expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 1 Julai 2011

5 peRkArA tEntAng SoLat JUmAAT..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye semua..^^ tak jawab dosa...lagi-lagi hari ni hari jumaat..tak baik tau buat dosa..he3..okey..! hari ni mirul nak cakap sikit tentang SOLAT JUMAAT..^^ [sejak bila guna nama aku ni..? hak3..XD] tak salah kan guna nama ni..he3..^^

okey..! mirul bukan lah alim dan fasih dalam hal-hal agama ni..cuma kita sebagai seorang muslim perlu dan patut tahu serba sedikit tentang hukum-hakam agama islam ni..supaya kita ni tak ada lah senang terpengaruh dengan benda-benda yang boleh menyesatkan kita semua..^^

5 perkara yang kita perlu tahu tentang SOLAT JUMAAT ni..^^

1. HUKUM NYA WAJIB..!

okey..semua tahu bahawa hukum solat jumaat bagi seorang lelaki yang dah baligh dan berkemampuan adalah wajib..jadi tak ada apa-apa alasan yang munasabah sekiranya kita tak solat jumaat..namun islam tidak lah kejam..keuzuran seperti pitam, gila, sakit tenat, sakit yang tidak mampu untuk bangun, tugas yang terpaksa dilaksanakan demi menjaga keselamatan negara, tertahan[masuk penjara], dan keadaan cuaca yang menghalang kita untuk ke masjid..maka sekiranya kita tak pergi menunaikan solat jumaat [dengan sengaja] , maka hukum nya adalah berdosa besar..

2. TERTUTUP PINTU HATI..!
Nabi bersabda,"Sesiapa yang meninggalkan 3 kali solat Jumaat, Allah akan menguncikan hati mereka" (HR Abu Daud, disahihkan oleh Al-Albani)
seorang lelaki yang meninggalkan solat jumaat tiga kali berturut-turut maka ALLAH akan menutup pintu hati mereka..ini bukan lah satu benda yang boleh dipermain-mainkan kerana ada hadis yang menunjukkan bahawa RASULLULLAH sendiri menegaskan sesiapa yang tidak menunaikan solat jumaat 3 kali berturut-turut maka pintu hatinya akan ditutup..ini menunjukkan betapa pentingnya solat jumaat dalam kehidupan kita ni..

3. MANDI SUNAT..!

sabda Rasullulah s.a.w :

مَنْ أَتَى الجمعة مِنَ الرجال والنساء فَلْيَغْتَسِل , ومَنْ لَمْ يأتِها فليس عليه  شيء

رواه البيهقي بسند صحيح
Maksudnya : Sesiapa dari kalangan lelaki dan perempuan yang hendak mengerjakan sembahyang jumaat, hendaklah mandi. Dan sesiapa yang tidak berkehendak mengerjakan sembahyang jumaat, tidaklah perlu ke atasnya mandi.

jadi semasa mandi sebelum pergi solat jumaat tu, niat lah sekali untuk mandi SUNAT SOLAT JUMAAT okey..^^ islam tu kan mudah dan senang..^^ dan untuk pengetahuan semua, WANITA juga boleh mandi sunat jumaat ni..niat nya sama sahaja..cuma wanita tak wajib menunaikan solat jumaat okey..!

4. TAK BOLEH BERCAKAP KETIKA KHUTBAH..!

semua orang tahu bahawa kita dilarang untuk bercakap ketika khutbah sedang dibaca..namun, dalam ramai yang tahu, seramai mana pula yang mengamalkan nya..? kalau dilihat, masih ramai antara jemaah-jemaah yang bercakap-cakap ketika khutbah sedang dibacakan.. termasuk yang berada di luar masjid..hurm..
Dari Abu Darda' Radhiyallahu 'Anhu dia berkata:"Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sedang berkhutbah kepada manusia,kemudian bagnda membacakan sepotong ayat.Ketika itu aku berada di sampingUbayy bin Kaab,maka bertanyakan kepadanya:"Wahai Ubayy,bilakah ayat ini diturunkan?"Akan tetapi dia enggan berbicara denganku,maka aku mengulangi pertanyaanku dan dia masih enggan berbicara denganku,sehinggalah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam turun (dari mimbar).Kemudian Ubaymengatakan kepadaku: Engkau tidak memperoleh apa-apapun dari (solat) Juma'atmu melainkan perkataan-perkataan yang sia-sia.Selepas solat,aku menemui Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dan mengadukan kepadanya tentang peristiwa tadi.lantas Baginda bersabda: Ubayybenar,apabila engkau mendengar imam berkhutbah maka dengarlah dan diamlah sehingga habis dia khutbahnya" (HR Ahmad no 20780,Ibn Majah no 1111)
jadi bersama-samalh kita diam semasa khutbah sedang dibacakan ye..walaupun dengan perkataan DIAM sekali pun..! hu3..

5. BERJALAN KAKI KE MASJID..!

Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (HR Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani)
jadi, kalau kita menaiki kenderaan sekalipun, perking lah di tempat yang jauh sedikit supaya boleh kita berjalan kaki ke masjid..^^ pahala yang menunggu kita hanya ALLAH je yang tahu..

mudah kan ISLAM ni..? jadi jom lah kita menjadikan islam ni indah..^^ jangan menganggap sesuatu perkara itu susah kerana ALLAH tidak pernah menyusahkan hambanya..^^ selamat beramal semua..^^ salam..~

p/s : he3..sibuk buat entry..! jom solat..^^

2 ulasan:

Unknown berkata...

jom jom pegi msjid yok

Tanpa Nama berkata...

niat kene tau gak..
ade satu story: 'smebdy' niat smbhyg jumaat "usoli sunatan..." salah ni..
"usoli fardhu..." ni..baru betul..name pun wajib der.. :) peace