expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 14 Julai 2011

BiLa bUDaK ASmA bERsUKaN..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam ni.. tak jawab dosa..kalau jawab mirul sayang lebih ni..hwa3.. :) okey..! sebenarnya entry ni mirul nak buat petang tadi lepas solat asar..tapi secara tiba-tiba ada gempa bumi pula dekat mata mirul yang mnyebabkan kelopak-kelopak mata ni terasa berat..[lalala..ngantuk gila beb tadi..huk3..] jadi untuk langkah berjaga-jaga, mirul pun dengan jayanya telah tidur..ha3..memang puas lah...ha3..

okey..! korang ada adik beradik yang ada penyakit asma tak..? ahli keluarga ke..? biasanya penyakit ni penyakit yang diwariskan kan...? he3.. [ingat saka jerk bole waris2 ni..he3..] tapi yang peliknya dalam family mirul, mak ayah mirul memang tak ada asma..tapi bila adik ketiga mirul lahir, dia ada penyakit tu..mungkin dah rezeki dia kot..ha3..[rezeki..? OMG..]

walaupun dia ada penyakit asma, adik mirul ni seorang yang aktif bersukan tau..makin dilarang makin nak sertai macam-macam sukan..memang berlambak lah madle yang dia dapat..mak pula, jenis yang suka riak..[ha3..bukan riak, cuma bangga dengan anak dia..lalala..~] semua madle yang dia dapat akan digantung dekat tepi tangga..jadi, sekarang ni, walaupun baru darjah 5, dah penuh dah tangga rumah tu..he3..

ni mirul nak senaraikan lah beberapa acara yang dia sertai...he3..

dia hebat juga main lompat-lompat ni..
maklumlah, dari kecik dah ajar main lompat-lompat ni..he3..


ni lompat juga..tapi tak tahu lah dia hebat ke tak..
takut kayu tu patah je..lalala..~

adik mirul ni wakil daerah tau main hoki..he3.. 
[walaupun dia perempuan..]


yang ni dia hebat..! lagi-lagi kalau ada sasaran dekat depan tu..he3..
hari tu dia dapat no 3 main rejam lembing ni.. :)

kalau bab-bab main bola jaring ni dia hebat..
siap jadi coarch lagi tau..he3..
[coarch untuk adik mirul yang tadika tu..he3..]

ni pencapaian dia yang paling baru sekali..
tadi dia baru je bawak balik pingat emas acara lontar peluru ni..
he3..terkebil-kebil juga mirul tengok dia..lalala..~

tapi lah kan, dalam banyak-banyak sukan, ada satu sukan ni mirul rasa memang dia tak boleh nak sertai..walaupun dia pernah jadi juara sukan ni, tapi lepas je acara tu, dia terus pengsan..he3..acara lari..

he3..memang dah nasib orang asma ni tak boleh nak lari-lari..
he3..

tapi mirul memang bangga lah dapat adik macam ni..he3..walaupun dia ni perempuan yang ada asma, tapi sukan dia memang mantap..bak kata dia dekat mak mirul "kalau bola sepak tu perempuan boleh main, dah lama dia sertai pasukan sekolah.." ha3..memang lah adik mirul sorang ni...hu3..nak tengok tak muka dia..? jap


dia yang pakai baju biru BESAR tu..he3..  :)

percaya tak, dia baru darjah 3..he3..memang ni baka baik punya lah..ha3..[pang.....adoi..kena tampar..huk3..] apa-apa pun mirul selalu pesan dekat dia..bersukan tu boleh, tapi aurat kena jaga..pergaulan jangan nak lebih-lebih..yang haram tu tetap haram..dan alhamdulillah dia dengar cakap..mirul doakan dia berjaya dalam pelajaran dan dalam sukan ni..ok lah..salam..~

p/s : he3..dia ni kalau lepas sukan perangai memang teruk..tak mahu cerita lah..ha3..

11 ulasan:

taoslayerz berkata...

tao asma siap ley join army lagi...hahaa~

Anyyss Shuhaimi berkata...

anyyss bekas pesakit asma..masih main bola baling, join road relay.. :)

shafiqabdshukor berkata...

bagus la tu....
lame2 nnt sembuh la tu kot...

Marina shamsudin berkata...

sebenarnya bersukan elok untuk orang asma.tiada rekod perubatan yg kata orang asma tak boleh bersukan.ada doktor tuu bagi tahu oranglah.x taulah btol ke tak.huhu :))

muhamadsufian89 berkata...

adik dia hebat bersukan. abang dia camne pulak?? hehe

Diari Anak Perantau berkata...

taoslayerz : ha3..bagus lah.. :)

Diari Anak Perantau berkata...

anyyss : hu3..great..mesti dah hilang kan penyakit tu..?

Diari Anak Perantau berkata...

@syafiqa : insyaALLAH amin..~

Diari Anak Perantau berkata...

@marina : btul3.. :)

Diari Anak Perantau berkata...

@sufian : abg dier hebat berblogging..lalala..~

Unknown berkata...

asma mmg susah sikit kalau nk lari2 nih..semput memanjang, napas tak cukup.. kesian bila tgk org asma nih..:)