expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 31 Julai 2012

Berkat Dalam Kesederhanaan..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin..  ^^\/
alhamdulillah, masih ALLAH bagi kita peluang untuk menebus segala dosa-dosa kita yang lalu.. jangan ingat bila ALLAH bagi umur yang panjang x ada gunanya.. ALLAH bagi masa dekat kita.. cuma kita je yang sedar x sedar perkara tu,, jadi bila dah tahu ni, gunakanlah masa yang ada ni utuk bertaubat, kembali ke jalan ALLAH.. taubat kita x pernah ALLAH tolak.. malah diterima dengan terbuka.. insyaALLAH.. amin..~
alhamdulillah mirul syukur sangat-sangat sebab segmen kad raya mirul mendapat sambutan.. lebih kurang 40 orang semuanya yang join.. dicampur lagi dekat Facebook mirul mahu-mahu nak dekat 50 lebih semuanya.. he3.. dan insyaALLAH mirul macam nak bagi dekat semua orang.. x tahu lagi macam mana.. tengok lah.. setem dah beli 40 keping.. cuma kad je belum beli lagi.. ada terfikir nak buat sendiri kad tapi macam x sempat je kan nak buat 50 kad dalam masa yang singkat macam ni.. hu3..

duit dan segala-galanya..
okey..! kita tinggalkan kad raya tu dulu sebab ada benda yang lagi penting mirul nak kongsi dengan sahabat sekalian.. hurmm.. dalam dunia ini orang cakap segala-galanya boleh dibeli dengan wang.. betul ke..? itu terpulang kepada persepsi masing-masing sebab bagi mirul sebenarnya duit memang boleh beli segala-galanya.. mungkin ada sesetengah orang mereka x percaya tapi itu realiti masa kini.. kalau ada duit semua kita mampu miliki.. 

bagi mirul, orang kaya mampu memiliki apa pun yang dia nak.. asalkan duit dia cukup, apa je yang dia nak pasti dapat.. cuma dengan cara apa dia perolehi benda itu je yang menimbulkan persoalan dekat sini.. mirul bagi satu situasi ye..  ^^\/  ada orang dia punya gaji berpuluh ribu, tapi nak uruskan satu keluarga dia pun x cukup.. ada pula orang tu gaji dia x sampai 3 ribu pun tapi alhamdulillah, setiap bulan gaji dia tu mampu tampung satu keluarga dia.. beza kan kedua-dua ni..?
nah..! ini lah yang mirul nak sampaikan dari tadi.. KAF BA RO KAF ALIF TA NUN.. KEBERKATAN..! bila duit yang kita dapat tu dari sumber yang halal, dari kerja kita yang halal insyaALLAH semuanya akan cukup.. itu ALLAH dah janji dengan kita.. tapi bila masa gaji yang kita dapat tu dari sumber yang haram, cara kita kerja pun haram memang x akan pernah cukup lah.. kalau cukup sekalipun mungkin tubuh yang menerima hasil duit tu akan terkesan dengan keharaman duit tersebut..

jadi ingat, kalau kita kerja nanti dan bagi sesiapa yang dah kerja tu kena selalu fikir tentang halal haram nya.. contoh paling senang kalau nak claim.. mungkin orang boleh tipu claim untuk dapatkan gaji yang lebih banyak, tapi kena ingat, ALLAH tu maha adil.. orang boleh kita tipu, tapi ALLAH boleh ke..? fikir-fikir kan lah ye sahabat mirul..
apa-apa pun dalam hidup ni kalau kita mendapat keberkatan x kira lah dari ALLAH ke dari ibu bapa kita ke , semuanya pasti akan berjalan dengan lancar.. keberkatan tu penting..! dalam kita mencari ilmu pun keberkatan dari guru tu penting.. jadi lepas ni kalau apa-apa pun yang kita lakukan fikir tentang kesan nya kelak.. memang hari ni kita rasa kesannya, tunggu je lah hingga ALLAH tunjukkan kelak.. huk3.. wallahualam..~

p/s : sucikan hartamu dengan sedekah dan zakat.. sesungguhnya rezeki itu milik ALLAH.. DIA lah pengurnia segala rezeki di muka bumi ini..~~

Read more...

Sabtu, 28 Julai 2012

SEgMEn : SiAPa Nak KaD RAya..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahal.. insyaALLAH.. amin..  ^^
alhamdulillah, bersyukur kita kepada Ilahi kerana dengan limpah kurniaannya dapat kita berpuasa dalam keadaan yang sihat dan bertenaga ni.. ^^ ALLAH pun dah berjanji kan, jika kita bersyukur atas nikmat yang diberi maka nikmat itu akan ditambah lagi.. insyaALLAH.. jadi dalam setiap apa yang kita lakukan, apa yang kita terima jangan lupa bersyukur ye..  ^^
jadi hari ni mirul dengan suka hati nya nak buat satu segmen khas buat semua sahabat-sahabat blogger.. mudah je segmen ni.. x perlu lah nak buat entry ke, nak tag kawan ke.. cuma yang sahabat perlu buat ialah komen dekat entry ni.. bak kata kawan mirul kalau sahabat nak follow terpulang sebab saya bukan giler follower.. ha3.. sentap..   :P

kad raya 2012..
segmen ni bertujuan untuk mengimbau kembali satu perkara yang telah kita lupakan.. almaklumlah, zaman pun semakin maju kan, mana ada orang nak bagi kad raya lagi.. sebab tu mirul buat segmen ni supaya budaya kita ni x hilang ditelan zaman.. hu3.. jadi mirul nak bagi kad raya lah dekat sahabat-sahabat sekalian..  siapa yang nak boleh lah komen dekat entry ni dan lengkapkan slogan ni je dekat komen bawah tu.. x susah pun.. 

"saya nak kad raya sebab......"

senang kan..? he3.. x susah pun.. kalau ramai yang komen mirul akan pick secara random mereka-mereka yang bertuah.. dan doakan mirul mirah rezeki sebab kalau cukup fulusnya mirul akan bagi kad raya dekat semua yang komen... he3..  ^^ dan yang paling penting sahabat tinggalkan ID facebook sahabat tau dekat komen tu.. sebab senang sikit mirul nak contact mintak alamat.. kalau senang-senang inbox je alamat rumah sahabat dekat facebook mirul ye.. ni FACEBOOK MIRUL....  ^^\/
apa-apa pun jangan kita lupakan Ramdhan yang mulia ni... nak raya pun berpada-pada ye.. jangan sampai Ramadhan dilupakan gara-gara persiapan menjelang Syawal.. hu3.. dan jangan lupa sebar-sebarkan ye segmen ni.. lebih ramai lagi best.. mana tahu boleh tukar-tukar kad raya..  ^^ wasalam..~~

Read more...

Jumaat, 27 Julai 2012

KaD raYa DaRIPaDa SyaFikwAy 2012..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin..  ^^
alhamdulillah, hari ni hari ke-6 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan.. masih lagi ALLAH berikan kita peluang untuk berpuasa dalam keadaan yang sihat kan..  ^^

hari ni kebetulan pula mirul ternampak satu segmen best yang dijalankan oleh seorang kawan mirul ni.. sebenarnya mirul pun nak buat segmen ni semalam cuma x sempat-sempat, tahu-tahu dah ada yang buat.. he3.. tengok lah nanti nak buat ke x.. yang pasti mirul akan join segmen kawan mirul ni..  ^^

siapa yang nak join --->>KLIK SINI<<---

jadi gambar raya mirul ialah..  :D
tahun lepas mirul buat segmen ni dan alhamdulillah semua yang respond dapat.. jadi tahun ni mirul pun nak kad raya..  :D  jadi sesiapa yang nak join jugak boleh lah join sebab x ada syarat-syarat yang susah pun.. x rugi join tau.. seyes.. kalau rezeki ada dapat kad raya kan..  :D

ha3.. gambar ni ialah gambar segmen mirul tahun lepas.. gambar yang nampak biasa ni lah antara gambar yang berjaya mirul edit dengan jayanya tahun lepas.. he3.. apa-apa pun dalam ketidaksabaran kita nak menyambut hari raya ni jangan sampai kita lupa kan Ramdhan ni...  ^^ wasalam..~~


Read more...

Khamis, 26 Julai 2012

PuAsa sAtu tRend..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^^
alhamdulillah, hari ni sudah masuk hari ke-5 kita umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan.. jadi macam mana setakat ni..? adakah semuanya berjalan dengan lancar ataupun sebaliknya.. apa-apa pun itu semua bergantung kepada niat kita dalam mengerjakan ibadah ini..jika baik niatnya, maka baik lah balasan nya.. jika sebaliknya maka kita pun dah tahu jawapannya bukan..  :)
sebenarnya mirul dalam keadaan yang kurang sihat.. mata mirul merah sehingga bengkak ni.. mungkin sebab kurang tidur.. he3.. selesema pula dah mula nak menunjukkan diri.. hurmm.. alhamdulillah.. semua ni mirul anggap sebagai satu ujian ALLAH supaya mirul sedar yang semua orang dekat dunia ni hidupnya sementara je.. sihat lawannya sakit, dan sakit mampu menghapuskan dosa-dosa kecil kita.. yang penting ikhlas dan redha.. insyaALLAH okey punya nanti..

hurmm.. dari atadi mirul asyik cakap mengenai ikhlas je kan.. sebenarnya dalam entry ni mirul nak berkonsi dengan sahabat sekalian tentang ikhas dalam beribadah.. okey..! contoh yang paling mudah ialah berpuasa.. percaya atau tidak ramai dari kita ni sebenarnya berpuasa kerana trend, maksud mirul bila semua orang berpuasa nak tak nak kena berpuasa juga.. macam dalam berfesyen, minggu ni trend lain, nanti bila orang pakai fesyen lain kita ikut fesyen baru tu.. hu3..
mirul percaya bahawa x semua orang macam tu, tapi kalau betul lah kita ni ikhlas dalam beribadah, ikhlas dalam berpuasa kenapa masih x tutup aurat, masih melakukan perkara-perkara yang mendatangkan murka ALLAH..? sebab tu bila semua orang puasa kita akan rasa malu kalau kita x puasa.. jadi nak tak nak kena puasa jugak.. ikhlas tu belakang kira.. almaklumlah nak jaga maruah.. hu3.. selamat ikhlas itu ALLAH sembunyikan dari mata kasar kita, cuba bayangkan kalau ikhlas tu kita boleh nampak.. hu3..

orang yang ikhlas dalam beribadah x akan pernah merungut malahan akan merasa lebih tenang melakukan ibadah tersebut.. macam puasa, tidak dapat nak dinafikan seharian berpuasa buat kita lapar tapi tidak ALLAH jadikan puasa itu untuk kita lapar semata-mata.. salah satunya ALLAH nak kita merasa betapa susahnya mereka yang kurang berkemampuan menjalani kehidupan.. sedangkan kita selalu membazir, mereka nak makan sesuap nasi pun susah.. itu pun kita masih merungut sana sini.. x sedar diuntung..!
apa-apa pun mirul pun masih dalam perjalanan untuk benar-benar ikhlas dalam melakukan segala perkara, bukan dalam beribadah sahaja.. sebab mirul percaya bahawa jika kita ikhlas melakukan sesuatu perkara walaupun sekecil zarah ia tetap bernilai.. dan dalam apa-apa perkara sekalipun jangan bersangka buruk dengan orang lain.. kita ini manusia bukan pengadil yang ALLAH ciptakan untuk menentukan syurga neraka seseorang.. sedangkan ikhlas kita pun kita sendiri x nampak, ini lagikan nak tentukan keikhlasan orang lain kan.. semoga sahabat sekalian faham apa yang mirul cuba sampaikan.. sama-sama lah kita menuju jalan yang diredhainya.. insyaALLAH... amin..~~

p/s : Ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam si waktu malam.. ianya tidak dapat dilihat tapi dapat dirasai.. percayalah..  ^^\/  peace no war.. wasalam..~~

Read more...

Selasa, 24 Julai 2012

RamADhAn yA rAMaDhaN..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..
jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa, jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^^
alhamdulillah, dalam diam x diam dah 4 hari kita berpuasa kan..  :) jadi macam mana setakat ni..? adakah kita semakin ikhlas beribadah ataupun sebaliknya..? apa pun yang kita rasa, semoga semakin hari semakin ikhlas lah kita dalam melakukan ibadah kepada ALLAH.. dan semoga ibadah ini dikira disisi ALLAH.. amin..
dalam kita melayari Ramadhan kali ini cuba kita bersama-sama menanamkan niat untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ini.. jika mungkin Ramadhan lalu berlalu tanpa sebarang perubahan kepada diri kita, maka Ramadhan kali ini bersama-sama lah kita cuba untuk berubah.. mirul percaya bahawa perubahan yang bersungguh-sungguh itu dimulakan dengan niat dan keikhlasan hati.. insyaALLAH jika niat kita itu betul, ALLAH sentiasa membantu..

Ramadhan ini bulan yang penuh dengan keberkatan.. jika kita mengelosori sejarah ketika zaman Rasulullah, Ramadhan disambut dengan penuh kegembiraan.. pemergiannya pula ditangisi dengan penuh rasa kerugian.. hu3.. dalam bulan Ramadhan ni lah mereka menggunakan sepenuh masa untuk menambahkan amal ibadah sedia ada.. sebab dalam bulan Ramadhan itu sendiri tersembunyi seribu satu kebaikannya.. jadi sama-sama lah kita menggunakan bulan Ramadhan ini untuk meningkatkan amalan kita.. bukan membiarkan ianya berlalu tanpa terkesan kepada kita..
ada orang berpuasa, tapi x solat.. ada orang berpuasa tapi x tutup aurat.. ada orang juga berpuasa tapi dia mengumpat dan sebagainya.. kalau kita tanya kepada diri sendiri kenapa kita berpuasa apa agaknya jawapannya.. adakah sebab kita malu kalau orang tahu kita x berpuasa ataupun kita hanya sekadar mengikut musim.. orang puasa kita puasa, orang x puasa x yah puasa.. hurmm.. betul ke semua ni..?

puasa itu wajib bagi yang berkemampuan.. solat itu lagi lah wajib.. macam tu jugak dengan menutup aurat.. kalau kita x buat semua ni maka berdosa besarlah kita sebagai hambanya.. orang yang benar-benar ikhlas melakukan ibadah x akan pernah merungut ataupun tidak melakukan ibadah dengan sempurna.. malah mereka semakin seronok beribadah.. dalam soal puasa tapi x solat tu semua, dia puasa dia dapat pahala.. dia x solat dia dapat dosa juga.. jadi sia-sia je kan.. kan lebih bagus kalau kita dapat pahala puasa dan pahala solat.. fikir-fikir kan lah..
apa-apa pun macam orang selalu cakap, kubur lain-lain.. memang betul, tapi kalau kita dah nampak kemungkaran kalau kita x tegur, kita pun turut berdosa.. jadi sama-sam lah kita sebagai umat Islam untuk bersikap amar makruf nahi mungkar.. kalau kita ditegur, terima teguran itu.. perbaiki kesilapan diri.. jangan masuk kanan keluar kiri, dosa tu tetap dosa.. jado sama-sama lah kita menggunakan bulan yang mulia ini untuk berubah.. katakan dalam diri JOM SOLAT SECARA ISTIQOMAH..! JOM TUTUP AURAT..! insyaALLAH hati akan perlahan-lahan menerima arahan itu.. amin..~~

Read more...

Jumaat, 20 Julai 2012

kEraNA sePAsANg SEliPar..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin..^^
alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama tahun ini untuk berpuasa sekali lagi di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.. hu3.. dalam kegembiraan mirul menyambut Ramadhan esok hari ini ALLAH turun kan sedikit ujian buat mirul.. alhamdulillah, ujian ini bukan melemahkan, malah makin membuat kan mirul yakin bahawa ALLAH itu maha adil..  :)
tadi lepas solat jumaat mirul punya selipar hilang.. Ya ALLAH, rasa macam nak jerit pun ada.. tapi mirul sabar je.. cuba berfikiran positif.. mungkin ada yang pinjam untuk ke tandas agaknya.. hu3.. nak dekat 10 minit mirul tunggu selipar tu masih x ada.. hurmm.. memang sah lah selipar tu dah hilang.. dalam hati hanya tuhan je tahu.. dah lah mirul parking moto jauh dari masjid.. kena lintas jalan raya lagi.. hurmm..

mirul terus telefon mak, mana tahu dia nak datang hantar selipar kan.. tapi rupanya hampeh..  -..- mak mirul bukan nak hantar, malah dia siap ketawakan lagi.. huh..! tapi dia pesan "along jangan ambil selipar orang lain tau.. x baik.. ni ujian ALLAH untuk along.. baik-baik balik rumah.." hurmm... dalam hati memang x terniat pun nak ambil selipar orang lain sebab kesian nanti orang tu kan.. huk3.. bayang kan lah ea, kalau mirul ambil selipar si A, berkemungkinan besar si A akan ambil selipar si B.. dan akhirnya semua orang akan mengalami benda yang sama, dosa pun sama.. jadi biarlah mirul je yang rasa ujian ni..  ^^'


buat si Dia yang telah terambil atau sengaja ambil selipar mirul tu, mirul halalkan.. mungkin dia terambil kot seliapr mirul tu.. kalau betul pun dia curi selipar tu mungkin dia lebih memerlukan selipar tu dari mirul.. kesian dia.. jaga selipar tu baik-baik ye, jangan ambil selipar orang lain pula lepas ni.. kesian orang lain tu.. hu3.. selipar boleh dibeli lagi kan.. :)  

sejujurnya mirul x rasa marah atau pun benci pun dekat orang yang ambil selipar mirul tu.. sebab mungkin mirul sentiasa berfikiran positif kot.. jadi dekat sini mirul nak nasihatkan sahabat-sahabat kalau kita sedang berhadapan dengan masalah ataupun musibah jangan cepat marah ataupun nak menyumpah seranah ye. sebab percayalah benda tu hanya akan buat ka hati kita jadi lebih marah dan geram.. bila geram kita akan dendam.. sebab tu lah hati x pernah tenang.. apa-apa pun husnuzon dengan ujian ALLAH.. ia menguatkan, bukan melemahkan..  :)
p/s : apa-apa pun jangan lupa malam ni kita ada temujanji dekat masjid atau pun surau ataupun rumah masing2.. jangan lupa solat sunag terawih ye malam ni..  :) wasalam..~~

Read more...

Khamis, 19 Julai 2012

aHLaN wAsaHlaN yA RamADhAn..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^^
okey..! sedar x sedar ramadhan akan datang menjelma lagi sehari je.. esok dah jumaat, 30 sa'aban.. lusa insyaALLAH kalau anak bulan dah kelihatan seluruh umat Islam dekat Malaysia ni akan mula berpuasa dalam bulan ramadhan ni..  ^^  jadi apa persiapan sahabat semua menghadapi ramadhan kali ni..?
ramai dari kita yang setiap kali dengar ramadhan je terus ingat raya.. lagi-lagu dekat malaysia ni, kalau x ingat tu x sah lah.. he3.. bukan salah kita nak ingat Aidilfitri sebab maksudnya pun kemerdekaan kan, tapi biarlah berpada-pada.. jangan sampai keberkatan Ramadhan tu kita sia-sia kan.. rugi tau x.. hu3.. Ramadhan pun bukan datang selalu, dalam 12 bulan sebulan je Ramadhan datang.. x kan kita nak sia-sia kan nya.. belum tentu tahun depan kita dapat jumpa dengannya Ramadhan kan.. hu3..

dalam bulan Ramadhan ni lah masa nya untuk kita semua pastikan malaikat Raqib yang mencatit amalan baik kita selama ini untuk berkerja lebih masa.. almaklumlah, bulan Ramadhan ni bulan penuh keberkatan.. setiap amalan baik kita dalam bulan Ramadhan ni amat bermakna.. dari pagi kita akan berpuasa sampai maghrib untuk berbuka.. malam pula kita akan solat terawih kan.. jadi sepanjang hari kita melakukan ibadah, x kan nak cacatkan ia dengan perkara-perkara yang mendatangkan dosa kan.. hu3.. 
macam dulu masa mirul dekat sekolah, ada seorang cikgu ni dia x pakai tudung, dan pakaian yang dia pakai pun agak menjolok mata sebenarnya.. tapi alhamdulillah mungkin berkat doa-doa semua orang ditambah pula dengan keberkatan bulan Ramadhan, akhirnya pada Ramadhan tahun 2009 dia dah mula menutup aurat dia.. ini semua kuasa ALLAH kan..  :)  jadi mirul percaya bahawa bulan Ramadhan ni lah masanya untuk kita berubah.. sikit-sikit pun x apa lah, janji ia nya berterusan.. moga yang sikit akan menjadi bukit,, amin..

apa-apa pun berbuat baik ni bukan dalam bulan Ramadhan je.. mungkin Ramadhan ni satu lembaran baru buat kita semua untuk berubah kan, jadi kena kekalkan sampai bila-bila.. janga pula nanti lepas Ramadhan malaikat Raqib dah x ada kerja.. hu3.. mintak dijauhkan.. apa-apa pun pengumuman dekat TV pun dah dibuat kan, lusa puasa.. selamat berpuasa sahabat.. ahlan wasahlan ya Ramadhan.. semoga kali ini kehadiranmu membawa seribu satu rahmat buat kami semua umat Islam.. amin..~~




Read more...

Rabu, 18 Julai 2012

SaNaH hELWAh aMIrUL..!!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. 
alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat jugak mirul menulis entry yang pertama dalam usia 20 tahun ni.. he3.. semalam 17 Julai 2012 genap 20 tahun mirul menjadi hamba ALLAH di muka bumi ini.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. terima kasih ya ALLAH..  :)
sepanjang 20 tahun bergelar Muhamad Amirul Bin Suari, macam-macam dugaan, macam-macam cabaran yang mendatang.. tapi semua itu mirul hadapi dengan senyuman.. walaupun ada juga dugaan yang membuatkan mirul sedikit goyah, mirul tahu semuanya ada hikmahnya kan.. dan mirul tahu semua ujian dan dugaan tu makin buat mirul kuat, bukan melemahkan.. husnuzon dengan ALLAH..  ^^

hadiah..
ada orang cakap dah besar x boelh terima hadiah lagi sebab mana ada orang besar dapat hadiah kan.. tapi bagi mirul orang besar pun layak dapat penghargaan kan..  :) dan yang paling penting sebenarnya bukan hadiah berunsur kebendaan yang mirul dambakan.. mungkin dalam kita x sedar sebenarnya kita banyak sangat terima hadiah dari ALLAH, dari keluarga kita dan dari sahabat-sahabat kita seperti kasih sayang, perhatian dan banyak lagi.. jadi x payah nak sedih kalau kita x dapat hadiah masa bufday ye, bersyukur..  :)
harapan..
semua orang ada harapan, semua orang ada impian kan... x terkecuali mirul.. insyaALLAH bila umur dah 20 tahun ni mirul nak perbaiki banyak kelemahan diri ni.. hurmm.. sebagai manusia biasa yang banyak khilafnya, mirul berharap sangat bila umur semakin meningkat ni mirul akan menjadi hamba-NYA yang lebih tawaduk dalam beribadah dan dalam mengabdikan diri kepada-NYA.. insyaALLAH..

dan tak terkecuali, mirul harap bila dah masuk 20 ni mirul akan lebih berjaya dalam hidup.. mirul akan cuba menjadi yang terbaik dan akan berusaha sebaik mungkin.. orang cakap kalau kita x cuba mana kita nak tahu kan kemampuan kita. insyaALLAH mirup pegang kata-kata tu.. mirul akan buat mak mirul bangga dan cuba memperbaiki ekonomi kami sekeluarga.. insyaALLAH mirul akan bergraduasi pada tahun 2014, jadi mirul akan sedaya upaya membantu keluarga mirul.. aminn..~
apa-apa pun mirul nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat semua kawan-kawan yang dah wish bufday mirul dekat facebook semalam.. memang ramai yang wish nak dekat 400 rasanya.. terima kasih banyak-banyak atas doa-doa kalian semua.. terima kasih..  ^^  dan buat mak mirul, adik-adik mirul, nenek mirul yang dah banyak berusaha untuk buat suprise untuk mirul semalam, terima kasih ye.. walaupun x menjadi tapi mirul gembira sangat-sangat semalam.. terima kasih..  ^^ semoga ALLAH merahmati hidup kita sekeluarga ye.. aminnn..~~

Read more...

Sabtu, 14 Julai 2012

SeLAmaT DAtAnG kE UniVerRSiTi..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^^ 
okey..! mirul pasti ramai yang dah tahu dan dah semak keputusan UPU semalam kan.. tahniah buat semua yang berjaya.. bagi yang tidak berjaya jangan lah sedih-sedih ye.. ALLAH dah rancang sesuatu yang lebih baik buat kalian.. insyaALLAH..  
begitu juga kepada mereka-mereka yang dapat tawaran kemasukan ke IPTA bagi sidang akademik 2012/2013.. tahniah diucapkan dan selamat menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar Universiti kelak.. bukan senang tau nak "survive" dekat U ni.. banyak dugaan dan ranjaunya nya.. nanti bila dah masuk U korang baru faham apa yang mirul maksudkan.. 

dapat U yang tak best..
ramai juga yang mirul dengar merungut sebab dapat U yang mereka x mohon.. dan ada yang lebi best tu dia dapat U yang dia sendiri x pernah dengar.. hurmm.. apa yang mirul nak cakap, bersyukurlah dapat masuk U tau.. bukan semua orang dapat.. terkenal ke tak U tu, itu bukan masalah sebab kalau dapat U yang terbaek pun tapi kita malas nak belajar dan dapat keputusan yang teruk sama je kan..

dapat kos yang pelik-pelik..
ada sahabat mirul dia dapat kos yang dia x pernah dengar.. mirul cakap dengan dia, masuk je dulu.. belajar perlahan-lahan.. mungkin nama kos tu je pelik tapi sebenarnya kita pernah belajar basic nya.. dan kalau sahabat semua nak tahu, kos-kos dekat U ni bukan pelik, cuma kita je yang x pernah diberi pendedahan tentang kos tu.. sebab tu nanti bila dah belajar kita akan tahu hala tuju kos ni.. cuba lah dulu..  :)

dapat kerja ke..?
ni lagi satu masalah pelajar sekarang.. memang mirul x dapat nak nafikan bahawa kita belajar sebab nak dapatkan kerja yang baik, tapi kalau dah ALLAH tulis rezeki kita dekat kos tu macam mana pun mesti ALLAH dah tulis jugak pekerjaan kita selepas itu.. yang penting kita belajar, dapatkan keputusan yang terbaek sebab kalau keputusan baik, semua syarikat yang berkaitan nak kita kan.. kalau keputusan pun teruk, memang susah lah nak dapat kerja.. apa-apa pun rezeki tu terletak di tangan ALLAH kan.. 

U jauh sangat..
haish..! ni lagi satu masalah yang timbul.. ada orang duduk johor, dapat U dekat sabah, sarawak, perlis.. merungut cakap U tu jauh sangat lah, apa lah.. memang lah jauh.. nama pun nak pergi menuntut ilmu kan.. kalau nak U dekat-dekat buat lah U sendiri.. senang.. semua orang kalau boleh x nak belajar jauh-jauh daripada kekuarga, tapi macam mirul cakap, kalau dah ALLAH tulis kita akan belajar jauh macam mana pun kita akan belajar jauh juga.. bukan selamanya kita tinggal sana kan.. paling lama pun 5 tahun je..  :)

apa-apa pun jangan patah semangat walau U mana pun yang sahabat dapat, kos apa pun yang sahabat terima, terima dengan hati yang terbuka dan redha.. ada hikah semua tu.. dan bagi sahabat yang dapat U yang baik, dapat kos yang sahabat semua nak jangan terlalu gembira dan rasa puas dengan pencapaian tu.. teruskan usaha supaya lepas ni pun kita akan mendapat kejayaan yang sama..

sesunguhnya, itu pun satu ujian ALLAH buat hamba-NYA..  :) 

Read more...

Khamis, 12 Julai 2012

DeRHaka Ke Aku Ni..?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak ajwab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^
okey..! kisah yang bakal mirul ceritakan ni mirul rasa x sepatutnya mirul sebarkan, tapi bila difikirkan balik anggap je lah ini merupakan satu kisahn yang boleh kita ambil sebagai satu kisah pengajaran.. supaya selepas ini apabila kita semua menjadi seorang suami atau isteri, kita akan menjadi seorang yang bertanggungjawab..
mirul sebenarnya dah naik jemu nak bercerita tentang kehidupan mirul ni pada orang lain.. mungkin secara zahirnya orang anggap mirul ni seorang yang x ada masalah dalam hidup.. selalu senyum, buat lawak n x pernah bersedih.. tapi percayalah, setiap dari kita yang hidup dekat dunia ni x akan lari daripada sebarang ujian ALLAH.. begitu juga mirul.. 

mirul seorang yang x suka nak tunjukkan masalah depan orang lain.. terutamanya masalah yang melibatkan keluarga mirul sendiri.. sebab mirul lebih suka berkongsi dengan mak mirul.. tapi biasanya kalau ada masalah, mirul x akan pernah lari dari mengadu dengan ALLAH.. sesungguhnya kepada DIA lah tempat sebenar untuk kita mengadu.. 

derhaka ke aku..?
mirul membesar dalam keluarga yang sederhana.. kalau dilihat secara uaran orang akan fikir kami ni keluarga yang bahagia.. tapi sebenarnya tidak.. bukan mirul cuba menyalahkan mak ayah mirul tapi ini kenyataan... namun, alhamdulillah mirul berjaya membesar dengan titik peluh mak mirul.. seingat mirul, x pernah sekalipun abah bagi duit sekolah, semuanya mak yang bagi.. dan seingat mirul juga, segala-galanya yang ada dalam rumah mak yang beli.. x ada satu pun yang abah beli.. kalau ada pun untuk kegunaan dia..

perkara itu dah menjadi satu kebiasaan sebab mirul membesar dengan keadaan seperti itu.. namun lama kelamaan abah semakin menjadi-jadi.. x nak lah mirul aib kan dia atas perbuatan dia tapi cukuplah sekadar sahabat semua tahu yang mirul sebagai seorag anak sangat membenci dia.. langsing x ada perasaan sayang pun terhadap dia..

kasih seorang isteri mithali itu tiada tandingannya.. sepanjang mak bersam dengan abany sehinggalah hari ini tak pernah sekalipun mak mirul suruh mirul membenci mirul abah mirul tu.. malah dia selalu pesan supaya nanti bila dah besar, dah kerja cari abanh.. bantu dia.. dan mirul yang membesar dengan mak pun makin lama makin melupakan sifat benci tu..

walaupun abanh dah bercerai dengan mak secara fasak 3 tahun lalu, namun sejarah hitam tu tetap ada dalam memori ini..banyangkan dah lah abanh keluar rumah tanpa sebarang harta pun dia tinggalkan, malah dia tinggalkan kami sekeluarga dengan hutang-piutang dia.. x cukup dengan tu kami sekelurga ni dah x ada harta dah, semua dah kena kebas.. kami kuatkan semangat juga sebab mak selalu cakap, ujian ni tanda ALLAH sayang dekat kita.. kita kena redha..

sebab tu lah mirul dan mak banyak sangat berkongsi persamaan.. mirul tahu mak terlalu baik jika dibandingkan dengan mirul tapi mak mirul merupakan seorang isteri, ibu dan anak yang terbaek yang pernah mirul lihat.. bukan senang nak besarkan 5 orang anak dalam dunia yang mencabar ni.. lagi-lagi bila ada pula anak yang sifatnya saling x tumpah dengan abah.. namun mak akur, semua tu dah tertulis.. sebab tu mak selalu nangis.. hurmm..

bila orang cakap mirul ni kolot sebab x nak kahwin, mirul senyum je... bagi kawan-kawan yang rapat mesti dowang faham kenapa mirul x terniat nak kahwin.. tapi bagi mereka yang tak tahu, ni lah sebabnya.. adik mirul ada lagi 4 orang, semua nya kecik-kecik lagi.. dan mirul pun dah cakap dekkat mak yang selagi adik-adik ni x berjaya mirukl x akan kahwin.. tanggungjawab besar nak jaga adik-adik ni, lagi-lagi adik perempuan.. mirul x nak dowang jadi macam kebanyakkan remaja sekarang ni.. walaupun dowang masih x faham, mirul kena didik dari sekarang.. hurmm..

petang tadi mak dapat mesej.. anak sedara abah cakap abah mirul kena tangkap.. dia mintak duit sebab nak ikat jamin.. hati mak dah keras dengan abah.. mirul sendiri dah kering air mata nak menangis.. melepaskan abang umpama "melepaskan anjing yang tersepit".. bukan kami sekeluarga membenci namun biarlah ini menjadi pengajaran buat dia.. mirul sebagai anak x pernah terlepas mendoakan kesejahteraan dia.. walupun dia x pernah nak bagi nafkah buat kami sekekuarga, namun tanpa dia siapa lah mirul dekat dunia ni kan..

luka lama umpama berdarah kembali.. bertahun mirul dan mak cuba sembuhkan luka tu tapi dalam sehari segalanya kembali berdarah.. adik-adik mirul tadi ada yang sibuk nak ikat jamin abah mirul dan ada adik mirul yang menangis sebab sedih.. mirul x pernah nak salahkan mereka sebab mereka juga membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.. tapi bila fikir secara logik, layak ke kita nak ingat dekat seseorang yang x pernah nak ingat dekat kita, x pernah ambil tahu kita.. bila susah tahu pula nak cari anak bini.. dulu masa tinggalkan kitowang x sedar pun.. hurmm..

apa-apa pun mirul sebagai anak x layak nak menghakimi dia.. sebagai seorang anak yang termampu hanyalah mendoakan kesejahteraan dia... biarpun dendam ni masih terbuku di hati sebanrnya kasih sayang yang mirul dambakan dari seorang lelaki masih lagi di hati.. namun segalanya mirul semat juah dalam hati.. biarlah ALLAH je yang tahu apa yang di hati ni.. sesungguhnya DIA lah sebaik-baik perancang.. mirul sebagai hamba akan redha akan segala takdir nya.. jadi derhaka ke mirul..?





Read more...

Rabu, 11 Julai 2012

kIsAh pEmuDa MiTHaLi..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH..  ^^
hari ni mirul nak berkongsi dengan sahabat sekalian mengenai sifat-sifat mahmudah dalam diri kita ini.. saban hari kita sering mendengar orang di sekeliling kita bercakap mengenai perkara-perkara kebaikan.. kita juga sejak kecil lagi telah diajar dan dididik untuk sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan..
namun hari ini jika kita membelek mana-mana akhbar, mahupun mana-mana media elektronik pasti ada sahaja kejadian-kejadian yang bagi mirul ia tidak sepatutnya dilakukan bagi mereka yang bergelar manusia.. lihat saja lah di dada-dada kahbar berita mengenai pembunuhan, kes ragut, merogol dan sebagainya.. adakah ini yang diajar oleh agama kita dalam menjadikan kehidupan seharian kita lebih diredhai..?

kisah seorang lelaki berhati mulia..
semalam masa mirul sedang syok-syok melayari facebook, tiba-tiba mata ni tertumpu dekat satu status yang dibuat oleh seorang yang boleh mirul panggil abang lah.. mirul dah "friend" dengan abang ni dah lama rasanya, dalam 4 tahun kot.. dan sepanjang mirul "friend" dengan abang ni kitowang x pernah pun chat ke mesej sebab dia pun nampak buzy je.. he3.. 
dia selalu buat status yang mendalam ayatnya.. kadang-kadang kena fikir dulu baru faham.. dan kalau sahabat nak tahu, dia ni popular.. he3.. ramai orang like status abang ni.. kawan pun beriban..  :D dan antara orang yang selalu like status dia ni ialah mirul.. hwa3..  :P dan semalam macam biasa mirul pun like status dia.. hu3.. dalam x sedar sebenarnya mirul menangis baca status dia.. walaupun mirul bukan berada dekat situasi itu namun hati ni tersentuh sangat-sangat..

sejujurnya dulu persepsi mirul terhadap abang ni lain tau.. namun sejak kebelakangan ni perlahan-lahan mirul kenal dia.. walaupun mirul tahu mirul x kenal dia secara menyeluruh, tapi mirul percaya dia seorang yang sangat berhati mulia.. bila mirul selidik latar belakang dia, baru mirul tahu kenapa dia begini.. alhamdulillah, mungkin berkat ilmu dari zaman sekolah nya dan didikan ibu bapanya telah menjadikan dia seorang yang mirul kagumi saat ni.. ^^

sifat mahmudah dalam diri..
status abang ni memang sangat menyentuh hati mirul semalam.. sungguh pun mirul bukan sesiapa dengan dia, tapi kebiakan yang telah dia lakukan itu benar-benar buat mirul fikir sejenak.. bukan semua orang mampu melakukan perkara itu.. walaupun mampu tapi pasti ramai yang fikir dua tiga kali nak buat perkara itu.. tapi bak kata pepatah pujangga benda jahat ni memang mudah kita nak buat, begitu juga sebaliknya..

mirul memang salut lah dekat abang ni.. kalau x percaya jom baca status ni..
kalau x nampak sila klik gambar ni untuk lebih besar..  ^^

walaupun ada orang mungkin cakap "ala, semua orang boleh buat" tapi sebenarnya berapa ramai yang buat dengan niat yang betul-betul ikhlas untuk membantu dia.. apa-apa pun bagi mirul, dia dah buat sesuatu yang baik dengan membantu orang yang sedang memerlukan.. ikhlas atau tidak itu urusan dia dengan ALLAH..
dan buat abang, semoga terus menajadi hamba-NYA yang diredhai ye..  ^^ semoga amalan abang diterima dan semoga juga cepat-cepat bertemu jodoh ye.. he3..  :P

Read more...

Ahad, 8 Julai 2012

tIpS khUsYUK solAt..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha peurah lagi maha mengasihani.. 
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^ mudah nya nak dapat pahala kan.. sebab tu lah kalau siapa cakap Islam ni menyusahkan umat-nya baik dia fikir balik dua tiga kali.. terangkan dekat mana yang menunjukkan Islam ni menyusahkan.. hu3..  :)
misalannya solat.. ada orang cakap solat ni menyusahkan.. nak kena amik wudhu' lah, nak kena pakai baju solat yang bersih lah.. hurmm.. ni lah kalau orang solat bukan kerana ALLAH.. hati x pernah ikhlas mengerjakannya.. sebab jika kita benanr-benar ikhlas, solat 5 waktu sehari semalam tu x membebankan pun.. malah buat kita makin kuat.. kalau rasa dalam diri tu ada perasaan yang bukan-bukan, cepat-cepat lah beristigfar.. mintak jauh lah semua hasutan tu.. nauzubillah..

hari ni mirul nak berkongsi sedikit tips dengan sahabat sekalian, macam mana kita nak khusyuk dalam solat.. :)  mirul pun bukan nya nak cakap yang mirul ni solat dengan khusyuk, tapi bila ada ilmu ni x baik lokek.. makin kita sebarkan, makin banyak ilmu yang kita dapat.. sekurang-kurannya kalau mirul salah ada orang yang boleh betulkan..  :)

kalau nak khusyuk dalam solat mirul selalu amalkan beberapa perkara ni.. semoga membantu lah ye..  :)
1. berwuduk dengan betul..

segala-galanya perlulah bermula dengan permulaan yang baik.. jika wuduk kita sempurna, insyaALLAH solat kita pun akan sempurna.. hu3.. nak solat pun tenang je kalau kita wuduk dengan sempurna kan sebab kita yakin yang solat kita ni akan diterima insyaALLAH.. lagipun kalau wuduk kita ni sempurna, syaitan pun takut nak datang hasut masa kita solat.. takut terbakar.. he3..

 2. solat dalam keadaan yang tenang..

salah satu cara kita nak tenang ialah sebelum solat tu kita selawat dulu, baca 3 kul.. lepas dah tenang sikit baru angkat takbir.. solat ni x boleh nak gopoh-gapah, nanti solat ke mana, bacaa kita ke mana.. sekalipun kita ada hal untuk diselesaikan jangan solat main laju je.. ingat..! solat sebenarnya menenangkan, bukan makin buat kita jadi x tentu arah.. x lari kemana kerja tu jika dibandingkan dengan solat ni..
3. baca bacaan solat dengan tajwid yang betul..

kadang-kadang ada orang baca al-fatihah dengan tunggang terbalik.. tajwid ke mana, huruf nya ke mana.. macam mana nak khusyuk kalau macam tu.. sepatutnya kalau kita nak baca al-fatihah tu, baca dengan tajwid  yang betul, kalau x tahu sekalipun jangan baca laju sangat.. sebut satu-satu, biar kita dengar apa yang kita baca.. ni kalau kita sendri pun x faham apa yang kita baca susahlah..

4. tinggalkan urusan dunia sebentar..

kalau nak solat, x payah dah nak fikir soal-soal duniawi ni.. tumpukan sepenuh perhatian kita pada solat yang sedang kita kerjakan.. kalau ada hal yang mustahak sekalipun letak tepi dulu.. solat dengan khusyuk.. insyaALLAH lepas solat urusan itu akan lebih mudah diselesaikan.. x percaya cubalah..  :)

5. umpama solat terakhir kita..

apa perasaan kita kalau dapat tahu yang esok kita akan meninggal.. mesti nak buat yang terbaek kan dalam semua hal.. begitu juga dalam solat ni.. bayangkan yang solat itu lah solat terakhir kita kepada ALLAH.. dengan itu, kita akan lebih khusyuk sebab kita rasa takut kan.. hu3..
6. pandang sejadah.. 

dari dulu lagi ustazah selalu pesan, kalau nak solat jangan pandang tempat lain.. pandang tempat kita nak sujud, iaitu sejadah.. sebab kalau kita pandang tempat lain, kekiri kekanan takut khusyuk kita ni hilang entah kemana.. sekurang-kurangnya x ada lah kita terpandang benda yang x patut kita lihat sebab nanti terfikir-fikir dalam solat tu kan.. hu3.. 

sebenarnya dalam mengejar khusyuk dalam solat ni ada banyak cara yang boleh kita lakukan.. dekat sini mirul cuma bagi 6 je sebab mirul tahu semua sahabat-sahabat mirul lebih arif dalam soal ni..  :)  yang paling penting kalau kita nak khusyuk dalam solat, ikhlas kan hati.. insyaALLAH kalau hati dah ikhlas, semua ibadah yang kita buat pun akan lebih mudah dan yang paling penting diterima ALLAH.. insyaALLAH.. :)
semoga entry ni membantu.. walaupun sikit je ilmu ni tapi kita kena ingat, ilmu ALLAH ni luas.. makin kita gali, makin kita tahu yang sebenarnya banyak lagi yang belum kita pelajari.. apa-apa pun kalau sahabat semua ada tips yang lain, jom lah berkongsi dengan mirul.. sama-sama kita berkongsi ilmu ni.. semoga bermanfaat buat semua.. wasalam..  :)





Read more...

Jumaat, 6 Julai 2012

kIsAh PeMUdA jUjUR..!


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^^ okey..! hari ini mirul nak berkongsi dengan sahabat sekalian mengenai satu situasi yang berlaku dekat mirul 2 hari lepas.. masa tu mirul dan ahli keluarga yang lain baru je lepas baca yasin sebab malam tu kan malam nifsu sya'aban..


nak dijadikan cerita lepas baca yasin tu ada masa dalam 5 minit lagi lah sebelum masuk waktu isyak.. jadi mirul pun suruh adik-adik mirul yang masing-masing dah nampak penat ni untuk duduk rapat-rapat sebab mirul nak bercerita.. almaklumlah adik-adik mirul ni pun dah nampak kuyu je sebab masa bacaan yasin tu dowang bukan reti baca pun, duk dengar je lah.. he3..

kisah seorang pemuda yang jujur
sebenarnya kisah ni mirul pernah dengar dah lama dah.. mirul pun lupa dari mana mirul dengar tapi kisah ni memang menarik dan memberi banyak pengajaran buat kita, terutamanya kanak-kanak yang sedang meningkat dewasa ni..  :) tapi mirul ada ubah sikit-sikit lah cerita ni sebab nak sesuaikan dengan situasi sekarang, almaklumlah adik-adik mirul pun kecik lagi.. nanti kalau cerita terbelit-belit mahunya dia x faham.. he3.. berikut ialah perbualan mirul dengan adik-adik..


MIRUL : pada zaman dahulu, dekat sebuah kampung yang jauh dari bandar ada seorang pemuda yang sangat baik dan jujur orangnya.. kejujuran dia ni telah membuatkan ramai penduduk kampung menyukai dia.. dia bekerja sebagai seorang penjaga ladang kurma di hujung kampung.. suatu hari, datang seorang lelaki yang berniat untuk merasa buah kurma itu.. lalu dia pun berjumpa lah dengan si pemuda tersebut untuk menyatakan hasrat dia itu.. namun pemuda itu tidak membenarkan lelaki itu untuk mengambil buah kurma itu sebaliknya pemuda tersebut menyuruh lelaki itu untuk mendapatkan kebenaran daripada tuan empunya ladang itu dahulu.. kalau adik-adik lah jadi pemuda tu, nak bagi x lelaki tu makan kurma tu? (mirul tanya dekat adik mirul yang bongsu dulu, caca nama dia..)
CACA : ermm.. bagi je sebab nanti orang cakap kita kedekut pula.. he3..
NINA : kalau nina x nak bagi sebab nanti kalau bos tahu kena marah..
AMIMI : kalau mimi x nak bagi sebab tu kan hak orang lain.. bukan hak kita.. ^^ (dia memang lah boleh jawab sebab dia dah darjah 6.. erk..! )
MIRUL : kalau lelaki tu bagi duit pula macam mana? nak bagi tak buah kurma tu?
CACA : mestilah bagi.. he3..  (sambil senyum-senyum kira duit.. -..-  )
NINA : kalau dia bagi banyak duit nak lah.. tapi kalau setakat bagi RM1 x nak lah.. huh..!
MIMI : tak nak bagi juga sebab tu masih lagi bukan milik kita kan.. x jujur namanya tu.. (dalam hati sabo je lah..!)
MIRUL : caca dengan nina kena ingat, yang kalau sesuatu barang tu bukan hak milik kita, kita x boleh buat sesuka hati kita.. kita kena jujur.. mungkin bos pemuda tu x nampak dan tak tahu yang pemuda tu dah bagi kurma dekat lelaki tu, tapi kan ALLAH tahu.. ALLAH kan maha melihat segalanya.. 
CACA : along, kalau kita duduk dalam rumah yang ada bumbung pun ALLAH noleh nampak kan?
MIRUL : ye sayang..  :)

kadang-kadang budak-budak kecik ni dowang tak tahu apa-apa lagi.. sebab tu lah sebagai ibu bapa atau pun orang yang lebih dewasa ni kita kena selalu tunjukkan contoh yang baik dekat anak-anak tak pun dekat adik-adik.. kalau kita buat benda x baik, nanti dowang akan ikut sebab masa kecik ni lah dowang akan scanning sekeliling untuk dijadikan perangai yang akan dowang lakukan..
jadi x hairan lah kalau bapak borek anak rintik sebab x kemana tumpahnya kuah kalau x ke nasi kan..  :) natijahnya, dalam dunia ni kalau kita nak buat sesuatu jangan buat sebab orang lain sebab nanti kita x ikhlas.. buat kerana ALLAH sebab insyaALLAH kita akan ikhlas melakukannya.. ingat, walaupun x ada orang awasi kita ALLAH tu ada..  :)  wasalam..

Read more...

Khamis, 5 Julai 2012

CinTa BUKu BaRu..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM .wb.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa, jawab dapat pahala.. indahnya Islam, jawab salam pun dapat pahala kan..   ^^   sebelum tu jom sama-sama mengucapkan kata syukur yang tak terhingga kepada ALLAH kerana masih memberikan kita semua peluang untuk meneruskan urusan sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ini.. alhamdulillah.. hari ini masih lagi ALLAH memberikan kita peluang untuk menikmati dan menggunakan segala bentuk kurniaannya kepada kita agar kita menjadi hambanya yang diredhai.. amin..
sedar atau tidak hari ini merupakan hari ke-15 kita berada di dalam bulan sya'ban.. sudah separuh perjalanan sya'ban kan.. dan jika masih ada yang belum tahu ataupun terlupa semalam merupakan hari nifsu sya'aban di mana semalam "buku amalan" kita yang lama telah ditukar dan diangkat ke arash ALLAH dan digantikan untuk kita sebuah buku yang baru menggantikan buku yang lama.. segala catatan amalan kebaikan dan kejahatan yang telah kita lakukan telah diangkat semalam.. jadi bak kata pepatah, apa yang lepas itu kita biarkanlah, kita buka buku baru..insyaALLAH..  :)

baik buruk seseorang itu hanya dia dan ALLAH je yang tahu.. kita sebagai manusia ini tidak pernah dilantik oleh ALLAH sama sekali untuk menjadi hakim kepada setiap amalan yang telah seseorang itu dilakukan.. apa hak kita untuk menentukan syuga atau neraka untuk seseorang itu..? sedangkan diri sendiri pun masih beramal memohon syurga kepada ALLAH inikan pula mahu menentukan syuga neraka bagi orang lain.. itu lah masalah umat akhir zaman ni.. tak salah kita nak menyampaikan dakwah, tetapi jangan lah orang kata tu berat sebelah.. nampak je orang ni macam x baik sikit x nak tegur.. kalau yang nakal-nakal ni terus ditinggalkan.. hurmm..
buku baru, maka lembaran pun baru.. namun tanggungjawab kita masih sama iaitu mengejar redha ALLAH disamping berbuat baik sesama manusia.. jika sebelum ini kita rasa amalan kita masih belum cukup untuk menebus tiket ke syurga, maka pergiatkan lagi amalan kita itu supaya apa yang seluruh umat Islam impikan tercapai.. kita bukan nak ke syurga seorang diri kan, jadi sama-sama lah kita berusaha supaya bukan kita sahja yang akan memperoleh manfaat di dunia ni, bahkan keluarga kita, sahabat-sahabat kita, saudara mara kita dan seluruh umat Islam ini akan merasai syurga ALLAH.. insyaALLAH.. amin..

apa-apa pun sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ni, sama-sama lah kita beribadah dengan hati yang tawaduk dan benar-benar ikhlas kerana ALLAH s.w.t.. hanya ALLAH lah satu-satunya tempat untuk kita mengadu dan kepada DIA lah kita berserah diri dalam melakukan sesuatu.. jika kita beramal, jangan berbangga dengan amalan itu.. jangan pernah merasakan kita sudah banyak beramal sehingga malas untuk beribadah lagi.. sedangkan Rasulullah pun khuatir untuk menghadapi sakaratulmaut, ini lagikan kita yang hanya hamba-NYA yang hina.. sama-sama lah kita menanamkan sifat cintakan ALLAH dengan ikhlas supaya dalam setiap amalan dan perbuatan kita, hanya ALLAH yang menjadi pemangkinnya.. semoga setiap dari kita diterima amalannya oleh ALLAH.. amin.. :)
p/s : peringatan untuk diri sendiri juga.. supaya sama-sama peroleh syurga-NYA.. 




Read more...