expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 29 November 2012

Zaman Kanak-Kanak..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. x jawa dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^_^
alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaannya dapat kita bersama-sama menghirup udara, bernafas di muka bumi ini dengan percuma.. jangan sesekali pun kita merasa bangga dengan apa yang kita ada kerana semua ini mampu ditarik dengan sekelip mata sahaja..

okey..! dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dengan sahabat semua tentang permainan dulu-dulu yang bagi mirul dah x ramai yang tahu dan ingat tentang permianan ni.. jadi, siapkan minda anda semua sebab mirul nak bawak sahabat semua balik ke zaman kita kecik-kecik dulu di mana masa tu x wujud lagi teknologi-teknologi ni.. yang ada hanyalah kita, kawan-kawan dan permainan tu.. ^_^

permainan pertama yang mirul nak suruh korang semua ingat ialah permainan lawan pemadam..
permainan ni memang popular lah sebab siapa menang dia akan dapat pemadam lawan dia.. nampak macam senang kan nak main, tapi cuba lah lawan.. susah beb.. hahaha.. dulu mirul sampai ada satu kotak pemadam tau.. ni semua gara-gara menang lah ni.. hahaha.. tapi paling kesian kalau beli banyak tapi asyik kalah je, akhirnya kawan yang dapat semua pemadam tu.. hehehe..

yang kedua ni bukan lah permainan sebenarnya, tapi lebih kepada koleksi peribadi.. hahaha..
dulu masa mirul kecik-kecik, semua budak mesti ada buku ni.. dia ikut masa, kalau pokemon yang tengah popular maka buku pokemon lah yang menjadi kegilaan budak-budak tu semua.. kita kena beli stiker dalam harga RM0.20 kemudian kena lengkapkan buku ni.. siapa yang dah lengkap boleh hantar dekat kilang dia then nanti akan dapat hadiah.. dulu kalau siapa yang ada buku ni yang lengkap memang bangga lah.. almaklumlah, bukan senang nak kumpul semua gambar.. kan-kan..? ^_^

yang ni pulak mirul x tahu lah dekat tempat korang panggil apa.. tapi mirul panggil bola kertas je.. hahaha.. dulu selalu lawan dengan adik mirul.. kitowang guna kan kotak ubat nyamuk untuk jadikan sebagai pemain bola tu.. memang kreatif gila lah dulu kan.. siap ada tiang gol bagai.. hahaha.. kalau siapa nak golkan, pihak lawan tu akan setting kan penjaga gol dia betul2, x nak bagi bola masuk.. hahaha.. kelakar betul kalau ingat kan.. hehehe..

permainan yang ni mirul pasti ramai yang tahu main.. mirul panggil permainan titik-titik je.. hehehe..
permainan ni paling seronok main masa cikgu x ada dalam kelas.. nampak je macam bosan kan, tapi ni lah game paling best masa kecik-kecik dulu.. kalau kita menang, rasa macam nak tampal je kertas tu dekat dinding kan.. hehehe.. dan disebabkan permainan ni jugak lah, buku matematik mirul x pernah tebal masa sekolah rendah.. bayangkan lah kalau dah tiap-tiap hari amik sehelai, lama-lama ye habis.. hahaha..

okey..! yang ni walaupun nampak macam permainan budak-budak perempuan tapi siapa sangka ada je budak lelaki yang main tau.. kalau dulu, ada patung lelaki jugak jadi sama-sama main dan buat cerita masing-masing.. kalau siapa yang kretif, dowang akan buat baju untuk patung dowang sendiri.. reka baju sendiri, buat gaun, skirt.. hahaha.. kretif kan..? :)

sebenarnya kalau nak ikutkan banyak lagi permianan yang kita suka main dulu-dulu kan.. ni belum cerita lagi pasal baling selipar lah, main polis enti lah.. hahaha.. tapi semua ni semakin dilupakan seiring dengan kemajuan zaman.. kalau kita tengok, budak-budak zaman sekarang ni mana ada nak main permainan ni semua.. almaklumlah, zaman sekaang kan zaman IT.. entah-entah kalau mirul dengan dowang ni.. huhuhu..

dan bila teringat balik permainan-permainan ni rasa rindu sangat-sangat dekat zaman kanak-kanak kan.. masa tu x fikir apa, fikir nak main je.. pergi sekolah main, balik sekolah main, jumpa kawan main.. haahha.. indahnya zaman kanak-kanak ni.. ^_^ apa-apa pun kalau boleh jangan lah kita lupakan permainan2 lama ni..  bak kata orang, tiada lama tiada baru kan.. hehehe.. selamat berlayar ke zaman kanak-kanak kembali.. wasalam..~

Read more...

Sabtu, 24 November 2012

Kelebihan Mereka Yang Single..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^_^
alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniannya kita masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ALLAH ini bagi meneruskan kehidupan kita sebagai hambanya dan menebus segala kesalahan dan dosa lalu..

dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dengan sahabat semua mengenai kelebihan orang yang x 'COUPLE' ni.. hehehe.. macam yang mirul pernah cakap sebelum ni, mirul x cakap pun yang couple itu haram tapi bila ia mendekatkan kita kepada perkara-perkara maksiat dan zina, maka hukumnya haram..! 
antara kelebihan orang yang x COUPLE ni ialah :

1. kurang dosa...
menjadi khalifah di muka bumi ALLAH ni memang satu tanggungjawab yang sungguh berat.. mana x nya, setiap saat kita ni sentiasa dihasut untuk melakukan kejahatan oleh syaitan laknattullah.. kalau iman x kuat memang senang lah kerja syaitan tu.. huhuhu.. sedangkan kita x kapel pun dosa dah banyak, ni lagikan bila kita kapel.. mula-mula memang lah malu-malu, tapi lama-lama percayalah kalau pakwe ajak pegang tangan pun makwe bagi je.. kapel lah namakan.. huk3.. tu belum sentuh pasal peluk-peluk, main tampar-tampar dan sebagainya.. hurmmm..

2. dapat elak fitnah manusia..
kalau dah duduk berdua-duaan dalam bus, bergelak ketawa, bertepuk tampar sama-sama apa orang lain akan fikir..? tu belum cakap lagi pasal asyik berkepit 24 jam je.. ini bukan soal kisah ke x kisah, tapi soal apa pandangan orang lain terhadap kita.. mungkin kita x ada niat nak buat macam tu tapi orang yang nampak x akan fikir benda yang sama dengan apa yang kita fikir.. akhir nanti kita jugak yang malu kan.. 

3. hidup bebas..
orang yang kapel ni makan nak kena sama-sama.. minum nak kena sama-sama.. kalau nak ke kelas kena saing, kalau x saing merajuk.. wei, korang baru kapel lah bukan laki bini yang nak kena ke mana-mana sama-sama.. huhuhu.. kalau dapat yang kaki mengongkong lagi susah.. nak keluar dengan kawan x boleh, nak masuk ni x boleh, nak masuk tu x boleh.. semua nak kena mintak kebenaran dengan pasangan dulu.. dengan mak ayah x nak mintak izin pulak.. fikir-fikir lah ye.,
4. duit x banyak keluar..
ni lagi satu kelebihan orang yang x kapel, duit jimat... hahaha.. bukan setakat duit, tapi kredit telefon pun jimat.. x payah nak top-up setiap hari, sebab kredit x cepat habis.. tapi bagi sesetengan yang selalu telefon mak ayah dia, kena lah jugak top-up kan, tapi itu lagi baik daripada kita top-up kemudian habis untuk orang yang belum tentu jadi keluarga kita kan.. baik telefon mak ayah, dapat pahala.. telefon pasangan dapat dosa(kalau melalaikan dan meningkatkan nafsu), pilihlah.. :)

5. fokus yang tinggi..
kehidupan sebagai seorang pelajar ni memerlukan kita sebuah komitmen yang tinggi.. kalau kehidupan seharian kita asyik dok dengan dia je, sampai bila kita nak maju kan diri kita.. keputusan yang baik macam mana pun tapi kalau x ada sebarang penglibatan dalam mana-mana aktiviti Uni akan menjadikan kita sebagai mahasiswa yang lemah dan kurang produktif.. x salah nak ada kapel bagai tapi kita kena fikir tentang masa depan kita jugak.. ^_^

6. hati x akan kecewa..
bila kapel mula rasa indahnya dunia ni.. tapi bila break, mulalah rasa macam dunia ni macam apa entah.. kekecewaan tu memang tinggi.. sebab tu mirul selalu cuba mendidik hati untuk meletakkan ALLAH sebagai cinta mirul yang pertama, sebab kalau sekalipun mirul dikecewakan orang, mirul masih tahu bahawa cinta sejati mirul itu masih disisi mirul... :')

lain-lain orang lain-lain pendapat kan.. ini cuma pendapat mirul je.. mirul pun manusia biasa yang banyak buat kesilapan, banyak buat dosa.. :'( apa-apa pun kita tahu siapa diri kita dan apa amalana kita yang akan menjamin kita untuk mendapatkan tempat yang terbaik di sisi ALLAH kelak.. 

bagi mirul, x kisahlah kalau nak kapel ke apa ke, asalkan benda tu mendatangkan kebaikan dan pehala buat kita,., jangan pulak menjadikan kapel itu sebagai satu tiket untuk kita ke neraka kan.. huhuhu.. kita kena ingat yang kita ni masih banyak tanggungjawab., naluri mencintai dan ingin dicintai itu ada pada semua orang tapi pandai-pandai lah kita mengawalnya..
orang kata kalau kapel ni x sweet, kahwin lagi sweet.. jadi kenapa x nak buat benda yang lagi sweet ni.. bukan setakat sweet, dapat pahala dan selalu di bawah rahmat ALLAH lagi.. apa-apa pun dalam setiap apa yang kita buat tu selalu lah mencari keberkatan ALLAH.. yang haram akan tetap haram.. peringatan untuk diri sendiri dan juga sahabat semua.. ^_^ wasalam..~

Read more...

Jumaat, 16 November 2012

Lets Pray For GAZA..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab berdosa.. kalau jawab korang jugak yang dapat pahala..
alhamdulillah, bersyukur kita sangat-sangat dekat ALLAH sebab masih lagi dikurniakan kekuatan, keamanan, kesejahteraan, kesihatan dan berbagai-bagai lagi nikmat yang kita sendiri tak mampu nak membalasnya.. maka dengan itu jangan lah sesekali pun kita mendabik dada di muka bumi ALLAH ni kerana dengan sekelip mata je semua ni ALLAH boleh tarik balik dari kita..
pasti ramai yang dah tahu kan yang Gaza hari ini dalam kegelapan kembali.. kejam sangat Israel sehinggakan ramai orang yang x bersalah mati jihad di jalan ALLAH.. sana sini kena bom, sehinggakan rumah sendiri pun dah x selamat untuk diduduki.. punyalah kejam kan zionis ni.. :'( mirul rasa sedih sangat x dapat buat apa-apa selain berdoa kepada ALLAH supaya Gaza kembali aman tanpa serangan tentera israil ni..

apa yang lagi buat mirul sedih ialah bila tengok mangsa-mangsa korban itu adalah kanak-kanak kecil, orang-orang tua yang x bersalah dan semua penduduk Gaza yang rata-rata x pernah buat masalah pun dengan israel.. mereka dibom, ditembak dan diperlakukan seperti binatang.. benda ni buat mirul lagi terasa bila mereka tu semua adalah saudara kita, saudara seislam.. sedih sangat-sangat.. menitis air mata.. :'(
membayangkan mereka diperlakukan macam tu dekat negara mereka sendiri membuatkan mirul bersyukur sangat-sangat dilahirkan di bumi Malaysia ni.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. dan buat saudara seislam yang ada dekat Gaza tu, teruskan berjuang kerana ALLAH.. kita mungkin dianiaya di dunia, tapi insyaALLAH akan dibela di akhirat kelak.. doa kami semua mengiringi anda semua, penduduk Islam di Gaza.. 
akhir kata, selagi mampu untuk kita berdoa untuk mereka maka berdoalah.. doa itu kan senjata umat Islam.. dan selagi kita mampu untuk boikot barangan daripada Israil maka teruskan lah memboikot.. tak mati kalau kita x guna produk mereka tu kan.. kita sebagai umat Islam pun kena kuat, pertahankan agama kita ni.. insyaALLAH jika tidak didunia, maka ganjarannya menunggu kita di akhirat kelak.. amin.. :'(

Read more...

Khamis, 15 November 2012

Barang Wajib Ada Pelajar Uni..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa... kalau jawab korang memang owsome.. ^_^
alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan nikmat yang ada pada kita, dapat lagi kita semua menghirup udara di muka bumi ini dengan percuma.. maka jangan lah berat sangat nak bersyukur tu ye sahabat semua.. ^_^ bukan susah, cuma sebut Alhamdulillah..

dalam entry kali ni mirul nak berkongsi pendapat dengan sahabat semua tentang barang-barang yang wajib ada bagi seorang pelajar.. orang kata kalau x ada benda-benda ni macam x lengkap je kehidupan sebagai seorang pelajar.. hahaha.. antara barang-barang tersebut ialah : 

1. Telefon Bimbit
okey..! sedangkan budak 6 tahun pun dah ada handphone ini lagikan kita yang dah besar ni kan.. x kisah lah handphone tu murah ke mahal ke, nokia 3310 ke, black berry ke janji ada kan.. bukan apa, senang sikit kalau orang nak contact kita, nak bagi tahu maklumat penting ke kan.. huhuhu.. tapi budak-budak zaman sekrang ni telephone tu dah x da maknanya dah nak sampaikan maklumat2 penting ni. yang ada maklumat2 cintan contun adalah.. huhuhu..

2. Earphone
ni lagi satu benda yang wajib ada pada pelajar zaman sekarang ni.. diusung kesana kemari, kalau bosan je terus sumbat telinga dengan earphone ni.. hahaha.. dan ada sesetengah tu dalam kelas pun pakai earphone, x tahu lah dia fokus ke x sebenarnya tu.. huhuhu.. dan bila sebut pasal earphone ni yang selalu bertuah ialah palajar-pelajar perempuan lah sebab kalau pakai earphone pun x nampak, almaklumlah pakai tudung kan.. sebab tu kalau panggil macam apa pun x dengar, rupanya tengak sibuk dok engar lagu.. hahaha..

3. laptop
siapa x ada laptop nampak pelik sikit lah. lagi-lagi dekat Uni.. macam mirul pun bukan lah orang senang mana pun, tapi ada jugak laptop.. senang sikit nak buat kerja kan, x payah pinjam-pinjam orang punya.. huhuhu.. tapi kalau fikir balik sebenarnya, laptop untuk buat kerja tu x sampai 10% pun.. yang lebih tu main game (Dota) ke, tengok movie ke (Korea), online ke(FB, twitter) dan seumpamanya.. dan kalau x ada laptop ni, masa cuti tu sangat bosan kan.. hahaha..

4. MP3
ni lagi satu barang wajib pelajar, MP3.. tapi bagi sesetengah tu kalau dah ada phone pun dah cukup, x perlu ada MP3 pun.. sebab MP3 ni kalau bosan memang akan on je selalu.. lagi-lagi kalau dalam bus, kalau tengah tunggu kelas mula, kalau tak nak dengar pensyarah membebel.. hahaha.. 

apa-apa pun ni sekadar apa yang mirul rasa je.. x tau la betul ke x.. tapi dari pemerhatian mirul memang kebanyakkan benda-benda ni lah yang wajib ada pada seorang pelajar.. gadget-gadget ni lah yang selalu pelajar gunakan x kira lah dekat mana pun.. 

islam x pernah nak halang hambanya untuk mencari hiburan tapi jangan lah sampai melalaikan kita.. x kisah lah nak dengar lagu ke, asalkan lirik dia tu x menyesatkan..x kisahlah nak tengok cerita korea tu sampai mata bengkak, asalkan solat tu x tinggal.. nak main game sampai pagi..? boleh je, janji subuh n zuhur tu solat.. okey..? ^_^
apa-apa pun yang baik datangnya dari ALLAH.. yang buruk semuanya datang dari mirul.. kalau ada salah silap tu, kalau ada yang membenci tu mirul mintak maaf ye.. mirul menulis untuk berkongsi apa yang mirul rasa.. kalau sudi komen lah ye.. syukran.. terima kasih.. wasalam... :)

Read more...

Selasa, 13 November 2012

Kembar Ji Hyo dan adik Joong Ki..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. kalau jawab korang memang owsome.. ^_^
alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaannya dapat jugak kita bernafas hingga ke hari ini.. bagi mirul syukur itu tak ada hadnya dan kita kena selalu bersyukur dengan segala nikmat ni, supaya lepas ni nikmat kita itu akan ditambah, bukan ditarik.. amin..

okey..! mirul malas nak menulis panjang-panjang sebab masa itu emas kan.. hahaha.. berbalik kepada tajuk entry mirul tu, mungkin ramai diantara kita ni yang suka tengok cerita Running Man kan..? ala, variety show dari korea yang macam main police entry tu.. hahaha.. mungkin penerbit cerita tu pun dapat idea dari kita semua kan..? :P
dalam banyak-banyak ahli Running Man, mesti ada yang sahabat semua minat gila kan.. macam mirul, mirul lebih minat gila dekat kwang soo.. dia sangat lawak ok..! tapi kadang-kadang bila dia kena buli tu rasa macam kesian pulak.. hahaha.. 

apa-apa pun dekat entry kali ni mirul nak tunjuk dekat sahabat semua kembar si Ji Hyo.. mungkin ramai yang x tahu tapi memeng si Ji Hyo ni ada kembar.. mungkin dia x nak ramai yang tahu kot dia ada kembar, tu yang si Ji Hyo ni hantar kembar dia ke Malaysia.. huhuhu..

kalau x percaya sahabat semua tengok ni kembar dia..


yang ni pulak Ji Hyo.. sama kan..? -_-


muahahaha.. blog ni bukan di hack ataupun mirul diugut buat entry ni tapi ini adalah pengakuan sendiri oleh tuan empunya badan ni.. jadi jangan salahkan aku ye nurul... muahahaha.. :P

dan lagi satu.. kalau mirul nak buat pengakuan jugak boleh x..? hehehe.. mirul pun sebenarnya ada kembar.. tapi macam malu pulak nak tunjuk.. kalau mirul tunjuk, korang boleh janji x jangan bagi tau sesiapa..? janji ea.. hehehe.. ok2.. ni dia kembar mirul.. :D


sama kan..? hehehe.. kbai..~

Read more...

Ahad, 11 November 2012

Forever Alone..!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. kalau jawab korang owsome.. ^_^
alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi mirul menulis dan dapat jugak sahabat sekalian membaca.. terima kasih yang x terhingga ye sebab sudi baca hasil tulisan mirul yang x seberapa ni, tapi insyaALLAH berguna buat kita semua.. 


okey..! berbalik kepada tajuk entry mirul kali ini iaitu Forever Alone..~ 
sebenarnya mirul tertarik nak berkongsi pendapat dengan sahabat semua tentang forever alone ni sebab hari ni mirul forever alone.. almaklumlah, awek dah lari.. hahaha.. tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan forever alone ni..? sebab kalau sahabat semua perasan, ramai remaja sekarang ni suka guna perkataan forever alone terutamanya bila seseorang tu bersendiri..
seseorang yang forever alone ni dikatakan tiada "life'.. dia dianggap x ada kawan dan kalau kemana-mana je orang mesti akan cakap pasal dia.. huhuhu.. bagi mirul orang yang forever alone ni dia mesti ada sebab kenapa dia lebih suka bersendiri.. dan apa pun sebab dia menjadi forever alone x payah lah korang semua sibuk.. janji dia x kacau sesiapa kan.. ^_^

dan bagi mirul ada kebaikan nya tau menjadi forever alone ni terutamanya bagi orang yang banyak cakap macam mirul ni.. hahaha.. antara sebabnya ialah : 

1. kurang dosa..
semua sedia maklum yang makin banyak kita berkata-kata, makin banyak dosa yang kita buat.. jadi, menjadi seorang yang forever alone ni adalah satu kelebihan buat dia sebab dia x akan ada kawan nak berbual.. x ada kawan nak mengumpat.. x ada kawan nak mengutuk orang. nanti kalau bercakap seorang diri orang cakap gila pulak kan, jadi diam itu lebih baik.. hehehe..

2. tahap fokus yang tinggi
bienda ni lagi berkesan kalau kita tengah belajar ataupun tengah buat sesuatu pekerjaan.. bila kita berseorangan, tanpa ada kawan untuk berbual ataupun kawan yang mengacau, tahap tumpuan kita akan lebih tinggi berbanding jika kita bersama kawan kan.. jadi kalau nak fokus masa belajar, jadi lah forever alone ye.. hehehe..
3. lebih menghargai seseorang
banyangkan lah ea jika tiba-tiba kita keseorangan, mesti kita akan rasa sedih.. jadi x salah nak jadi forever alone ni untuk sehari sebab mungkin keesokan harinya kita akan lebh menghargai kawan kita tu.. almaklumlah, kalau forever alone ni x ada kawan nak bergurau, x ada sesiapa nak usik kita, jadi kita akan terasa kehilangan bila bersendirian.. 

4. hati x sakit
adat dalam berkawan, kadang-kadang mesti ada yang terasa.. jadi kalau kita forever alone ni jarang lah kita sakitkan hati orang dan jarang jugak orang sakitkan hati kita.. hahaha.. kita buat hal kita, orang lain buat hal masing-masing.. kalau ada yang terasa jugak x tahu nak cakap apa.. hahaha..

5. menjadikan kita lebih berani
memang betul..! forever alone ni akan menjadikan seseorang tu lebih berani sikit.. contohnya kalau dia nak beli sesuatu ke, dia x ada sesiapa yang boleh diharapkan kecuali diri sendiri.. jadi nak tak nak dia kena beli jugak.. dan benda tu akan melatih dia menjadi berani.. x kisah lah lambat, tapi berani jugak kan.. hahaha..

tapi korang jangan ambil benda ni sebagai satu yang serius ye.. ini cuma pendapat mirul je.. kita kena tahu yang sebenarnya dalam kehidupan kita ni x ada istilah forever alone ni semua sebab ALLAH kan sentiasa dengan kita.. mak ayah kita, ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita, mereka semua ada dengan kita.. kita kena ingat tu.. ^_^
dan dalam dunia ni mustahil kalau x ada orang yang x nak kawan dengan kita.. kalau memang x ada, cuba kita muhasabah diri kita, mungkin ada sifat yang semua orang x suka yang ada pada diri kita.. cuba atasi sifat tu, cuba jadikan ianya satu sifat yang positif, insyaALLAH orang akan nak berkawan dengan kita.. sebab dalam islam sendiri hubungan silaturrahim sesama kita tu penting..! jangan putuskan silaturrahim, berdosa okey..!

walaubagaimana pun kita kena ingat yang akhir nanti kita tetap akan bersendirian.. forever alone dalam kubur sana.. masa tu kalau nak cakap forever alone mirul sokong, sebab memang x ada orang lain dalam kubur tu melainkan kita seorang diri.. bersediakan kita..? jom sama-sama muhasabah diri dan terus berusaha untuk mengumpul seberapa banyak pahala jom.. :D wasalam..



Read more...

Rabu, 7 November 2012

Wordless Wednesday [11]..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab dulu salam mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^_^
x nak cakap banyak, korang tengok lah gambar yang menyimpan seribu satu makna ni.. enjoy..! 

p/s : jangan lupa respond ya.. ^_^
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o

p/s :hahaha.. sila bertenang..!!






Read more...

Selasa, 6 November 2012

Popular Dunia VS Popular Akhirat..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. ^_^
macam biasalah, sebelum baca entry mirul jangan lupa ucap alhamdulillah dengan setiap nikmat yang telah ALLAH beri dekat kita.. mirul cuma mengingatkan sebab mirul pun kadang-kadang nak kena orang ingatkan baru tersedar.. jadi setiap hari kalau boleh jangan sombong untuk berterima kasih dekat ALLAH sebab ALLAH x pernah sombong pun dengan kita.. ^_^
okey..! dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dengan sahabat semua tentang POPULAR.. sebenarnya apa itu popular..? huhuhu.. popular tu boleh jugak di ertikan sebagai femes x pun retis.. kalau nak lagi best, HOT.. hahaha.. dalam dunia ni ramai orang yang nak jadi popular.. ramai yang sanggup buat apa sahaja asalkan orang lain tahu yang dia wujud dalam dunia ni.. kan-kan..?

blogger popular..
menjadi seorang blogger yang popular dan diketahui ramai memang menjadi impian setiap blogger.. siapa je kan yang x nak popular..? paling kurang pun mesti dia nak blog dia tu ramai pengikut, kalau lagi banyak lagi popular katanya.. huhuhu.. sampai kan ada yang sanggup buat apa je asalkan blog dia tu difollow oleh orang lain sebab bagi dia, makin ramai makin popular..

berbeza dengan pandangan mirul yang mana bagi mirul, kuantiti itu hanyalah satu nombor sedangkan kualiti itu lah yang harus kita utamakan.. sebagai contoh lah ye, kalau dia ada follower yang berpuluh ribu sekalipun namun kalau setiap entry yang dia buat tu x memberi manfaat pun kepada sesiapa rasanya x guna kot.. sekurang-kurangnya bila dia menulis entry yang bagus, dia juga secara x langsung telah membantu follower dia.. jadi x ada lah sampai rasa macam sia-sia je follow kan.. huhuhu..
macam blog mirul ni pun x ada lah popular dan bermanfaat sangat kepada semua orang, tapi mirul akan pastikan yang setiap entry yang mirul buat tu sedikit sebanyak pun ada ilmu nya.. paling cikai pun orang akan rasa yang dia x membuang masa.. sebab bagi mirul sekarang ni ramai sangat blogger yang menggunakan blog sebagai satu medium yang salah.. nak popular, nak mencarut, nak tulis diari bukan dekat sini.. nak buat boleh tapi kena ingat, tulis yang bermanfaat.. baru ramai yang suka blog kita tu.. ^_^

hamba popular
hidup dekat dunia ni kita kena selalu ingat dalam hati kita yang kita ni sekadar hamba ALLAH yang menjadi khalifah di muka bumi ni.. kita ni bukan sesiapa kalau nak dibanggakan dan dimegahkan jika berbanding dengan para anbia' dan hamba-hamba nya yang jauh lebih soleh dari kita.. kita tahu amalan kita, kita tahu setiap niat dalam perbuatan kita jadi usahlah kita berbangga dengan amalan yang x seberapa tu..

menjadi hamba yang popular bagi mirul ada dua maksudnya.. yang pertama popular di sisi ALLAH dengan amalan-amalan kebaikan yang dia lakukan.. yang kedua popular di sisi ALLAH dengan kejahatan-kejahatan yang dia lakukan.. dua-dua popular tapi popular dalam keadaan yang berbeza.. mana yang kita pilih..? yang pertama atau pun yang kedua..pilihan di tangan kita, kita yang buat kita yang tanggung.. :)
sebab tu mirul cakap, menjadi popular ini x salah asalkan kita melakukan perkara yang betul dan bermanfaat..  bukan lah mirul cakap jadi baik dan popular tu kita kena tunjuk kebaikan yang kita buat, kena cakap dekat orang yang kita ni baik.. tapi menjadi baik dan popular tu ialah baik di mata manusia, popular di sisi ALLAH dengan kebaikan kita tu.. :)

apa-apa pun popular ni cuma satu panggilan sahaja, dekat sisi ALLAH x ada istilah popular atau pun tidak.. kita ni semua akan dipandang pada satu taraf yang sama.. yang membezakan kita ialah setiap amalan kita di dunia ni.. maka jika mahu popular di sisi ALLAH, jangan lupa ikhlas dalam melakukan kebaikan.. banyakkan berbuat baik sesama manusia dan melakukan setiap perintah ALLAH.. senang cerita amar makruf nahi mungkar.. semoga kita semua menjadi popular di sisi ALLAH kelak.. insyaALLAH.. amin.. ^_^ wasalam.. ~

Read more...

Gangguan Oleh Entiti Paranormal..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. kalau jawab owsome.. ^_^
hehehe.. alhamdulillah.. kita patut bersyukur sebab masih diberi peluang oleh ALLAH untuk terus bernafas di muka bumi milik ALLAH ni.. jangan sesekali pun kita lupa bersyukur sebab ALLAH x pernah lupa nak bagi nikmat dekat kita kan.. jadi bersyukurlah.. ^_^

okey..! berbalik kepada tajuk entry mirul kali ini, mirul nak berkongsi dengan sahabat semua tentang satu cerita yang mana mirul rasa semua orang pernah dengar dekat tempat masing-masing.. namun mungkin kita dengar dalam versi yang lain-lain lah.. tapi masih menggunakan pelakon utama yang sama.. hahaha..
korang semua pernah dengar pasal "Mak Cik Karipap" x..? ada sesetengah cerita orang gelar "Mak Cik Nasi Lemak".. hahaha.. macam-macam versi betul kan..tapi semua tu x penting kot sebab sebenarnya mirul nak cakap pasal pengalaman kawan mirul sendiri apabila dia dikacau oleh makhluk tuhan ni..

kisah dia ni bermula bila pada suatu hari tu dia belajar seorang diri dalam bilik dia.. dia belajar sampai lewat pagi sebab keesokan harinya dia ada ujian.. dan macam biasalah, bila belajar sampai lewat-lewat malam ni suasana memang sunyi.. kebetulan pulak kawan sebilik dia x ada, balik rumah sebab ada kecemasan.. kawan dia yang lagi sorang tu pulak dah tidur.. maka dia memberanikan diri dia untuk belajar seorang diri malam tu..

sedang dia khusyuk belajar tiba-tiba dia dengar satu bunyi yang sangat dia kenal.. dia tahu yang roomate dia x ada, jadi dia buat x tahu je.. huhuhu.. makin lama bunyi tu makin kuat.. dia tahan.. bila bunyi je dia tahan lagi.. buat-buat macam x ada dengar apa-apa pun.. rasanya lama jugak lah dia buat tak tahu.. huhuhu.. bunyi tu pulak kadang-kadang macam dari dalam bilik, kadang-kadang dari luar.. memang seram lah kan kalau tingkap tu bunyi-bunyi dari luar.. grrrrr.. dalam keadaan yang sunyi sepi tu tba-iba dia teringat cerita kawan dia pasal mak cik karipap.. memang terus berderau darah dia.. rasa nak menjerit mintak tolong pun ada..
tapi bila bunyi tu makin kuat, dia memang dah x sanggup lagi dah.. memang dia rasa macam nak keluar je dari bilik tu.. tapi disebabkan dia ingat yang esok ada ujian yang penting dia tahan je.. dalam hati memang selawat banyak-banyak lah.. tuhan je lah yang tahu apa yang dia rasa saat tu.. orang kata boleh terkeluar jantung.. huhuhu..

dan tiba-tiba dalam x semena-mena dia ada terbau satu aroma yang sangat wangi.. wangi dia tu lain macam.. dah lah tadi dengar bunyi macam-macam, ni bau wangi pulak, memang siapa berani kan kalau duduk seorang diri.. kawan mirul tu apa lagi lah, dia terus bangun dari kerusi terus je bukak lampu..! 

bukak-bukak je dia terkejut sangat-sangat sebab dia ternampak roomate dia tengah buncuh air "Old Town White Coffe".. hahaha.. dan baru lah dia sedar yang sebeanrnya bunyi yang dia dengar tu adalah bunyi perut dia yang sedang berkerocong, lapar lah tu.. hahaha.. hilang serammmm.~ hahaha..

kesimpulannya dekat sini, mirul nak cakap dengan korang semua yang sebenarnya dalam dunia ni x ada hantu pun.. kalau ada pun tu semua syaitan je.. paling kurang pun jin.. tapi kita kena ingat yang mereka tu semua pun makhluk ALLAH jugak.. buat apa kita nak takut dengan mereka kan sedangkan kita sepatutnya lebih takut dengan ALLAH.. kadang-kadang bila kita takut, bunyi cicak pun kita dengar macam bunyi hantu mengilai.. jadi jaga pemikiran kita ni.. jangan asyik fikir hantu, hantu, hantu.. lama-lama hantu tu sendiri yang dekat kita sebab kita asyik pikir pasal da je..
kalau kita digangu ke, terasa x sedap hati ke banyakkan baca ayat pendinding, selawat banyak2.. dan lagi satu kalau dah tahu diri tu penakut x payah lah nak berangan tidur sorang-sorang.. ajak lah kawan teman, at least kalau ada apa-apa korang berdua kan.. huhuhu.. kita ni hidup pun kelilingnya penuh dengan syaitan, iblis, jin, bunian jadi x payah lah nak belagak sangat.. "dowang" ni x suka dengan orang yang berlagak, nanti kalau dah terkena dengan "mereka" jangan tanya kenapa lah kan.. hahaha.. semoga korang tidur dalam keadaan yang tenang.. jangan lupa baca doa dulu.. ^_^ wasalam...~




Read more...

Isnin, 5 November 2012

Wanita itu Cubic..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t.. 

jawab ye salam mirul ni.. tak jawab dosa.. kalau jawab handsome.. xD
alhamdulillah, selepas 11 jam memanaskan punggung dalam bas, akhirnya sampai jugak di bumi Perth-lis ni.. badan memang sakit-sakit sebab sepanjang malam dalam bas nak tidur dengan selesa pun susah kan.. tapi tu lah, alhamdulillah sampai jugak dengan selamatnya.. terima kasih ya ALLAH.. ^^

ok.. dalam entry kali ni mirul nak berkongsi dengan sahabat semua tentang satu perkataan yang sangat kompleks iaitu P.E.R.E.M.P.U.A.N.. kenapa mirul cakap kompleks..? kalau nak tahu kenalah baca sampai habis.. hehehe.. 

wanita itu cubic..
korang pernah main cubic x..? ala, mainan menguji minda tu.. huhuhu.. senang cerita, x nak ayat berbelit-belit, perempuan ni kompleks macam cubic ni lah.. sangat memeningkan dan sering kali buat kita putus asa.. kadang-kadang tu sampai satu tahap bila kita memang dah x tahu nak selesaikan cubic ni rasa macam nak hempas-hempas je kan cubic tu.. hahaha..
Rubik Cube Game Clip Art
sebelum kaum-kaum hawa, gadis-gadis cantik, mak cik-mak cik yang baca entry ni mengamuk atau rasa x puas hati, biarlah saya mamat romeo yang penyayang ni terangkan ye.. hahaha.. *ayat entah papew.. PW..

sebenarnya mirul ni tengah bingung dengan perangai sebenar seorang wanita.. dalam perhubungan, apa sebenarnya yang mereka mahukan.. jujur..? kasih sayang..? kesetiaan..? x cukup ke apa yang dah mereka terima selama ni..? huhuhu.. dan yang paling mirul x faham sekali ialah, perempuan ni memang nak kena luahkan rasa cinta dekat dowang tu setiap masa ke..? nanti kalau x luahkan rasa hati tu, mulalah rasa pasangan ada orang lain lah, apa lah.. huhuhu..

sebenarnya entry ni mirul buat bukan lah nak cari salah lelaki ke salah perempuan, sebab bagi mirul, setiap pasangan tu lain-lain.. ada pasangan tu yang dowang memang saling memahami sehinggakan tiada perasaan cemburu langsung, sangat mempercayai pasangan mereka(tapi ni bahaya, seyes sangat bahaya).. ada pulak tu pasangan yang mirul rasa kalah suami isteri, ketat betul kena kawal.. nak buat ini tak boleh, nak buat itu x boleh.. haissshhh..

berbalik kepada cerita mirul ni kan, mirul ni jenis yang x suka luahkan perasaan pada orang, meskipun mirul suka dekat dia.. bagi mirul, cukuplah dia tahu yang mirul ni sayang dekat dia dan akan setia dengan dia tanpa perlu nak kapel-kapel ni.. mirul x cakap pun yang kapel ni haram, tapi mirul kurang selesa dengan perkataan "kapel" ni.. *kalau mendekatkan kita ke arah maksiat maka HARAM okey..!
dan untuk pengetahuan korang semua, mirul dah kehilangan seseorang yang mirul sayang sangat-sangat cuma kerana mirul x luahkan rasa hati ni dekat dia.. mirul ada luahkan tapi bukan secara direct sebab takut ia akan mengundang rasa yang kurang selesa kan.. mula-mula mirul menerima tindak balas yang positif dari dia, namun lama-lama bila mirul dan dia mula sibuk dengan urusan masing-masing dia  mula merasakan yang mirul ni dah mula berubah hati.. hurmm...

sebab tu perempuan ni sangat compleks kan.. bagi mirul x kan lah nak bermanja-manja, berkasih-kasih sayang setiap hari sedangkan sebenarnya banyak lagi tanggungjawab mirul yang harus mirul lakukan.. sakit tu memang sakit, tapi lama-lama mirul faham kenapa dia lakukan ni semua.. mungkin dia bukan jodoh mirul kot,  x apa lah dia lebih layak untuk orang lain.. :)

akhir kata, perempuan memang macam cubic..susah, kompleks, memeningkan tapi makin kita gagal, makin bersemangat kita nak cuba selesaikan.. cubic ni pun bukan x ada jalan penyelesaiannya kan, cuma kita kena banyak bersabar, kena belajar perlahan-lahan, kena kurangkan ego untuk belajar cara nak selesaikan nya.. senang cerita kena banyak bersabar.. hahaha.. apa-apa pun buat semua kaum hawa dekat luar sana jaga lah diri anda sebaik-baiknya okey.. kaum adam ni pun kadang-kadang bukan nya baik sangat, berhati-hatilah ye.. :P  ingat, perempuan yang baik tu adalah untuk lelaki yang baik kan.. :) wasalam..~
p/s : ini sekadar pandangan mirul je, maaflah kalau ada yang terasa ke ye.. hehehe.. entry ni x ada kena-mengena dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.. kalau ada apa-apa idea, komen je.. mirul sedia membacanya.. :D tq2.. 

Read more...

Sabtu, 3 November 2012

Tak Nak Balik..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
ASSALAMUALAIKUM w.b.t..

jawab ye salam  mirul ni.. tak jawab dosa.. jawab dapat pahala.. insyaALLAH.. amin.. ^^
diam x diam sebenarnya dah nak dekat dua minggu jugak mirul cuti kan.. dengar je macam lama kan, tapi pejam celik, pejam celik, alahaaaaaiiii.. *sigh

esok, 3 november 2011 sekali lagi mirul dengan berat hatinya akan balik semula ke PERTH-lis tercinta.. huk3.. sedih tu memang lah sedih tapi nak buat macam mana kan kita ni pelajar, tanggungjawab belajar tu kena galas jugak.. huhuhu.. kalau nak ikut berat hati baik duduk rumah je, x payah belajar kan.. tapi masa depan tu tanggung lah sendiri.. hurm..

berbalik kepada soal balik hostel atau balik U ni kan, mirul pasti yang ramai diantara kita yang berat hati je kalau nak balik.. lagi-lagi kalau dah lama duduk dekat rumah.. rasa macam nak pindahkan je asrama@Uni tu dekat sebelah rumah kita ni.. hahaha.. almaklumlah, rumah ku syurga ku kan, selesa mana pun asrama@Uni tu, rumah jugak tempat yang paling kita selesa, sebab dekat rumah tu lah kita bebas nak melompa-lompat ke, nak tidur sampai tengahari ke, x pun nak terkangkang depan TV kan.. hahaha..
macam mirul ni, rumah dekat Batu Pahat tapi belajar dekat UniMAP, dekat Perth-lis tu haaaa.. senang cakap kalau nak balik ke perth-lis tu habis satu Malaysia mirul rentas.. mana x nya, 12 jam kau tau naik bus tu.. mau kebas punggung ni.. huhuhu.. tapi bila dah ulang-alik, dua bulan sekali balik dah x rasa dah jauhnya.. lagipun naik bus malam, bukak-bukak mata je dah sampai Perth-lis.. hahaha..

tapi ada beberapa perkara yang mirul x suka kalau naik bus ekspress ni.. lagi-lagi kalau yang jalan jauh-jauh ni.. paling x berkenan betul dengan perangai yang macam ni :

1. pemandu bas yang x faham penumpang..
mirul biasanya akan naik bas pukul 8.45pm, jadi akan bertolak dari rumah dalam pukul 8.00pm macam tu lah sebab x nak sesak nanti.. paling lewat pun mirul gerak dalam 8.15pm.. jadi nak solat Isya' tu memang x sempat, almaklumlah masuk waktu pun lambat kan.. jadi mirul mengharapkan pemandu tu memahami lah situasi kami ni semua, tapi tak..! 
pemandu ni susah nak berhenti lama-lama sebab dowang cakap nanti sampai lambat lah, apa lah.. padahal x ada lama mana pun solat tu kan.. grrrr.. macam tu jugak lah kalau nak solat Subuh.. :( tapi kadang-kadang ada sesetengah pemandu bas ni dia faham situasi kita.. biasanya dowang akan berhenti dekat mana-mana R&R untuk makan.. jadi faham-faham je lah kan, dia bagi kita masa untuk solat lah tu.. :)

2. penumpang yang x hormat penumpang lain..
ni lagi satu masalah kalau naik bus.. tapi jarang lah jumpa orang-orang macam ni sebab x ramai pun sebenarnya yang akan buat bising bila naik bus.. kadang-kadang tu, kita ni faham lah yang mungkin dia ni biasa bergayut dekat rumah, tapi dalam bus yang sungguh sunyi sepi tu boleh pulak dengar suara dia ketawa-ketawa x pun cakap macam orang dalam telefon tu pekak.. sakit hati..!

3. bas rosak..
situasi ni memang kita x boleh nak jangka bila akan terjadi kan.. tapi kalau terkena tu memang sakit hati lah jugak.. lagi-lagi kalau terpaksa tunggu bas ganti sampai berjam-jam lamanya.. dah lah rosak dekat tepi highway, nak kemana-mana pun x boleh.. kalau rosak dekat R&R tu boleh jugak makan-makan dulu.. huhuhu.. mirul sepanjang naik bas balik ke Perth-lis ni, dah 2 kali bas rosak.. ada kawan tu 4 kali rosak.. hehehe.. terus serik nak naik bus tu.. kesian kan dia..hehehe..

kalau nak ikutkan hati ni ada je lagi benda-benda yang mirul x berapa berkenan bila naik bus ni, tapi bak kata orang bersyukurlah mirul selamat sampai ke destinasi yang mirul tuju.. dah ni je pengangkutan yang mirul mampu dan mirul selalu guna, nak ke x nak kena lah terima kekurangan nya kan.. syukur alhamdulillah.. :)
apa-apa pun buat korang semua yang akan balik ke Uni masing-masing, x pun yang baru je nak cuti tu gunakan lah masa yang ada dekat rumah tu sebaik mungkin.. bukan senang kan nak balik, jumpa keluarga tersayang, dapat berbual+manja-manja dengan mak, jadi hargailah masa itu ye.. :)

tapi satu benda yang mirul rasa kelakar ialah masa naik bas, rasa sedih sangat-sangat nak tinggalkan keluarga, tapi bila je dah sampai dekat Uni tu, dah jumpa kawan-kawan dah x ingat kesedihan tu kan.. hehehe.. semoga bergembira bila sedang belajar.. jangan stress-stress.. ingat, kita ni sedang berjihad mencari ilmu, ikhlas kan hati.. insyaALLAH besar ganjarannya nanti.. amin.. wasalam..~

Read more...