expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 19 Julai 2012

aHLaN wAsaHlaN yA RamADhAn..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^^
okey..! sedar x sedar ramadhan akan datang menjelma lagi sehari je.. esok dah jumaat, 30 sa'aban.. lusa insyaALLAH kalau anak bulan dah kelihatan seluruh umat Islam dekat Malaysia ni akan mula berpuasa dalam bulan ramadhan ni..  ^^  jadi apa persiapan sahabat semua menghadapi ramadhan kali ni..?
ramai dari kita yang setiap kali dengar ramadhan je terus ingat raya.. lagi-lagu dekat malaysia ni, kalau x ingat tu x sah lah.. he3.. bukan salah kita nak ingat Aidilfitri sebab maksudnya pun kemerdekaan kan, tapi biarlah berpada-pada.. jangan sampai keberkatan Ramadhan tu kita sia-sia kan.. rugi tau x.. hu3.. Ramadhan pun bukan datang selalu, dalam 12 bulan sebulan je Ramadhan datang.. x kan kita nak sia-sia kan nya.. belum tentu tahun depan kita dapat jumpa dengannya Ramadhan kan.. hu3..

dalam bulan Ramadhan ni lah masa nya untuk kita semua pastikan malaikat Raqib yang mencatit amalan baik kita selama ini untuk berkerja lebih masa.. almaklumlah, bulan Ramadhan ni bulan penuh keberkatan.. setiap amalan baik kita dalam bulan Ramadhan ni amat bermakna.. dari pagi kita akan berpuasa sampai maghrib untuk berbuka.. malam pula kita akan solat terawih kan.. jadi sepanjang hari kita melakukan ibadah, x kan nak cacatkan ia dengan perkara-perkara yang mendatangkan dosa kan.. hu3.. 
macam dulu masa mirul dekat sekolah, ada seorang cikgu ni dia x pakai tudung, dan pakaian yang dia pakai pun agak menjolok mata sebenarnya.. tapi alhamdulillah mungkin berkat doa-doa semua orang ditambah pula dengan keberkatan bulan Ramadhan, akhirnya pada Ramadhan tahun 2009 dia dah mula menutup aurat dia.. ini semua kuasa ALLAH kan..  :)  jadi mirul percaya bahawa bulan Ramadhan ni lah masanya untuk kita berubah.. sikit-sikit pun x apa lah, janji ia nya berterusan.. moga yang sikit akan menjadi bukit,, amin..

apa-apa pun berbuat baik ni bukan dalam bulan Ramadhan je.. mungkin Ramadhan ni satu lembaran baru buat kita semua untuk berubah kan, jadi kena kekalkan sampai bila-bila.. janga pula nanti lepas Ramadhan malaikat Raqib dah x ada kerja.. hu3.. mintak dijauhkan.. apa-apa pun pengumuman dekat TV pun dah dibuat kan, lusa puasa.. selamat berpuasa sahabat.. ahlan wasahlan ya Ramadhan.. semoga kali ini kehadiranmu membawa seribu satu rahmat buat kami semua umat Islam.. amin..~~