expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 11 Ogos 2011

pErgINyA sEoRaNG SahABaT SEjAti...!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni.. hurm.. hari ni mirul menulis entry ni dalam keadaan yang masih tak percaya.. masih menangis dan terus berdoa supaya rohnya dicucuri rahmat.. 

pagi tadi mirul dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang sahabat sejati mirul.. pemergian nya benar-benar membuatkan mirul menangis seharian kerana dia seorang sahabat yang sangat mirul perlukan..dan dia pergi dengan cara yang sungguh menenangkan..dia kemalangan sewaktu hendak pergi ke masjid untuk mengerjakan solat subuh pagi tadi..namun ALLAH lebih sayangkan dia..hurm..

SAHABAT SEJATI...    :(

sahabat..
semalam kau hadir menemaniku yang kesepian..
menemani malam-malam ku yang kian suram..
saat aku bersama mu, kaulah bintang..
kau lah bulan..
cahaya mu benar-benar menyuluh kegelapan malamku..

sahabat..
semalam kau membisikkan kata-kata semangat kepada ku..
kata-kata yang membangkitkan seluruh jiwaku..
menyematkan semangat jihad di hatiku..
kau tanamkan semangat juang di dadaku..
dan kau juga membimbing aku ke jalan yang di redhai-NYA..


sahabat..
seperti baru semalam kau berada di sampingku..
membisikkan kata-kata azimat mu..
menyanyikan lagu-lagu zikir memuji TUHAN mu..
dan mengalunkan lagu irama cintamu..
untuk TUHAN yang satu..

sahabat..
cintamu terhadap ILAHI memang ku sanjung..
tak pernah kau mengeluh atas segala dugaan-NYA..
tak pernah kau menangis kerana diuji oleh-NYA..
kau redha atas segalanya..
kerana aku tahu, 
cinta kau hanya untuk SANG PENCIPTA..

sahabat..
hari ini aku menangis sendirian..
menangis tanpa mu wahai sahabat ku..
kerna mengenangkan hari-hari yang mendatang..
mengenangkan hari-hari ku tanpa mu sahabat..

sahabat..
aku menangis kerana kehilangan mu..
aku meratap sayu pemergian mu sahabat..
namun aku tahu, ALLAH lebih menyayangi mu..
dan aku tahu, kau labih layak bersama PENCIPTA mu..
dan aku meredhai pemergianmu..

dan mulai esok..
aku akan sendirian menghadapi ujian dan dugaan..
kerna kau tiada lagi disisi ku sahabat..
namun doaku akan sentiasa mengiringi mu..
ingatan ku terhadap mu tersemat didalam hatiku..
memori bersama mu tersimpan rapi dalam lipatan memori..
dan wajahmu sentiasa ada dalam kotak fikiranku..

KHAS BUAT SAHABAT MIRUL..
kau sahabat ku..al-Fatihah..~

p/s : dia pemilik blog "CINTA SEORANG DAI'E" 
dan 

25 ulasan:

khadijah berkata...

takziah.. terharu bace bile dia meninggal mase nak gi solat subuh.. bulan puase.. moge roh dia dirahmati..amin

DayaYaacob berkata...

al-fatihah~

Zulqarnain Musa berkata...

setiap dri kita...pasti akan kembali kepadanya...yg membezakan..jangkauan waktu maybe esok/lusa..xder siapa yg tau....bersamalah kita mendoakan...arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman dan beramal soleh..

jgn tangisi sesebuah kematian..kerna ia menyukarkan..arwah di alam sana..tenang yer mirul

fieha berkata...

Alfatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..

GadisNotaPelekat berkata...

takziah .. sbar eyh mirul .. ALLAH lg syg kan dye .. al-fatihah ..

bawal crepe putih berkata...

tenang mierol, tenang.. jgn seksa arwah yee, kite spatutnye bersedia kerna mungkin esok adlah hari utk kita pula, ingatlah, arwah juga pasti sayang kan kita, insyaAllah ~

aiman mania berkata...

alfatihah buat arwah.....aiman paham perasaan kamu...yg hidup teruskan kehidupan...

Firdaus Life berkata...

takziah... al-fatihah

C i k P i p i T e m b a m berkata...

smoga arwah tenang di alam sana . sabar ye amirul . al-fatihah ...

mr_right berkata...

tenang je muke arwah(':

Sengkuang berkata...

takziah...moga roh arwah di cucuri rahmatNya..
to mirul:bnyk2 lh bcakn ayt2 suci al-Quran untk arwah... al-fatihah...

Daya Azmi berkata...

sabar ye mirul..betapa kita syg kat arwah, tp besar lagi syg Allah tok dia..jgn seksa arwah kat sana dengan menangis..balas la jasa pengorbanan dia dengan sedekah yasin or al-fatihah..insyaallah 1 day nt kita akan berjumpa..=)

Aesya Zealous berkata...

al-fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat.aminnn

ninie_azriena berkata...

sabar ye..
salam takziah dari ninie untuk arwah..
kita sama-sama doakan yang terbaik untuk dia

Myera Nyera berkata...

al-fatihah.

Syara Mohammad berkata...

my deepest condolences for you and also for his family.

i've gone thru the same thing. u cried all day long. i cried for months.

be strong. life, must go on.

Unknown berkata...

al-fatihah

yunZatie berkata...

takziah bagi pihak dia. maaf saya betul betul sedih. tenang even tgk gambar dia. hati btl2 tersentuh mcm da knl lama.:(

K.Zhariff berkata...

al-fatihah.

Diari Si Froggie berkata...

Al-Fatihah.. semoga roh sahabat ini ditempatkan bersama golongan beriman..

sedih nya baca entry kamu..sebab aida pernah mengalaminya T_T

Unknown berkata...

al-fatihah.dah sehari dah arwah pergi.='(

ayil massambaaa berkata...

takziah buat kuarga beliau. sudah ketentuan ILAHI. mirul jgn bersedih. redhakan kepergian beliau. insyaALLAH, kita doakan yang terbaik buat sahabat kita ini. amiin.

najihahfara berkata...

ya Allah..mulianye cara die pegi..
semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan org2 yang beriman..amin..
al fatihah

NoR berkata...

Al-Fatihah..

hawiz berkata...

al-fatihah