expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 15 Jun 2011

LaRanGaN tIdUr WaKtU PeTanG..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye semua..tak jawab dose..jawab sayang..^^ he3..okey..pernah tak korang semua ditegur bila nak tidur pada waktu petang..? hu3..mesti pernah kan..? kalau tak mak yang tegur, mesti ayah atau ahli keluarga yang lain [tak pun mak tiri pun bole..he3..] tapi pernah kah korang tahu kenapa dilarang untuk kita tidur pada waktu petang..? atau pun selama ni korang tak tidur sebab memang tak nak dimarah..isyk3..jom aku bagi tahu sedikit tentang perkara ni dekat korang ye..^^ [diharap berguna lah..he3..]..
okey..ada sesetengah ulama menyatakan bahawa :
 “Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain  daripada dirinya sendiri."

hurm..kalau kita amati baik-baik apa yang diperkatakan di atas ni, kita boleh bayangkan apa kesan bila kita tidur pada waktu petang..terutamanya bila selepas solat asar..hu3..kalau korang tanya dekat orang tua-tua pun, mereka akan cakap yang tidur petang akan jadikan korang orang gila..[ha3..aq dulu suka tido ptg..^^] atau dalam erti kata lain terganggu kewarasannya..hurm..tetapi, tidur selepas asar belum dibuktikan kemudaratannya dari segi perubatan..[belum ada kes orang jadi gila sebab tido petang..he3..] 
p/s : sekadar hiasan..^^

namun, dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan :
 Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah S.A.W ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:
“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”
jadi, mari lah bersama-sama kita untuk cuba memperbaiki diri ini..biasalah, manusia kan bersifat lemah..manusia itu juga bersifat lupa..maka dengan adanya platform seperti ini, marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain..bersama-sama lah kita mencari redha ALLAH dan bersama-sama lah kita mendapatkan nya..[amin..~]
okey lah..jom solat asar..^^ salam..~

p/s : lebih baik kita isi masa lapang tu dengan aktiviti yang berfaedah..^^

11 ulasan:

Freaky berkata...

aku sangat jarang tido lepas asar

xera anuar berkata...

saya tak tido sebab kene keje -___-

amnan berkata...

nice info :)

amiyo berkata...

tidur lepas asar dan lepas subuh memang tak bagus! :)

nik aziemah berkata...

tak boleh nak tido sebab kawan konfem ganggu nak ajak keluar.. huhu

aremieroul berkata...

@firdaus : ko kan mmg dak alim..^^ he3..

@jeera : ha3..padan muka deq.. :P

@amnan : he3..thnks..^^

aremieroul berkata...

@amiyo : btol3..^^

@nik aziemah : ha3..bagus lah 2..grenti x tido pas asar..^^

Suhazli berkata...

ahaha hez selamat je.. mate mmg sllu tahan.. tghari xtdo ptg xtdo.. mlm pon kol 1-2 pagi bru tdo.. ahaha

aremieroul berkata...

@suhazli : hez mmg..he3..

~NuR aFiNi ~ berkata...

btol2..tid0 lepas subuh..rezeki x masok..hehe.

Tanpa Nama berkata...

mnx maaf, apa y sy tahu, kita boleh tidur bila2 masa, hadis larangn tidur selepas asar itu hadis maudhu'(palsu). cuma jadi makruh bile kite amalkan tidur selepas asar..
larangn tidur subuh juga tidak ada, cuma sunnah rasullullah tidak tidur selepas subuh :)
wallahu a'lam..