expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 12 Ogos 2011

EnTrY PanAs : AuRaT ItU wAjIb DiJaGa..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni..tak jawab dosa..jawab dapat pahala..hu3..okey..! semalam kalau ikutkan mirul nak update tentang wanita dan aurat..tapi disebabkan sahabat sejati mirul telah pergi menghadap ILAHI, maka sehari suntuk semua kerja tidak dapat mirul nak lakukan sebab kesedihan di hati ni hanya ALLAH yang tahu..


kalau korang nak baca entry tentang sahabat mirul ni, KLIK SINI.. hu3..apa-apa pun yang pergi tetap akan pergi..kita yang hidup ni mestilah meneruskan kehidupan di muka bumi ALLAH ini..kita sebagai hambanya perlu lah redha atas pemergian dia..mungkin ALLAH lebih sayangkan dia..hurm..mari sedekahkan Al-Fatihah buat dia..Al-Fatihah..~


okey..! semalam mirul ada tulis status dekat FB tentang wanita dan tudung..

bermacam-macam komen dan reaksi yang mirul terima semalam..ada yang setuju dan ada juga yang mempersoalkan kembali apa yang mirul tulis tu..hurm..mirul bukan nya apa, memang sejujurnya mirul suka dengan wanita yang bertudung..sejuk je mata memandangnya..hurm..namun, ramai pula yang cakap macam-macam..untuk itu, pelbagai laman sesawang mirul jelajah demi nak dapatkan bukti bahawa apa yang mirul cakap kan itu benar..dan tadi mirul terjumpa persoalan-persoalan ni beserta jawapan nya sekali..jom sama-sama kita baca dengan hati yang terbuka..   :)


CARA NAK JAWAB ALASAN-ALASAN TIDAK BERTUDUNG : 


1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

Alasan :



”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”

"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"

Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling. [1]

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

Alasan : 



"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"

“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi) [2]




3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

Alasan : 



"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"

“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.


Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. [3]



4. Menunggu seru untuk bertudung?

Alasan : 



“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”

“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.



kalau masih ada antara korang yang nak luahkan apa yang anda rasa, silakan..mirul ni pun manusia biasa yang tak lari dari membuat kesalahan..mirul buat entry ni bukan nak bergaduh atau nak menghentam mana-mana pihak, cuma ini merupakan salah satu cara dakwah yang mirul boleh lakukan..mirul tak nak tanggung dosa lagi kerana tak menegur korang..ambil mana yang baik..dan mana yang buruk sila abaikan..terima dengan redha dan cuba untuk berubah okey..  :)   salam..~

p/s : aurat wanita itu luas..bukan hanya rambut sahaja..  :)


21 ulasan:

Daya Azmi berkata...

like..! =)

khadijah berkata...

dijah pun dah bace entry ni sebelum ni.. setuju sangatkan.. walau orang cakap buruk macam mana pun yang pakai tudung tapi dia dah melakukan satu kewajipan kan..:)

Diari Anak Perantau berkata...

betul2.. hurm..tapi manusia kan berlainan pendapat.. kadang2 kita tak boleh nak paksa orang ikut apa yang kita rasa..walaupun benda tu betul..jadi, dengan cara ni lah mirul dapat sebarkan apa yang perlu disebarkan.. :))

Amanina berkata...

background pic akim ! i likeee !! hihi :)

Nur Farah berkata...

jangan jadikan banyak alasan untuk tuntut apa y allah inginkan itulah sebaik2 manusia..

hanya mampus etuju je ngan entry ni...

;p

Amanina berkata...

btwy amani skong ape mirul ckp nie :)

Unknown berkata...

ramai org pmpuan mcm tu lah perangai dia... dia x fikir tentang azab yg di terima di akhirat kelak.

Ya Allah selamatkanlah hamba Mu ini daripada kemurkaanMu.....

aJeS oThMaN berkata...

btol tu...xkesahla ikhlas ke tidak..benda tu kan wajib...suka bila dikaitkan dgn bab solat..solat hukumnya wajib..klo nk ikot keikhlasan, ramai la owg y x solat alasan blom btol2 ikhlas n xnk hipokrit~

tq mirul~

Diari Anak Perantau berkata...

amanina : he3..pic akim..? tq2.. btw thnks support.. :))

Diari Anak Perantau berkata...

nur farah hani : hu3..setuju..!

Diari Anak Perantau berkata...

manmala : hu3..azab ALLAH memang seksa..bersamalah berdoa supaya kita dijauhkan dari azab tersebut..amin..~

Diari Anak Perantau berkata...

ajes : hu3..tau x pew..entah lah ajes..manusia akhir zaman..berdoa jerk lah supaya kita dijauhkan dari golongan2 tersebut..amon..~

K.Zhariff berkata...

Aku sokong, aku sokong! :D

Diari Anak Perantau berkata...

k.zhariff : he3..bagus..!

AnakPakZohar berkata...

jangan suruh seseorang bertudung.. tapi ajak lah dia untuk menutup aurat.. itu yang dilandaskan oleh islam.. kalau sekadar bertudung semata2.. tapi cara nya tidak kene.. apa beza mereka dengan yang bertudung.. ^^

Diari Anak Perantau berkata...

yad'z : sangat setuju dengan anda..menutup aurat perkaran yang diwajibkan.. :))

Ukhtifarhana berkata...

Allah suruh tutup aurat..WAJIB!!!!!pelik manusia yang kata xsampai seru kononnya..kononnya tak dibukakan pintu hati untuk bertudung..agaknye tak paham kot apakah makna WAJIB..dan orang yang bertudung pun satu hal..bertudung bukan just tutup kepala..MELABUHKAN TUDUNG barulah dikatakan menutup aurat..ini tak..pakai tudung,tapi singkat...baju pulak ketat macam tak cukup kain..renung2kanlah wahai kaum2 ku..

Shahwalrezal berkata...

post yg baik..hehe...sy pun berminat dgn perempuan yg btudung.. :)

http://shahwalrezal.blogspot.com

Myera Nyera berkata...

mohon share ^^,

http://mywithoutreasonii.blogspot.com/2011/08/yang-indah-dicari-atau-dihindari.html

I do I need Iman berkata...

itulah manusia. seribu satu alasan.
nice one ;)
jmput ke blog saye .

ros berkata...

like entry nih..:)