expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 24 November 2012

Kelebihan Mereka Yang Single..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^_^
alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniannya kita masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ALLAH ini bagi meneruskan kehidupan kita sebagai hambanya dan menebus segala kesalahan dan dosa lalu..

dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dengan sahabat semua mengenai kelebihan orang yang x 'COUPLE' ni.. hehehe.. macam yang mirul pernah cakap sebelum ni, mirul x cakap pun yang couple itu haram tapi bila ia mendekatkan kita kepada perkara-perkara maksiat dan zina, maka hukumnya haram..! 
antara kelebihan orang yang x COUPLE ni ialah :

1. kurang dosa...
menjadi khalifah di muka bumi ALLAH ni memang satu tanggungjawab yang sungguh berat.. mana x nya, setiap saat kita ni sentiasa dihasut untuk melakukan kejahatan oleh syaitan laknattullah.. kalau iman x kuat memang senang lah kerja syaitan tu.. huhuhu.. sedangkan kita x kapel pun dosa dah banyak, ni lagikan bila kita kapel.. mula-mula memang lah malu-malu, tapi lama-lama percayalah kalau pakwe ajak pegang tangan pun makwe bagi je.. kapel lah namakan.. huk3.. tu belum sentuh pasal peluk-peluk, main tampar-tampar dan sebagainya.. hurmmm..

2. dapat elak fitnah manusia..
kalau dah duduk berdua-duaan dalam bus, bergelak ketawa, bertepuk tampar sama-sama apa orang lain akan fikir..? tu belum cakap lagi pasal asyik berkepit 24 jam je.. ini bukan soal kisah ke x kisah, tapi soal apa pandangan orang lain terhadap kita.. mungkin kita x ada niat nak buat macam tu tapi orang yang nampak x akan fikir benda yang sama dengan apa yang kita fikir.. akhir nanti kita jugak yang malu kan.. 

3. hidup bebas..
orang yang kapel ni makan nak kena sama-sama.. minum nak kena sama-sama.. kalau nak ke kelas kena saing, kalau x saing merajuk.. wei, korang baru kapel lah bukan laki bini yang nak kena ke mana-mana sama-sama.. huhuhu.. kalau dapat yang kaki mengongkong lagi susah.. nak keluar dengan kawan x boleh, nak masuk ni x boleh, nak masuk tu x boleh.. semua nak kena mintak kebenaran dengan pasangan dulu.. dengan mak ayah x nak mintak izin pulak.. fikir-fikir lah ye.,
4. duit x banyak keluar..
ni lagi satu kelebihan orang yang x kapel, duit jimat... hahaha.. bukan setakat duit, tapi kredit telefon pun jimat.. x payah nak top-up setiap hari, sebab kredit x cepat habis.. tapi bagi sesetengan yang selalu telefon mak ayah dia, kena lah jugak top-up kan, tapi itu lagi baik daripada kita top-up kemudian habis untuk orang yang belum tentu jadi keluarga kita kan.. baik telefon mak ayah, dapat pahala.. telefon pasangan dapat dosa(kalau melalaikan dan meningkatkan nafsu), pilihlah.. :)

5. fokus yang tinggi..
kehidupan sebagai seorang pelajar ni memerlukan kita sebuah komitmen yang tinggi.. kalau kehidupan seharian kita asyik dok dengan dia je, sampai bila kita nak maju kan diri kita.. keputusan yang baik macam mana pun tapi kalau x ada sebarang penglibatan dalam mana-mana aktiviti Uni akan menjadikan kita sebagai mahasiswa yang lemah dan kurang produktif.. x salah nak ada kapel bagai tapi kita kena fikir tentang masa depan kita jugak.. ^_^

6. hati x akan kecewa..
bila kapel mula rasa indahnya dunia ni.. tapi bila break, mulalah rasa macam dunia ni macam apa entah.. kekecewaan tu memang tinggi.. sebab tu mirul selalu cuba mendidik hati untuk meletakkan ALLAH sebagai cinta mirul yang pertama, sebab kalau sekalipun mirul dikecewakan orang, mirul masih tahu bahawa cinta sejati mirul itu masih disisi mirul... :')

lain-lain orang lain-lain pendapat kan.. ini cuma pendapat mirul je.. mirul pun manusia biasa yang banyak buat kesilapan, banyak buat dosa.. :'( apa-apa pun kita tahu siapa diri kita dan apa amalana kita yang akan menjamin kita untuk mendapatkan tempat yang terbaik di sisi ALLAH kelak.. 

bagi mirul, x kisahlah kalau nak kapel ke apa ke, asalkan benda tu mendatangkan kebaikan dan pehala buat kita,., jangan pulak menjadikan kapel itu sebagai satu tiket untuk kita ke neraka kan.. huhuhu.. kita kena ingat yang kita ni masih banyak tanggungjawab., naluri mencintai dan ingin dicintai itu ada pada semua orang tapi pandai-pandai lah kita mengawalnya..
orang kata kalau kapel ni x sweet, kahwin lagi sweet.. jadi kenapa x nak buat benda yang lagi sweet ni.. bukan setakat sweet, dapat pahala dan selalu di bawah rahmat ALLAH lagi.. apa-apa pun dalam setiap apa yang kita buat tu selalu lah mencari keberkatan ALLAH.. yang haram akan tetap haram.. peringatan untuk diri sendiri dan juga sahabat semua.. ^_^ wasalam..~

4 ulasan:

Unknown berkata...

Nice perkongsian ! Single is better ! Yeah ! =)

Unknown berkata...

Waalaikummussalam :) Memang betul single is better than couple . Hoo ~ Thanks for sharing .

Unknown berkata...

setuju. single lebih tenang :)

Akma berkata...

waalaikumsalam..perkongsian yang baik..setuju sangat,single is better :)