering alpa, mirul juga.. sebab tu bila mirul mengingatkan orang, mirul harap mirul juga akan mengingatkan diri sendiri.. semoga bermanfaat ya.. kalau rasa benda ni berfaedah, bolehlah kongsi kan kepada kawan-kawan.. x salah buat kebaikan.. malah dapat pahala lagi.. insyaALLAH.. 

okey..! jumpa lagi dalam entry seterusnya.. mirul nak makan.. ha3.. assalamualaikum semua.. :)
selamat beramal..


Read more...