expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Memaparkan catatan dengan label natijahnya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label natijahnya. Papar semua catatan

Ahad, 24 Jun 2012

kiSaH sEpaSaNG KAin SutEra..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^ okey..! hari ni dalam entry kali ini mirul nak berkongsi dengan sahabat semua mengenai sebuah cerita yang mirul kira agak menarik untuk sama-sama kita renung dan kalau ada perkara yang baik semoga ia bisa dijadikan pedoman.. dan jika ada perkara yang buruk mohon untuk dijauhkan dan dijadikan sebagai satu pengajaran dalam hidup ini.. :)

kisah sepasang kain sutera..
di sebuah kedai kain di pinggir desa, terdapat pelbagai jenis kain yang dijual dengan harga yang berbeza-beza.. ada yang murah dan ada yang sangat mahal.. di dalam kedai itu juga terdapat sebuah peti kaca yang menempatkan sehelai kain  sutera yang sangat mahal harganya.. diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan nah, hasilnya sutera ini menjadi sutera yang termahal di dalam kedai kain ini..

suatu hari datang seorang pekerja kedai membawa sehelai kain buruk untuk digunakan sebagai kain pengelap untuk mengelap cermin yang melindungi kain sutera itu.. sedang kain buruk itu mengelap, ia terpegun dengan kecantikan corak yang telah dilukis di atas kain itu.. lalu dengan perasaan yang sungguh teruja kain buruk bertanya kepada kain sutera itu bagaimana ia bisa menjadi secantik dan seindah rupa sebegitu.. 

kain buruk : sungguh cantik sekali rupamu wahai sutera.. terpegung aku melihatnya..
kain sutera : terima kasih wahai kain buruk.. kamu juga sehelai kain yang cantik sebenarnya..
kain buruk : memang dahulunya aku merupakan kain putih yang bersih dan cantik.. namun kerana sedikit kesalahan dan kecacatan yang telah dicorakkan di badanku, aku kini menjadi cacat dan hanya digunakan sebagai kain untuk membersihkan kotoran di peti kacamu wahai kain sutera..
kain sutera : jangan engkau bersedih wahai kain buruk.. setiap kejadian pasti ada hikmahnya.. tidak bermakna corak yang terlukis di badanmu itu salah, engkau harus mengalah dan terus bersedih..
kain buruk : aku tahu itu wahai kain sutera.. tetapi aku cemburu akan kecantikan mu itu..
kain sutera : aku juga hanyalah sehelai kain biasa asalnya.. apa yang membezakan aku dan kain-kain yang lain hanyalah corak di badanku ini..corak ini telah dilukis oleh sepasang suami isteri dengan penuh kasih sayang.. seharusnya engkau patut memuji mereka kerana mereka lah yang menjadikan aku cantik hingga ke hari ini..
kain buruk : oh.. begitu rupanya.. namun corak ini masih terlukis di badanmu, kau patut berbangga dengan apa yang kau miliki sekarang..
kain sutera : bukan aku tidak berbangga, namun aku zahirkan kebanggaan itu melalui kata syukur yang tak terhingga kepada mereka yang telah mencorakkan aku..
kain buruk : bertuah sungguh kau wahai kain sutera.. sudahlah cantik, disimpan di dalam peti kaca, malahan engkau telah menjadi perhatian dari ramai orang.. semua mahu memiliki mu..
kain sutera : itu lah gunanya corak di badanku ini.. bukan senang untuk menghasilkan corak sebegini.. ia memerlukan sepenuh perhatian dan tumpuan dalam melukisnya.. sedikit sahaja kesilapan akan mengundang padah.. melukis corak juga memerlukan ilmu yang cukup.. mana tidaknya, kalau pelukis sendiri tidak mempunyai ilmu mana kan bisa dia menghasilkan sebuah corak yang cantik..
kain buruk : begitu indah penciptaanmu seindah corak di badanmu wahai kain sutera.. memang layak kiranya engkau duduk di dalam peti besi itu.. jika dibandingkan kau dan aku jauh bezanya.. semoga aku bisa jadi sepertimu wahai sutera..
kain sutera : engkau bisa menjadi seperti aku asalkan engkau sanggup membasuh segala kekotoran di badanmu.. dengan itu kau akan menjadi sehelai kain yang bersih dari sebarang kekotoran.. mungkin selepas ini kau akan bisa menjadi sehelai kain yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain..  :)

natijahnya..
kita ni sebagai anak dilahirkan ibarat sehelai kain putih.. mak ayah kita lah yang akan membentuk dan mencorak diri kita ni.. salah didikan dan salah ajaran mak ayah, maka anak-anak lah yang akan menjadi mangsa.. mangsa kepada kejahilan ibu dan ayah itu.. namun sebagai anak perkara itu bukanlah satu alasan untuk mereka menjadi jahil atas alasan ibu bapa mendidik mereka dengan cara yang sebegitu.. sebagai anak, doakan ibu bapa kita supaya  mereka berubah dan menjadi ibu bapa yang terbaek..
sekiranya pula ibu bapa telah mendidik anak-anak dengan sepenuh kasih sayang, namun anak-anak tidak mencerminkan kebaikan itu maka berusahalah untuk berubah.. tanggungjawab sebagai seorang anak bukanlah suatu perkara yang mudah dan tidak juga susah.. mereka dan membesarkan kita, menjadikan kita seorang yang berguna takkan lah kita nak membalasnya dengan perkara-perkara yang mengecewakan mereka.. tepuk dada tanya selera.. kita je yang tahu siapa kita kan.. wallaualam..~






Read more...

Rabu, 15 Februari 2012

KiSAh SebuAh PaSu..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^
okey..! hari ni mirul nak kongsi dengan anda semua tentang sebuah cerita yang menarik.. mungkin cerita ni x  ada lah menarik macam cerita Nora Elena, macam cerita Ombak Rindu dan  x ada lah seromantik cerita Vanilla Coklat.. tapi mirul yakin cerita ni mampu buat kita lebih kuat.. insyaALLAH..  :)

kisah si pasu antik..
di sebuah pusat pameran barangan antik, terdapat sebuah pasu yang tersangat lah cantik dan menjadi tumpuan setiap mata yang memandang.. ukirannya sungguh terperinci dan mempunyai seni yang tersendiri... warna dan rona di setiap sudut nya sungguh mempesona dan mencerminkan nilai pasu tersebut.. hari ini, pasu tersebut akan dilelong.. gemaan suara para pembeli seakan-akan menunjukkan pasu itu akan dijual dengan harga yang sungguh tinggi.. mungkin sehingga jutaan ringgit..

disebelah pasu itu, terdapat sebuah gelas kecil.. jika dibandingkan saiz dan usia, sememangnya gelas itu tersangatlah kecil dan terlalu muda usianya.. gelas kecil itu sangat mengagumi akan kecantikan pasu tersebut.. melihat kepada pesona gelas kecil itu, si pasu menegur gelas.. 

si pasu : assalamualaikum..  ^^
gelas kecil : waalaikumsalam..
si pasu : kenapa memandang saya dengan pandangan yang sebegitu rupa..?
gelas kecil : sebenarnya saya sangat terpesona dengan kecantikan setiap yang terukir di badan kamu..warna, ukiran, lukisan. kesemuanya lah.. mesti sungguh berharga kan kamu wahai pasu..?
si pasu : alhamdulillah.. ini semua berkat kesabaran dan kesungguhan saya juga.. bukan senang hendak mencapai sehingga ke tahap ini.. memerlukan kesabaran dan ketahanan yang sangat tinggi..
gelas kecil : owh.. saya juga ingin jadi seperti kamu.. gah di mata manusia.. menjadi kegilaan dan sangat dihargai.. sebab sekarang ini saya hanya lah sebuah gelas kaca biasa.. tiada keistimewaannya.. :(
si pasu : mungkin kamu tiada keistimewaan di mata  manusia.. kamu dianggap biasa-biasa sahaja.. tetapi ketahuilah bahawa kamu sebenarnya sangat berjasa kepada mereka.. tanpa kamu manusia juga akan susah.. jadi seharusnya bersyukurlah dengan apa yang kita ada..  :)
gelas kecil : alhamdulillah.. tetapi tidak salah kan kalau kita mahukan yang terbaik dalam hidup ni wahai pasu..? saya juga mengimpikan untuk menjadi seperti kamu suatu hari nanti.. :)
si pasu : insyaALLAH.. tetapi sebelum itu kamu kena tahu dahulu apa yang saya lalui sehingga menjadikan saya unik dan dihargai hingga hari ini.. 

saya bermula sebagai tanah liat yang hitam warnanya.. badan saya di pisah-pisahkan untuk menghasilkan beberapa buah pasu.. saat saya mula-mula dibentuk, terasa geli sekali kerana badan saya diraba-raba oleh pembuat pasu itu.. kemudian saya dibentuk mengikut acuan yang ditetapkan, sakit rasanya.. setelah dibentuk, saya sekali lagi terpaksa menahan kesakitan apabila tubuh badan saya ditoreh menggunakan pisau yang tajam.. setiap penjuru tubuh badan saya ditoreh.. sungguh pedih rasanya..

kemudiannya saya telah dikeringkan di bawah sinaran matahari yang sangat panas.. saat itu saya terasa sungguh kering dan haus.. badan saya seolah-olah telah kehabisan kelembapan.. namun saya tahan juga demi memastikan saya berjaya.. tidak cukup dengan itu, saya telah dibakar dalam suhu yang sungguh panas.. rasa ingin sahaja saya menjerit kerana tidak tahan dengan suhu yang terlalu tinggi itu.. saya tahan.. saya diam.. dan akhirnya selepas di bakar, saya telah digosok menggunakan kertas pasir.. habis luka-luka badan saya kerana permukaan kertas itu yang kasar..

puas saya bersabar dan akhirnya saya telah pun diilih untuk di cat.. 
semasa pelukis itu meletakkan berus catnya di badan saya, terasa sungguh geli.. ketawa saya hanya mampu didengar di dalam hati.. ketelitian pelukis dan kesabaran saya berhasil apabila saya menjadi antara pasu yang sangat indah hasilnya.. setiap luka-luka di badan ini berbayar kebanggan dan kepuasan apabila saya sentiasa dipuji oleh setiap manusia.. sehingga kini, alhamdulillah saya masih lagi bernilai di mata manusia walaupun usia saya hampir mencecah 80..

natijahnya..
begitu jugalah kita sebagai manusia ni.. kalau nak mencapai sesuatu hasruslah menempuh pelbagai ujian dan dugaan dulu.. bukan senang untuk berjaya di dunia malah di akhirat.. untuk berjaya, kita memerlukan 110% usaha.. macam dalam cerita ini, si pasu terpaksa mengharungi pelbagai peringkat sebelum menjadi yang tebaik.. namun dia sabar.. dan akhirnya dia berjaya.. 

begitu juga kita sebagai manusia.. ujian dan dugaan yang datang haruslah ditempuh dengan hati yang terbuka.. semoga segala usaha dan keringat kita terbalas dengan keputusan yang cemerlang.. insyaALLAH.. wasalam...~~




Read more...