expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 31 Julai 2012

Berkat Dalam Kesederhanaan..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin..  ^^\/
alhamdulillah, masih ALLAH bagi kita peluang untuk menebus segala dosa-dosa kita yang lalu.. jangan ingat bila ALLAH bagi umur yang panjang x ada gunanya.. ALLAH bagi masa dekat kita.. cuma kita je yang sedar x sedar perkara tu,, jadi bila dah tahu ni, gunakanlah masa yang ada ni utuk bertaubat, kembali ke jalan ALLAH.. taubat kita x pernah ALLAH tolak.. malah diterima dengan terbuka.. insyaALLAH.. amin..~
alhamdulillah mirul syukur sangat-sangat sebab segmen kad raya mirul mendapat sambutan.. lebih kurang 40 orang semuanya yang join.. dicampur lagi dekat Facebook mirul mahu-mahu nak dekat 50 lebih semuanya.. he3.. dan insyaALLAH mirul macam nak bagi dekat semua orang.. x tahu lagi macam mana.. tengok lah.. setem dah beli 40 keping.. cuma kad je belum beli lagi.. ada terfikir nak buat sendiri kad tapi macam x sempat je kan nak buat 50 kad dalam masa yang singkat macam ni.. hu3..

duit dan segala-galanya..
okey..! kita tinggalkan kad raya tu dulu sebab ada benda yang lagi penting mirul nak kongsi dengan sahabat sekalian.. hurmm.. dalam dunia ini orang cakap segala-galanya boleh dibeli dengan wang.. betul ke..? itu terpulang kepada persepsi masing-masing sebab bagi mirul sebenarnya duit memang boleh beli segala-galanya.. mungkin ada sesetengah orang mereka x percaya tapi itu realiti masa kini.. kalau ada duit semua kita mampu miliki.. 

bagi mirul, orang kaya mampu memiliki apa pun yang dia nak.. asalkan duit dia cukup, apa je yang dia nak pasti dapat.. cuma dengan cara apa dia perolehi benda itu je yang menimbulkan persoalan dekat sini.. mirul bagi satu situasi ye..  ^^\/  ada orang dia punya gaji berpuluh ribu, tapi nak uruskan satu keluarga dia pun x cukup.. ada pula orang tu gaji dia x sampai 3 ribu pun tapi alhamdulillah, setiap bulan gaji dia tu mampu tampung satu keluarga dia.. beza kan kedua-dua ni..?
nah..! ini lah yang mirul nak sampaikan dari tadi.. KAF BA RO KAF ALIF TA NUN.. KEBERKATAN..! bila duit yang kita dapat tu dari sumber yang halal, dari kerja kita yang halal insyaALLAH semuanya akan cukup.. itu ALLAH dah janji dengan kita.. tapi bila masa gaji yang kita dapat tu dari sumber yang haram, cara kita kerja pun haram memang x akan pernah cukup lah.. kalau cukup sekalipun mungkin tubuh yang menerima hasil duit tu akan terkesan dengan keharaman duit tersebut..

jadi ingat, kalau kita kerja nanti dan bagi sesiapa yang dah kerja tu kena selalu fikir tentang halal haram nya.. contoh paling senang kalau nak claim.. mungkin orang boleh tipu claim untuk dapatkan gaji yang lebih banyak, tapi kena ingat, ALLAH tu maha adil.. orang boleh kita tipu, tapi ALLAH boleh ke..? fikir-fikir kan lah ye sahabat mirul..
apa-apa pun dalam hidup ni kalau kita mendapat keberkatan x kira lah dari ALLAH ke dari ibu bapa kita ke , semuanya pasti akan berjalan dengan lancar.. keberkatan tu penting..! dalam kita mencari ilmu pun keberkatan dari guru tu penting.. jadi lepas ni kalau apa-apa pun yang kita lakukan fikir tentang kesan nya kelak.. memang hari ni kita rasa kesannya, tunggu je lah hingga ALLAH tunjukkan kelak.. huk3.. wallahualam..~

p/s : sucikan hartamu dengan sedekah dan zakat.. sesungguhnya rezeki itu milik ALLAH.. DIA lah pengurnia segala rezeki di muka bumi ini..~~

8 ulasan:

shafiqabdshukor berkata...

betul2...
keberkatan, keredhaan tu penting...
mcm mana nak buat sesuatu jika x de keberkatan ALLAH, ibu bapa, cikgu etc..

Aremieroul Akim berkata...

shafiqabdshukor : betul3.. :) keredhaan itu sangat penting.. ^^

aniqbukhary berkata...

Nice.. sucikan hartamu dengan sedekah dan zakat.. sesungguhnya rezeki itu milik ALLAH..

HannaNabiella berkata...

sesungguh nye ALLAH itu maha mengasihani..hee
jemput singgah.. :)
http://farhanabiella.blogspot.com/2012/07/100-untuk-sekali-daftar-prelaunchx.html

Aremieroul Akim berkata...

aniqbukhary : yup.. ^^ rezeki itu milik ALLAH.. jadi kena lah bersyukur dengan apa yang ada kan.. ^^Y

Aremieroul Akim berkata...

hanna nabiela : 99 sifat ALLAH.. ^^\/ salah satunya maha mengasihani.. ok2.. insyaALLAH.. ^^\/

I love Sleep berkata...

kalau bsedekah kne ikhlas.. x ikhlas xpyh sedekah.. wt rugi je wit hehe

Aremieroul Akim berkata...

i love sleep : he3.. x betul jugak tu sebenarnya.. biarpun kita x ikhlas beri sedekah tu tapi bila mana orang yang gunakan duit kita tu ke jalan yang benar insyaALLAH ada ganjarannya.. ^^\/ ALLAH kan maha adil.. kita buat jahat sekecil mana pun ALLAH akan balas, begitu juga dengan berbuat baik.. tapi lagi baik kan kalau kita ikhlas.. moga kita semua menjadi hamba ALLAH yang iklhas dalam melakukan ibadah.. amin..