expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 5 Julai 2012

CinTa BUKu BaRu..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM .wb.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa, jawab dapat pahala.. indahnya Islam, jawab salam pun dapat pahala kan..   ^^   sebelum tu jom sama-sama mengucapkan kata syukur yang tak terhingga kepada ALLAH kerana masih memberikan kita semua peluang untuk meneruskan urusan sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ini.. alhamdulillah.. hari ini masih lagi ALLAH memberikan kita peluang untuk menikmati dan menggunakan segala bentuk kurniaannya kepada kita agar kita menjadi hambanya yang diredhai.. amin..
sedar atau tidak hari ini merupakan hari ke-15 kita berada di dalam bulan sya'ban.. sudah separuh perjalanan sya'ban kan.. dan jika masih ada yang belum tahu ataupun terlupa semalam merupakan hari nifsu sya'aban di mana semalam "buku amalan" kita yang lama telah ditukar dan diangkat ke arash ALLAH dan digantikan untuk kita sebuah buku yang baru menggantikan buku yang lama.. segala catatan amalan kebaikan dan kejahatan yang telah kita lakukan telah diangkat semalam.. jadi bak kata pepatah, apa yang lepas itu kita biarkanlah, kita buka buku baru..insyaALLAH..  :)

baik buruk seseorang itu hanya dia dan ALLAH je yang tahu.. kita sebagai manusia ini tidak pernah dilantik oleh ALLAH sama sekali untuk menjadi hakim kepada setiap amalan yang telah seseorang itu dilakukan.. apa hak kita untuk menentukan syuga atau neraka untuk seseorang itu..? sedangkan diri sendiri pun masih beramal memohon syurga kepada ALLAH inikan pula mahu menentukan syuga neraka bagi orang lain.. itu lah masalah umat akhir zaman ni.. tak salah kita nak menyampaikan dakwah, tetapi jangan lah orang kata tu berat sebelah.. nampak je orang ni macam x baik sikit x nak tegur.. kalau yang nakal-nakal ni terus ditinggalkan.. hurmm..
buku baru, maka lembaran pun baru.. namun tanggungjawab kita masih sama iaitu mengejar redha ALLAH disamping berbuat baik sesama manusia.. jika sebelum ini kita rasa amalan kita masih belum cukup untuk menebus tiket ke syurga, maka pergiatkan lagi amalan kita itu supaya apa yang seluruh umat Islam impikan tercapai.. kita bukan nak ke syurga seorang diri kan, jadi sama-sama lah kita berusaha supaya bukan kita sahja yang akan memperoleh manfaat di dunia ni, bahkan keluarga kita, sahabat-sahabat kita, saudara mara kita dan seluruh umat Islam ini akan merasai syurga ALLAH.. insyaALLAH.. amin..

apa-apa pun sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ni, sama-sama lah kita beribadah dengan hati yang tawaduk dan benar-benar ikhlas kerana ALLAH s.w.t.. hanya ALLAH lah satu-satunya tempat untuk kita mengadu dan kepada DIA lah kita berserah diri dalam melakukan sesuatu.. jika kita beramal, jangan berbangga dengan amalan itu.. jangan pernah merasakan kita sudah banyak beramal sehingga malas untuk beribadah lagi.. sedangkan Rasulullah pun khuatir untuk menghadapi sakaratulmaut, ini lagikan kita yang hanya hamba-NYA yang hina.. sama-sama lah kita menanamkan sifat cintakan ALLAH dengan ikhlas supaya dalam setiap amalan dan perbuatan kita, hanya ALLAH yang menjadi pemangkinnya.. semoga setiap dari kita diterima amalannya oleh ALLAH.. amin.. :)
p/s : peringatan untuk diri sendiri juga.. supaya sama-sama peroleh syurga-NYA.. 



10 ulasan:

siti nur faradiyana mutussin berkata...

ya..tima ksih ats nasihat...=)

Diari Anak Perantau berkata...

faradiyana mutussin : sama-sama.. untuk peringatan diri sendiri juga.. :)

Lady ★ Hanna berkata...

insyaallah ;) semua nya datang dripada ALLAH juga ;) korang confirm ke tak nak hadiah nie?

~http://dhyeahana.blogspot.com/2012/07/simple-giveaway-by-double-e.html

Diari Anak Perantau berkata...

bubble : betul3.. kepada DIA juga lah kita kembali kelak.. :')

Sam berkata...

Assalamualaikum


AMIN. terima kasih atas nasihat. suka entry ni

Diari Anak Perantau berkata...

tina rosli : sama-sama.. terima aksih sebab suka entry ni.. ini sekadar apa yang saya boleh kongsikan dengan sahabat sekalian.. :)

kindergartenlibrary berkata...

Nice . :)


tak lama lagi puasa . :)

womahimia berkata...

such a great reminder :)

Diari Anak Perantau berkata...

nelly the strange : terima kasih.. :)

Diari Anak Perantau berkata...

womahimia : peringatan untuk diri sendiri juga.. :)