expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Ahad, 13 Januari 2013

Manusia dan Hidayah..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^_^
bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnian-Nya masih lagi kita diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini.. dan bersyukur kita kerana masih ada kesempatan untuk menebus segala dosa dan kesilapan lalu yang hanya kita dan tuhan je yang tahu apakah dosa kita itu.. 
okey..! dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dngan kalian semua mengenai "Hidayah Itu Milik ALLAH.." yup, semua orang tahu bahawa hidayah itu milik ALLAH.. tiada siapa pun yang dapat menyangkalnya lagi.. hidayah itu diperkatakan seperti satu cahaya yang akan menerangi jalan kita menuju DIA yang satu.. hidayah ini juga menjadikan kita sebagai hamba-Nya yang semakin dekat dengan DIA yang hakiki.. berutung bukan golongan yang memperoleh hidayah ni.. :)

kisah seorang Sahabat  :)
mirul ada seorang sahabat yang pada pertemuan pertama kami, mirul rasa dia hanyalah seorang wanita biasa yang zahirnya sama seperti wanita lain.. gemar ber't-shirt' dan mengenakan seluar, selesa katanya.. dia ni pada pandangan mirul seorang yang ceria dan kadang kala banyak cakap pun ada.. hehehe.. dan nak dijadikan cerita kami ni satu kelas semasa kami sama2 dekat matrik dulu.. 

dan seingat mirul pertemuan kedua mirul dengan dia ialah masa dalam kelas, dah nama pun sekelas kan jadi dekat situ lah kami mula kenal sesama sendiri.. dia ni antara kawan perempuan yang mirul selesa bergurau sebab hati dia ni hard-core sikit.. hahaha.. dan disebabkan itulah mirul dengan dia ni macam anjing dengan kucing, pantang bertemu ada je nak bergaduhnya.. hahaha..


dan antara pertemuan yang paling mirul ingat ialah sewaktu kami 4 orang nak study sama-sama katanya.. dalam 4 orang tu, dia sorang je perempuan.. dan mirul memang terkejut beruk lah kan bila masa diskusi tu dia datang pakai sweater je, dan dengan hanya menggunakan hood, dia tutup kepala dia.. :O *dia free hair ke..?

tapi mirul x adalah terus judge dia dari cara dia macam tu sebab mirul pun sebelum ni pernah je tengok orang yang pakai tudung masa di sekolah tapi bila keluar rumah tudung nya tertinggal dalam rumah.. cuma saat tu mirul x sangka lah dia jenis yang on/off, sebab nampak gaya macam x.. hehehe..

dan nak dijadikan cerita dua orang kawan mirul ni pun kapel, bercinta bagai nak rak dan akhirnya sama-sama berjaya menamatkan matrikulasi dengan kejayaan masing-masing.. begitu jugak mirul, habis matrik terus x jumpa dia.. paling koman pun chat dekat FB, x pun mesej cakap rindu.. muahahaha.. dan mirul perasan yang semakin lama dia semakin berubah ke arah yang lebih baik.. :) dia dah x tinggal dah tudung dia, dah melekat kot dekat hati tu.. <3


cuma sejak dua menjak ni mirul tengok dia semakin istiqomah.. mungkin semua ini gara-gara dia diputuskan oleh kawan mirul tu kot.. yup, dia kecewa, mirul nampak dia sengsara.. siapa x sakit kalau kekasih hati buat macam tu kan.. mirul pun kalau kena macam tu akan menangis, sedih.. huhuhu.. sebab apa? sebab kami x meletakkan sepenuh hati dan cinta kami kepada ALLAH.. cuba masa tu mirul memberi sepenuhnya tanpa ada sedikit pun kurangnya, pasti jika mirul dikecawakn mirul masih tersenyum kerana ALLAH kan ada untuk mirul.. :)

dan kini alhamdulillah, kawan mirul tu semakin kuat dan dia menjadi semakin dekat dengan ALLAH.. walaupun kita x dapat menilai sejauh mana dia sekarang, tapi mirul nampak dia cuba berubah.. mungkin kerana kekecewaan yang teramat sangat tu dia bangkit lalu diberi peluang oleh ALLAH untuk merasa secebis hidayahnya.. beruntung kan dia.. :') mirul doakan dia semoga dia terus istiqomah menjadi muslimah sejati.. terus berusaha mendapatkan hidayah ALLAH supaya diri terus kuat menhadapai segala rintangan kelak.. dan lagi sweet kalau kau pakai tudung labuh sikit.. auwww.. hahaha.. :D


رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ (٨) رَبَّنَآ إِنَّكَ جَامِعُ ٱلنَّاسِ لِيَوۡمٍ۬ لَّا رَيۡبَ فِيهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ (٩

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (8) Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (9)


moral of the story mory : kadang kala ujian ALLAH ni datang dalam pelbagai bentuk.. dan percayalah bahawa setiap ujian yang datang tu ada hikmahnya.. dan tidak ALLAH uji seseorang itu melebihi kemampuan mereka.. :) dan percayalah bahawa setiap kemanisan itu harus melalui kesukaran dan kepahitan.. bukan senang nak senang bukan.. semoga kita semua terus Istiqomah dan mendapat hidayah ALLAH.. amin.. wasalam..~

Tiada ulasan: