بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^ okey..! hari ni dalam entry kali ini mirul nak berkongsi dengan sahabat semua mengenai sebuah cerita yang mirul kira agak menarik untuk sama-sama kita renung dan kalau ada perkara yang baik semoga ia bisa dijadikan pedoman.. dan jika ada perkara yang buruk mohon untuk dijauhkan dan dijadikan sebagai satu pengajaran dalam hidup ini.. :)
kisah sepasang kain sutera..
di sebuah kedai kain di pinggir desa, terdapat pelbagai jenis kain yang dijual dengan harga yang berbeza-beza.. ada yang murah dan ada yang sangat mahal.. di dalam kedai itu juga terdapat sebuah peti kaca yang menempatkan sehelai kain sutera yang sangat mahal harganya.. diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan nah, hasilnya sutera ini menjadi sutera yang termahal di dalam kedai kain ini..
suatu hari datang seorang pekerja kedai membawa sehelai kain buruk untuk digunakan sebagai kain pengelap untuk mengelap cermin yang melindungi kain sutera itu.. sedang kain buruk itu mengelap, ia terpegun dengan kecantikan corak yang telah dilukis di atas kain itu.. lalu dengan perasaan yang sungguh teruja kain buruk bertanya kepada kain sutera itu bagaimana ia bisa menjadi secantik dan seindah rupa sebegitu..
kain buruk : sungguh cantik sekali rupamu wahai sutera.. terpegung aku melihatnya..
kain sutera : terima kasih wahai kain buruk.. kamu juga sehelai kain yang cantik sebenarnya..
kain buruk : memang dahulunya aku merupakan kain putih yang bersih dan cantik.. namun kerana sedikit kesalahan dan kecacatan yang telah dicorakkan di badanku, aku kini menjadi cacat dan hanya digunakan sebagai kain untuk membersihkan kotoran di peti kacamu wahai kain sutera..
kain sutera : jangan engkau bersedih wahai kain buruk.. setiap kejadian pasti ada hikmahnya.. tidak bermakna corak yang terlukis di badanmu itu salah, engkau harus mengalah dan terus bersedih..
kain buruk : aku tahu itu wahai kain sutera.. tetapi aku cemburu akan kecantikan mu itu..
kain sutera : aku juga hanyalah sehelai kain biasa asalnya.. apa yang membezakan aku dan kain-kain yang lain hanyalah corak di badanku ini..corak ini telah dilukis oleh sepasang suami isteri dengan penuh kasih sayang.. seharusnya engkau patut memuji mereka kerana mereka lah yang menjadikan aku cantik hingga ke hari ini..
kain buruk : oh.. begitu rupanya.. namun corak ini masih terlukis di badanmu, kau patut berbangga dengan apa yang kau miliki sekarang..
kain sutera : bukan aku tidak berbangga, namun aku zahirkan kebanggaan itu melalui kata syukur yang tak terhingga kepada mereka yang telah mencorakkan aku..
kain buruk : bertuah sungguh kau wahai kain sutera.. sudahlah cantik, disimpan di dalam peti kaca, malahan engkau telah menjadi perhatian dari ramai orang.. semua mahu memiliki mu..
kain sutera : itu lah gunanya corak di badanku ini.. bukan senang untuk menghasilkan corak sebegini.. ia memerlukan sepenuh perhatian dan tumpuan dalam melukisnya.. sedikit sahaja kesilapan akan mengundang padah.. melukis corak juga memerlukan ilmu yang cukup.. mana tidaknya, kalau pelukis sendiri tidak mempunyai ilmu mana kan bisa dia menghasilkan sebuah corak yang cantik..
kain buruk : begitu indah penciptaanmu seindah corak di badanmu wahai kain sutera.. memang layak kiranya engkau duduk di dalam peti besi itu.. jika dibandingkan kau dan aku jauh bezanya.. semoga aku bisa jadi sepertimu wahai sutera..
kain sutera : engkau bisa menjadi seperti aku asalkan engkau sanggup membasuh segala kekotoran di badanmu.. dengan itu kau akan menjadi sehelai kain yang bersih dari sebarang kekotoran.. mungkin selepas ini kau akan bisa menjadi sehelai kain yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain.. :)
natijahnya..
kita ni sebagai anak dilahirkan ibarat sehelai kain putih.. mak ayah kita lah yang akan membentuk dan mencorak diri kita ni.. salah didikan dan salah ajaran mak ayah, maka anak-anak lah yang akan menjadi mangsa.. mangsa kepada kejahilan ibu dan ayah itu.. namun sebagai anak perkara itu bukanlah satu alasan untuk mereka menjadi jahil atas alasan ibu bapa mendidik mereka dengan cara yang sebegitu.. sebagai anak, doakan ibu bapa kita supaya mereka berubah dan menjadi ibu bapa yang terbaek..
sekiranya pula ibu bapa telah mendidik anak-anak dengan sepenuh kasih sayang, namun anak-anak tidak mencerminkan kebaikan itu maka berusahalah untuk berubah.. tanggungjawab sebagai seorang anak bukanlah suatu perkara yang mudah dan tidak juga susah.. mereka dan membesarkan kita, menjadikan kita seorang yang berguna takkan lah kita nak membalasnya dengan perkara-perkara yang mengecewakan mereka.. tepuk dada tanya selera.. kita je yang tahu siapa kita kan.. wallaualam..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan