expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 9 Jun 2011

ANAK KECIL TIDAK BERDOSA..!



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab okey..tak jawab dosa..kalau jawab sayang..^^ he3..okey2..kalau korang semua ada terbaca dekat mana-mana surat khabar hari ini, tentang bayi berusia 8 bulan yg terjatuh ke dalam laut..ada tak..? kesian kan dekat bayi dan keluarganya itu..baru sahaja berusia lapan bulan tetapi dah pergi meninggalkan keluarganya..

 p/s :comel nya bayi niew..[google image..]
itu berita hari ini..semalam dalam surat khabar berita harian, aku ada terbaca tentang kes bayi mati lemas dalam sebuah besen..bayi tersebut dipercayai mati lemas setelah pusat jagaan bayi tersebut cuai dalam menguruskan jagaan nya..setelah diperiksa, pusat jagaan itu rupa-rupanya tidak mempunyai lesen untuk menjalankan operasi..
hurm..pelik gila kan..kes macam niew pun boleh terjadi..kadang-kadang itu ibu bapa mengambil endah tak endah sahaja mengenai hal anak-anak..janji mereka sudah membayar upah dan anak-anak mereka akan dijaga dengan baik..kepercayaan diberikan sepenuhnya, tanpa mengambil langkah-langkah berjaga iaitu menyiasat latar belakang pusat jagaan dan sejarah tempat tersebut..

bukan main hantar anak terus ke sana..bila benda ini dah berlaku, siapa yang perlu disalahkan..? kita tidak boleh menyalahkan pusat jagaan tersebut seratus peratus. walaupun memang sebenarnya mereka yang bersalah..nam,un sikap ibu bapa yang sambil lewa ini juga haruslah di kira..ini sebagai satu pengajaran buat ibu bapa agar lebih mnghargai anak-anak mereka..

anak itu kan satu anugerah ALLAH..bukan senang nak dapat tau..he3..jadi sebagai ibu bapa, anda mestilah menghargai anak-anak anda ye..mana lah tau satu hari nanti dia akan jadi seseorang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara..setidak-tidaknya dapat juga membahagiakan ibu bapanya..^^ maka didiklah anak-anak sebaik yang mungkin ye..
ok..salam..

p/s : tiba-tiba terasa nak tukar gaya penulisan lah pula..guna bahasa baku tau..!! ha3..^^

1 ulasan:

MissDT berkata...

waalaikummussalam. sedih bila baca kes bayi kene campak dr tingkt 5 tu :( anak kecil x berdosa. btl, anak itu anugerah ALLAH pada kita :) jagalah dia sebagaimana ibu bapa kita jaga kita :)