بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. kalau jawab handsome.. xD
alhamdulillah, selepas 11 jam memanaskan punggung dalam bas, akhirnya sampai jugak di bumi Perth-lis ni.. badan memang sakit-sakit sebab sepanjang malam dalam bas nak tidur dengan selesa pun susah kan.. tapi tu lah, alhamdulillah sampai jugak dengan selamatnya.. terima kasih ya ALLAH.. ^^
ok.. dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dengan sahabat semua tentang satu perkataan yang sangat kompleks iaitu P.E.R.E.M.P.U.A.N.. kenapa mirul cakap kompleks..? kalau nak tahu kenalah baca sampai habis.. hehehe..
wanita itu cubic..
korang pernah main cubic x..? ala, mainan menguji minda tu.. huhuhu.. senang cerita, x nak ayat berbelit-belit, perempuan ni kompleks macam cubic ni lah.. sangat memeningkan dan sering kali buat kita putus asa.. kadang-kadang tu sampai satu tahap bila kita memang dah x tahu nak selesaikan cubic ni rasa macam nak hempas-hempas je kan cubic tu.. hahaha..
sebelum kaum-kaum hawa, gadis-gadis cantik, mak cik-mak cik yang baca entry ni mengamuk atau rasa x puas hati, biarlah saya mamat romeo yang penyayang ni terangkan ye.. hahaha.. *ayat entah papew.. PW..
sebenarnya mirul ni tengah bingung dengan perangai sebenar seorang wanita.. dalam perhubungan, apa sebenarnya yang mereka mahukan.. jujur..? kasih sayang..? kesetiaan..? x cukup ke apa yang dah mereka terima selama ni..? huhuhu.. dan yang paling mirul x faham sekali ialah, perempuan ni memang nak kena luahkan rasa cinta dekat dowang tu setiap masa ke..? nanti kalau x luahkan rasa hati tu, mulalah rasa pasangan ada orang lain lah, apa lah.. huhuhu..
sebenarnya entry ni mirul buat bukan lah nak cari salah lelaki ke salah perempuan, sebab bagi mirul, setiap pasangan tu lain-lain.. ada pasangan tu yang dowang memang saling memahami sehinggakan tiada perasaan cemburu langsung, sangat mempercayai pasangan mereka(tapi ni bahaya, seyes sangat bahaya).. ada pulak tu pasangan yang mirul rasa kalah suami isteri, ketat betul kena kawal.. nak buat ini tak boleh, nak buat itu x boleh.. haissshhh..
berbalik kepada cerita mirul ni kan, mirul ni jenis yang x suka luahkan perasaan pada orang, meskipun mirul suka dekat dia.. bagi mirul, cukuplah dia tahu yang mirul ni sayang dekat dia dan akan setia dengan dia tanpa perlu nak kapel-kapel ni.. mirul x cakap pun yang kapel ni haram, tapi mirul kurang selesa dengan perkataan "kapel" ni.. *kalau mendekatkan kita ke arah maksiat maka HARAM okey..!
dan untuk pengetahuan korang semua, mirul dah kehilangan seseorang yang mirul sayang sangat-sangat cuma kerana mirul x luahkan rasa hati ni dekat dia.. mirul ada luahkan tapi bukan secara direct sebab takut ia akan mengundang rasa yang kurang selesa kan.. mula-mula mirul menerima tindak balas yang positif dari dia, namun lama-lama bila mirul dan dia mula sibuk dengan urusan masing-masing dia mula merasakan yang mirul ni dah mula berubah hati.. hurmm...
sebab tu perempuan ni sangat compleks kan.. bagi mirul x kan lah nak bermanja-manja, berkasih-kasih sayang setiap hari sedangkan sebenarnya banyak lagi tanggungjawab mirul yang harus mirul lakukan.. sakit tu memang sakit, tapi lama-lama mirul faham kenapa dia lakukan ni semua.. mungkin dia bukan jodoh mirul kot, x apa lah dia lebih layak untuk orang lain.. :)
akhir kata, perempuan memang macam cubic..susah, kompleks, memeningkan tapi makin kita gagal, makin bersemangat kita nak cuba selesaikan.. cubic ni pun bukan x ada jalan penyelesaiannya kan, cuma kita kena banyak bersabar, kena belajar perlahan-lahan, kena kurangkan ego untuk belajar cara nak selesaikan nya.. senang cerita kena banyak bersabar.. hahaha.. apa-apa pun buat semua kaum hawa dekat luar sana jaga lah diri anda sebaik-baiknya okey.. kaum adam ni pun kadang-kadang bukan nya baik sangat, berhati-hatilah ye.. :P ingat, perempuan yang baik tu adalah untuk lelaki yang baik kan.. :) wasalam..~
p/s : ini sekadar pandangan mirul je, maaflah kalau ada yang terasa ke ye.. hehehe.. entry ni x ada kena-mengena dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.. kalau ada apa-apa idea, komen je.. mirul sedia membacanya.. :D tq2..
10 ulasan:
Perempuan memang cubic,haha.. tp sy sokong statement anda yg pasal kapel tu! Sebab kapel manusia hilang kawalan pdhal kawan pun boleh kn..takpyh declair apa2 sbb kita bkn pasti lg pn dia tu jodoh kita ke tak.. kalau dh kapel leh kuar dua2,jadi apa beza kapel dgn tunang? Tunang pn takleh kuar bdua ni kan lak kapel kn.. ni lah salah 1 cra yahudi nk sesatkn umat Islam.. jadi kpd laki2 kt luar sana,tlg jga mintk utk kapel dgn pmpn yg korang suka kalau nk cnta korang tu cinta high class, kalau nk buat dgn cra thormat dan pmpn pulak jgn duk bangga sgt laki mintk kapel kt awk sbb tu menunjukkn yg kita ni tlalu lemah smpai sggup terima 'lamaran' yg low class mcmtu.. sama2 jaga hati + iman + agama ^_^!
perempuan macam cubic ye..? nice one..=)
hahha.. sometimes we are...
but u olls yg laki2 ni yg buat kami jd camtu.hehee
cubic ada formula dia nak buat tau. hahaha bukan susah pun. tp rasanye semua umat manusia ni complicated. :)
@wani : betul3.. kita yang meletakkan cinta kita sebegitu rendah kan.. lepas ni insyaALAH mirul akan cuba lebih menghigh class kan cinta mirul ni.. hehehe..
@marliamarble : hehehe,, memang cubic.. sangat cubic sebenarnya.. hahaha.. sebab tu lah perempuan ni special kan..? ^_^
@kiddobuttons : hehehe.. yang tu saya setuju..! kadang2 lelaki pun sama, buat perempuan x tentu pasal kan.. biasalah, serik rasanya nak bercinta ni.. :D
@ammelia yusuf : hehehe.. betul3.. sebab tu mirul cakap yang susah macam mana pun kalau kita beljar cara yang betul nak selesaikan cubib tu akhirnya kita akan dapat selesaikan nya jugak.. :)
perempuan itu istimewa....macam ibu saya...
@fendy : mak mirul pun istimewa.. :) rasanya semua mak istimewa kepada anak2 nya kan.. hehehe.. tq 4 reading.. ^_^
Catat Ulasan