expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 26 Julai 2012

PuAsa sAtu tRend..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^^
alhamdulillah, hari ni sudah masuk hari ke-5 kita umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan.. jadi macam mana setakat ni..? adakah semuanya berjalan dengan lancar ataupun sebaliknya.. apa-apa pun itu semua bergantung kepada niat kita dalam mengerjakan ibadah ini..jika baik niatnya, maka baik lah balasan nya.. jika sebaliknya maka kita pun dah tahu jawapannya bukan..  :)
sebenarnya mirul dalam keadaan yang kurang sihat.. mata mirul merah sehingga bengkak ni.. mungkin sebab kurang tidur.. he3.. selesema pula dah mula nak menunjukkan diri.. hurmm.. alhamdulillah.. semua ni mirul anggap sebagai satu ujian ALLAH supaya mirul sedar yang semua orang dekat dunia ni hidupnya sementara je.. sihat lawannya sakit, dan sakit mampu menghapuskan dosa-dosa kecil kita.. yang penting ikhlas dan redha.. insyaALLAH okey punya nanti..

hurmm.. dari atadi mirul asyik cakap mengenai ikhlas je kan.. sebenarnya dalam entry ni mirul nak berkonsi dengan sahabat sekalian tentang ikhas dalam beribadah.. okey..! contoh yang paling mudah ialah berpuasa.. percaya atau tidak ramai dari kita ni sebenarnya berpuasa kerana trend, maksud mirul bila semua orang berpuasa nak tak nak kena berpuasa juga.. macam dalam berfesyen, minggu ni trend lain, nanti bila orang pakai fesyen lain kita ikut fesyen baru tu.. hu3..
mirul percaya bahawa x semua orang macam tu, tapi kalau betul lah kita ni ikhlas dalam beribadah, ikhlas dalam berpuasa kenapa masih x tutup aurat, masih melakukan perkara-perkara yang mendatangkan murka ALLAH..? sebab tu bila semua orang puasa kita akan rasa malu kalau kita x puasa.. jadi nak tak nak kena puasa jugak.. ikhlas tu belakang kira.. almaklumlah nak jaga maruah.. hu3.. selamat ikhlas itu ALLAH sembunyikan dari mata kasar kita, cuba bayangkan kalau ikhlas tu kita boleh nampak.. hu3..

orang yang ikhlas dalam beribadah x akan pernah merungut malahan akan merasa lebih tenang melakukan ibadah tersebut.. macam puasa, tidak dapat nak dinafikan seharian berpuasa buat kita lapar tapi tidak ALLAH jadikan puasa itu untuk kita lapar semata-mata.. salah satunya ALLAH nak kita merasa betapa susahnya mereka yang kurang berkemampuan menjalani kehidupan.. sedangkan kita selalu membazir, mereka nak makan sesuap nasi pun susah.. itu pun kita masih merungut sana sini.. x sedar diuntung..!
apa-apa pun mirul pun masih dalam perjalanan untuk benar-benar ikhlas dalam melakukan segala perkara, bukan dalam beribadah sahaja.. sebab mirul percaya bahawa jika kita ikhlas melakukan sesuatu perkara walaupun sekecil zarah ia tetap bernilai.. dan dalam apa-apa perkara sekalipun jangan bersangka buruk dengan orang lain.. kita ini manusia bukan pengadil yang ALLAH ciptakan untuk menentukan syurga neraka seseorang.. sedangkan ikhlas kita pun kita sendiri x nampak, ini lagikan nak tentukan keikhlasan orang lain kan.. semoga sahabat sekalian faham apa yang mirul cuba sampaikan.. sama-sama lah kita menuju jalan yang diredhainya.. insyaALLAH... amin..~~

p/s : Ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam si waktu malam.. ianya tidak dapat dilihat tapi dapat dirasai.. percayalah..  ^^\/  peace no war.. wasalam..~~

Tiada ulasan: