expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Ahad, 11 November 2012

Forever Alone..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. kalau jawab korang owsome.. ^_^
alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi mirul menulis dan dapat jugak sahabat sekalian membaca.. terima kasih yang x terhingga ye sebab sudi baca hasil tulisan mirul yang x seberapa ni, tapi insyaALLAH berguna buat kita semua.. 


okey..! berbalik kepada tajuk entry mirul kali ini iaitu Forever Alone..~ 
sebenarnya mirul tertarik nak berkongsi pendapat dengan sahabat semua tentang forever alone ni sebab hari ni mirul forever alone.. almaklumlah, awek dah lari.. hahaha.. tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan forever alone ni..? sebab kalau sahabat semua perasan, ramai remaja sekarang ni suka guna perkataan forever alone terutamanya bila seseorang tu bersendiri..
seseorang yang forever alone ni dikatakan tiada "life'.. dia dianggap x ada kawan dan kalau kemana-mana je orang mesti akan cakap pasal dia.. huhuhu.. bagi mirul orang yang forever alone ni dia mesti ada sebab kenapa dia lebih suka bersendiri.. dan apa pun sebab dia menjadi forever alone x payah lah korang semua sibuk.. janji dia x kacau sesiapa kan.. ^_^

dan bagi mirul ada kebaikan nya tau menjadi forever alone ni terutamanya bagi orang yang banyak cakap macam mirul ni.. hahaha.. antara sebabnya ialah : 

1. kurang dosa..
semua sedia maklum yang makin banyak kita berkata-kata, makin banyak dosa yang kita buat.. jadi, menjadi seorang yang forever alone ni adalah satu kelebihan buat dia sebab dia x akan ada kawan nak berbual.. x ada kawan nak mengumpat.. x ada kawan nak mengutuk orang. nanti kalau bercakap seorang diri orang cakap gila pulak kan, jadi diam itu lebih baik.. hehehe..

2. tahap fokus yang tinggi
bienda ni lagi berkesan kalau kita tengah belajar ataupun tengah buat sesuatu pekerjaan.. bila kita berseorangan, tanpa ada kawan untuk berbual ataupun kawan yang mengacau, tahap tumpuan kita akan lebih tinggi berbanding jika kita bersama kawan kan.. jadi kalau nak fokus masa belajar, jadi lah forever alone ye.. hehehe..
3. lebih menghargai seseorang
banyangkan lah ea jika tiba-tiba kita keseorangan, mesti kita akan rasa sedih.. jadi x salah nak jadi forever alone ni untuk sehari sebab mungkin keesokan harinya kita akan lebh menghargai kawan kita tu.. almaklumlah, kalau forever alone ni x ada kawan nak bergurau, x ada sesiapa nak usik kita, jadi kita akan terasa kehilangan bila bersendirian.. 

4. hati x sakit
adat dalam berkawan, kadang-kadang mesti ada yang terasa.. jadi kalau kita forever alone ni jarang lah kita sakitkan hati orang dan jarang jugak orang sakitkan hati kita.. hahaha.. kita buat hal kita, orang lain buat hal masing-masing.. kalau ada yang terasa jugak x tahu nak cakap apa.. hahaha..

5. menjadikan kita lebih berani
memang betul..! forever alone ni akan menjadikan seseorang tu lebih berani sikit.. contohnya kalau dia nak beli sesuatu ke, dia x ada sesiapa yang boleh diharapkan kecuali diri sendiri.. jadi nak tak nak dia kena beli jugak.. dan benda tu akan melatih dia menjadi berani.. x kisah lah lambat, tapi berani jugak kan.. hahaha..

tapi korang jangan ambil benda ni sebagai satu yang serius ye.. ini cuma pendapat mirul je.. kita kena tahu yang sebenarnya dalam kehidupan kita ni x ada istilah forever alone ni semua sebab ALLAH kan sentiasa dengan kita.. mak ayah kita, ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita, mereka semua ada dengan kita.. kita kena ingat tu.. ^_^
dan dalam dunia ni mustahil kalau x ada orang yang x nak kawan dengan kita.. kalau memang x ada, cuba kita muhasabah diri kita, mungkin ada sifat yang semua orang x suka yang ada pada diri kita.. cuba atasi sifat tu, cuba jadikan ianya satu sifat yang positif, insyaALLAH orang akan nak berkawan dengan kita.. sebab dalam islam sendiri hubungan silaturrahim sesama kita tu penting..! jangan putuskan silaturrahim, berdosa okey..!

walaubagaimana pun kita kena ingat yang akhir nanti kita tetap akan bersendirian.. forever alone dalam kubur sana.. masa tu kalau nak cakap forever alone mirul sokong, sebab memang x ada orang lain dalam kubur tu melainkan kita seorang diri.. bersediakan kita..? jom sama-sama muhasabah diri dan terus berusaha untuk mengumpul seberapa banyak pahala jom.. :D wasalam..


8 ulasan:

azeemazain berkata...

betull..sumtyms sendirian buat rasa sgt tenang,..=)

MéuzAngelo™ XXIII berkata...

kalau nak letak banner dalam slider aku, kene la sertakan sekali link blog.. org yg letak link je aku akan buatkan.. sementara takde org lagi ni baik gi comment balik then letak link blog :)

Unknown berkata...

setuju2..tak semestinya orang yg macam ni tadak kawan..ada aja..cuma kita aja yg xperasan

Tanpa Nama berkata...

kadang2 bila kite single ni.
lagi hepi.
takde sapa2 pun nak kongkong kitaa
:')

Diari Anak Perantau berkata...

zieyzain : hehehe.. betul3.. rasa bebas kan..? :')

Diari Anak Perantau berkata...

MéuzAngelo™ XXIII : insyaALLAH..

Diari Anak Perantau berkata...

sukakartun : betul3.. kawan tu kan dalam konteks yang luas.. :)

Diari Anak Perantau berkata...

chemay : sangat setuju.. kalau single x payah pikir banyak benda.. :')