بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
dengan nama ALLAH yang maha peurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^ mudah nya nak dapat pahala kan.. sebab tu lah kalau siapa cakap Islam ni menyusahkan umat-nya baik dia fikir balik dua tiga kali.. terangkan dekat mana yang menunjukkan Islam ni menyusahkan.. hu3.. :)
misalannya solat.. ada orang cakap solat ni menyusahkan.. nak kena amik wudhu' lah, nak kena pakai baju solat yang bersih lah.. hurmm.. ni lah kalau orang solat bukan kerana ALLAH.. hati x pernah ikhlas mengerjakannya.. sebab jika kita benanr-benar ikhlas, solat 5 waktu sehari semalam tu x membebankan pun.. malah buat kita makin kuat.. kalau rasa dalam diri tu ada perasaan yang bukan-bukan, cepat-cepat lah beristigfar.. mintak jauh lah semua hasutan tu.. nauzubillah..
hari ni mirul nak berkongsi sedikit tips dengan sahabat sekalian, macam mana kita nak khusyuk dalam solat.. :) mirul pun bukan nya nak cakap yang mirul ni solat dengan khusyuk, tapi bila ada ilmu ni x baik lokek.. makin kita sebarkan, makin banyak ilmu yang kita dapat.. sekurang-kurannya kalau mirul salah ada orang yang boleh betulkan.. :)
kalau nak khusyuk dalam solat mirul selalu amalkan beberapa perkara ni.. semoga membantu lah ye.. :)
1. berwuduk dengan betul..
segala-galanya perlulah bermula dengan permulaan yang baik.. jika wuduk kita sempurna, insyaALLAH solat kita pun akan sempurna.. hu3.. nak solat pun tenang je kalau kita wuduk dengan sempurna kan sebab kita yakin yang solat kita ni akan diterima insyaALLAH.. lagipun kalau wuduk kita ni sempurna, syaitan pun takut nak datang hasut masa kita solat.. takut terbakar.. he3..
2. solat dalam keadaan yang tenang..
salah satu cara kita nak tenang ialah sebelum solat tu kita selawat dulu, baca 3 kul.. lepas dah tenang sikit baru angkat takbir.. solat ni x boleh nak gopoh-gapah, nanti solat ke mana, bacaa kita ke mana.. sekalipun kita ada hal untuk diselesaikan jangan solat main laju je.. ingat..! solat sebenarnya menenangkan, bukan makin buat kita jadi x tentu arah.. x lari kemana kerja tu jika dibandingkan dengan solat ni..
3. baca bacaan solat dengan tajwid yang betul..
kadang-kadang ada orang baca al-fatihah dengan tunggang terbalik.. tajwid ke mana, huruf nya ke mana.. macam mana nak khusyuk kalau macam tu.. sepatutnya kalau kita nak baca al-fatihah tu, baca dengan tajwid yang betul, kalau x tahu sekalipun jangan baca laju sangat.. sebut satu-satu, biar kita dengar apa yang kita baca.. ni kalau kita sendri pun x faham apa yang kita baca susahlah..
4. tinggalkan urusan dunia sebentar..
kalau nak solat, x payah dah nak fikir soal-soal duniawi ni.. tumpukan sepenuh perhatian kita pada solat yang sedang kita kerjakan.. kalau ada hal yang mustahak sekalipun letak tepi dulu.. solat dengan khusyuk.. insyaALLAH lepas solat urusan itu akan lebih mudah diselesaikan.. x percaya cubalah.. :)
5. umpama solat terakhir kita..
apa perasaan kita kalau dapat tahu yang esok kita akan meninggal.. mesti nak buat yang terbaek kan dalam semua hal.. begitu juga dalam solat ni.. bayangkan yang solat itu lah solat terakhir kita kepada ALLAH.. dengan itu, kita akan lebih khusyuk sebab kita rasa takut kan.. hu3..
6. pandang sejadah..
dari dulu lagi ustazah selalu pesan, kalau nak solat jangan pandang tempat lain.. pandang tempat kita nak sujud, iaitu sejadah.. sebab kalau kita pandang tempat lain, kekiri kekanan takut khusyuk kita ni hilang entah kemana.. sekurang-kurangnya x ada lah kita terpandang benda yang x patut kita lihat sebab nanti terfikir-fikir dalam solat tu kan.. hu3..
sebenarnya dalam mengejar khusyuk dalam solat ni ada banyak cara yang boleh kita lakukan.. dekat sini mirul cuma bagi 6 je sebab mirul tahu semua sahabat-sahabat mirul lebih arif dalam soal ni.. :) yang paling penting kalau kita nak khusyuk dalam solat, ikhlas kan hati.. insyaALLAH kalau hati dah ikhlas, semua ibadah yang kita buat pun akan lebih mudah dan yang paling penting diterima ALLAH.. insyaALLAH.. :)
semoga entry ni membantu.. walaupun sikit je ilmu ni tapi kita kena ingat, ilmu ALLAH ni luas.. makin kita gali, makin kita tahu yang sebenarnya banyak lagi yang belum kita pelajari.. apa-apa pun kalau sahabat semua ada tips yang lain, jom lah berkongsi dengan mirul.. sama-sama kita berkongsi ilmu ni.. semoga bermanfaat buat semua.. wasalam.. :)
10 ulasan:
best entri... nice sharing :D
Alhamdulillah....
sheila eiman : terima kasih.. berkongsi apa yang saya tahu.. :) moga bermanfaat..
Thanks for sharing mirul. :)
No.5 works for me most of the time :)
saya afi : sama2 afi.. saya hanya berkogsi apa yang saya tahu.. insyaALLAH.. sama2 berusaha supaya memperoleh khusyuk dalam solat.. :)
n0 5 sangat berkesan. good tips. InsyaAllah amsing- masing dpt memanfaatkan nya ;)
aiyak, terlupe nak logout blog classycotton nih. dis my blog ;)
classycotton : insyaALLAH.. :)
nadira shahid : insyaALLAH saya akan kunjung.. :)
tq nasihat!
lelaki ini : sama2.. ^^ semoga bermanfaat.. :)
Catat Ulasan