expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 3 Disember 2012

Pelaburan Cinta..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^_^
alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaanya dapat kita bernafas dan terus menjadi khalifah di muka bumi ini.. x kisah lah orang nak cakap mirul selalu ulang ayat yang sama ke apa, asalkan mirul tahu yang perkara ni untuk kebaikan kita bersama jugak.. kan-kan..? :)


okey..! berbalik kepada tajuk entry mirul kali ini, mirul nak berkongsi sedikit dengan sahabat semua tentang apa itu sebenarnya 'Perlaburan Cinta'.. mungkin dah ada yang faham sikit-sikit tentang apa yang akan mirul sampaikan ni, tapi mirul harap sahabat semua sudi baca sampai habis.. kalau ada yang salah betulkan, kalau rasa ianya bermanfaat sebar-sebarkan.. ini je lah antara bekalan yang mampu kita bawa ke sana kelak.. :)

pelaburan dalam dunia ni terlalu banyak dan melibatkan ramai pihak.. mereka akan melaburkan sejumlah wang ke dalam skim pelaburan yang mereka tahu akan mendatangkan keuntungan kepada mereka.. x pernah lagi mirul jumpa orang yang nak berlabur di skim yang akan merugikan mereka.. nah, oleh itu setiap skim pelaburan akan cuba untuk menarik ramai pelabur untuk berlabur di skim mereka..

ada antara mereka yang tertipu dengan janji-janji manis sang pemilik skim sehingga mereka melaburkan semua apa yang mereka ada ke dalam skim tersebut.. namun akhirnya mereka mengalami kerugian yang amat besar dan saat itu enyesalan tiada maknanya lagi buat mereka.. wang dan harta sudah habis dilaburkan, yang tinggal hanyalah kerugian dan hutang yang menggunung..


namun ada juga antara pelabur yang berjaya berlabur di skim yang betul.. pelaburan mereka mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda.. harta yang pada mulanya hanyalah sekadar sekangkang kera, namun akhirnya pulangan yang mereka perolehi tinggi menggunung.. pelaburan macam ni lah yang kita semua mengharapkan sebagai seorang pelabur bukan..? huhuhu..

begitu juga dengan cinta.. cinta itu ibarat satu pelaburan.. setiap orang dalam dunia ini layak untuk berlabur di mana-mana skim pelaburan cinta yang mereka suka.. tapi kita kena ingat yang setiap skim akan memberi pulangan yang berbeza.. mungkin pada mulanya kita dijanjikan dengan pulangan yang seindah syurga, namun pada akhirnya rupanya janji itu adalah sekadar janji.. yang diimpikan syurga rupanya adalah neraka abadi...

dan kita kena ingat, sebagai khalifah di muka bumi ini pelaburan yang paling berharga yang wajib kita berlabur ialah skim pelaburan kepada DIA yang satu.. menjadi khalifah dan tidak berlabur kepada-Nya adalah satu kerugian kepada kita semua.. kerana pelaburan kepada-Nya merupakan pelaburan yang akan menguntungkan kita berpuluh-puluh kali ganda daripada pelaburan lain.. dan keuntungan itu bukan setakat di dunia, malah di akhirat kelak.. itu janji DIA kepada kita semua.. :)


apa-apa pun, biarlah kita melabuhkan cinta kita di pelaburan yang betul.. jangan pernah berlabur di skim yang salah kerana suatu hari kelak, kita juga yang akan merana.. x kisah lah jika kita nak membahagiakan cinta kita kepada beberapa skim yang lain, contohnya Rasulullah, ibubapa ataupun sahabat2 namun biarlah kita melebihkan DIA dalam pelaburan cinta kita itu.. dan percayalah bahawa DIA akan sentiasa bersama kita dan akan sentiasa merancang yang terbaik buat kita semua.. wasalam...~

Tiada ulasan: