expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 26 Ogos 2011

layAkkAh KiTa UNtuK bErgEmbIRA..!

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
jawab ye salam mirul ni..tak jawab dosa..jawab dapat pahala..hu3..okey..! hari ni merupakan hari yang ke 27 kita berpuasa di dalam bulan ramadhan al-mubarak ni..dan dalam diam, tinggal 3 hari je lagi syawal pula yang akan menjelma tiba, membawa pergi ramadhan ini..hurm..apa yang kita rasa saat ni..gembira..?sedih..? hu3..dan mirul pasti ramai diantara kita yang tak sabar menanti syawal yang bakal menjelma tak lama lagi kan

Dari Jabir r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Jika malam Ramadhan berakhir, seluruh makhluk-makhluk besar, di segenap langit, dan bumi, beserta malaikat ikut menangis. Mereka bersedih karena bencana yang menimpa umat Muhammad saw. Para sahabat bertanya, bencana apakah ya Rasul? Jawab Nabi. Kepergian bulan Ramadhan. Sebab di dalam bulan Ramadhan segala doa terkabulkan. Semua sedekah diterima. Dan amalan-amalan baik dilipatgandakan pahalanya, penyiksaan sementara di hapus.”
hurm.. adakah kita seperti mereka-mereka [kaum-kaum] yang terdahulu, meratapi pemergian ramadhan dengan penuh keimanan di dada.. atau adakah kita seperti sahabat-sahabat nabi yang menangis siang dan malam kerana takut ramadhan kali ini tidak memberi sebarang makna kepada diri mereka..dan adakah kita seperti makhluk-makhluk lain yang takut, kerana kemungkinan ramadhan ini merupakan ramadhan yang terakhir buat mereka.. tetapi kita juga mungkin jadi seperti kaum yang hanya melihat ramadhan itu datang dan bergembira, saat ramadhan pergi kerana tidak sabar menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa..
Ketika bulan saya'ban akan berakhir dan Ramadhan segera menjelang, Rasulullah saw memberikan bekalan ruhani kepada para sahabat mengenai bulan suci Ramadhan. 
Rasulullah menganjurkan kepada para shahabat untuk memperbanyak melakukan amal ibadah kerana ibadah pada bulan Ramadhan nilai pahalanya akan dilipat gandakan hingga 700 kali lipat atau lebih, Rasulullah juga menganjurkan sekali untuk memberi makanan berbuka ( iftar ) kepada orang-orang yang berpuasa kerana bagi orang tersebut akan mendapat pahala dari orang yang diberi juadah berbuka puasa tanpa mengurangi pahala orang tersebut. 
Para sahabat bertanya : Ya, rasulullah saya tidak mempunyai apa-apa yang berharga untuk diberikan kepada orang yang berpuasa. 
Rasulullah menjawab : Sediakanlah apapun yang kau punya walaupun hanya sepotong kurma, seteguk air ataupun segelas susu.
mungkin ada yang terdetik di dalam hati berkata, "aku bukan sahabat rasullullah.. mereka tu orang-orang yang dijamin syurga..kita ni manusia biasa je..hu3.." hurm.. itu bukan alasan mengapa kita patut bergembira ketika saat ramadhan pergi meninggalkan kita semua.. sahabat-sahabat nabi juga merupakan manusia biasa yang saban hari melakukan ibadah, memohon dan mencari keredhaan ALLAH.. sama seperti kita.. hu3..cuma yang membezakan ialah, mereka lahir di zaman Rasullullah..sempat berjumpa dan berjuang bersama baginda..  :)


namun bagi mirul, tidak salah untuk kita merasa gembira saat ini kerana syawal yang dinanti bakal tiba..hari kemenangan bagi seluruh umat islam ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu setelah sebulan penuh kita berpuasa..namun, jangan lah sampai kegembiraan kita tu menutupi segala kemuliaan bulan ramadhan ini.. dan jangan pula bila makin nak raya ni, makin kurang ibadah kita kepada-NYA kerana sibuk dengan persiapan raya..hu3..

jadi bersama-sama lah kita memuhasabah kan diri membetulkan kesilapan yang telah dilakukan..sekiranya selama 27 hari ini kita kurang melakukan amal ibadah, maka ambil kesempatan 3 hari yang tinggal ini untuk kkta perbaiki apa yang kurang.. dan ingatlah bahawa malam lailatul qadar itu berada di malam 10 terakhir ramadhan..cari ia dan manfaat kan nya sebaiknya..mudah-mudahan kita semua tergolong dalam gologan orang yang berima hendaknya okey..! amin..~ okey lah..mirul nak pergi pejabat pos kejap..  :)) salam..~
p/s : maaf lah ye..entry ni serba kekurangan kan..hurm.. 

6 ulasan:

hawiz berkata...

betol...kemeriahan dlam keredhaan

FizaFizz berkata...

alhamdulillah entry yg bermanfaat..thankz sharing,
sebenarnya kita semua rindu bulan ramadhan ni kan.. tak lama lg bulan syawal..tak salah untuk kita bergembira memandangkan bulan syawal tersebut ialah bulan kemenangan bg umat islam. tapi kita jgnlah terlalu bergembira dan berserdahana dalam persiapan raya nih.
allhu'alam :)
selamat hari raya :)

Diari Anak Perantau berkata...

hawiz : :DD

Diari Anak Perantau berkata...

@fizafizz : hu3..mirul cuma menyampaikan apa yang mirul rasa patut disampaikana..he3..and betul3..x salah bergembira asalkan x melampau-lampau kan..hu3..

Firdaus Life berkata...

entri yang penuh dengan peringatan. rasanya skang ramai sedih ramadhan pergi kerana tak dapat sale murah kot. huhu

Diari Anak Perantau berkata...

@freaky : hu3..tahu x pew.. :D