expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Ahad, 1 Julai 2012

DiLarAng mEnCArUt..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^
okey..! hari ni mirul nak berkongsi sedikit pendapat mirul dengan sahabat semua mengenai budi bahasa budaya kita.. ^^ ni bukan iklan ataupun entry nak promosikan kempen bahasa okey..! he3.. mirul tergerak untuk menulis tajuk ni sebab kalau kita lihat sekarang ni, makin ramai anak muda yang senang kata kurang ajar dengan orang di sekeliling mereka.. x kisahlah kalau mereka nak cakap kasar dengan kawan-kawan mereka, tapi kalau dengan ibubapa sendiri pun nak kurang ajar tu dah melampau.. nauzubillah..
tapi apa yang dimaksudkan dengan kurang ajar sebenarnya..? bagi mirul kurang ajar tu berlaku bila kita bercakap dengan seseorang dengan niat untuk menjatuhkan maruah dia.. tak pun kita bercakap dengan seseorang dengan nada yang tidak menghormati dia.. contohnya bila kita bercakap dengan orang yang lebih dewasa dari kita dengan nada marah-marah, x pun tengking-tengking dia.. orang macam ni bukan setakat kurang ajar, tapi  x sedar diuntung.. huh..!

kata-kata kesat..
ni lagi satu benda yang mirul paling x suka.. bila ada masalah ke, bila rasa stress ke selalu keluarkan kata-kata kesat x kiralah dekat kawan ke, dekat ibubapa ke.. yang penting bagi mirul benda ni x patut lah kita buat.. kadang-kadang tu senang sangat nak dengar dowang cakap "ba*i kau..!", "si*l lah..!", tak pun "pergi ma*i lah kau..!" ini ke cara kita berkominukasi dengan orang lain..? ini ke cara Islam mengajar kita untuk beradab dengan orang lain.. sebab tu mirul paling pantang kalau ada kawan-kawan yang suka cakap macam ni.. memang mirul terus pukul dowang.. ha3..
bukan hanya dalam Islam je mirul rasa penganutnya digalakkan untuk bercakap dengan penuh sopan dan beradab amalh agama lain pun sama.. mana ada agama yang suka penganutnya bercakap benda-benda yang  kotor ni kan, lagi-lagi bila menggunakan kata-kata kesat.. lagilah tak digalakkan.. 

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

dalam hadis ni pun kita boleh faham dengan jelas bahawa jika kita beriman dengan ALLAH dengan sebaik-baiknya, maka hendaklah kita mengeluarkan kata-kata yang baik.. tapi kita ni manusia biasa kan, kadang-kadang terlepas juga kata-kata yang x baik.. jadi kalau kita dah terlepas tu, cepat-cepat lah mengucap.. jangan dibiasakan keluarkan kata-kata kesat ni sebab takut nanti terbiasa susah.. cuba biasakan kalau tersilap tu cakap "masyaallah" ke, "nauzubullah" ke, x pun "astaghfirullah.. kan lebih elok kita dengar.. kita yang ucapa ni pun rasa tenang je.. x de nak marah-marah.. x percaya cuba la..  :)

kata-kata mencermin peribadi..
salah satu cara kita nak kenal seseorang tu kita boleh nampak melalui cara dia bercakap.. walaupun kadang-kadang ada orang yang cakap je manis tapi perangai dia x de lah semanis kata-kata dia tapi sekurang-kurangnya kita pasti dapat tahu perangai dia melalui cara percakapan dia.. contohnya.. kalau seorang pelajar bercakap dengan guru dia dalam nada menengking-nengking dah sah-sah kita tahu dia tu pelajar yang macam mana kan.. sebab mana ada pelajar yang menghormati gurunya bercakap dalam keadaan seperti itu.. dalam apa keadaan pun kita kena tahu siapa diri kita.. salah atau betul ada caranya.. bukan main ikut hati je nak cakap dan hembus.. hu3..
kalau kita baca sirah Nabi Muhamad, kita akan dapat tahu bagaimana Rasulullah berkominikasi dengan umatnya.. memang lah kita ini tidak sesempurna Rasulullah, tapi bukan bermakna kita tidak boleh mencontohi beliau bukan.. nak seribu daya, x nak seribu dalih.. bayangkan lah Rasulullah dalam apa keadaan sekalipun beliau akan tetap bersabar dan sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik.. pernah ke kita dengar  dalam mana-mana hadis ke dalam mana-mana kisah sirah, Rasulullah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap umatnya..? tidak bukan.. sebab tu lah kita kena mencontohi Rasulullah.. tidak menjadi seperti dia pun x apa lah, janji kita tidak menjadi golongan yang Rasulullah murka.. nauzubillah..

status facebook..
ni lagi satu mirul nak tegur..!ramai mirul tengok sekarang ni yang tulis status bukan main lai duk kutuk-mengutuk orang lain.. tak kurang ada yang dengan selambanya memaki hamun orang lain dengan selambanya .. dah hilang kemana entah budi bahasa tu.. lagi yang buat mirul rasa sedih tu bila status macam tu ditulis oleh kaum hawa.. masyaALLAH.. bukan mahu merendahkan mereka tetapi kemana hilangnya lemah lembut, kesantunan bahasa yang telah lama mereka sematkan.. hu3..
x kurang juga dengan kaum adam yang mirul rasa lagi teruk bahasa dowang ni.. tapi biasanya mereka ni lebih suka menggunakan kata-kata kesat berbanding nak memaki hamun sebab memaki hamun ni perempuan suka lah.. he3.. apa-apa pun , mirul bukan nak bandingkan mana yang lebih suka cakap kesat, cuma mirul nak sama-sama lah kita cuba berubah.. sampai bila kita nak jadi macam tu kan, keluarkan kata-kata kesat bagai.. nanti kalau anak-anak ikut jangan nak salahkan mereka lah ye sebab sebagai ibu bapa pun kita masih guna kata-kata kesat tu.. 
semoga lepas ni setiap apa yang cuba kita keluarkan dari mulut ni kita periksa dulu, fikir -fikir dulu.. baik ke buruk kata-kata tu.. jangan sampai ramai yang terasa dengan ata-kata kita tu.. almaklumlah, manusia kan ada hati dan perasaan untuk dijaga.. jaga kata-kata.. insyaALLAH selamat dunia akhirat.. semoga entry ni bermanfaat.. wasalam..~~