expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 29 Ogos 2011

SeLaMaT haRI RaYa..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni..tak jawab dosa..jawab dapat pahala..hu3.. okey..! 
ESOK RAYA...!!! ha3.. 
betul..!! esok memang raya..!!
seyes ni..! 
kalau tak percaya malam ni ramai-ramai tengok tv ye..
tunggu pengumuman raya..  :D
[okey..! sila berhenti bercakap perkara nonsense..! ]

okey lah..!
nak buat entry panjang-panjang pun bukan ramai yang baca..
[ayat mintak lempang sekali..!]
untuk itu, 
terima lah hadiah hari raya dari mirul ye semua..  :)

kalau nak copy pun boleh..
kalau nak promot kan pun boleh..
kalau nak download buat koleksi hari raya lagi lah boleh..
ha3.. [perasan bagus seh mamat ni..he3..]

akhir kata, kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi..
kalau tak ada..? pergi raya tak mandi..  :D  he3..

maaf zahir dan batin ye..
raya tu raya jugak, tapi jangan lupa pada mereka yang tiada..
dan ingat lah ye bahawa, nak bergembira tu boleh..
tapi jangan sampai melebih-lebih pula.. :)

okey..! salam..~



Read more...

Jumaat, 26 Ogos 2011

layAkkAh KiTa UNtuK bErgEmbIRA..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni..tak jawab dosa..jawab dapat pahala..hu3..okey..! hari ni merupakan hari yang ke 27 kita berpuasa di dalam bulan ramadhan al-mubarak ni..dan dalam diam, tinggal 3 hari je lagi syawal pula yang akan menjelma tiba, membawa pergi ramadhan ini..hurm..apa yang kita rasa saat ni..gembira..?sedih..? hu3..dan mirul pasti ramai diantara kita yang tak sabar menanti syawal yang bakal menjelma tak lama lagi kan

Dari Jabir r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Jika malam Ramadhan berakhir, seluruh makhluk-makhluk besar, di segenap langit, dan bumi, beserta malaikat ikut menangis. Mereka bersedih karena bencana yang menimpa umat Muhammad saw. Para sahabat bertanya, bencana apakah ya Rasul? Jawab Nabi. Kepergian bulan Ramadhan. Sebab di dalam bulan Ramadhan segala doa terkabulkan. Semua sedekah diterima. Dan amalan-amalan baik dilipatgandakan pahalanya, penyiksaan sementara di hapus.”
hurm.. adakah kita seperti mereka-mereka [kaum-kaum] yang terdahulu, meratapi pemergian ramadhan dengan penuh keimanan di dada.. atau adakah kita seperti sahabat-sahabat nabi yang menangis siang dan malam kerana takut ramadhan kali ini tidak memberi sebarang makna kepada diri mereka..dan adakah kita seperti makhluk-makhluk lain yang takut, kerana kemungkinan ramadhan ini merupakan ramadhan yang terakhir buat mereka.. tetapi kita juga mungkin jadi seperti kaum yang hanya melihat ramadhan itu datang dan bergembira, saat ramadhan pergi kerana tidak sabar menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa..
Ketika bulan saya'ban akan berakhir dan Ramadhan segera menjelang, Rasulullah saw memberikan bekalan ruhani kepada para sahabat mengenai bulan suci Ramadhan. 
Rasulullah menganjurkan kepada para shahabat untuk memperbanyak melakukan amal ibadah kerana ibadah pada bulan Ramadhan nilai pahalanya akan dilipat gandakan hingga 700 kali lipat atau lebih, Rasulullah juga menganjurkan sekali untuk memberi makanan berbuka ( iftar ) kepada orang-orang yang berpuasa kerana bagi orang tersebut akan mendapat pahala dari orang yang diberi juadah berbuka puasa tanpa mengurangi pahala orang tersebut. 
Para sahabat bertanya : Ya, rasulullah saya tidak mempunyai apa-apa yang berharga untuk diberikan kepada orang yang berpuasa. 
Rasulullah menjawab : Sediakanlah apapun yang kau punya walaupun hanya sepotong kurma, seteguk air ataupun segelas susu.
mungkin ada yang terdetik di dalam hati berkata, "aku bukan sahabat rasullullah.. mereka tu orang-orang yang dijamin syurga..kita ni manusia biasa je..hu3.." hurm.. itu bukan alasan mengapa kita patut bergembira ketika saat ramadhan pergi meninggalkan kita semua.. sahabat-sahabat nabi juga merupakan manusia biasa yang saban hari melakukan ibadah, memohon dan mencari keredhaan ALLAH.. sama seperti kita.. hu3..cuma yang membezakan ialah, mereka lahir di zaman Rasullullah..sempat berjumpa dan berjuang bersama baginda..  :)


namun bagi mirul, tidak salah untuk kita merasa gembira saat ini kerana syawal yang dinanti bakal tiba..hari kemenangan bagi seluruh umat islam ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu setelah sebulan penuh kita berpuasa..namun, jangan lah sampai kegembiraan kita tu menutupi segala kemuliaan bulan ramadhan ini.. dan jangan pula bila makin nak raya ni, makin kurang ibadah kita kepada-NYA kerana sibuk dengan persiapan raya..hu3..

jadi bersama-sama lah kita memuhasabah kan diri membetulkan kesilapan yang telah dilakukan..sekiranya selama 27 hari ini kita kurang melakukan amal ibadah, maka ambil kesempatan 3 hari yang tinggal ini untuk kkta perbaiki apa yang kurang.. dan ingatlah bahawa malam lailatul qadar itu berada di malam 10 terakhir ramadhan..cari ia dan manfaat kan nya sebaiknya..mudah-mudahan kita semua tergolong dalam gologan orang yang berima hendaknya okey..! amin..~ okey lah..mirul nak pergi pejabat pos kejap..  :)) salam..~
p/s : maaf lah ye..entry ni serba kekurangan kan..hurm.. 


Read more...

Khamis, 25 Ogos 2011

rEMaJa DaN pERKaHWiNaN..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni..tak jawab dosa..jawab dapat pahala..  :)  okey..! hari ni dah masuk 25 ramadhan..tak sampai 5 hari lagi syawal pula yang akan menjelma..hu3..apa perasaan kita..? ada yang gembira dan ada yang sedih kan..tapi bukan itu yang mirul nak cerita pada entry kali ni.. sebab mirul nak cerita tentang perkahwinan atau pun lebih terkenal dengan nama  munakahat.. he3.. [famous masa sekolah.. ]
mirul nak sentuh soal munakahat ni sebab mirul rasa masih ada lagi umat islam, terutamanya remaja zaman sekarang ni yang tak tahu dan tak nak ambil tahu hukum-hukum yang ada dalam ISLAM..okey..! mirul bukan lah nak cerita 1oo% tentang bab ni, tapi mirul nak sentuh sikit lah..hu3.. di dalam ISLAM, terdapat 5 hukum perkahwinan..dulu kan masa sekolah ada belajar..ingat tak..? kalau  tak ingat baca bawah ni..  :)

WAJIB: Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan. 
Sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.

SUNAT : Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan 
mempunyai keinginan untuk berkahwin . Sekiranya tidak berkahwin, 
tidak khuatir terlibat dengan zina. 

HARAM : Mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin, 
atau perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan isterinya. 

MAKRUH : Mereka yang tidak mampu memberi nafkah 
kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.

HARUS : Mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak 
untuknya berkahwin, dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.

jadi..semalam mirul ada terbaca satu entry tentang seorang kawan yang menyarankan seorang kawan  nya yang lain untuk berkahwin..hurm..alasan mengapa dia berbuat begitu ialah kerana tidak sanggup lagi melihat kawan nya itu terus terjerumus dalam lembah maksiat bersama teman wanitanya..hurm..dan apa yang menarik ialah mereka merupakan pasangan pelajar universiti tempatan..hurm..apa pendapat korang tentang pasangan ni..? adakah mereka WAJIB berkahwin kerana terjerumus dengan dosa atau pun HARAM, kerana mereka masih menuntut dan masih belum mempunyai punca pendapatan yang mencukupi..? hu3..agak-agak..?

hurm..apa pun pendapat anda semua kita kena berbalik kepada hukum yang asal..kalau kita fikir betul-betul, seorang pelajar yang masih menunutut di universiti mahupun di mana-mana institusi pengajian tinggi yang lain, pasti masih belum mempunyai sumber kewangan yang kukuh kan..? paling tidak pun masih mengharapkan duit daripada ibu bapa mereka..betul tak..? dan sekiranya betul lah mereka nak berkahwin, adakah nafkah si isteri itu dapat ditunaikan dengan adil..? mungkin ye dan mungkin tidak..jadi dekat situ berkemungkinan besar hukum untuk mereka berkahwin adalah MAKRUH ataupun HARAM sekaligus.. :)  kan-kan..?
mirul siap ada buat mind map tau..he3..klik kalau tak nampak dengan jelas..  :)

dan pasangan tersebut juga boleh dijatuhkan hukum HARUS dan WAJIB kerana menurut hukum ini, mereka yang terlibat dan dikhuatiri melakukan maksiat perlu lah berkahwin..hurm..dan menurut kawan mereka, pasangan ini sering melakukan maksiat ketika bersama-sama..huk3..apa pendapat korang..? adakah mereka WAJIB berkahwin sebab nak elakkan maksiat..? patut ke..? hurm..bagi mirul lah kan, mereka ni masih lagi remaja..jadi nafsu remaja tu memang bermaharajalela..semua nak cuba..mula-mula nak cuba kapel..lepas tu nak cuba keluar bersama-sama..dah keluar nak pegang-pegang dan akhirnya jadi lah anak-anak yang dibuang..hurm..semua ni boleh dikawal sekiranya mereka tahu tentang hukum dan dosa yang diterima..hu3..

remaja hari ini sungguh berbeza.. mungkin hari ini kau kata kau cinta kan dia..tapi esok lusa bila ada awek cin melecun lalu depan mata, hati kau dah mula beralih arah..cuba bayangkan kalau remaja tersebut dah berkahwin.. macam mana dengan isterinya..? hu3.. sedangkan diri sendiri pun masih ditanggung oleh mak bapak, dah berangan nak kahwin..nak tanggung anak orang lain..boleh ke..? hu3.. cinta..? boleh ke cinta tu beri korang makanan dan kemewahan..? pasti ke cinta remaja tu boleh menjamin kebahagiaan korang sampai hujung nyawa..? tak kan..jadi, kalau korang nak kahwin ketika nak belajar, lupa kan je ye.. faham..?  hu3..


apa-apa pun kalau lah anda berkemampuan dan YAKIN mampu menyara keluarga anda sendiri, go on..! tapi jangan sampai suatu hari nanti bila anak dah 5 atau 6 orang anda nak bercerai pula..siapa nak tanggung anak bini ko..? dan ingatan buat wanita sekalian bahawa, kalau nak cari suami tu, cari yang betul-betul sayangkan anda dan mampu menyara anda sekeluarga..bukan nya main kebas je..janji ada motor sikit jalan..huk3..nanti bila dah kahwin, nak menyesal pun dah tak boleh..anda nak ke hidup susah dan terpaksa menangung kesusahan akibat rasa nafsu serakah korang waktu muda-muda..? tak nak kan..jadi fikir yang terbaik okey..

apa-apa pun jodaoh pertemuan semua nya di tangan ALLAH..kita hanya mampu merancang dan ALLAH lah yang akan menentukan segala-galanya okey..! kalau pun kita mendapat pasangan yang bukan pilihan hati kita, redha..  :) sebab mesti ada hikmahnya kenapa ALLAH memperjodohkan kita dengan dia.. jika kita redha maka insyaALLAH akan ada hikmah yang menanti okey..! mirul pun dah mengantuk ni..lepas sahur terus buat entry..tak tidurr pun..he3..nak solat sekejap dan nak sambung tidur lah..he3..okey..! salam..~
p/s : maaf sebab entry kali ni panjang pulak...he3..


Read more...

Selasa, 23 Ogos 2011

WoRdLeSs weDnesDAy [10]..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


tangan yang diatas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah..
sambungan entry INI..
salam..~


Read more...

dErmA dAn dOsA..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni..tak jawab dosa..jawab dapat pahala..he3..okey..! selamat menyambut ramadhan untuk hari yang ke 24 semua.. :D diam tak diam, ramadhan kali ni dah nak pergi meninggalkan kita semua kan..hurm..sedihnya hati ni..  :( rasanya masih banyak lagi amalan tambahan yang belum kita lakukan di bulan ni..hu3..jadi untuk itu, manfaatkan lah sisa-sisa hari yang tinggal ni ye kawan-kawan semua.. :)


okey..! sebenarnya mirul nak kongsi sedikit cerita dengan korang semua..he3..[bukan cerita pasal doraemon atau pun pasal barbie ye.. :D ] ha3.. ini cerita tentang derma di bulan ramadhan.. :) cerita nya macam ni..hurm..tadi masa mirul tengah kerja adalah satu keluarga ni datang nak bayar baju dekat kaunter mirul..jadi macam biasalah, mirul akan layan seperti pelanggan-pelanggan yang lain..hu3..tiba-tiba..

Anak : mak, ni tabung apa..? [dekat depan kaunter tu ada tabung derma..]
Mak : tabung derma untuk barah payu dara..
Anak : derma ke..?
Mak : a'ah..derma..tak reti baca ke..!
Anak : nak seringgit mak..nak derma..
Mak : yang kau baik sangat kenapa..nak buat apa nak derma..huh..!
Anak : ala..nak derma pun salah.. =="

hurm.. mirul pun terperanjat dengan kata-kata mak dia tu..hu3..anak dia tu kecik lagi..dalam darjah 4 rasanya..dia nak buat baik pun tak bagi..seringgit je pun..bukannya luak pun harta tu semua..hu3..beli baju sampai RM 3oo lebih tak apa pula..tapi bila bab nak derma RM1, berkira bagai..hurm..manusia oh manusia..harta tu tak bawa ke mana lah..esok lusa bila dalam kubur, bukan harta yang akan tolong kita..tapi amalan dan perkara-perkara yang kita buat dekat dunia ni kelak yang akan membantu kita di sana.. hu3..
"melentuh buluh biarlah dari rebungnya.. " sepatutnya sebagai seorang mak, dari kecik lagi dah kena didik anak mereka supaya dah besar nanti akan jadi orang yang berguna..ni tak..kesian budak tu..hu3..kecik-kecik lagi dah diajar untuk jadi kedekut..tak dapat mirul nak bayangkan budak tu bila dia dah besar kelak..

lagipun bulan ramadhan macam ni sepatutnya kita sebagai umat islam mestilah berebut-rebut nak buat amal jariah..bukan nya makin kedekut..hu3..sebab pahala amalan pada bulan ramadhan berlipat ganda dari bulan-bulan lain..jadi apa lah salahnya kalau kita derma seringgit dua..hu3..maklumlah, berpuasa je dalam bulan ramadhan ni tak cukup untuk memastikan amalan kita ni sempurna..sebab banyak lagi amalan tambahan yang boleh kita buat.. contohnya berzikir, baca al-Quran dan bersedekah..  :))
bak kata kawan mirul, "mungkin hari ni kita boleh bangga dengan diri ni..tapi esok lusa tak siapa yang tahu.." hurm..betul3..mungkin hari ni hari kita..esok lusa kalau kita susah baru tahu.. hu3.. jadi lepas ni kalau kita ada nampak mana-mana tabung untuk minta derma, ringan-ringan kan lah tulang tu ye untuk menderma..yang penting niat kena lah ikhlas..bukan untuk menunjuk-nunjuk atau bangga diri..kerana sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui segalanya.. okey lah..nak tidur dulu ye..salam..~

p/s : tangan yang diatas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah..


Read more...

Sabtu, 20 Ogos 2011

mAcAm nI Ke KiTa BErDoA..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni..tak jawab dosa..jawab dapat pahala..hu3..okey..! sejak akhir-akhir ni, mirul rasa macam makin sedikit jumlah pengunjung blog mirul ni..hu3.. ye, mirul tahu yang mirul ni bukan lah retis atau blogger yang popular..tapi sebelum ni statistic blog tak ada lah menjunam sangat..hurm..  :(( tak apa lah..malas nak fikir dah..yang penting mirul akan tetap buat entry baru untuk tatapan kita bersama-sama okey..  :))
sebenarnya bukan pasal statistik yang mirul nak cuba sampaikan dalam entry ni..he3..sebenarnya apa yang mirul nak sampaikan ialah bagaimana cara kita berdoa..okey..!setiap hari kita akan berdoa kepada ALLAH..tak kira lah lepas solat ke, lepas mengaji ke kita tetap akan berdoa kepada-NYA..kan? dan kebiasaannya kita akan berdoa sekiranya kita nak memohon sesuatu pertolongan atau memohon petunjuk dari-NYA..atau mungkin juga kepada DIA lah kita mengadu segala-galanya.. hurm..

namun kadang kala mirul lihat, ada antara kita yang menadah tangan dengan sambil lewa..tangan diletakkan di atas peha sambil melihat ke sini sana..maklumlah, imam yang membaca doa, kita sebagai makmum ni sekadar mengaminkan sahaja doanya..hu3..lagikan nak memahami maksud doa tersebut..memang tak lah kan..hu3..
okey..! mirul beri satu situasi dan anda fahami lah sendiri ye apa yang mirul cuba sampaikan..hurm..okey..! ada dua orang pengemis sedang meminta sedekah..pengemis A ni dengan bersungguh-sungguh dia meminta sedekah daripada anda..menangis, mengangkat tinggi tangannya dan meminta dengan penuh rasa rendah hati..tetapi pengemis B yang seorang lagi ni pula, hanya meminta seperti melepaskan batuk di tangga..mahukan wang tersebut, tetapi hatinya tidak ikhlas meminta sedekah..kalau lah anda hanya mempunyai sekeping wang kertas, pengemis mana yang hendak anda berikan wang itu..? hu3..

sama lah seperti kita manusia ni..kadang kala bila kita berdoa, kita meminta dengan sambil lewa..kita nak kan sesuatu hajat tu dimakbulkan oleh ALLAH, tetapi kita tak bersungguh-sungguh pun memintanya.. kadang-kadang tu, bila kita rasa terdesak baru lah kita bersungguh-sungguh memintanya.. sedangkan sebelum itu, kita sombong kepada-NYA..hu3..sebab tu lah kadang-kala doa kita ni sukar dimakbulkan ALLAH..hurm..
namun, kita ni cuma manusia biasa..kuasa ALLAH tu tak siapa yang tahu..mungkin kita tak pernah nak beribadah kepadanya, namun doa kita tetap dimakbulkan..sebab apa..? sebab, tu ujian ALLAH buat kita..hu3..jadi bersama-sama lah kita memuhasabah kan diri kita ni..cuba lihat dari sudut mana doa-doa kita kadang kala tidak diterima..hu3..cuba baiki dan teruskan berdoa..sesungguhnya ALLAH sentiasa mendengar doa-doa hambanya..amin..~ okey lah..mirul nak tidur..selamat beramal ye..salam..~

p/s : ada blog kena hack lagi..? hurm..

Read more...

Rabu, 17 Ogos 2011

CCtV DuNiA vs cCtV AkHiRaT..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

jawab ye salam mirul ni..tak jawab dosa tau..jawab dapat pahala..hu3..okey..! diam tak diam, dah nak masuk 18 ramadhan dah ek..rasanya baru semalam je 1 ramadhan tu datang..hu3..cepatnya masa tu berlalu kan..hurm..dan sejak akhir-akhir ni juga, mirul terlalu sibuk dengan kerja sehinggakan sukar untuk mirul nak update blog ni..hu3..sedih nya kan.. T_T
tapi malam ni, mirul gagahkan juga untuk update sebab dah masuk hari ke 5 tak update..huk3.. T_T 
walaupun mirul rasa tak ada sesiapa yang menanti entry terbaru dari mirul, at least blog ni tak lah bersawang..he3..jadi, malam ni mirul nak cerita sikit tentang kamera litar tertutup atau orang lebih kenali dengan nama CCTV..hu3..korang tahu kan apa tu CCTV..pelik kalau tak tahu..lalala..~

okey..! sebagai manusia biasa, kita ni tak akan lari dari merasa takut apabila hendak melakukan sesuatu perkara yang jahat..[mencuri, membunuh, mengumpat, mencaci..dll..he3..] biasanya kalau kita nak buat jahat tu, kita akan lihat sekeliling sebab takut ada kamera litar tertutup yang sedang merakam perbuatan kita tu kan..hu3..betul tak..? kalau paling tidak pun, kita akan tengok-tengok dulu sekeliling, ada orang ke tak sebelum nak buat sesuatu perkara jahat tu..hu3..
itu semua perkara normal..semua orang pun buat..[mirul tak..lalala..] bila "line-clear" baru lah kita rasa lega untuk buat jahat, sebab tak akan ada sesiapa yang ada bukti perbuatan kita tu nanti kan..hu3..tapi sedarkah kita bahawa semua tu hanya lah kamera dunia sahaja..bagaimana pula dengan CCTV yang sentiasa memerhatikan kita setiap masa dimana jua kita berada..tak takut ke kita dengan DIA..?

manusia oh manusia..membuat sesuatu pekara yang jahat tanpa memikirkan DIA yang sentiasa memerhatikan kita..memanglah di dunia ni kita boleh menyembunyikan diri daripada dikesan..namun, adakah kita pasti, kita boleh lari daripada di hisab di akhirat kelak..? adakah DIA tidak mempunyai berkuasa untuk menayangkan kembali segala perbuatan kita tu..? hu3..
jadi, apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara tu, jangan takut kan hukuman dunia..tapi, takutkan hukuman akhirat kelak..mungkin hukuman dunia mampu di elak, tapi bolehkan di akhirat nanti..? maka di setiap kali hendak membuat sesuatu perkara tu, ingatlah bahawa ALLAH sentiasa berada bersama hambanya..memerhatikan perbuatan kita ni..MALAIKAT nya yang berada di kiri dan kanan kita juga sentiasa mencatit segala apa perbuatan kita di dunia ini..
semoga dengan ingatan ini
maka kita akan kurang melakukan dosa di dunia ni ya.. 
lagi-lagi dalam bulan ramadhan ni..he3..
okey lah..selamat berfikir dan selamat beramal..
mirul nak mandi ni..he3..salam..~

Read more...

Selasa, 16 Ogos 2011

wOrDLEss wEdnEsDAY [9]..!


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


insyaALLAH..  :)


Read more...

Jumaat, 12 Ogos 2011

EnTrY PanAs : AuRaT ItU wAjIb DiJaGa..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni..tak jawab dosa..jawab dapat pahala..hu3..okey..! semalam kalau ikutkan mirul nak update tentang wanita dan aurat..tapi disebabkan sahabat sejati mirul telah pergi menghadap ILAHI, maka sehari suntuk semua kerja tidak dapat mirul nak lakukan sebab kesedihan di hati ni hanya ALLAH yang tahu..


kalau korang nak baca entry tentang sahabat mirul ni, KLIK SINI.. hu3..apa-apa pun yang pergi tetap akan pergi..kita yang hidup ni mestilah meneruskan kehidupan di muka bumi ALLAH ini..kita sebagai hambanya perlu lah redha atas pemergian dia..mungkin ALLAH lebih sayangkan dia..hurm..mari sedekahkan Al-Fatihah buat dia..Al-Fatihah..~


okey..! semalam mirul ada tulis status dekat FB tentang wanita dan tudung..

bermacam-macam komen dan reaksi yang mirul terima semalam..ada yang setuju dan ada juga yang mempersoalkan kembali apa yang mirul tulis tu..hurm..mirul bukan nya apa, memang sejujurnya mirul suka dengan wanita yang bertudung..sejuk je mata memandangnya..hurm..namun, ramai pula yang cakap macam-macam..untuk itu, pelbagai laman sesawang mirul jelajah demi nak dapatkan bukti bahawa apa yang mirul cakap kan itu benar..dan tadi mirul terjumpa persoalan-persoalan ni beserta jawapan nya sekali..jom sama-sama kita baca dengan hati yang terbuka..   :)


CARA NAK JAWAB ALASAN-ALASAN TIDAK BERTUDUNG : 


1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

Alasan :



”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”

"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"

Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling. [1]

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

Alasan : 



"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"

“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi) [2]




3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

Alasan : 



"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"

“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.


Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. [3]



4. Menunggu seru untuk bertudung?

Alasan : 



“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”

“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.



kalau masih ada antara korang yang nak luahkan apa yang anda rasa, silakan..mirul ni pun manusia biasa yang tak lari dari membuat kesalahan..mirul buat entry ni bukan nak bergaduh atau nak menghentam mana-mana pihak, cuma ini merupakan salah satu cara dakwah yang mirul boleh lakukan..mirul tak nak tanggung dosa lagi kerana tak menegur korang..ambil mana yang baik..dan mana yang buruk sila abaikan..terima dengan redha dan cuba untuk berubah okey..  :)   salam..~

p/s : aurat wanita itu luas..bukan hanya rambut sahaja..  :)



Read more...

Khamis, 11 Ogos 2011

pErgINyA sEoRaNG SahABaT SEjAti...!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. hurm.. hari ni mirul menulis entry ni dalam keadaan yang masih tak percaya.. masih menangis dan terus berdoa supaya rohnya dicucuri rahmat.. 

pagi tadi mirul dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang sahabat sejati mirul.. pemergian nya benar-benar membuatkan mirul menangis seharian kerana dia seorang sahabat yang sangat mirul perlukan..dan dia pergi dengan cara yang sungguh menenangkan..dia kemalangan sewaktu hendak pergi ke masjid untuk mengerjakan solat subuh pagi tadi..namun ALLAH lebih sayangkan dia..hurm..

SAHABAT SEJATI...    :(

sahabat..
semalam kau hadir menemaniku yang kesepian..
menemani malam-malam ku yang kian suram..
saat aku bersama mu, kaulah bintang..
kau lah bulan..
cahaya mu benar-benar menyuluh kegelapan malamku..

sahabat..
semalam kau membisikkan kata-kata semangat kepada ku..
kata-kata yang membangkitkan seluruh jiwaku..
menyematkan semangat jihad di hatiku..
kau tanamkan semangat juang di dadaku..
dan kau juga membimbing aku ke jalan yang di redhai-NYA..


sahabat..
seperti baru semalam kau berada di sampingku..
membisikkan kata-kata azimat mu..
menyanyikan lagu-lagu zikir memuji TUHAN mu..
dan mengalunkan lagu irama cintamu..
untuk TUHAN yang satu..

sahabat..
cintamu terhadap ILAHI memang ku sanjung..
tak pernah kau mengeluh atas segala dugaan-NYA..
tak pernah kau menangis kerana diuji oleh-NYA..
kau redha atas segalanya..
kerana aku tahu, 
cinta kau hanya untuk SANG PENCIPTA..

sahabat..
hari ini aku menangis sendirian..
menangis tanpa mu wahai sahabat ku..
kerna mengenangkan hari-hari yang mendatang..
mengenangkan hari-hari ku tanpa mu sahabat..

sahabat..
aku menangis kerana kehilangan mu..
aku meratap sayu pemergian mu sahabat..
namun aku tahu, ALLAH lebih menyayangi mu..
dan aku tahu, kau labih layak bersama PENCIPTA mu..
dan aku meredhai pemergianmu..

dan mulai esok..
aku akan sendirian menghadapi ujian dan dugaan..
kerna kau tiada lagi disisi ku sahabat..
namun doaku akan sentiasa mengiringi mu..
ingatan ku terhadap mu tersemat didalam hatiku..
memori bersama mu tersimpan rapi dalam lipatan memori..
dan wajahmu sentiasa ada dalam kotak fikiranku..

KHAS BUAT SAHABAT MIRUL..
kau sahabat ku..al-Fatihah..~

p/s : dia pemilik blog "CINTA SEORANG DAI'E" 
dan 


Read more...

NaK SenYuM pUn SaLaH Ke..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni..tak jawab dosa..jawab dapat pahala..kalau ikhlas jawab mirul lagi sayang..lalala..  :) okey..! rasanya dah lama mirul ta update blog ni kan..agaknya dah bersawang blog ni..he3.. [perasan retis lah ko ni..ha3..] semalam #WW pun mirul tak buat..ni semua gara-gara kerja lah ni..huk3..sampai tak sempat nak buat apa-apa..hurm..dan hari ni jari memang dah gatal sangat, jadi sejela mirul akan taip tau..ha3..
okey..! tadi mirul agak terkilan lah dengan sesetengah pelanggan The Store ni..hurm..bukan nak kutuk atau apa lah, tapi kalau setakat belanja RM4oo lebih tak payah lah nak belagak kaya..huk3..pelanggan lain tu ada yang sampai RM 2ooo lebih diam je..tak poyo pun..ni baru belanja sikit dah nak bajet..hurm..
kan sekarang ni tengah musim ibu bapa sibuk membeli persiapan raya..beli baju lah..seluar lah.. [teeeeettt lah..he3..] macam-macam lah..dan biasanya kalau beli tu bukan sikit..mahu-mahu sampai ratus ada..hu3.. bak kata pelanggan tu, setahun sekali je dik..bukan selalu..hu3.. [mentang2 syaitan x ada..syok lah dowang-dowang membazir ek..he3..] 

nak dijadikan cerita, tadi adalah satu keluarga ni datang beli baju raya..dan mereka ni pun datang bayar dekat kaunter mirul.. [maklumlah kan mirul kan comel, so ramai pula yang datang..he3..] dalam tengah scan baju dowang tu, mirul pun senyum lah dekat pelanggan tu.. [senyum yang comel2 tu..hak3..  XD ]
TIBA-TIBA....

PELANGGAN : kenapa senyum-senyum ni..? [sambil senyum tak ikhlas..ha3..]
MIRUL CUTE : tak ada apa-apa..saja je..sedekah.. [senyum cute..]
PELANGGAN : WTHeck.. [padahal dier cakap WHAT je..he3..] dalam nada yg menjengkelkan..
MIRUL COMEL : senyum kan sedekah..  [senyum lagi sambil buat muka comel..  :) ]
PELANGGAN : nonsence..it's cannot be like that lah.. [muka poyo gila..]
MIRUL CUTE : erk.. =="
hurm..malas nak cakap banyak, mirul terus diam sambil scan barang dia secepat mungkin..malas nak menghadap muka dia tu..buat sakit hati je..orang senyum pun salah..kalau orang tak senyum nanti cakap sombong pula..manusia-manusia..pelik-pelik je kan..hurm..

apa-apa pun, bagi sesiapa yang masih musykil dengan ayat "senyum tu sedekah" jom baca hadis ni..kalau tak ada hadis nanti orang cakap kita ni buat ajaran sesat pula kan..jadi, ni bukti nya bahawa tak semestinya sedekah memerlukan benda@wang..hu3..
Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"
Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

okey lah..malas nak membebel lagi..dah penat dah ni..esok kerja pula tu..jadi selamat beramal ye semua..puasa tu puasa juga, jangan sampai ibadah yang lain ditinggalkan..hu3..okey..! salam..~

Read more...

Selasa, 9 Ogos 2011

Giveaway [sitiatikah.com] : Saya Nak Hot Tiket

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni..
tak jawab dosa tau..jawab dapat pahala..he3..
okey..!
dah lama rasanya tak join mana-mana giveaway..
jadi malam ni secara tak sengaja nya mirul dah terjoin pula..
he3..jadi, bagi sesiapa yang nak join, klik gambar bawah ni..
tak rugi mencuba..mana tahu ada rezeki..
cepat sebab malam ni malam akhir tau..hu3..

okey lah..
salam..~

p/s : tak sempat nak buat entry..huk3..  :(


Read more...

Ahad, 7 Ogos 2011

IsLaM tApi tAK nAk PUaSA..!



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

jawab ya salam mirul ni..tak jawab dosa..jawab dapat pahala...  :)  he3..okey..! kalau semalam mirul rasa seronok jaga kaunter baby, tapi hari ni rasa semacam pula..bukan sebab tak seronok atau membosankan, tapi masa mirul jaga kaunter tu, adalah beberapa pekerja MELAYU ISLAM yang tak puasa..hurm..ISLAM hanya ada pada i/c..namun amalan dan ajaran tak pernah nak dipelajari dan diamalkan..
mirul tak kisah lah dowang tu nak puasa ke tak nak puasa, sebab dosa tu semua dowang juga yang tanggung sendiri..hu3..[tapi berdosa kalau kita tak cegah perbuatan tu kan..hurm..] tapi atas dasar cintakan ISLAM ni, mirul terpanggil lah juga untuk bagi nasihat dekat dowang ni..hu3..namun, kalau kita nak buat sesuatu tanpa bukti ni rasa takut lah pula..karang tak pasal-pasal mirul buka puasa dekat hosital  guna straw pula..he3..

dalam ISLAM, kalau kita nak melawan sesuatu kemungkaran, ada Nabi Muhammad s.a.w berpesan dengan maksudnya: " Sesungguhnya di kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah dengan tangannya, kalau tidak berkuasa mengubah dengan tangan ,maka dengan lidah, kalau tidak berkuasa dengan lidah, maka benci di dalam hati, itulah tanda selemah-lemah iman."[ayat hafazan masa tingkatan5 he3]
petang tadi mirul nampak dengan mata kepala mirul sendiri yang pekerja tersebut masuk ke dalam bilik "fitting room" sambil bawa sebungkus air..lepas beberapa minit dia keluar dengan tangan kosong..memang kebanyakan juruwang dekat situ tahu kot yang dia tak puasa sebab dia sendiri bagi tahu dekat dowang..hurm..alasan gastrik..entah lah..mirul malas nak layan orang yang macam dia tu..memang tak guna punya orang..gastrik tu cuma satu alasan yang tak masuk akal untuk kita tak berpuasa..kenapa ada orang lain yang ada gastrik tapi masih boleh berpuasa..kuat dan gagah lagi..hu3..nak seribu daya, tak nak seribu dalih..
apa-apa pun, mirul doakan lah dowang-dowang tu semua kembali ke jalan yang benar..bukan seorang je tau, tapi 4 orang yang buat benda ni tadi..cuma yang betul-betul jelas depan mata tu dia seorang je lah..hu3..biarlah..mirul nak bagi nasihat takut kena pula, sebab dowang tu dari luaran pun dah tahu memang tak boleh pakai..[sebab pakai rantai yang silver kilat-kilat tu..ingat hensem ke..? muntah mirul tengok..!] jadi, mirul cuba nak benci dowang dengan hati..namun masih berdoa supaya dowang tu semua insaf..amin.. okey lah..mata pun dah ngantuk..jom tidur.esok nak sahur lagi..he3..okey..salam..~

p/s : pandai je nak nasihat kan orang lain sedangkan diri pun tak sempurna..he3..  :)


Read more...

Khamis, 4 Ogos 2011

MiRuL Si bABy FaCe..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul  ni.. tak jawab dosa..jawab dapat pahala..  :)  okey..! 
sebelum terus membaca entry ni sila sediakan beg plastik dulu ye..  :)

hari ni mirul rasa seronok sangat-sangat..
bukan sebab mirul dapat jaga kaunter jual Bra yang macam dalam entry INI..
tapi mirul gembira sebab hari ni mirul terasa comel dan sangat comel..ha3..  :D 
muka pun dah terasa macam "baby-face"..he3..
lebih kurang macam ni lah muka mirul..  :D

he3..hari ni mirul dapat kaunter jaga pakaian kanak-kanak..
jadi, memang rama lah kanak-kanak ribena  yang datang..he3..
masa pagi-pagi tu agak suram juga lah sebab pelanggan memang tak ramai..
tapi lepas je buka puasa, mak dato'..ramai yang datang nak beli persiapan baju raya..he3..
comel kan..? macam mirul sikit kan..? he3..

dan dah nama pun kaunter baju kanak-kanak kan, jadi memang ramai lah baby-baby cute tadi..
nampak je muka dowang tadi, rasa macam nak cubit-cubit je..
memang comel-comel belaka..seyes..! lagi-lagi yang dah besar sikit, tapi still bajet cute..ha3..
tak ketinggalan juga, mak bapa bayi yang perasan diri pun cute..ha3..  :D
contoh yang nak makan kaki..lalala..~

apa-apa pun tadi memang seronok sangat-sangat jaga kaunter tu..
macam-macam kerenah kanak-kanak mirul jumpa..ada yang bajet comel je depan orang..
ada pula yang memang nak makan kaki..tapi yang lagi teruk kalau tak reti duduk diam..
lari sana sini..kalau comel tu boleh lah juga dimaafkan..ni tak..muka pecah gudang je..lalala..~
kalau macam ni yang datang tadi memang kena lah jawab nya..ha3..

okey lah..! mirul pun terasa awek muda tau tadi.. [sampai sekarang pun sama je..lalala..~]
memang terasa diri ni macam bayi pula..comel je..ha3..
[sila jangan muntah ye..  :D]
okey lah..! mirul nak terus jadi baby face ni..ha3..
okey..! salam..~

p/s : mirul memang kuat perasan okey..! ha3..

Read more...