expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 3 November 2012

Tak Nak Balik..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam  mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^^
diam x diam sebenarnya dah nak dekat dua minggu jugak mirul cuti kan.. dengar je macam lama kan, tapi pejam celik, pejam celik, alahaaaaaiiii.. *sigh

esok, 3 november 2011 sekali lagi mirul dengan berat hatinya akan balik semula ke PERTH-lis tercinta.. huk3.. sedih tu memang lah sedih tapi nak buat macam mana kan kita ni pelajar, tanggungjawab belajar tu kena galas jugak.. huhuhu.. kalau nak ikut berat hati baik duduk rumah je, x payah belajar kan.. tapi masa depan tu tanggung lah sendiri.. hurm..

berbalik kepada soal balik hostel atau balik U ni kan, mirul pasti yang ramai diantara kita yang berat hati je kalau nak balik.. lagi-lagi kalau dah lama duduk dekat rumah.. rasa macam nak pindahkan je asrama@Uni tu dekat sebelah rumah kita ni.. hahaha.. almaklumlah, rumah ku syurga ku kan, selesa mana pun asrama@Uni tu, rumah jugak tempat yang paling kita selesa, sebab dekat rumah tu lah kita bebas nak melompa-lompat ke, nak tidur sampai tengahari ke, x pun nak terkangkang depan TV kan.. hahaha..
macam mirul ni, rumah dekat Batu Pahat tapi belajar dekat UniMAP, dekat Perth-lis tu haaaa.. senang cakap kalau nak balik ke perth-lis tu habis satu Malaysia mirul rentas.. mana x nya, 12 jam kau tau naik bus tu.. mau kebas punggung ni.. huhuhu.. tapi bila dah ulang-alik, dua bulan sekali balik dah x rasa dah jauhnya.. lagipun naik bus malam, bukak-bukak mata je dah sampai Perth-lis.. hahaha..

tapi ada beberapa perkara yang mirul x suka kalau naik bus ekspress ni.. lagi-lagi kalau yang jalan jauh-jauh ni.. paling x berkenan betul dengan perangai yang macam ni :

1. pemandu bas yang x faham penumpang..
mirul biasanya akan naik bas pukul 8.45pm, jadi akan bertolak dari rumah dalam pukul 8.00pm macam tu lah sebab x nak sesak nanti.. paling lewat pun mirul gerak dalam 8.15pm.. jadi nak solat Isya' tu memang x sempat, almaklumlah masuk waktu pun lambat kan.. jadi mirul mengharapkan pemandu tu memahami lah situasi kami ni semua, tapi tak..! 
pemandu ni susah nak berhenti lama-lama sebab dowang cakap nanti sampai lambat lah, apa lah.. padahal x ada lama mana pun solat tu kan.. grrrr.. macam tu jugak lah kalau nak solat Subuh.. :( tapi kadang-kadang ada sesetengah pemandu bas ni dia faham situasi kita.. biasanya dowang akan berhenti dekat mana-mana R&R untuk makan.. jadi faham-faham je lah kan, dia bagi kita masa untuk solat lah tu.. :)

2. penumpang yang x hormat penumpang lain..
ni lagi satu masalah kalau naik bus.. tapi jarang lah jumpa orang-orang macam ni sebab x ramai pun sebenarnya yang akan buat bising bila naik bus.. kadang-kadang tu, kita ni faham lah yang mungkin dia ni biasa bergayut dekat rumah, tapi dalam bus yang sungguh sunyi sepi tu boleh pulak dengar suara dia ketawa-ketawa x pun cakap macam orang dalam telefon tu pekak.. sakit hati..!

3. bas rosak..
situasi ni memang kita x boleh nak jangka bila akan terjadi kan.. tapi kalau terkena tu memang sakit hati lah jugak.. lagi-lagi kalau terpaksa tunggu bas ganti sampai berjam-jam lamanya.. dah lah rosak dekat tepi highway, nak kemana-mana pun x boleh.. kalau rosak dekat R&R tu boleh jugak makan-makan dulu.. huhuhu.. mirul sepanjang naik bas balik ke Perth-lis ni, dah 2 kali bas rosak.. ada kawan tu 4 kali rosak.. hehehe.. terus serik nak naik bus tu.. kesian kan dia..hehehe..

kalau nak ikutkan hati ni ada je lagi benda-benda yang mirul x berapa berkenan bila naik bus ni, tapi bak kata orang bersyukurlah mirul selamat sampai ke destinasi yang mirul tuju.. dah ni je pengangkutan yang mirul mampu dan mirul selalu guna, nak ke x nak kena lah terima kekurangan nya kan.. syukur alhamdulillah.. :)
apa-apa pun buat korang semua yang akan balik ke Uni masing-masing, x pun yang baru je nak cuti tu gunakan lah masa yang ada dekat rumah tu sebaik mungkin.. bukan senang kan nak balik, jumpa keluarga tersayang, dapat berbual+manja-manja dengan mak, jadi hargailah masa itu ye.. :)

tapi satu benda yang mirul rasa kelakar ialah masa naik bas, rasa sedih sangat-sangat nak tinggalkan keluarga, tapi bila je dah sampai dekat Uni tu, dah jumpa kawan-kawan dah x ingat kesedihan tu kan.. hehehe.. semoga bergembira bila sedang belajar.. jangan stress-stress.. ingat, kita ni sedang berjihad mencari ilmu, ikhlas kan hati.. insyaALLAH besar ganjarannya nanti.. amin.. wasalam..~

8 ulasan:

cx's berkata...

mmg mls bile nk balik ni. an an an? ape2 pon.. take care. smga slmt smpai. insyaallah amin :)

Aremieroul Akim berkata...

cx's : huk3.. tau x pew.. malas.. malas.. malas..! tapi nak buat macam mana kan.. hu3.. tq2.. insyaALLAH.. amin.. :)

eyra dzuhairah berkata...

tak nak balik U jugak.. still mood cuti nie

Aremieroul Akim berkata...

@eyra dzuhairah : betul3.. malas nya nak balik U kan.. :(

Halimatun Sa'adiah berkata...

peliss la perth-lis ek..
double meaning tu..

Fendy berkata...

normal la tu..memg mcm tu....

steffany daph berkata...

salam blogging. first time jejak sini dari http://steffanylife.blogspot.com

saut benda paling sya tak sukhaaa la naik bas ni sebab takda toilet. huhu, bayangkan ada emergency especially pasal sakit perut tu..aduiiii..punya la nak sakit giler dalam bas menahan.

Ismi Iman berkata...

besele 2..pengalaman tau.nnt dh abeh stdy kite akan gelak sorg2 bile ingat benda2 gtu