بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab berdosa.. kalau jawab korang jugak yang dapat pahala..
alhamdulillah, bersyukur kita sangat-sangat dekat ALLAH sebab masih lagi dikurniakan kekuatan, keamanan, kesejahteraan, kesihatan dan berbagai-bagai lagi nikmat yang kita sendiri tak mampu nak membalasnya.. maka dengan itu jangan lah sesekali pun kita mendabik dada di muka bumi ALLAH ni kerana dengan sekelip mata je semua ni ALLAH boleh tarik balik dari kita..
pasti ramai yang dah tahu kan yang Gaza hari ini dalam kegelapan kembali.. kejam sangat Israel sehinggakan ramai orang yang x bersalah mati jihad di jalan ALLAH.. sana sini kena bom, sehinggakan rumah sendiri pun dah x selamat untuk diduduki.. punyalah kejam kan zionis ni.. :'( mirul rasa sedih sangat x dapat buat apa-apa selain berdoa kepada ALLAH supaya Gaza kembali aman tanpa serangan tentera israil ni..
apa yang lagi buat mirul sedih ialah bila tengok mangsa-mangsa korban itu adalah kanak-kanak kecil, orang-orang tua yang x bersalah dan semua penduduk Gaza yang rata-rata x pernah buat masalah pun dengan israel.. mereka dibom, ditembak dan diperlakukan seperti binatang.. benda ni buat mirul lagi terasa bila mereka tu semua adalah saudara kita, saudara seislam.. sedih sangat-sangat.. menitis air mata.. :'(
membayangkan mereka diperlakukan macam tu dekat negara mereka sendiri membuatkan mirul bersyukur sangat-sangat dilahirkan di bumi Malaysia ni.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. dan buat saudara seislam yang ada dekat Gaza tu, teruskan berjuang kerana ALLAH.. kita mungkin dianiaya di dunia, tapi insyaALLAH akan dibela di akhirat kelak.. doa kami semua mengiringi anda semua, penduduk Islam di Gaza..
akhir kata, selagi mampu untuk kita berdoa untuk mereka maka berdoalah.. doa itu kan senjata umat Islam.. dan selagi kita mampu untuk boikot barangan daripada Israil maka teruskan lah memboikot.. tak mati kalau kita x guna produk mereka tu kan.. kita sebagai umat Islam pun kena kuat, pertahankan agama kita ni.. insyaALLAH jika tidak didunia, maka ganjarannya menunggu kita di akhirat kelak.. amin.. :'(
1 ulasan:
semoga Allah melindungi mereka yang menderita disana :-(
by: djdanchef (djdanchef.blogspot.com)
Catat Ulasan