expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Ahad, 1 Julai 2012

Ada aPa deNGAN mImPI..?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t...

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^ okey..! dalam entry kali ni mirul nak berkongsi sedikit pendapat dengan sahabat sekalian tentang mimpi.. apa itu mimpi..? semua orang pernah bermimpi, tapi susah kita nak tafsirkan apa yang telah kita mimpikan kan.. hurmm.. tapi apa sebenarnya disebalik mimpi ni..? adakah mimpi ni satu alamat ataupun sekadar satu mainan syaitan..? hurmm..
masyarakat melayu percaya mimpi sebenarnya membawa satu alamat dalam kehidupan seharian.. dalam Islam sendiri ada yang mentafsirkan setiap apa yang kita mimpikan.. contohnya kalau kita bermimpi ular hitam ataupun binatang berbahaya bermaksud kita sedang disihir.. ini ditafsirkan berdasarkan sifat ular itu sendiri yang membawa kepada sesuatu yang jahat dan berbahaya.. namun, segalanya terletak di tangan ALLAH.. kunfayakun, maka terjadilah ia..  :)

mimpi : petunjuk dari ALLAH..
sesetengah mimpi sebenarnya membawa alamat ataupun petunjuk dari ALLAH.. yang paling jelas ialah apabila kita berdoa kepada ALLAH dalam sesuatu perkara.. biasanya petunjuk ataupun alamat bagi menyelesaikan sesuatu perkara itu akan ALLAH sisipkan di dalam mimpi kita.. sebab tu jugak lah bila kita selesai menunaikan solat istikharah, kita harus segera untuk tidur supaya di dalam mimpi akan ALLAH berikan petunjuk kepada permasaalahan kita itu..

dalam mimpi juga kadang-kadang ALLAH memberikan kita pertolongan secara zahir.. setiap apa yang terjadi di muka bumi ini adalah dengan izin dan kehendak ALLAH.. maka tiada siapa pun antara kita yang mampu menafikannya.. ada orang mendapat ayat-ayat suci daripada mimpi.. biasanya ayat-ayat ini digunakan sebagai pendinding, ataupun sebagai satu ayat bagi melindungi kita daripada sesuatu perkara yang tidak diduga.. ini juga datangnya dari ALLAH.. dan yang paling penting, kadang-kadang ALLAH memberikan seseorang itu hidayah melalui mimpi.. allahuakhbar..  :)

tetapi dalam bermimpi tidak semuanya datangnya dari ALLAH.. kadang-kadang ia hanyalah mainan syaitan untuk menjadikan mimpi kita sebagai satu perkara yang kita takuti.. ada orang terlalu percaya dengan mimpi sehinggakan dia lupa bahawa segala yang berlaku atas kehendak ALLAH.. mimpi itu kadang kala hanya lah mainan tidur.. lagi-lagi kalau tidur tanpa membaca doa ataupun ayat kursi, memang senang lah syaitan nak ganggu kita.. malah sampai yang mengigau hingga berjalan lagi.. nauzubullah..

mimpi bertemu Rasulullah.. 

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mimpi bertemu aku, maka dia benar-benar melihatku kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku.” (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmidzi)


menjadi satu perkara yang amat diimpikan oleh seluruh umat Islam untuk bermimpi bertemu dengan Rasulullah.. bukan calang-calang orang yang pernah bermimpikan Rasulullah ni.. banyak kisah menarik yang boleh kita dengar dan lihat bagi mereka yang pernah bertemu dengan Rasulullah ini.. rasa cemburu yang teramat kerana mereka berpeluang untuk berjumpa dengan nabi sedangkan kita masih belum dipilih untuk bertemu dengan nabi ulul azmi ini.. hurmm..

bermimpi bertemu Rasulullah.. allahuakhbar.. satu hadiah yang besar nikmatnya itu.. macam-macam kisah kita dengar.. dan yang paling baru ni kisah Dato' Harun Din yang berrmimpi bertemu Rasulullah kan.. masa mirul baca kisah dia tu kemudian tengok video dia, memang tersentuh hati ni.. rasa bertuah sangat Dato' Harun Din ni.. kalau sesiapa yang belum baca kisahnya bolehlah cari dekat google.. banyak artikel-artikel yang menceritakan kejadian yang istimewa ni.. dan semoga kisah itu membawa kita ke jalan yang DIA redhai.. amin.. :')


kesimpulan..
apa-apa pun dalam hidup ni kita selalu mengimpikan sesuatn yang terbaek kan.. untuk itu kena lah berusaha  untuk mencapainya.. jangan hanya duduk berharap yang ALLAH akan memakbulkan doa kita tanpa usaha dan doa dari kita.. dalam soal mimpi pula, jangan terlalu percaya dan jangan pula tidak mengambil kisah akan mimpi itu.. mungkin ia satu petunjuk dari ALLAH dan mungkin juga ia hanyalah permainan syaitan.. yang penting kita kena yakin dan percaya bahawa setiap yang berlaku itu adalah dengan kehendak ALLAH.. dan kalau x nak bermipi perkara-perkara yang bukan-bukan jangan lupa baca doa sebelum tidur.. insyaALLAH kita tidak akan diganggu sewakutu tidur.. amin..~


2 ulasan:

DIDIDAA berkata...

So mari kita bermimpi :)

Diari Anak Perantau berkata...

dieda : he3.. jom2.. :D