expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 22 Julai 2011

al-FaTiHaH...!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul.. :) tak jawab dosa..jawab dapat pahala..hu3..okey..! rabu kelmarin, pak cik sebelah mak mirul baru je meninggal dunia..kemalangan jalan raya..hurm..jom baca kisah sisa-sisa hidupnya..~


9 JulaI 2011 : kami sekeluarga mendapat berita buruk..pak cik mirul kemalangan jalan raya dengan anak lelaki nya..kemalangan melibatkan sebuah motosikal [dibawa oleh sepupu mirul dan 
ayahnya] dan sebuah lori..kemalangan berlaku kira-kira jam 5 petang..

10 JulaI 2011 : sepupu mirul [tingkatan 5] dan ayahnya dimasukkan ke dalam wad..ayahnya diletakkan 
di wad ICU dan sepupu mirul hanya cedera ringan..masa itu seluruh keluarga
masih terkejut dengan berita kemalangan itu..

11 JulaI 2011 : sepupu mirul dibenarkan keluar kerana hanya mengalami
 kecederaan ringan..manakala ayahnya masih ditahan di wad ICU..
doktor mendapati urat saraf yang mengawal tubuh
badannya mengalami kecederaan..saraf yang mengawal paru-paru nya rosak..

12 - 13 JulaI 2011 : keadaan masih sama..masih kritikal..isterinya masih setia menemani suaminya..air matatelah kering rasanya..
suami tercinta terlantar sakit di wad ICU..saat itu hanya tuhan
yang tahu betapa sedihnya hati seorang isteri melihat suaminya koma..
petang rabu,kedengaran seperti suaminya itu bertanya dimana anak lelaki nya itu..
mungkin saat itu, dia hanya teringatkan anak nya yang sama-sama terlibat
dalam kemalangan itu..namun dia masih tidak sadarkan diri..hurm..

14 - 16 JulaI 2011 : masih seperti itu..pak cik mirul masih koma dan isterinya
hanya mampu berdoa danterus berharap akan berlaku keajaiban..
setiap kali waktu solat tiba, ayat-ayat al-Quran 
diperdengarkan..bacaan yasin sentiasa mengiringi waktu-waktu bersama suami
tercinta..anak-anak bagaikan tiada dalam kotak fikiran..mujurlah atuk dan nenek
mirul masih punya kudrat untuk mengambil alih tugas ayah dan ibu mereka..hurm..

17 - 18 JulaI 2011 : doktor telah mengatakan bahawa pihaknya tidak mampu
membuat apa-apa lagi..mereka sekadar hanya boleh membantu
memberi oksigen dan mengeluarkan kahak pak cik mirul sahaja..
yang selebihnya diserahkan kepada ALLAH..saat itu, berlinangan lagi air mata 
seorang isteri..suami tercinta mungkin akan kekal begini selamanya..
lumpuh dan cacat anggotanya..
namun dirinya pasrah..

19 JulaI 2011 : pak cik mirul tenat..semua ahli keluarga dipanggil pulang
untuk bersiap sedia kerana bimbang pak cik mirul akan pergi
meninggalkan kami semua..namun, nafasnya beransur pulih..
keadaan nya kembali normal..cuma masih tidak sadarkan diri..hu3..
ketika itu, isterinya mencukur misai dan janggut suaminya..dia berkata, 
" macam ni baru handsome..kalau abang dah pulih nanti senang lah ibu nak suapkan abang.."
hurm..ucap sayu isterinya..~

20 JulaI 2011 : tengahari itu, kami sekeluarga merasa tidak senang hati..
seperti ada sesuatu yang tidak kena..
ramai juga lah ahli keluarga yang tergerak untuk pergi ke hospital untuk melawat..
rupa-rupa nya, rasa itu merupakan alamat kepada pemergian pak cik mirul..
jam 2.45 pm arwah yang ditemani 4 orang anak nya bersama isteri tercinta
 malafazkan nafas yang terakhir..suasana saat itu bagai hiba tidak terkata..
ayah yang menjadi punca rezeki selama ini
pergi buat selama-lamanya..suami tercinta selama belasan tahun ini pergi meninggalkan dia..
kami sekeluarga meratapi pemergiannya..hurm..InnalillahiwainnalillahirrojiuN...~

jenazah sampai di rumahnya pada jam 4.50 pm..
ahli keluarga dibenarkan menatap wajahjenazah selama beberapa minit
sebelum di sembahyangkan di surau taman..kemudian jenazah dibawa ke
tanah perkuburan untuk disemadikan..
jam 6.50 pm majlis selesai..isteri dan anak-anak menaburkan bunga
dan membasahkan tanah perkuburan ayah mereka dengan air mawar..
suasana benar-benar hiba..semua nya berlaku sekelip mata..
kini mereka hilang sumber rezeki selama ini..
walauapa pun, kehidupan mesti diteruskan..yang pergi akan tetap pergi..
yang masih hidup mesti terus mendoakan kesejahteraan arwah di alam sana..~

p/s : walaupun mereka hilang tempa bergantung, namun arwah memang meninggalkan 
bekalan hidup yang cukup untuk anak-anak mereka terus berbakti di bumi ALLAH ini..
insurans demi insurans diperolehi dan kini mereka tidak perlu gusar lagi tentang sumber rezeki..
dan alhamdulillah, sehingga hari ini, ramai yang datang memberi bantuan..dan mereka mula 
meredhai semuanya..al-Fatihah..~

11 ulasan:

Unknown berkata...

takziah ye mirul..al-fatihah....

mr_right berkata...

al-fatihah.
bersabar yep !

Unknown berkata...

takziah dari chik jugak . .

CeRiTa Ku SaNa SiNi berkata...

takziah...alfatihah...smoga roh di tempatkn di golongan owf2 yg briman..

AnakPakZohar berkata...

innalilah... setiap yang hidup pasti akan pergi.. semoga rohnya dicucuri rahmat... dan diletakkan disamping orang2 beriman.. amin...

Datin Tyka berkata...

al-fatihah. semoge arwah berada golongan yang beriman.. insyaAllah

najihahfara berkata...

takziah dari fara ..

Suhazli berkata...

alfatihah sekali lagi..takziah..

Diari Anak Perantau berkata...

terima kasih semua.. :)

Ukhtifarhana berkata...

salam takziah yer amirul..semoge kamu sekeleluarga tabah mgharungi kesedihan ini..setiap hidup pasti akn kembali padaNya...

Mish Eyryn berkata...

takziah ntok family :(