expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Ahad, 9 Disember 2012

Tips Menjelang Peperiksaan..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^_^ 
bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaanya masih lagi kita diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini.. bukan sebarang tanggungjawab yang harus kita pikul, besar tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ni.. jadi jangan sesekali kita terpedaya dengan tipu daya syaitan yang hanya menjanjikan kebahagiaan di dunia tetapi merana di akhirat kelak.. nauzubillah..


bila menyentuh soal dunia dan akhirat ni suka mirul nak mengingatkan dekat sahabat semua bahawa kita hidup ni biarlah seimbang.. ada pepatah arab yang menyatakan bahawa 'apabila kita mengejar dunia, maka kita akan mendapat dunia.. tetapi apabila kita mengejar akhirat, kita akan memperoleh dunia dan akhirat..' insyaALLAH.. jadi mari kita kumpul sebanyak yang boleh amalan kebaikan di dunia ni supaya kita senang di akhirat kelak.. amin.. ^_^

okey..! dalam entry mirul kali ni mirul nak berkongsi sedikit informasi dan nasihat lah dekat sahabat semua mengenai beberapa perkara menjelang peperiksaan akhir yang bakal menjelma x lama lagi ni.. mungkin dah ramai yang tahu tapi x salahkan kalau kita nak ingatkan balik sebab dalam Al-Quran sendiri dah terbukti bahawa manusia ni mudah lupa dan kita sebagai khalifah yang lain haruslah saling ingat-mengingati.. huhuhu.. 

dalam hidup, peperiksaan merupakan salah satu cara untuk menunjukkan kemampuan diri kita dalam sesuatu perkara.. tanpa peperiksaan kita x akan tahu di mana sebenarnya tahap kemampuan kita kan.. dan disebabkan peperiksaan tu pentinglah kita kena betul-betul bersedia.. pastikan sebelum peperiksaan tu kita dah buat persiapan awal, bukan esok nak periksa, malam ni baru nak baca lah, baru nak kemas arang-barang.. x mou, x mou..!


kalau sahabat semua jenis yang suka main game ke, main dota ke, suka online sampai pagi kalau boleh masa nak dekat-dekat periksa ni kurangkan lah sikit ye, x pun tinggalkan je kejap.. ala, bukan lama pun paling kurang 2 minggu je kan.. huhuhu.. yang nak berjaya pun kita bukan orang lain, jadi sila lah berkorban sikit demi kejayaan kita kelak.. 

apa-apa pun persiapan bukan dari segi luaran je, dalaman kita pun kena bersedia jugak..  belajar tu memang lah belajar tapi solat jangan tinggal.. macam mana pun solat tetap wajib, jadi jangan tinggal.. kalau nak study dalam kumpulan tu jaga adab antara lelaki dengan perempuan.. jangan jadikan nak belajar sebagai alasan untuk kita duduk rapat-rapat, tersentuh sikit antaara lelaki dengan perempuan, dosa tetap dosa ingat tu..!
akhir kata dari insan yang x sempurna ni, kalau betul kita nak berjaya di dunia dan akhirat hidup kena lah berkat.. macam mana nak peroleh keberkatan tu..? tepuk dada tanya selera.. amar makruf nahi mungkar.. ingat, Islam itu mudah, dan ALLAH itu maha pemurah.. jadi macam mana pun kalau kita nak kan sesuatu tu mintak lah dekat ALLAH dengan penuh keihklasan.. insyaALLAH kalau itu yang terbaik buat kita ALLAH akan makbulkan.. wasalam..~

4 ulasan:

Razil Tahir berkata...

good sharing.. :)

Hanna Nabiella berkata...

nice one ! ;)

Diari Anak Perantau berkata...

razil tahir : alhamdulillah.. semoga bermanfaat.. :)

Diari Anak Perantau berkata...

hanna nabiella : syukran.. :)