expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 6 Julai 2012

kIsAh PeMUdA jUjUR..!


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^ okey..! hari ini mirul nak berkongsi dengan sahabat sekalian mengenai satu situasi yang berlaku dekat mirul 2 hari lepas.. masa tu mirul dan ahli keluarga yang lain baru je lepas baca yasin sebab malam tu kan malam nifsu sya'aban..


nak dijadikan cerita lepas baca yasin tu ada masa dalam 5 minit lagi lah sebelum masuk waktu isyak.. jadi mirul pun suruh adik-adik mirul yang masing-masing dah nampak penat ni untuk duduk rapat-rapat sebab mirul nak bercerita.. almaklumlah adik-adik mirul ni pun dah nampak kuyu je sebab masa bacaan yasin tu dowang bukan reti baca pun, duk dengar je lah.. he3..

kisah seorang pemuda yang jujur
sebenarnya kisah ni mirul pernah dengar dah lama dah.. mirul pun lupa dari mana mirul dengar tapi kisah ni memang menarik dan memberi banyak pengajaran buat kita, terutamanya kanak-kanak yang sedang meningkat dewasa ni..  :) tapi mirul ada ubah sikit-sikit lah cerita ni sebab nak sesuaikan dengan situasi sekarang, almaklumlah adik-adik mirul pun kecik lagi.. nanti kalau cerita terbelit-belit mahunya dia x faham.. he3.. berikut ialah perbualan mirul dengan adik-adik..


MIRUL : pada zaman dahulu, dekat sebuah kampung yang jauh dari bandar ada seorang pemuda yang sangat baik dan jujur orangnya.. kejujuran dia ni telah membuatkan ramai penduduk kampung menyukai dia.. dia bekerja sebagai seorang penjaga ladang kurma di hujung kampung.. suatu hari, datang seorang lelaki yang berniat untuk merasa buah kurma itu.. lalu dia pun berjumpa lah dengan si pemuda tersebut untuk menyatakan hasrat dia itu.. namun pemuda itu tidak membenarkan lelaki itu untuk mengambil buah kurma itu sebaliknya pemuda tersebut menyuruh lelaki itu untuk mendapatkan kebenaran daripada tuan empunya ladang itu dahulu.. kalau adik-adik lah jadi pemuda tu, nak bagi x lelaki tu makan kurma tu? (mirul tanya dekat adik mirul yang bongsu dulu, caca nama dia..)
CACA : ermm.. bagi je sebab nanti orang cakap kita kedekut pula.. he3..
NINA : kalau nina x nak bagi sebab nanti kalau bos tahu kena marah..
AMIMI : kalau mimi x nak bagi sebab tu kan hak orang lain.. bukan hak kita.. ^^ (dia memang lah boleh jawab sebab dia dah darjah 6.. erk..! )
MIRUL : kalau lelaki tu bagi duit pula macam mana? nak bagi tak buah kurma tu?
CACA : mestilah bagi.. he3..  (sambil senyum-senyum kira duit.. -..-  )
NINA : kalau dia bagi banyak duit nak lah.. tapi kalau setakat bagi RM1 x nak lah.. huh..!
MIMI : tak nak bagi juga sebab tu masih lagi bukan milik kita kan.. x jujur namanya tu.. (dalam hati sabo je lah..!)
MIRUL : caca dengan nina kena ingat, yang kalau sesuatu barang tu bukan hak milik kita, kita x boleh buat sesuka hati kita.. kita kena jujur.. mungkin bos pemuda tu x nampak dan tak tahu yang pemuda tu dah bagi kurma dekat lelaki tu, tapi kan ALLAH tahu.. ALLAH kan maha melihat segalanya.. 
CACA : along, kalau kita duduk dalam rumah yang ada bumbung pun ALLAH noleh nampak kan?
MIRUL : ye sayang..  :)

kadang-kadang budak-budak kecik ni dowang tak tahu apa-apa lagi.. sebab tu lah sebagai ibu bapa atau pun orang yang lebih dewasa ni kita kena selalu tunjukkan contoh yang baik dekat anak-anak tak pun dekat adik-adik.. kalau kita buat benda x baik, nanti dowang akan ikut sebab masa kecik ni lah dowang akan scanning sekeliling untuk dijadikan perangai yang akan dowang lakukan..
jadi x hairan lah kalau bapak borek anak rintik sebab x kemana tumpahnya kuah kalau x ke nasi kan..  :) natijahnya, dalam dunia ni kalau kita nak buat sesuatu jangan buat sebab orang lain sebab nanti kita x ikhlas.. buat kerana ALLAH sebab insyaALLAH kita akan ikhlas melakukannya.. ingat, walaupun x ada orang awasi kita ALLAH tu ada..  :)  wasalam..

2 ulasan:

Aku pengembara berkata...

Nice.. suka citer macam nie.. agak santai tapi penuh pengajaran..

Diari Anak Perantau berkata...

aniqbukhary : betul3.. yang penting banyak pengajaran.. :)