dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^_^
bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniannya dapat kita semua bernafas lagi hingga ke hari ini.. jadi jangan lah kita angkuh dengan lupa bersyukur kepada ALLAH kerana semua nikmat yang kita peroleh ni datang dari Dia juga kan.. :)
jadi hari ini dalam entry kali ni, mirul nak berkongsi sedikit cerita duka mirul sepanjang seminggu ni, dan mungkin untuk seminggu yang akan datang.. huk.. huk.. huk.. jadi kalau korang semua nak baca sila sediakan tisu lebih sikit sebab takut meleleh air mata baca ni.. :3
kisah bermula seminggu yang lalu dimana masa tu kebanyakkan pelajar-pelajar Uni seluruh Malaysia sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.. mirul pun masa tu rasanya baru setengah perjalanan je sebab ada setengah lagi peperiksaan belum habis.. benda tu x kisahlah sebab semua orang tengah sibuk pulun tenaga sekering-keringnya untuk menghadapi exam, sama macam mirul..
tapi nak dijadikan cerita sedihnya tu, dalam kesibukan kebanyakkan senior-senior ni menelaah buku untuk exam, tiba-tiba kedengaran satu bunyi yang paling menyedihkan.. kalau masa raya, suasa sedih bila dengar lagu raya kan.. yang ni kami sedih bila dengar junior-junior ni dah mula usung beg baju masing-masing untuk balik kampung halaman masing-masing.. ini tidak adil...! masa kami junior, kami balik paling last.. dah jadi senior pun balik paling last.. stresss..! jadi ni pesan mirul pada junior-junior tu..
kalau x nampak sila klik pada gambar ye.
ok lah fine, lepas sehari dua tu dah kurang dah kedengaran bunyi seretan beg junior-junior ni.. kalau x setiap masa ada je "kedegek.. kedegek.. kedegek.." bunyi beg tu.. grrrr... jadi ingatkan boleh lah belajar dengan tenang lepas tu.. tapi ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya salji di tengahari.. benda yang sama berulang lagi.. kali ni disebabkan teman-teman seperjuangan lah pulak.. huk3..
kami masa sem 3 ni kena ambil bahasa asing, jadi mirul amik bahasa Arab.. tanpa mirul ketahui rupanya bahasa Arab merupakan paper terakhir sekali dalam banyak-banyak bahasa asing ni.. T__T mula-mula x de lah terpengaruh sangat dengan kata-kata budak ni semua tapi lama-lama streess sebab mirul jugak yang akan balik lambat akhirnya.. jadi disebabkan itu mirul dah bagi amaran siap-siap dah dekat dowang ni semua..
kalau x nampak sila klik pada gambar ye..
dan akhirnya hari ni tinggallah daku seorang diri di dalam rumah yang super duper besar ni.. nak kemas dah bersih, nak sapu x ada habuk, nak mop semalam dah mop, jadi dah x tau nak buat apa.. almaklumlah, duduk sorang-sorang dekat sini dah macam terdampar dekat padang pasir dah, ke sana sama, ke sini pun sama.. last-last duduk depan laptop melayan apa yang patut je lah.. huk.. huk.. huk..
dan pagi ni seorang demi seorang housemate mirul balik.. dan yang paling sedih tentulah bila roomate tercinta tu balik.. sekeras-keras hati dia tu, menangis jugak dia tadi.. :'( sedih sangat nak tinggalkan mirul ke sebab lain x tau lah.. huhuhu.. walaupun dia cuba cover air mata dia tu tapi muka dah lah putih, kalau menangis habis merah satu muka.. hehehe.. jaga diri mok.. jumpa lagi sebulan ye.. :')
dan ni ialah peringatan mirul semalam buat kawan-kawan mirul..
kalau x nampak sila klik pada gambar ye..
x habis dekat situ sebenarnya sebab ada lagi satu perkara mirul x cerita.. huk3.. hurmm.. semua benda ni x cukup sedih lagi.. yang paling sedih ialah bila korang kena tahu yang sebenarnya mirul x akan balik langsung untuk cuti sem ni.. huk.. T_T sedehnya.. setiap kali mirul cakap semua orang x percaya, semua orang akan buat-buat terkejut.. grrr.. x kan lah mirul nak tipu kan.. huhuhu..
22 hb ni mirul akan bergerak ke UUM untuk pertandingan "Business Simulation" selama lebih kurang dua minggu lebih.. sebab tu lah mirul x balik cuti ni.. orang kata kalau lambat tu x apa lah kan, asalkan nanti balik juga.. ni mirul dah lah lambat, balik pun tidak.. huk.. huk.. huk.. apa lah nasib badan ni..
apa-apa pun pertandingan tetap harus diteruskan.. buat agama, bangsa dah negara akan ku gagahkan kaki ini jua untuk terus melangkah.. *muka askar.. huhuhu.. doakan mirul x ada apa-apa ye kawan-kawan sebab dari 15-22hb ni mirul tinggal sorang je dekat kolej ni.. ada lah jugak yang x balik, tapi rasanya aras mirul, x ada sesiapa kot.. huk3.. *takutnya pun adoii.... :'(
kalau x nampak sila klik pada gambar ye..
dan apa-apa pun benda dah terjadi kan.. nak buat macam mana.. tengoklah, kalau sempat mungkin akan balik kejap kot, x pasti lagi macam mana.. huhuhu.. dan buat kawan-kawan semua yang sedang / akan bercuti selama sebulan ni, gunakan lah masa yang ada ni sebaiknya.. buat lah aktiviti-aktiviti yang bermanfaat ye.. jaga diri, jaga nama, jaga segala-galanya.. semoga kita semua dilindungi dan diberkati sepanjang bercuti ini.. amin.. wasalam..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan