expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label syukur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syukur. Papar semua catatan

Selasa, 15 Januari 2013

..Ini Kisahku..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^_^
bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniannya dapat kita semua bernafas lagi hingga ke hari ini.. jadi jangan lah kita angkuh dengan lupa bersyukur kepada ALLAH kerana semua nikmat yang kita peroleh ni datang dari Dia juga kan.. :)

jadi hari ini dalam entry kali ni, mirul nak berkongsi sedikit cerita duka mirul sepanjang seminggu ni, dan mungkin untuk seminggu yang akan datang.. huk.. huk.. huk.. jadi kalau korang semua nak baca sila sediakan tisu lebih sikit sebab takut meleleh air mata baca ni.. :3
kisah bermula seminggu yang lalu dimana masa tu kebanyakkan pelajar-pelajar Uni seluruh Malaysia sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.. mirul pun masa tu rasanya baru setengah perjalanan je sebab ada setengah lagi peperiksaan belum habis.. benda tu x kisahlah sebab semua orang tengah sibuk pulun tenaga sekering-keringnya untuk menghadapi exam, sama macam mirul.. 

tapi nak dijadikan cerita sedihnya tu, dalam kesibukan kebanyakkan senior-senior ni menelaah buku untuk exam, tiba-tiba kedengaran satu bunyi yang paling menyedihkan.. kalau masa raya, suasa sedih bila dengar lagu raya kan.. yang ni kami sedih bila dengar junior-junior ni dah mula usung beg baju masing-masing untuk balik kampung halaman masing-masing.. ini tidak adil...! masa kami junior, kami balik paling last.. dah jadi senior pun balik paling last.. stresss..! jadi ni pesan mirul pada junior-junior tu..
kalau x nampak sila klik pada gambar ye.

ok lah fine, lepas sehari dua tu dah kurang dah kedengaran bunyi seretan beg junior-junior ni.. kalau x setiap masa ada je "kedegek.. kedegek.. kedegek.." bunyi beg tu.. grrrr... jadi ingatkan boleh lah belajar dengan tenang lepas tu.. tapi ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya salji di tengahari.. benda yang sama berulang lagi.. kali ni disebabkan teman-teman seperjuangan lah pulak.. huk3..

kami masa sem 3 ni kena ambil bahasa asing, jadi mirul amik bahasa Arab.. tanpa mirul ketahui rupanya bahasa Arab merupakan paper terakhir sekali dalam banyak-banyak bahasa asing ni.. T__T mula-mula x de lah terpengaruh sangat dengan kata-kata budak ni semua tapi lama-lama streess sebab mirul jugak yang akan balik lambat akhirnya.. jadi disebabkan itu mirul dah bagi amaran siap-siap dah dekat dowang ni semua..
kalau x nampak sila klik pada gambar ye..

dan akhirnya hari ni tinggallah daku seorang diri di dalam rumah yang super duper besar ni.. nak kemas dah bersih, nak sapu x ada habuk, nak mop semalam dah mop, jadi dah x tau nak buat apa.. almaklumlah, duduk sorang-sorang dekat sini dah macam terdampar dekat padang pasir dah, ke sana sama, ke sini pun sama.. last-last duduk depan laptop melayan apa yang patut je lah.. huk.. huk.. huk..

dan pagi ni seorang demi seorang housemate mirul balik.. dan yang paling sedih tentulah bila roomate tercinta tu balik.. sekeras-keras hati dia tu, menangis jugak dia tadi.. :'( sedih sangat nak tinggalkan mirul ke sebab lain x tau lah.. huhuhu.. walaupun dia cuba cover air mata dia tu tapi muka dah lah putih, kalau menangis habis merah satu muka.. hehehe.. jaga diri mok.. jumpa lagi sebulan ye.. :')

dan ni ialah peringatan mirul semalam buat kawan-kawan mirul..
kalau x nampak sila klik pada gambar ye..

x habis dekat situ sebenarnya sebab ada lagi satu perkara mirul x cerita.. huk3.. hurmm.. semua benda ni x cukup sedih lagi.. yang paling sedih ialah bila korang kena tahu yang sebenarnya mirul x akan balik langsung untuk cuti sem ni.. huk.. T_T sedehnya.. setiap kali mirul cakap semua orang x percaya, semua orang akan buat-buat terkejut.. grrr.. x kan lah mirul nak tipu kan.. huhuhu..

22 hb ni mirul akan bergerak ke UUM untuk pertandingan "Business Simulation" selama lebih kurang dua minggu lebih.. sebab tu lah mirul x balik cuti ni.. orang kata kalau lambat tu x apa lah kan, asalkan nanti balik juga.. ni mirul dah lah lambat, balik pun tidak.. huk.. huk.. huk.. apa lah nasib badan ni.. 

apa-apa pun pertandingan tetap harus diteruskan.. buat agama, bangsa dah negara akan ku gagahkan kaki ini jua untuk terus melangkah.. *muka askar.. huhuhu.. doakan mirul x ada apa-apa ye kawan-kawan sebab dari 15-22hb ni mirul tinggal sorang je dekat kolej ni.. ada lah jugak yang x balik, tapi rasanya aras mirul, x ada sesiapa kot.. huk3.. *takutnya pun adoii.... :'(
kalau x nampak sila klik pada gambar ye..

dan apa-apa pun benda dah terjadi kan.. nak buat macam mana.. tengoklah, kalau sempat mungkin akan balik kejap kot, x pasti lagi macam mana.. huhuhu.. dan buat kawan-kawan semua yang sedang / akan bercuti selama sebulan ni, gunakan lah masa yang ada ni sebaiknya.. buat lah aktiviti-aktiviti yang bermanfaat ye.. jaga diri, jaga nama, jaga segala-galanya.. semoga kita semua dilindungi dan diberkati sepanjang bercuti ini.. amin.. wasalam..~

Read more...

Sabtu, 3 November 2012

Tak Nak Balik..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam  mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^^
diam x diam sebenarnya dah nak dekat dua minggu jugak mirul cuti kan.. dengar je macam lama kan, tapi pejam celik, pejam celik, alahaaaaaiiii.. *sigh

esok, 3 november 2011 sekali lagi mirul dengan berat hatinya akan balik semula ke PERTH-lis tercinta.. huk3.. sedih tu memang lah sedih tapi nak buat macam mana kan kita ni pelajar, tanggungjawab belajar tu kena galas jugak.. huhuhu.. kalau nak ikut berat hati baik duduk rumah je, x payah belajar kan.. tapi masa depan tu tanggung lah sendiri.. hurm..

berbalik kepada soal balik hostel atau balik U ni kan, mirul pasti yang ramai diantara kita yang berat hati je kalau nak balik.. lagi-lagi kalau dah lama duduk dekat rumah.. rasa macam nak pindahkan je asrama@Uni tu dekat sebelah rumah kita ni.. hahaha.. almaklumlah, rumah ku syurga ku kan, selesa mana pun asrama@Uni tu, rumah jugak tempat yang paling kita selesa, sebab dekat rumah tu lah kita bebas nak melompa-lompat ke, nak tidur sampai tengahari ke, x pun nak terkangkang depan TV kan.. hahaha..
macam mirul ni, rumah dekat Batu Pahat tapi belajar dekat UniMAP, dekat Perth-lis tu haaaa.. senang cakap kalau nak balik ke perth-lis tu habis satu Malaysia mirul rentas.. mana x nya, 12 jam kau tau naik bus tu.. mau kebas punggung ni.. huhuhu.. tapi bila dah ulang-alik, dua bulan sekali balik dah x rasa dah jauhnya.. lagipun naik bus malam, bukak-bukak mata je dah sampai Perth-lis.. hahaha..

tapi ada beberapa perkara yang mirul x suka kalau naik bus ekspress ni.. lagi-lagi kalau yang jalan jauh-jauh ni.. paling x berkenan betul dengan perangai yang macam ni :

1. pemandu bas yang x faham penumpang..
mirul biasanya akan naik bas pukul 8.45pm, jadi akan bertolak dari rumah dalam pukul 8.00pm macam tu lah sebab x nak sesak nanti.. paling lewat pun mirul gerak dalam 8.15pm.. jadi nak solat Isya' tu memang x sempat, almaklumlah masuk waktu pun lambat kan.. jadi mirul mengharapkan pemandu tu memahami lah situasi kami ni semua, tapi tak..! 
pemandu ni susah nak berhenti lama-lama sebab dowang cakap nanti sampai lambat lah, apa lah.. padahal x ada lama mana pun solat tu kan.. grrrr.. macam tu jugak lah kalau nak solat Subuh.. :( tapi kadang-kadang ada sesetengah pemandu bas ni dia faham situasi kita.. biasanya dowang akan berhenti dekat mana-mana R&R untuk makan.. jadi faham-faham je lah kan, dia bagi kita masa untuk solat lah tu.. :)

2. penumpang yang x hormat penumpang lain..
ni lagi satu masalah kalau naik bus.. tapi jarang lah jumpa orang-orang macam ni sebab x ramai pun sebenarnya yang akan buat bising bila naik bus.. kadang-kadang tu, kita ni faham lah yang mungkin dia ni biasa bergayut dekat rumah, tapi dalam bus yang sungguh sunyi sepi tu boleh pulak dengar suara dia ketawa-ketawa x pun cakap macam orang dalam telefon tu pekak.. sakit hati..!

3. bas rosak..
situasi ni memang kita x boleh nak jangka bila akan terjadi kan.. tapi kalau terkena tu memang sakit hati lah jugak.. lagi-lagi kalau terpaksa tunggu bas ganti sampai berjam-jam lamanya.. dah lah rosak dekat tepi highway, nak kemana-mana pun x boleh.. kalau rosak dekat R&R tu boleh jugak makan-makan dulu.. huhuhu.. mirul sepanjang naik bas balik ke Perth-lis ni, dah 2 kali bas rosak.. ada kawan tu 4 kali rosak.. hehehe.. terus serik nak naik bus tu.. kesian kan dia..hehehe..

kalau nak ikutkan hati ni ada je lagi benda-benda yang mirul x berapa berkenan bila naik bus ni, tapi bak kata orang bersyukurlah mirul selamat sampai ke destinasi yang mirul tuju.. dah ni je pengangkutan yang mirul mampu dan mirul selalu guna, nak ke x nak kena lah terima kekurangan nya kan.. syukur alhamdulillah.. :)
apa-apa pun buat korang semua yang akan balik ke Uni masing-masing, x pun yang baru je nak cuti tu gunakan lah masa yang ada dekat rumah tu sebaik mungkin.. bukan senang kan nak balik, jumpa keluarga tersayang, dapat berbual+manja-manja dengan mak, jadi hargailah masa itu ye.. :)

tapi satu benda yang mirul rasa kelakar ialah masa naik bas, rasa sedih sangat-sangat nak tinggalkan keluarga, tapi bila je dah sampai dekat Uni tu, dah jumpa kawan-kawan dah x ingat kesedihan tu kan.. hehehe.. semoga bergembira bila sedang belajar.. jangan stress-stress.. ingat, kita ni sedang berjihad mencari ilmu, ikhlas kan hati.. insyaALLAH besar ganjarannya nanti.. amin.. wasalam..~

Read more...

Rabu, 5 September 2012

UniMAP bukan UniMAD..! please take note..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa, jawab dapat pahala.. insyaALLAH..
sebenarnya dah hampir sebulan mirul x update, bukan sebab x ada idea atau bahan tapi rasa nak update blog dah semakin berkurang.. mungkin dah tua kot.. hahaha.. xD

tapi hari ni nafsu untuk update blog memuncak-muncak.. rasa gatal je tangan ni nak tekan-tekan huruf dekat keyboard ni.. ini semua gara-gara entry yang ditulis oleh seorang blogger lah ni.. aku rasa kalau dia x buat entry tu, entah bila baru akan update blog.. hew hew hew.. xD

sebelum layar saya labuhkan, sebelum sampan saya turunkan elok kiranya di sini mirul memperjelaskan dekat kalian semua bahawa entry ni mirul buat bukan untuk memaki, bukan untuk menjatuhkan mahupun untuk membengangkan blogger tersebut.. mirul nak dia faham situasi sebenar supaya lepas ni dia faham apa erti sebenar HORMAT, SABAR dan SYUKUR..


tajuk yang atas ini merupakan tajuk entry blogger tersebut sebelum dia menukarkan kepada yang bawah ni


the worst registration ever..? maksudnya UniMAP punya sesi pendaftaran ni paling teruk antara yang paling teruk..? bak kata kawan mirul, dia tu macam dah pergi dekat semua U je, sampai dia tahu U mana paling paling teruk.. menyakitkan hati betul kan.. hurmm..

dia ingat dia sorang je ke yang datang dari jauh.. kalau mirul x silap, dia ni datang dari KL je pun.. masih ada ibu bapa yang datang lagi jauh dari dia.. adat lah kalau daftar sampai berjam-jam, bukan adik dia sorang je yang nak daftar.. ada lagi beribu-ribu orang yang nak daftar.. sabar lah sikit.. lagi satu, soal taklimat tu, ingat pihak U suka-suka ke nak buat taklimat tu kalau x penting..? ingat pihak U ni x ada kerja lain nak buat daripada duk ceramah depa IbuBapa yang entah berapa kerat je yang dengar..? fikir-fikir ka lah ye..

ni lagi satu masalah yang mirul rasa bengan nak jawab.. bukan nya U x ada sediakan asrama pun kan untuk adik dia, yang dia nak kecoh-kecoh tu kenapa..? untuk makluman pihak "CIK AKAK" sekalian, kampus utama yang dekat pauh tu pun belum siap sepenuhnya.. kami pelajar tahun kedua ni pun x merasa lagi belajar dekat sana, x kan lah baru-baru masuk dah demand nak dekat kampus utama.. kalau nak jugak asrama dekat kampus utama tu pergi lah dekat tapak pembinaan tu, buat khemah sendiri ke.. puas hati..!

ni lagi satu masalah yang mirul rasa macam nak tembak-tembak je "CIK AKAK" ni.. dia mengharapkan rumah yang adik dia duduk tu macam rumah mak bapak dia ke..? bersih, x berhabuk, x kotor, lengkap sofa, meja makan, aircond tu semua..? wei, sedar lah, adik hang tu nak masuk U dah, dah besar.. x ka lah nak kemas rumah sendiri pun x reti.. ke nak upah pembantu rumah dekat sana, jaga kebersihan rumah tu 24 jam..? hurmm.. 

dulu masa mirul dengan kawan-kawan daftar pun sama jugak.. tapi bagi mirul x de lah seperti yang digambarkan oleh "CIK AKAK" ni.. normal lah rumah kena tinggal 3 bulan berhabuk kan..? faham-faham sendiri lah nak kemas.. ni lah susahnya kalau orang yang duduk rumah goyang kaki je.. semua tukang gaji buatkan.. baru kotor sikit dah complain bagai.. x bersyukur.. kalau betul berhabuk kenapa x snap je gambar..? ke x da bukti "CIK AKAK" oi..? grrrr...!

dan ini lagi satu blogger yang mirul pun x faham apa motif dia tulis macam ni.. masalahnya dia ni dah melampau.. sampai tulis UniMAD bagai.. huhuhu.. ini melibatkan Universiti mirul, x kan nak suruh mirul duduk diam je kan.. hurmm.. secara logik jika dia membandingkan sesi pendaftaran U dengan sesi pendaftaran tadika, adil atau tak..? mirul malas nak maki-maki sebab mirul masih boleh sabar lagi..

mirul x nak lah sentuh soal anak dia tu bekas pelajar MRSM ke, bekas pelajar Matrikulasi ke sebab mirul pun bekas pelajar tempat-tempat tersebut.. ni mesti kes mak ayah yang bangga sangat dengan anak tapi sebenarnya habuk pun x ada..kalau betul anak kau bagus, anak kau pandai, anak kau bekas pelajar MRSM kenapa masuk UniMAP..? kenapa x pergi luar negara ke, pergi U yang terbaek ke..? sedar lah wei, seburuk-buruk UniMAP, U ni jugak lah yang terima anak kau tu.. entah berapa pointer nak kecoh.. grrr..

apa-apa pun bagi mirul masalah-masalah ni berpunca daripada beberapa perkara.. 

1. masalah dokumen yang x lengkap.. dulu masa mirul daftar pun mirul ambil masa yang sangat lama gara-gara terlupa nak buat salinan slip MUET.. mak disebabkan tu lah mirul terpaksa beratur lama sehingga berjam-jam untuk membuat satu salinan je.. jadi mungkin ni antara masalah utama, kenapa pelajar ambil masa yang lama untuk mendaftar.. kalau lengkap mirul rasa x ada masalah.. kan2..?

2. ramai Ibu Bapa merungut sebab jalan raya yang sangat sesak.. bagi mirul masalah ni x akan timbul kalau semua pelajar gunakan bas untuk ke kolej kediaman tu.. kan dah disediakan bas supaya x de lah semua kereta menuju ke sana.. lagi satu masalah ialah bila yang daftar nya seorang je, tapi yang datang satu keluarga besar.. x salah nak bawak keluarga, tapi kalau dalam keadaan sesak tu x payah lah pergi.. lepas semua pelajar dah daftar masuk nak pergi tu pergi lah.. hu3..

jalan dekat Wang Ulu tu bukan nya besar, tu jalan kampung je pun.. memang akan sesak lah kan kalau semua kereta nak parking dekat sana.. beribu kereta nak amsuk dekat tempat yang kecik, dekat mana pun akan sesak, bukan dekat UniMAP je.. huk3..

apa-apa pun mirul memang geram gila lah dekat orang-orang yang perangai nya macam ni.. semua orang yang daftar pun rasa benda yang sama, jadi x payahlah nak kutuk-kutuk U kami ni macam tu sekali.. sejujurnya mirul sayang UniMAP sebab dekat sini lah tempat mirul dan kawan-kawan belajar.. dekat sini lah mirul ketawa, menangis dan berkongsi pengalaman semua.. jadi jagalah adab nak menegur tu.. kan ada banyak saluran yang baik dan betul untuk korang buat aduan, jangan lah x uas hati sikit nak tulis dekat Blog..

dan buat pengetahuan kalian-kalian semua, UniMAP ni x ada lah seburuk yang mereka-mereka ni sangka.. bagi mirul setiap U mesti ada kelemahan sendiri, begitu juga UniMAP.. tapi kami semua sedang memperbaiki semua tu.. x kan lah siap-siap terus nak sempurna kan.. fikir logik lah ye.. dan soal kampus tu jauh dari kolej kediaman tu bukan satu masalah besar sebab mirul ni dah setahun belajar, x ada masalah pun nak ke tempat belajar.. kan ada bas disediakan.. x payah risau,, bukan kena jalan kaki pun nak ke dewan kuliah..!

akhir kata dari diri yang banyak kelemahan ni, mirul nak mintak maaf lah ye kalau ada pihak yang terasa.. mirul tulis bukan nak memalukan, tapi nak menjelaskan agar nama UniMAP tak tercalar.. mirul rasa pun kalau korang berada dekat tempat mirul ni korang akan buat benda yang sama.. siapa suka kan rumah kita sendiri kena conteng dengana arang.. hu3.. apa-apa pun sedarlah yang seburuk-buruk UniMAP ni, inilah tempat adik/anak korang menuntut ilmu.. seburuk-buruk UniMAP ni lah yang nak terima adik/anak korang.. jadi SILA BERSYUKUR.. kalau rasa diri tu bersalah, mintak maaf lah secara terbuka.. ingat, adik korang dekat UniMAP, kami ni pun pelajar UniMAP, jaga-jaga.. hahaha (gelak jahat).. xD

dekat sini mirul nak tunjukkan lah sedikit view kolej kediaman UniMAP tempat mirul tinggal.. xD
enjoy ya..!





best x..? he3.. ni lah view UniMAP.. sangat cantik..  <3 UniMAP..
wasalam..~

Read more...

Selasa, 14 Februari 2012

MAnjaDDA wAjaDa..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^
okey..! minggu ni merupakan minggu yang menggerunkan bagi kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi.. benih yang telah dicambah sejak 5 bulan yang lalu akan mula menampakkan hasilnya.. tuaian yang ditunggu sememangnya mendebarkan kerana hasil ini lah akan menunjukkan dan membuktikan sama ada selama ini kita menggunakan baja yang betul atau tidak.. sama ada menggunakan teknik menuai yang betul atau tidak.. 
hurmm..tetapi semua nya bergantung kepada diri kita sendiri.. jika baik hasilnya, maka betullah apa yang kita tuai dan tanamkan selama ini.. tetapi jika sebaliknya, mungkin ada kekurangan di mana-mana tempat.. cari dan cuba perbaiki...  :) hasil sekarang memang dah tidak boleh diubah, tetapi hasil yang akan datang kita masih ada masa untuk hasilkan yang terbaik kan.. :manjadda wajada, wamanzaroa hasada..  :)

alhamdulillah..
macam yang lain-lain juga, mirul pun berdebar-debar saat nak semak keputusan peperiksaan mirul tu.. jantung ni macam nak terkeluar je.. dup dap dup dap.. maklumlah kan, siapa yang tak takut nak semak keputusan peperiksaan.. he3.. lepas je semak, fuhh lega.. alhamdulillah.. itu je yang mampu mirul ucapkan.. rasa usaha dan keringat mirul selama ni berbaloi.. alhamdulillah.. terima kasih ya ALLAH.. :)

hurmm.. walaupun mirul x dapat 4.0 tapi mirul masih bersyukur sebab x lari sangat dari apa yang mirul terget.. sebab tu orang cakap, kalau nak target tu biarlah tinggi sikit, sebab kalau jatuh pun x jauh mana.. he3.. tapi dari awal lagi memang mirul x berani nak terlalu berharap untuk dapatkan yang terlalu tinggi.. sebab takut harapan tu akan tinggal kenangan.. he3.. maklumlah, mirul dari sekolah lagi memang selalu kecewa dengan keputusan.. selalu je bersedih.. tapi alhamdulillah, sekarang tak lagi.. he3.. 

jadi, apa yang mirul boleh kongsi ialah, keputusan yang kita dapat tu menunjukkan sejauh mana usaha kita untuk capai keputusan yang terbaik.. betul ke x kita belajar selama ni.. kerja rumah, assignment buat ke tak.. hu3.. kalau kita dah penat berusaha tapi masih dapat keputusan yang kurang baik, cuba lihat dan kaji bahagian mana yang kita salah.. manusia ni sifatnya lemah kan, jadi perbaiki apa yang kurang tu.. kalau kurang usaha, tingkatkan.. insyaALLAH segala penat lelah anda akan terbalas..  :)

kisah seorang sahabat..
kalau soal keputusan peperiksaan ni, mirul sering kali teringat dekat seorang sahabat mirul masa mirul belajar dekat matrik dulu.. budak perempuan.. nama dia AZMIRA AMRAN..  :)  yup, kami sahabat.. mirul memang rapat dengan dia.. mirul selalu ejek dia.. ha3.. dia pun sama je, dua kali lima.. kalau siapa yang x kenal kitowang, memang akan ingat yang kitowang ni musuh ketat.. setiap kali jumpa je, mesti ada yang tak kena.. ha3.. masing-masing memang selalu nak mengaku comel dan akhirnya mirul selalu menang.. hwa3.. :D
tapi masa keluar keputusan tawaran ke Universiti, dia x dapat mana-mana tawaran pun.. masa tu dia sedih yang teramat.. siapa x sedih kan kalau semua orang dapat, tapi kita je yang x dapat..hurmm.. dia senyum je, tapi mirul tahu apa yang dia rasa.. kecewa.. sedih.. masa tu, satu je yang mirul selalu pesan dekat dia, "mira, sabar ye.. ini semua ujian ALLAH.. kau kena kuat.. insyaALLAH ada hikmah semua ni k.." mirul hanya mampu memberikan sokongan moral je, sebab mirul pun x tahu nak tolong macam mana lagi.. hu3.. 

dalam diam, hampir setahun juga dia bersabar.. dan dalam setahun tu banyak perubahan berlaku dekat dia mirul tengok.. alhamdulillah.. kuasa ALLAH kan.. :) dan kini semua nya telah terbayar.. segala kesabaran dia mengharungi dugaan ALLAH ni terbayar bila dia ditawarkan untuk sambung pelajaran di UiTM.. :) baru je minggu lepas dia dapat.. he3.. dan apa yang membuatkan mirul tersentuh ialah dia ditawarkan dengan kursus yang dia minat sejak sekolah menengah lagi.. dulu dia selalu cakap nak kos tu, tapi x dapat.. setahun bersabar dan akhinya ALLAH bagi juga apa yang dia mintak.. indah kan perancangan ALLAH ni..  :)

jangan nak putus asa..
sebab itu bila dapat je keputusan, jangan berputus asa.. setiap apa yang ALLAH buat tu mesti ada hikmahnya.. ALLAH tidak pernah sekali pun zalim dengan hambanya.. hu3.. apa yang kita minta tu x semestinya akan termakbul dengan serta merta.. mungkin kita kena tunggu, baru dapat apa yang kita nak.. :) sebab ALLAH mungkin nak uji  kita dulu, nakm tengok sejauh mana iman kita kepada DIA.. itu lah sebab nya kadang kala kita ni gagal.. semua ni ujian ALLAH pada kita..  :)

dan kalau kita dapat keputusan yang kurang baik ataupun tidak mencapai apa yang sudah kita hajati, jangan kecewa.. ingat balik usaha kita selama ni.. adakah kita berusaha 100% untuk mencapainya..? ataupun hanya 50% tetapi mengharapkan yang terbaik.. hu3.. kita sendiri tahu sejauh mana kita  punya usaha.. jadi kalau kita rasa selama ni usaha kurang, pertingkatkan lah.. jadikan usaha tu 110%.. buat yang terbaik supaya hasilnya juga adalah yang terbaik.. :) insyaALLAH..
usaha, doa dan tawakal.. selepas dah berusaha berserah je lah pada ALLAH akan keputusannya.. mirul dulu juga pernah gagal dan pernah jatuh ke lembah yang gelap.. rasa macam dah x ada masa depan je.. tapi, atas usaha dan semangat ingin berjaya yang tinggi, mirul bangkit.. setiap hari berdoa supaya ALLAH bagi mirul peluang untuk perbaiki kelemahan diri.. dan alhamdulillah, kini mirul buktikan yang kegagalan bukan bererti kita lemah, tapi bererti kita akan berjaya nanti dengan usaha yang jitu.. insyaALLAH apa yang kita usahakan tu akan dimakbulkan ALLAH..

buat sahabat-sahabat sekalian.. apa pun keputusan yang anda dapat, itu semua ujian untuk kita.. baik atau pun lemah itu semua ujian.. ingat itu..! jangan lalai dengan apa yang kita ada.. teruskan usaha..baiki apa yang kita rasa patut diperbaiki.. kita tahu siapa diri kita kan, kita tahu dekat mana salah dan silap kita kan.. perbaiki ia..! gagal sekali bukan bermakna kita akan gagal selamanya.. masih jauh lagi perjalanan ini.. tanpa usaha dan azam yang kuat, percaya lah kita akan tumbang di tengah jalan.. oleh itu, kuatkan usaha kita jom..! bersama kita berusaha untuk berjaya di dunia dan yang paling penting di akhirat.. 
insyaALLAH.. amin.. wasalam..~

Read more...