expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 2 Julai 2012

SaNah hElwAh..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

hari ni mirul menulis entry ini dalam keadaan yang mirul sendiri tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan ini.. berbaur suka dan duka yang akhirnya  menyebabkan diri mirul sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang mirul rasa saat ni.. sejarah lama menggamit memori.. dia yang suatu ketika dahulu yang pernah singgah di hati kini kembali hadir saat hati ini benar-benar merindui kasih seorang sahabat sejati..  :')
dia yang lebih mesra mirul gelar sebagai A ialah seorang yang mirul sayangi tanpa dia sedari.. dalam erti kata lain mirul ni admire giler dekat dia lah.. mirul pun x tahu lah kenapa tapi muka dia memang mengingatkan mirul pada seseorang yang dulu pernah juga mirul sayangi.. hu3.. mirul kenal dengan si A ni dekat matrik, dua tahun yang lalu.. kenal bukan bermaksud mirul pernah bercakap dengan dia, kenal bermaksud mirul selalu sangat stalker dia.. he3..

sebenarnya x ramai yang tahu kisah ni sebab mirul rahsiakan.. yang tahu cerita ni mirul dengan beberapa orang kawan baik mirul je.. dan mereka ni semua paling pantang kalau jumpa A sebab nanti mereka yang exited.. ha3.. kadang-kadang kelaka pun ada.. tapi tu lah, x terucap kata cinta yang mirul rasa ni pada A sebab mirul sedar siapa mirul sebenarnya.. dan dia pun dah berpunya sebenarnya.. tapi orang kata hati dan perasaan ni mana boleh dipaksa kan, kalau dah suka tu memang kita akan tetap suka.. cuma cara kita kawal je yang akan menyembunyikannya..  :')
kalau sahabat nak tahu, melalui A ni lah mirul kenal siapa diri mirul sebenarnya.. melalui A ni lah mirul mula dekat dengan ALLAH sebab bagi mirul pertemuan mirul dengan A adalah satu ujian ALLAH buat mirul.. setiap hari mirul menangis sebab tak tahan dengan ujian ni.. dan makin banyak air mata yang mengalir, makin mirul tahu bukan saja-saja je ALLAH lahirkan perasaan mirul ni pada A.. mungkin air mata mirul sepanjang mengenali A ni ada banyak hikmahnya.. cuma mirul je yang masih belum sedar saat tu.. hurmm..

dan kalau sahabat semua nak tahu mirul dah janji dengan diri sendiri yang mirul x akan ingat lagi dekat A ni lepas matrik.. macam-macam cara mirul cuba dan akhirnya sikit-sikit mirul lupa dekat dia.. walaupun sakit dan pertit yang mirul tanggung untuk lupakan dia tapi mirul berjaya juga.. mirul tahu perasaan tu kita x boleh nak hilangkan, tapi memang lepas matrik mirul dah x ingat dekat dia pun.. hurmm..
tapi segala-galanya berubah semalam bila mirul bukak facebook.. dalam sedang on9 tiba-tiba ternampak notifikasi hari jadi.. dan yang buat mirul tiba-tiba rasa sedih yang teramat bila nampak nama A dekat situ.. hu3..

sanah helwah A..
hari ni tanggal 2 julai genaplah 20 tahun A dilahirkan dekat dunia ni.. mirul pun sebenarnya x tahu hari ni merupakan hari lahir dia sebab memang lepas matrik dulu mirul dah berjanji yang mirul x akan ingat lagi dekat dia, x akan stalk facebook dia, x akan ganggu hidup dia lagi.. tapi apakan daya, mirul hanya mampu merancang dan ALLAH yang menentukan segalanya.. semalam merupakan hari yang bagi mirul antara hari yang sukar untuk mirul lalui.. bayangkan kalau orang yang dah lama kita cuba lupakan tiba-tiba muncul balik.. walupun mirul pasti dia x tahu, tapi macam mana pun mirul memang terasa..
puas mirul pujuk hati ni supaya jangan terlalu ikutkan perasaan.. ini semua ujian ALLAH buat mirul.. bagi kawan-kawan yang rapat dengan mirul mereka pasti faham apa yang mirul rasa sebab mereka lah tempat mirul luahkan segala cerita.. bila semalam mirul sedih terus terasa nak solat.. lepas solat mirul mesej semua kawan-kawan baik mirul tu.. dan betul juga apa yang kawan mirul tu cakap yang perasaan ni bukan boleh dipaksa.. mirul sayang dia selamanya akan sayang dia.. cuma masa je yang akan tentukan segalanya.. 

kehadapan A.. 
di hari kelahiran awak ni, saya doakan semoga ALLAH memudahkan segala urusan awak di dunia dan akhirat.. walaupun awak tak tahu apa perasaan saya pada awak tapi sejujurnya bila awak senyum itu pun dah cukup bermakna buat penantian saya selam ni.. mungkin bukan jodoh saya dengan awak tapi insyaALLAH saya akan selalu doakan awak dengan si dia.. beruntung dia dapat bidadari seperti awak.. lagi satu maaflah ye kalau selama ni saya ada ganggu awak hingga buat awak x selesa.. maaf sangat2.. itu semua kekhilafan saya.. hari ni juga, saya dah berjanji dengan diri sendiri bahawa saya akan menyayangi awak sepenuh jiwa saya kerana ALLAH s.w.t.. dan saya percaya juga bahawa ALLAH ada perancangan yang terbaek buat kita semua.. maaf lah ye kalau selama ni saya staker facebook awak, ada ambil gambar awak(sampai sekarang ada dalam phone saya..  :'( ) dan sebagainya yang membuatkan awak x selesa.. apa-apa pun saya doakan yang terbaek buat awak dan keluarga.. lepas ni dah masuk U lagi banyak dugaan untuk awak.. dulu masa dekat matrik saya selalu nampak awak study hard, teruskan usaha ye.. saya boleh support dari jauh je.. maaf..  :'(  nanti dekat U belajar rajin-rajin.. biar orang cakap awak macam-macam tapi saya tahu siapa awak..saya tahu awak mampu lakukannya.. insyaALLAH kalau dah tertulis untuk kita bertemu suatu hari nanti, insyaALLAH saya akan cerita kan semuanya.. sekarang ni hati masih belum kuat untuk berdepan dengan awak untuk bercerita.. apa-apa pun semoga ALLAH merahmati dirimu wahai sahabat ku.. :') lepas ni jaga hand phone tu baik2 ye, simpan no saya.. saya maafkan segala air mata saya yang mengalir kerana awak.. dan halalkan segala senyum tawa saya bila saya ternampak awak.. tulus dari hati saya.. sahabatmu..  :')




19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I know how that feel bro. Been there, done that and trying not to repeat it again. Tapi apakan daya, perkara yang kita cuba elak itulah perkara yang akan datang kembali pada kita...

Hafiz Hafizol berkata...

versi jiwang ke ape nie.. huhu..

arap2 A baca la entri nie :p

Diari Anak Perantau berkata...

tanpa nama : betul3.. ujian ALLAH itu kan selalu datang dan pergi.. macam mana pun kena cuba kan.. ^^ insyaALALH akan cuba yang terbaek..

Diari Anak Perantau berkata...

hafiz hafizol : he3.. ni jiwang karat.. ha3.. x harap pun A baca sebab dah biasa dah buat entry untuk dia.. hwa3.. :p

Masmira Masri berkata...

ya allah...sebagai perempuan sy pasti si A kalau tau awk sbegini cintakn dye akan rasa sgt bertuah....bykkn berdoa yer amirul


do visit n follow mine ok
http://myaleo.blogspot.com/2012/07/orang-kata-kami-kembar.html

Arai Lekir berkata...

aku pun selalu gak rasa macam ni.. lepas 2 minggu baru hilang rasa angau tu..

Diari Anak Perantau berkata...

masmira masri : saya pun x pasti dia rasa bertuah ataupun musibah, tetapi saya akan sedaya upaya untuk melupakan dia.. bukan jodoh kami rasanya.. :')

Diari Anak Perantau berkata...

arai lekir : hu3.. sebab perasaan ni x boleh paksa kan.. :')

Unknown berkata...

ooo..kalau ad jodoh xkan kemana kan..

Halimatun Sa'adiah berkata...

cayalah en amirul..insyaallah kalo da mmg jodoh, A tu mmg utk anda..huhuu

Diari Anak Perantau berkata...

cik mun : insyaALLAH.. :')

Diari Anak Perantau berkata...

halimatun sa'adiah : x mengharap.. tapi semua ketentuan ALLAH.. :')

womahimia berkata...

salam. nak share sikit.
I like this story because this story exactly same like my story time kat matriks dulu. seriously. feel touched reading this entry!

Diari Anak Perantau berkata...

womahimia : waalaikumsalam.. :') pasti anda faham kan apa yang saya rasa... moga terus tabah ye.. :')

womahimia berkata...

sangat faham sebenarnya. I hope that I can be like you. you can simply forget about her for now. but not for me. I still can't get off him out my mind :(
hope I can be as strong as you.

Diari Anak Perantau berkata...

womahimia : saya x pernah lupakan dia.. cuma saya x terikutkan sangta perasaan ni.. kalau kita cuba, insyaALLAH boleh.. u should try k.. :)

womahimia berkata...

insha Allah :) I'll try my best!

Diari Anak Perantau berkata...

womahimia : amin.. :) chaiyok2.. ^^

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah, korang mampu lupakan all those thing nih bla korang dah jumpa yg benar-benar cocok dgn hati.. Sama mcm sy @ akk.. Bertahun cuba.. Bertempayan air mata tumpah rasa.. Alhamdulillah, hati ini semakin bahagia. Semoga kasih ini membawa ke halal dan syurga.. InsyaAllah.. Amin,, -mns